Thursday, September 30, 2010

Berilah Harapan Pada Mereka...

08:56
Khamis
30 September 2010

"Doktor, agak-agak saya ni lumpuh selamanya atau boleh berjalan balik?", tanya seorang pesakit kepada doktor yang sedang merawatnya.

Si pesakit retak tulang belakang....
Dan pinggang hingga ke kaki tidak mampu digerakkan...
Dan baru 2 hari yang lepas...
Si pesakit selesai menjalani satu pembedahan untuk memasukkan besi penyokong ke tulang belakangnya tidak membataskna pergerakannya...

"InsyaALLAH, boleh. Tapi semua ni atas semangat ustaz. Kalau ustaz semangat tinggi nak berjalan balik, insyaALLAH dalam masa 2 tahun dah boleh. Dibantu dengan senaman yang pihak kami ajar. Tapi kalau ustaz memang malas nak exercise, takde semangat. Memang ambil masa yang lama untuk berjalan kembali. Semua atas ustaz!", si doktor menerangkan kepada si pesakit, memberinya harapan untuk kembali berjalan...

Si pesakit tersenyum...
Alhamdulillah...
Namun hatinya masih lagi tak tenang...
Dirinya inginkan kepastian...

Selang 2 hari selepas si pesakit bertanya kepada doktor...
Seorang nurse sedang mengambil tekanan darah si pesakit...

"Er, nurse. Camne keadaan saya ni?", si pesakit bertanya..

"Erm, ustaz ni memang dah lumpuh terus!", balas si nurse, selamba tanpa memikirkan keadaan si pesakit...

Dan tengah hari itu..
Si pesakit termenung...
Termenung memikirkan keadaan dirinya...
Termenung memikirkan anak-anaknya yang masih lagi kecil yang berjumlah 5 orang kesemuanya...
Termenung memikirkan anak bongsunya yang baru berusia 2 bulan...
Termenung memikirkan isterinya yang hanya merupakan seorang guru...
Termenung memikirkan ke mana tempat mereka akan bergantung selepas ini...

***************************************

"Ish ish, ustaz ni dah kira tahap lumpuh la yer?", tanya seorang jiran tatkalan melawat si pesakit di hospital.

"Takpe, ustaz. Orang OKU ni buleh banyak kelebihan. Road tax tak perlu bayar, parking kereta kat mana-mana pun tak kena saman.", tambah lagi seorang yang lain...

***************************************

Cukuplah saya letakkan dua kisah di atas...
Dan suka untuk saya ajak sahabat-sahabat yang membaca catatan ini turut memikirkan sejenak...

Dua kisah di atas..
Bukannya satu kisah yang saya alami dalam mimpi...
Apatah lagi satu kisah dongeng warisan zaman berzaman...
Tapi satu kisah realiti yang berlaku hari ini...
Tahun ini...
Dan juga zaman ini...

Dan ini adalah kisah benar...
Si pesakit ialah bapa saudara saya...
Seorang ustaz di Sekolah ABIM Panji yang retak tulang belakang setelah jatuh dari pokok dokong seminggu selepas kita sibuk beraya...
Rasanya yang ingikan sebarang detail boleh rujuk catatan saya sebelum ini...

Dan semalam saya tiba di Kota Bharu dalam pukul 4.30 petang...
Saya tidak pulang ke rumah...
Terus ke Hospital USM Kubang Kerian untuk melawat bapa saudara saya yang hanya seorang ini...
Dan mak saudara saya yang mengambil saya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa menceritakan dua kisah di atas kepada saya...
Dan saya?
Hanya mampu beristighfar panjang...

Saya cuba berfikir sejenak...
Tentang dialog bapa saudara saya ini dengan nurse yang sedang mengambil bacaan tekanan darahnya...
"Ustaz ni memang dah lumpuh terus!"
Faktor apakah yang menyebab dia melafazkan ayat itu?
Sedangkan seorang doktor mengatkan bahawa dirinya masih punya harapan untuk berjalan...

