Showing posts with label salah faham. Show all posts
Showing posts with label salah faham. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Bukan Lagi Tentang Halal Atau Haram...

08:20
Selasa
6 September 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Renung, lihat, tapi jangan rasa..Hehe


STARBUCKS telah disahkan haram oleh JAKIM. 
Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan 
Starbuck contains E471 (Emulsifie r 471), mono di-glycefi deswhich dr animal origin (pork). 
Raspberry Frap guna cherries yg dicelop dlm arak & the tiramisu ada RUM. 
Tlg sebar kat kekawan Islam. Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 utk dpt maklumat lanjut....
TLG SEBARKAN KEPADA ORG MUSLIM YG LAIN


Saya kira mesej ini menjadi hangat selama beberapa minggu baik di Facebook, Twitter dan juga henset. Ternyata, ramai yang mempercayainya walau memang telah nyata ada unsur 'sanad' yang lemah pada tahap 'perawinya'. Disebarkan melalui facebook, menjadi isu hangat di internet hingga ramai bloggers yang menulis dan memberi peringatan tentang haramnya kopi dan minuman di Starbucks ini, yang menjadi kegilaan sesetengah daripada kita. Hingga JAKIM sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi(DI SINI) bagi menjawab 'fitnah' ini

Elehhh, Am. Takkan isu dah lapuk ni baru nak bincang?

Tak. Tak. Saya bukan nak bincang tentang isu kesahihan fakta, mungkin bab itu perlu ditulis dan dibincangkan di catatan lain. Cuma saya tertanya-tanya mungkin ada isu besar yang lebih perlu dititik beratkan berhubung tentang Starbucks itu sendiri. 

*Woooosh, apesal tiba-tiba gaya bahasa skema nih?

Bukan lagi tentang halal atau haram...

***********************************

Kehangatan isu Starbuck ini yang meletop selama beberapa minggu turut mengheret saya  ke beberapa perbincangan tentang halal atau haram nyer Starbcuks ini.(cewah, bajet giler punyer ayat). 

Jawapan saya senang jer. Andai Starbucks tetap halal pun, memang saya takkan masuk pun ke kafe ini sebab selain daripada isu boikot yang meletakkan kedai kopi femes ini salah satu daripada benda yang perlu diboikot, harga makanan dan minuman yang dijual terlalu mahal..

Walaweyh, siyes mahal. Takde duit den nak masuk kedai cenggitu, semata-mata nak beli secawan kopi ais lemak berkrim dengan harga RM10.00 tunai. Buat hape? Air kosong kat umah lagi best kot. 

Saya kira, ramai yang berkata nak tolong islam. So, jangan cakap ajer. Meh ler kiter belanjakan duit kita yang sehari-hari kita dapat tu untuk ekonomi umat islam. Kata  nak jihad ekonomi kan?

Hmmm...
Daripada anda belanjakan not-not merah dalam dompet/beg tangan anda itu di kaunter-kaunter Starbucks, ade baiknya diguna untuk makan-makan di warung-warung biasa jer tambahan pula tabung-tabung Aqsa Syarif dan tabung untuk umat islam di Somalia masih kosong lagi kan? RM10 kot, kalau makan di kedai makan biasa, saya dah boleh order 2 mangkuk mi rebus dengan 2 gelas teh ais limau siap untuk belanja member lagi. Gerenti, pahala pun dapat sebab belanja member. Lebih-lebih lagi dalam beberapa hari ni kita dah nak mula puasa 6 hari, jadi, belanjakanlah duit anda dengan penuh sopan bergaya di kedai makan yang dimiliki oleh orang islam. Nak best lagi, belanjalah sape-sape yang puasa sunat sekali dengan kita tu. 

Agak membazir bagi saya jika saya nak belanjakan wang saya dengan banyak semata-mata nak membeli kopi sedangkan saya boleh dapatkan menu lain yang lagi baik dengan harga yang sama malah siap dapat 'complete set' lagi, makan dan minum. 

Suka wahhh sukernyerr untuk saya luaskan pandangan ini, jangan lihat dari sudut kafe yang bernama Starbucks ajer, same juga dengan 'premis yang setaraf' dengannya. Mengapa sanggup menghabiskan berbelas ringgit semata-mata nak dapatkan burger yang saiznya hanya sebesar tapak tangan kita?

