Thursday, December 8, 2011

Repost: Menjadi Orang Yang Faham...

20:57
Rabu
7 Disember 2011

Situasi 1

Seorang bapa telah membawa anaknya ke klinik setelah terjatuh dari basikal. Bimbang ada bahagian-bahagian yang patah. Setelah diperiksa dan dirawat oleh doktor, maka si doktor mengadakan perbincangan tentang masalah anak si lelaki tadi...

"Anak encik ok, takde yang patah. Cuma...", kata si doktor.
"Cuma ape"
Si ayah yang lega sedikit kerana anaknya dalam keadaan baik, terus tertanya-tanya masalah apakah yang dihadapi oleh anaknya..

"Cuma bahagian lengan anak encik mengalami kecederaan. Akibat hentakan yang kuat, otot-otot yang sedia ada tidak mampu menahan perubahan momentum yang terlampau tinggi. Jadi, darah berkumpul dalam tissue. Anak encik mengalami hematoma.."

Cukup panjang lebar penerangan si doktor, sebenarnya hanya nak berkata bahawa lengan si anak lebam...

"Lengan anak encik lebam.."
Rasanya itu lebih difahami oleh si ayah, daripada memberitahu kecederaan itu daripada perpekstif seorang doktor... Menggunakan istilah yang tidak difahami oleh si bapa...



Situasi 2

Seorang sahabat berasa was-was, adakah cintanya selama ini dengan seorang gadis yang seusia dengannya jatuh dalam kategori haram... Walaupun pada hakikatnya, mereka tidak keluar 'dating', tak keluar makan-makan, tak pernah berpegang tangan....
Hanya sekadar berbalas-balas tazkirah melalui sms...
Si buah hati pun bukan calang-calang orang, tudung labuhnya itulah yang telah memikat hati sahabat ini...
Dan janggut yang sejemput yang menghiasi dagunya itulah yang telah mencuri hati si gadis...

Lalu, si sahabat ini bertanya kepada seorang senior yang dihormatinya selama ini...

"Bang, saya sebenarnya jatuh cinta dengan seorang akhawat. Saya tak bercouple, tak berpegang tangan, tak keluar 'dating'...", jelas si sahabat.

"Jadi?", tanya si senior...

"Cuma saya berbalas sms dengan dia. Tu pun bincang sal studi, balas2 tazkirah, kejut qiamullail..."

"Akhi, sebenarnya, perbuatan akhi selama ini haram! Jelas salah di sisi agama. Lihat surah Al-Isra', ayat 32: "...Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguh itu perbuatan yang keji lagi buruk bagi kamu..."
Akhi kena sedar, akhi mesti join dakwah. Nanti ana perkenal 'taarif', 'taqwin' dan 'tanfiz' pada akhi...Akhi mesti sedar kita mesti berpegang pada Syahadatul Haq... Bla bla bla..."


**********************************************


Jadi?
Mengikut dua cerita di atas...
Jom kita cuba teliti sekejap, antara seorang doktor dan seorang ayah...
Menjelaskan tentang 'lebam' kepada seorang ayah yang tidak mempunyai pengetahuan tentang ilmu kedoktoran dengan penuh kreatif sekali...

Dan jika dilihat pada cerita kedua...
Bagaimana seorang yang berilmu telah menasihati seorang sahabat yang dalam dilema tentang isu cintanya dengan kekasih hatinya...
Telah diberi tazkirah panjang lebar oleh si 'abang' yang cukup dihormatinya...
Tazkirah berbahasa Arab lagi, istilah-istilah yang cukup hebat...
Namun si sahabat tak paham apa yang ingin disampaikan oleh si 'abang'...

Realitinya...
Hari ini kita mungkin terlihat satu pandemik...
Ada kalanya kita akan ditanya oleh orang-orang sekeliling...
Diminta memberi nasihat tentang masalah yang mereka hadapi...

Tapi...
Kita memberi nasihat...
Dengan isi-isi yang tak sesuai untuk mereka...
Menggunakan istilah-istilah bahasa Arab...
Kerana ingin buktikan bahawa kita ini golongan yang telah di'tarbiyah'...
Ilmu laksana seorang ustaz...
Yang kesannya...
Kita hanya berbual kosong dengan sahabat-sahabat sekeliling kita....

Kesimpulannya...
Andai kita diminta memberi pandangan atau sebarang nasihat...
Jelaskan dalam hati sendiri, isinya adalah yang utama...
Istilah-istilah yang 'pelik-pelik' itu hanya keperluan...
Nak guna istilah-isltilah itu pun boleh...
Tapi pastikan sesuai dengan masyarakat yang sedang kita bincangkan...

Bimbang...
Dalam meniti jalanan tarbiyah..
Bukan ilmu kita yang tersebar...
Sebaliknya, kita pulak yang ditimpa penyakit...
Penyakit RTSB (Riak, Takabbur, Sombong dan Bongkak)...

Jalanan dakwah ini terlalu panjang untuk dinikmati..
Jom nikmatinya bersama, dengan orang yang tersayang..



Kerna seni menyentuh hati itu memerlukan 'tatabahasa' yang tepat..

Abe Am @ Ikram Mohd Noor,
Palacky University,
Olomouc, Czech Republic.

1 comments:

peRmaTa_ aGamA said...

nice entry~
sm0ga tr0s istiqamah dalam menebarkan ilmu Nya..

~ sharing is caring..(^_~) ~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...