Dan saya cuba untuk bersangka baik...
Mungkin si nurse sedang dalam tekanan...
Kerana karenah pesakit di hospital memang sangat 'susah'...
Ditambah lagi andai seorang 'nurse' tak sedar yang dia sedang berurusan dengan masyarakat yang sentiasa inginkan sebuah harapan diberi kepada mereka...

Tapi...
Saya sangat pelik...
Memang sudah banyak cerita yang sama yang saya dengar sebelum ini...
Tentang 'nurse' yang tak mehamami tugasan mereka...
Entah kenapa... 
Saya sendiri tak tahu...

Dan masih teringat tentang perbualan seorang sahabat saya...
Semasa dia dalam proses hospital attachment di Hospital Kota Bharu...
Seorang doktor berkata padanya...

"Kenapa awak nak jadi doktor? Serius, saya menyesal menjadi doktor! Sangat letih!"

Jiwa kami dibunuh dengan begitu...
Bagi yang kental jiwanya mungkin tak kan terasa apa-apa...
Dan bagi saya...
Mungkin doktor yang menyusun dialog 'terindah' di atas adalah salah seorang doktor yang dipaksa oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi doktor...

Dan masa inilah...
Saya rasa sangat suka untuk berbual dengan ikhwah-ikhwah yang kerjanya sebagai doktor...

"Anta kena fikir balik sebab apa anta pilih nak ambil medic, betulkan balik niat. Sebab apa? Gaji yang tinggi? Status dalam masyarakat? Populariti? Atau sebab apa? Sebab nak menyumbang kepada gerak kerja supaya dengan title kita sebagai doktor kan menjadi catalyst dalam kita berhadapan dengan masyarakt?"...
*mungkin hanya sebilangan pembaca yang memahami maksud ikhwah ini... (^_^)V

Erm...
Betulkan niat...
Teringat hadis 1 Hadis 40 Imam Nawawi...

Sesungguhnya setiap amalan dimulakan dengan niat..."

Memang...
Sebab apa kita nak jadi doktor?
Sebab apa kita nak jadi engineer?
Sebab apa nak jadi saintis?
Sebab apa nak jadi guru?
Sebab apa?
Sebab inginkan gaji yang tinggi di masa hadapan?
Sebab senang nak pinang anak perempuan orang?
Sebab nak dapatkan status dalam masyarakat?
Atau sebab apa?

Ramai yang kan berkata...
"Niat aku untuk ALLAH SWT.."

Tapi renung balik gerak kerja kita dalam perbuatan kita...
Adakah selari kata-kata itu dengan sikap kita?
Atau sekadar statement yang menjadi adat dalam menjawab setiap persoalan sebegini?
Yang hambar tanpa sebarang makna dan kefahaman yang jelas?
Dush dush!
Amik kau, Am! Kena kat diri sendiri...

***************************************

Sama juga dengan penziarah yang menziarahi orang sakit itu...
Andai kata menziarah sekadar untuk adat...
Kerna bimbang dikata dek orang ramai...
Jiran sendiri sakit tapi tak datang melawat...
Rasanya baik tak perlu datang...
Andai kedatangan kita hanya kan memburukkan lagi keadaan...

Dan bagi kita yang sedang membaca catatan ini...
Apa perlu kita buat?
Duduk bergoyang kaki dan tersenyum membaca kisah realiti ini?
Atau sedang terbakar hatinya dek marah dengan mereka yang 'pelik' ini?
Tanpa menyumbang kepada apa?

Rasanya mesej saya cukup jelas...
Jaga setiap pertuturan kita...
Setiap perkataan yang keluar dari mulut kita didengar oleh orang yang sedang kita bual...
Dan mereka bukan kayu di tepi jalan...
Bukan jua batu yang disepak oleh orang yang lalu-lalang...
Mereka adalah manusia...
Yang 'menghadam' setiap kata-kata kepada mereka...

Buat apa ada gaji yang tinggi...
Buat apa ada status yang hebat dalam masyarakat...
Buat apa ada kerjaya yang hebat...
Buat apa ada peljaran yang tinggi...
Andai mulut kita sendiri kita masih tak boleh nak kawal...
Tak boleh nak ucapkan perkataan yang baik...