Kesimpulannya, moh ler kiter suma nih gi penuhkan premis-premis 100% dimiliki oleh umat islam. Kedai mamak pun hak milik orang islam jugak. Kalau kat Kelantan memang bersepah kedai makan yang dibuka oleh orang islam itu sendiri, dan memang kat Kelantan takde kedai mamak sebab orang Melayu yang bukak warung-warung di tepi jalan. Rasa kalau kedai mamak kat Kelantan hanya ada satu di depan KB Mall. Memang lepas tu saya tak jumpa lagi kat mana.
(Haiseh, tiba-tiba borak sal warung kat Kelantan.)

Kalau sekali sekala rase kepingin sangat nak makan KFC, McD, ade jer alternatif lain. Kalau kat Kelantan, Muzdalfa Fried Chicken (MFC) sedang bersaing dengan hebat dengan premis KFC di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Kat tempat anda semua ade jer RADIX Fried Chicken kan?

Tentang MFC, saya dah try sekali. Harga pun murah. Ade set yang harganya cuma RM7.90 dan anda boleh dapatkan dengan cukup lengkap, makan dan minum.

Jihad ekonomi? Anda yang menentukan kejayaannya..
Membazir pun dapat dielakkan...

Tengah2 bandar KB nih...

Abe Am @ Ikram Mohd Noor

Wednesday, August 17, 2011

Arakian Tersebutlah Satu Hikayat Yang Bernama "Mudahnya, Terus Dapat?"

16:30
Selasa
17 Ogos1453
Pelabuhan Melaka (Zaman silam, bukan zaman pemerintahan Dato Najib)

Arakian cuaca petang itu di Selat Melaka umpama hari-hari lain, tiada sebarang perubahan di langit yang kan menunjukkan panduan hari itu berbeza dari hari-hari yang lain. Nun jauh di sana, sebuah kapal layar bersaiz XL sedang menggulungkan layarnya, kan berlabuh di pelabuhan Melaka. Pelabuhan Melaka, insan mana yang tidak kenal, satu titik pertembungan antara dunia Barat dan dunia Timur bersatu di tengah-tengahnya, menjadikan pelabuhan ini antara pelabuhan ter-busy mengalahkan student IB bergelut dengan Extended Essay, ToK, CAS, IA dan bla333 yang wujud di dunia silam ini.

~Syuhhhhh~(bunyi angin)
*gitu yerk?

Kapal itu sedang berlabuh, kaki pemungut cukai sedang sibuk berkira-kira tentang cukai yang bakal dikenakan. Dari manakah datangnya kapal ini? Sungguh aneh seni binanya. Dari Ryukyu kah? Dari China kah? Dari Majapahit kah? Dari Langkasuka kah? Adjeh? Takkan jiran sendiri datang tak bagi 'hint' langsung, at least hantar la poskad kat Tuan Temenggung ke, Laksamana ke, kalau nak sopan lagi bergaya lagi awesome buat post laju direct ke Sultan Melaka.

"Ana datang dari Arab lahh..", si pedagang memulakan bicara sebaik turun dari kapalnya.

Lepak2 atas kapal..


"Ya incik syeikh, sekarang sudah masuk waktu asar lahh.. Ana rasa baik kita semua pegi solat asar lah..", seorang hamba kepada si pedagang menyarankan idea. Pedagang beriman, sentiasa menjaga solatnya agar di awal waktu..

Arakian beramai-ramailah sang pujangga dewa Arab turun dari kapal itu dan pergi ke gigi air di tepian pantai nan indah itu. Maka, berwuduklah mereka. Nun di jauh pelabuhan, berpeninglah orang Melayu dan sekian ramai yang sedang berada di pelabuhan Melaka.

"Apo kono eh jang sumo ni cam tak pernah main air pantai jer nih?", bicara Usu Dollah yang dari tadi sedang lepak di kedai kopi atap rumbia di persisir pantai.

"Tok tahu ambo, satu kapal turun gi main air pantai. Mandi pun dok, berenang pun dok. Buleh nyo dok main celup-celup muka, sentuh air gitu deh?", sampuk Awe Mamat selepas menghirup kopi hijau import dari China mali punyer maaa...