***************************************

Renung sejenak petikan hadis ini...

"Inginkah kamu aku beritahu pokok dari segala urusan dan puncak mahkotanya?" 

Aku (Muadz bin Jabal) menjawab, "Ingin, wahai Rasulullah," Beliau bersabda, "Pokok dari segala urusan adalah islam, tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah berjuang kerana Allah."

Lalu Beliau bersabda, "Mahukah kamu aku beritahu kunci dari semua itu?" 

Aku menjawab, "Mahu, wahai Rasulullah."

Maka Beliau menunjukkan lidahnya dan berkata, "Kendalikan ini!"(Sambil menunjukkan lidahnya.)

Aku bertanya, "Wahai Nabi ALLAH, apakah kami akan diminta dipertangungjawabkan atas segala yang kami katakan?"

Beliau bersabda,"Celakalah engkau, hai Muadz! Bukankah yang menjerumuskan manusia ke dalam api neraka dengan wajah tersungkur adalah akibat LIDAH mereka?"

Hadis riwayat Tirmidzi dan dia mengatakan hadis ini hasan sahih)


***************************************

Semoga sahabat yang menatap catatan ini hingga ke perkataan ini...
Kan mampu berfikir...
Dan saya sendiri sedang mengingatkan diri ini sendiri...
Dan semoga ada sesuatu yang dapat kita ambil dari kisah-kisah realiti di atas..
InsyaALLAH...

Salam perjuangan dalam mengendalikan lidah...
Buat diri ini...
Dan juga semua sahabat-sahabat seperjuangan....
InsyaALLAH...
Bi iznillah...
(^_^)V

Sunday, September 26, 2010

Mereka Masih Lagi Keliru...

14:09
Ahad
26 September 2010


          "I'm doing this for sensationalism,"he insist. I'm doing research on my culture and on my dance. We cannot deny that a lot of our art forms have Hindu and Buddhist influences. But they have gone through many Islamic transformation over the past century."


          Being passionate about dance, he is frustrated that his home state of Kelantan has banned mak yong performances that it goes certain Islamic teachings. 

          "There's a lot of misconception about this dance form," Z****n says. "There should have been some kind of discussion before ant decision was taken to ban mak yong."

(Entertainment: September 21, 2010)

Hmmm....
Andai ada sesiapa yang belum baca lagi petikan di atas...
Sila baca dan cuba fahami..
Petikan tu saya ambil dari satu surat khabar keluaran Malaysia...
Dalam bahagian Entertainment...
Bertarikh 21 September 2010...
Surat khabar mana?
Biarlah saya rahsiakan...

Dalam bahagian ini...
Si wartawan telah menemu-ramah seorang pensyarah bahagian seni tarian di University of California...
Pensyarah tersebut merupakan anak jati Kelantan...
Dalam temu -ramah itu...
Dia telah menyatakan kekecewaannya yang melampau (sbb perkataan frust digunakan) sebab tarian Mak Yong telah diharamkan di Kelantan...

Dan saya sendiri mula tertanya-tanya...
Apa lagi yang masih tak jelas dengan Mak Yong?
Sememangnya asalnya tarian ini dibuat untuk menyeru semangat padi...
Dan penaria akan menari untuk menyeru semangat ini...
Dan andai dilihat pada penari...
Sememangnya majoriti penari adalah wanita...
Dan lihat pada pemakaiannya...
Sememangnya akan mendedahkan bahu...
Lengan terdedah...
Kain amat ketat...
Hingga nampak curve yang patut disembunyikan...
Nampak semua yang patut disembunyikan...
Dan saya tak hairan kenapa ia diharamkan di Kelantan...

"But they have gone through many Islamic transformation over past century.."

Aper yang transform...
Saya pun tak jelas dengan maksud statement itu...