"Ana fenin nengok suma dok usha kita sejak dari tadi lah.. Antalah jadi imam.", kata si pedagang Arab kepada member sedagangnya usai mereka berwuduk di pantai sebentar tadi.

Sebaik takbir pertama diangkat, nun di tepian sana, semakin ramai yang datang melihat. Jika seberapa titisan air yang lalu, pelabuhan Melaka sedang sibuk dengan urusan jual beli rempah-ratus, kain sutera dari China, bisnes kayu jati dari pedalaman hutan Melaka, dan berbagai lagi dengan bisnes jual beli yang maha sibuk seswai dengan title Pelabuhan Melaka sebagai 'pelabuhan entrepot', tapi sekarang semuanya terhenti. Tehenti! Semua yang sejak tadi sibuk bargain-berbargain tentang harga, meninggalkan urusan jual beli, bergegas ke tepian pantai. Andai tadi lepak-lepak minum kopi seperti Awe Mamat dengan Usu Dollah, pun bergegas ke tepian pantai hingga sanggup angkut sekali cawan air teh hijau sebab bimbang air tak habis, membazir pulak.

Semuanya sedang khusyuk. Baik geng-geng rombongan kapal dari Arab yang sedang solat dengan penuh kekhusyukkan, mahupun sekian ramai orang yang sedang menyaksikan ahli rombongan itu yang sedang solat, pun berjaya mengkhusyukkan diri mereka. Senyap sunyi. Hinggakan andai ada sekeping dinar emas jatuh sepurnama merindu jauhnya pun dapat didengar. ini tak logik

"Weyh, yak eh. Guano tuh? Tertunggeng-tunggeng pulok doh?", riuh suara Awe Mamat, memecahkan keheningan petang pelabuhan Melaka yang tenang dan sepi sejak dari tadi.

Kekecohan mula timbul. Andai dari tadi semua ahli rombongan kapal diam berdiri di atas pasir pantai yang memutih umpama saf-saf bangunan yang teratur, kini semuanya tertunggang-tonggek serentak.

Riuh kembali pelabuhan Melaka, bukan riuh dengan bisnes mahupun tawar-menawar, tapi riuh sebab semua mata yang khusyuk menyaksian tadi terkejut melihat aksi geng rombongan kapal dari Arab. Maka hebohlah satu Melaka tak sampai setanak nasi standard orang Melayu sukakan berita sensasi sejak zaman berzaman rupanyer.

Sampailah berita aksi senaman ke hentah ape nama rombongan Arab itu ke istana Melaka. Sang Raja Indera Sakti Bumiputra yang sedang berehat-rehat di singgahsana terbangun sejenak tatkala mendapat berita itu. Sang Pembawa Berita dari pelabuhan Melaka menyampaikan cerita satu persatu tanpa sebarang tokok tambah. Arakian selepas yakinlah Sang Raja Indera Sakti Bumiputra tentang bahawa berita yang dibawa oleh Sang Pembawa Berita bahawa cereka yang didengarnya sebentar tadi bukan fakta menipu umpama kisah Starbuck yang diharam oleh JAKIM siap dengan nombor telefonnya, maka bertitahlah Sang Raja Indera Sakti Bumiputra kepada Tuan Bendahara Indera Bahagi supaya menjemput semua ahli rombongan kapal dari Arab itu untuk datang ke istana raja yang tak seberapa itu.

Berbalik kepada hakikat yang sedang berlaku di pantai pelabuhan Melaka. Maka dijemputlah seluruh ahli rombongan kapal dari Arab itu ke istana oleh Tuan Bendahara Indera Bahagi atas titah tuanku Sang Raja Indera Sakti Bumiputra, bimbang juga dalam hati kecilnya andai terkena 'tulah' kerna ingkar arahan mudah.

Sejenak kemudian, maka penuhlah istana Melaka pada petang itu dengan semua ahli rombongan pedagang dari Arab itu. Semuanya yang berkhidmat dari atas kapal itu hadir ke perkarangan istana, baik chef yang memasak di dapur kapal mahupun tukang mop lantai kayu kapal turut dijemput malah pengawal yang makan gaji buta kerna asyik tidur masa duty pun turut menjelmakan diri.

"Benarkah beta mendapat tahu bahawa kamu semua melakukan aksi aneh sebentar tadi di pantai pelabuhan Melaka?", titah Sang Raja Indera Sakti Bumiputra kepada rombongan pedagang dari Arab itu.