***************************************

Andai sebuah tradisi itu bercanggah dengan islam...
Maka apakah ia perlu dipertahankan?
Kerna harga sebuah seni dan kebudayaan...
Maka kita gadaikan islam kerna seni yang 'tak ternilai' itu?
Apakah kerana bekalan seni itu yang kan dibawa menghadap Allah SWT?
"Aku cintakan seni..."
"Aku anak seni sejati..."
Itukah lesen yang akan dibentang pada Allah SWT untuk menebus penempatan yang baik di alam seterusnya?
Maka kerana harga seni itu kita gadaikan akidah kita?

Andai seni itu menyebabkan pergaulan bebas...
Andai seni itu menyebabkan manusia mendedahkan aurat...
Andai seni itu menyebabkan kita mensyirikkan Allah SWT...
Andai seni itu menyeru kuasa alam, bukannya kuasa hakiki...
Dan andai seni itu merosakkan akidah kita...
Maka apakah wajar ia dipertahankan???

Mengapa kita terlalu bimbangkan unsur seni yang akan hilang???
Mengapa tak bimbangkan akidah yang kan hancur kerna seni itu?

Sebagaimana kata Syed Qutb dalam Fi Zilalil Quran (Di Bawah Bayangan Al-Quran)
Mungkin kita sedang menyaksikan umat ini bergelumang dengan daki jahiliyah..
Dan kita selesa dengannya...
Cuba tanya diri kita...
Adakah kita turut bergelumang dengan daki itu??
Na'uzubillah...


***************************************

Dan saya sendiri turut merasa keperitan itu...
Mungkin sahabat-sahabat turut merasainya...

Dalam kita terlalu ingin mempertahankan nilai seni...
Maka kadang-kadang kita telah mengizinkan maksiat...
Saya tak kata semua seni adalah haram...
Tapi saya hanya rujuk pada sesetengahnya ajer...
Takkan melukis itu salah...
Batik itu salah...
Bukan itu maksud saya...

Yang saya maksudkan ialah seni yang 'itu'...
Kerana ingin mempertahankan seni lagu...
Maka ramailah wanita-wanita yang beraksi di pentas hari ini...
Bukan setakat artis...
Pelajar...
Dan saya rasa dah ada yang faham...
Mungkin faham apa saya maksudkan...

Renungi sejenak...
Sememangnya andai banyak program seni yang menjerumus ke arah maksiat...
Maka amat mudah untuk diluluskan...
Tak kiralah di manapun...

Seni tarian yang mendedahkan aurat itu...
Seni nyanyian yang mengizinkan wanita menyanyi...
Hingga bergegar hati ini yang sedia berbolak balik imannya...
Seni drama yang mengizinkan fesyen yang pelik-pelik...
Skrip yang merapu...
Dengan cuba menampilkan lawak bodoh yang murah...
Untuk menyebabkan penonton tergelak...
Dan mereka menyangka diri kita terhibur...
Maka adakah ini perkara yang baik?

Dan saya rasa tak perlu saya perincikan lagi...
Sebab masing-masing sudah menjengah dewasa...
Dah besar...
Bukan lagi kanak-kanak yang masih tak tahu apa-apa...
Bukan lagi usia remaja yang sedang bersekolah menengah...
Tapi masing-masing sudahpun melanjutkan bidang masing-masing...
Semua dah boleh berfikir mana baik mana buruk...
Andai diri rasa nak guna akal...

Astaghfirullahal azim...
Mungkin catatan kali ini agak kasar sedikit bunyinya...

Sememangnya saya sendiri sedang berasap...
Terbakar bukan kerana bersemangat...
Tapi terbakar dek entah apa-apa yang masih tak sepatutnya kita kurang jelas dalam hal itu...

Dah tiba masanya kita sucikan diri ini...
Sucikan pemikiran kita...
Sucikan pergaulan kita...
Sucikan segala apa yang kita minat...
Sebab andai terus menunggu...
Sehingga bila?
Sehingga umur tua?
Atau menanti selepas kahwin baru nak berubah?
Entah...
Cuba tanya diri kita sendiri...
Antara nak atau tak nak....
Jawab sendiri...
Tepuk dada, tanya diri sendiri...
InsyaALLAH....

Salam perjuangan...
Untuk diri ini...
Dan juga sahabat-sahabat yang lain...
Dalam usaha untuk menjernihkan hidup ini...
InsyaALLAH...
(^_^)V

Selamat Menempuh Dunia Baru, Fazli.. (^_^)

23:35
Sabtu
25 September 2010

Baru pulang dari KLIA...
Menghantar Akhi Fazli ke Ireland...
Akan memulakan hidupnya di Royal College of Surgeon Ireland...
Semoga Fazli terus thabat di sana...

Sungguh cepat masa berlalu...
Terasa bagai semalam masih borak dengan Fazli...
Berincang tentang surah al-Fatihah dengan cukup detail...
Tentang siapa orang yang dimurkai...
Dan tentang siapa yang orang yang sesat...
Dalam ayat terakhir surah al-Fatihah...

*******************************************

"Iaitu jalan orang yang telah Engkau beri
nikmat kepadanya; bukan jalan mereka 
yang dimurkai; dan bukan
pula jalan orang yang sesat."
(1:7)

Orang yang dimurkai merujuk kepada orang Yahudi...
Kerna mereka telah meninggalkan janni mereka untuk ikut ajaran Muhammad SAW...
Sedangkan mereka telah tahu akan kewujudan rasul terakhir...
Yang akan diutuskan...
Bahkan  dalam ayat yang lain...
Al-Quran menyatakan bahawa mereka lebih kenal Muhammad SAW lebih daripada anak mereka sendiri...
Tapi mereka tetap ingkar..
Kerna dengan bodoh sombong mereka menolak rasul yang bukan daripada Bani Israel...
Sebab Muhammad itu datangnya daripada Bani Hashim...

Orang yang sesat merujuk kepada orang Nasrani/Kristian...
Kerna mereka telah mengatakan bahawa Allah itu mempunyai anak...
Isa itu adalah anak Allah...
Mewujudkan konsep Triniti...
Sedangkan asalnya Allah itu Esa...
Hanya satu...
Namun mereka menyesatkan diri mereka sendiri...
Dengan memalsukan kitab Injil yang sebenar...
Na'uzibillah...
*******************************************

Masih teringat lagi ilmu yang Fazli perturunkan itu...
Dan masih teringat lagi penigisian yang lain...
Tentang makna 'ma lakum'...
Tentang Marhalah Dakwah...
Tentang banyak lagi...
Terlalu banyak untuk dicoretkan di sini...

Dan semua itu hanya tinggal kenangan...
Sebab Fazli dan saya sendiri telah jauh terpisah...
Dijarakkan oleh benua...
Tetapi disatukan bukan hanya pada akidah yang sama...
Tapi turut disatukan atas jalan yang sama...

Semoga Fazli kan terus thabat(setia) di sana...
Mesti satu pengalaman yang best berjumpa dengan ikhwah-ikhwah international...
Ilhwah-ikhwah dari seluruh pelusuk dunia...
Yang bukan setakat orang Melayu sahaja...
Merasai hidup sebagai minoriti islam di tegah majoriti kafir...

Masih teringat gurau senda itu...
Saya suka panggil Fazli sebagai Abang Comel...
Hik hik...
Sebab memang comel pun..
Ke camne?
*dah tahu fazli kan baca post saya ini.. (^_^)V

Abang Comel...
Doakan saya di sini..
Semoga saya dapat berjumpa dengan ikhwah Australia/New Zealand...
InsyaALLAH...
Semoga kita semua kan mampu mengarumkan nama islam ini...
Semoga maruah islam kan terbela dengan kehadiran kita...
Jadilah kita sebuah satu hadiah kepada islam...
Bukannya sebagai satu sisa dunia yang hanya melengkapkan statistik penduduk bumi...
Yang tidak kekal buat selamanya...

Dan buat Fazli...
Semoga terus berjuang...
Bukan untuk sehari dua..
Tapi untuk selamanya...
Semoga berjumpa lagi...