"Ampun tuanku. Izinkan patik berbicara bagi mewakili rombongan ini kerna patik selaku selaku nakhoda kapal dan pedagang besar dari tanah Arab yang mengetuai rombongan ini.", seorang daripada pak Arab itu bersuara.

"Bereh-bereh. Silakan. Beta mahukan penjelasan lengkap tentang perlakuan sebentar tadi di pelabuhan beta!" Sang Raja Indera Sakti Bumiputra mengangkat sedikit suaranya supaya timbul sedikit rasa hormat dan gerun oleh ahli rombongan ke atas dirinya selaku raja di sekalian alam Melaka dan kuasa besar di Alam Melayu.

"Nama patik Solihin Noor Salehuddin, tuanku. Kami datang dengan niat suci murni semata-mata untuk berdagang di pelabuhan Melaka sebagaimana pedagang lain. Tadi, kami bukan bersenaman di petang hari apatah lagi beryoga, cuma itulah cara kami mengabdikan diri kami kepada Tuhan kami, Allah, dan agama kami adalah islam." Solihin Noor Salehuddin berbicara bagi menjelaskan perlakuan mereka secarang terang dan jelas umpama hukum 'izhar halqi' dalam membaca al-Quran.

"Islam? Allah? Hapekah itu? Tak pernah beta mendengarnya..", terangkat kening Sang Raja Indera Sakti Bumiputra tatkala mendengar istilah yang baru didengar pertama kali dalam hidupnya.

"Bagi kami yang menganut islam sebagai agama kami. Kami percaya bahawa hanya Allah sebagai Tuhan kami dan tiada lagi Tuhan yang lain. Dan tadi rakyat tuanku baru sahaja menyaksikan cara kami bersolat. Mahukah kalau tuanku kami tawarkan untuk memeluk agama kami, islam?". Si Solihin Noor Salehuddin mula memancing minat Sang Raja Indera Sakti Bumiputra.

"Menarik, menarik. Kalau camni beta pun nak join islam ah.."

Sang Raja Indera Sakti Bumiputra tertarik dengan agama baru yang  didengarnya sebentar tadi.

Dan sejarah kepada bumi Melaka dan Alam Melayu, petang itu jadilah Sang Raja Indera Sakti Bumiptra sebagai orang islam.


*********************************************************


Sebelum pergi lebih jauh, perlu saya ingatkan bahawa segala nama dan watak yang terlibat dalam cerita di atas adalah rekaan semata-mata dan tidak pernah wujud barangkali dalam mana-mana buku sejarah Melayu silam umpama buku Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang atau buku Hikayat Raja-Raja Pasai.

Dah mention ni. Karang kena saman pulak saya ni sebab kononnya memutar-belitkan sejarah Melayu dan kuar pulak name aku kat newspaper dan kursus BeeTeeEnd sebab kes menghina Melayu

Nama watak direka, tapi jalan cerita secara kasarnya disedut daripada buku teks Sejarah baik buku teks Sejarah untuk SPM mahupun PMR. Dan andai anda semua baca dengan teliti buku teks Sejarah untuk SPM dan PMR, anda akan ingat bahagian orang Melaka menyaksikan pedagang Arab yang 'tertonggeng dan tertongek', kerna mereka tidak tahu itulah solat. 

******************************************

Lima tahun hidup dalam dunia persekolahan menengah rendah mahupun menengah atas, begitulah ilmu yang kita dapat. Didoktrinkan bahawa islam itu datang ke Alam Melayu melalui pedagang. Pedagang inilah yang menyebarkan islam kepada raja-raja di Kepulauan Melayu dan berkahwin dengan rakyat tempatan. Maka, tersebarlah islam. 

Cuma, memang begitukah hakikatnya?

Datang berdagang, pada masa yang sama berdakwah.

Atau...

Datang berdakwah, pada masa yang sama berdagang?

Anda jawab sendiri. Sebab tatkala membaca buku teks sejarah bahagian teori islam datang ke Alam Melayu, seolah-olah dunia dakwah menjadi sangat senang dan enteng.

Tak nak hurai panjang, cuma mengajak kita semua berfikir.  

berfikir dengan penuh bergaya. hehe

Abe Am @ Ikram Mohd Noor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...