Teringat kata Aminuddin masa hari terakhir bersama dengannya...
"Andai kata kita tak jumpa lagi selepas ini, doakan agar kita berjumpa lagi di syurga sana.."

Pergh...
Memang tajam ayat tu...
InsyaALLAH...
Segalanya mungkin...
Bi iznillah...
*Dengan izin Allah...

Salam perjuangan...
Untuk diri ini...
Dan juga sahabat-sahabat...
Terutamanya Akhi Fazli yang comel...
Hehe...
(^_^)V peace!!!
We love peace!
Ngeh ngeh...

Wednesday, September 22, 2010

Dari Hati Naik Ke Bibir...

02:02
Rabu
22 September 2010

"&*^@#$%!",
Sumpah seranah seorang pemandu kereta tatkala laluan masuk ke rumahnya dihalang oleh sebuah motor yang parking secara 'merata-merata'...

"Ni masa dulu-dulu lesen beli ke?!", getus hati si pemandu lagi...

Hatinya panas...
Panas kerana si pemilik motor seolah-olah menjadikan simpang itu sebagai tempat parkingnya sesuka hati...
Padahal hanya sebuah motor kapcai yang dah sedia usang...
Bukannya motor Kawasaki Ninja yang dipasang dengan sistem komputer untuk beroperasi...
Dan bukannya motor Jaguh yang harganya mencecah ribuan ringgit..
Apatah lagi sebuah Modenas Elegan 200...
Hanya sebuah Honda 50 yang sudah usang dimamah usia...

*********************************************

"Holy %$#@*!@#!", sumpah seorang pelajar...

Berang kerana rakannya telah terlanggar kalkulatornya yang diletakkan di atas meja...
Kalkulatornya itu terhempas ke lantai...
Bukan kalkulator biasa...
Namun sebuah kalkulator yang digeruni ramai...
Sebuah Graphic Display Calculator (GDC) yang mantap...
Model Texas Instrument TI-84 Plus Red Version...
Harganya sahaja hampir mencecah RM500...
Dan ia amat bermakna bagi seorang IB student...
Seorang IB student tanpa TI-84 umpama burung helang yang buta matanya akibat terlanggar pokok...
Hidup menjadi tak tenang...
Malah kan hanyut entah ke mana...

Sumpah seranahnya itu bukan dalam versi volume yang perlahan...
Namun didengari ramai hingga ke kelas sebelah...

*********************************************

Rasanya ramai yang mempunyai pengalaman sebagaimana di atas...
Bukan saya maksudkan menyumpah seranah dengan suara sendiri...
Yang saya maksudkan ialah pengalaman melihat orang menyumpah seranah...
Kerana masalah yang kecil..
Kerana terkejut...
Kerana melatah...
Kerana bengang dengan sesuatu yang amat tidak dia sukai...
Kerana marah tatkala melihat orang lain melakukan kesalahan...
Atau kerana pelbagai sebab lagi...
Dan saya percaya...
Pembaca yang membaca catatan ini baik-baik orangnya... ^ ^
Mana mungkin pernah menyumpah seranah...
Dan andai masih ada lagi dalam diri kita...
Ayuh sucikannya...
Ke camane???

Andai diteliti balik...
Pernahkah kita terfikir kenapa kita sanggup mencaci orang yang melakukan kesilapan sedemikian rupa?
Sebagai contoh dalam peristiwa si pemandu lelaki itu...
Mancaci maki pemilik motor kerana parking motor dengan salah...
Sehingga menghalang laluannya untuk masuk ke rumah dengan keretanya...
Agak-agaknya mengapa?
Mengapa dia telah mengeluarkan kata-kata yang kesat itu?

Da andai diteliti lagi...
Pernahkah kita terfikir mengapa orang yang bijak pandai pun mencaci maki jugak...
Sebagaimana peristiwa seorang pelajar lelaki tersebut...
Mencaci maki kawannya yang telah melanggar GDC TI-84 Plus miliknya sehingga terhempas ke lantai...
Agak-agaknya mengapa?
Mengapa dia mengeluarkan kata-kata kesat?
Walaupun dia dicanangkan sebagai seorang pelajar yang hebat...
Kan menyambung pengajiannya ke luar negara...
Kan menjadi seorang doktor yang pakar lagi professional di masa kan datang...
Tapi tatkala hari ini...
Dia telah mengeluarkan kata-kata yang memang amat buruk untuk didengar?
Agak-agaknya mengapa?

Sebelum pergi lebih jauh...
Suka untuk saya kongsikan sesuatu...
Tentang hakikat luaran kita yang terbit memancar hasil dari janaan dari 'dalam'...

Bagaimana jika cuba teliti seseorang yang mempunyai akhlak yang baik...
Cuba lihat keperibadiannya...
Semestinya dia mempunyai perasaan yang cukup baik...
Dirinya sentiasa tenang...
Dan semestinya jua...
Dia mempunyai akidah yang cukup mantap....

Hmmm....
Sekali lagi...

Akhlak yang baik lahir dari perasaan yang tenang....
Perasaan yang tenang terbit dari akidah yang kukuh...
Akidah yang cukup mantap...

Tak percaya?
Okies, jum renung sejenak...

Apekah seorang mat rempit itu beriman di saat dia merempit?
Apekah kita boleh jamin bahawa seorang kaki disko itu adalah seorang yang menjaga solatnya?
Adekah seorang yang menghampiri zina dengan berkapel itu adalah seorang yang cukup tertib dalam menepati waktu untuk solat?
Dan sambunglah lagi statement ini dengan pelbagai lagi masalah sosial yang sedia ada...
Dan cuba persoalkan...
Adekah individu itu cukup mantap dari sudut akidahnya?
Bagaimana dengan imannya walaupun tahap pendidikan hingga ke PhD...
Walaupun hartanya banyak bertimbun-timbun...

Jadi...
Andai cuba kaitkan dengan masalah utama dalam catatan kali ini...
Sememangnya masalah yang berlaku di sekeliling kita...
Yakni melihat masyarakat di sekeliling kita mencaci maki orang lain...
Mengeluarkan kata-kata kesat...
Sumpah seranah yang perlbagai lagi 'kreatif'...
Adalah masalah akidah...
Sebagaimana dari hati naik ke bibir...
Segala perkataan yang terluah menggambarkan tahap hatinya...
Hatinya tenat?
Hatinya suci?
Atau apa?
Tak kiralah sama ada latar masyarakat dalam masalah ini adalah Kolej Musim Brotherhood...
Atau Kolej MARA Banting...
Atau kolej XxX...
Atau sebuah syarikat yang besar...
Mahupun hanya sebuah desa di pinggir bandar...
Sememangnya ini adalah masalah akidah...
Ke tak setuju??? 
Silakan andai mahu perkatakan di sini... (di ruangan komen la...) (^_^)V

Jadi untuk banterasnya camne ni?
Hmm...
Perbetulkan akidah?
Didik semua masyarakat di sekeliling kita menjadi individu muslim?

Tapi...
Sememangnya...
Terlebih dahulu bentuklah diri kita menjadi individu muslim yang unggul keperibadiannya...
Yang terjaga akhlaknya...
Yang terjaga pergaulannya...
Yang menjaga segala tutur bicaranya...
Yang menjaga gelak tawanya...
Yang menjaga sosialnya dengan 'opposite sex'...
Kerna akidah yang cukup mantap....

Tapi nak jadi baik takleh sorang diri...
Ajaklah juga sahabat-sahabat di sekeliling kita...
Sebab seorang sahabat yang baik akan sentiasa membaiki sahabat-sahabatnya yang lain...
Jom jadi sahabat yang baik...
Dengan memperbetulkan diri kita...
Dan diri sahabat-sahabat kita...
(^_^)V

Hmmm...
Untuk yang masih lagi mencarut...
Menggunakan kata-kata kesat...
Baik dalam keadaan biasa atau marah....
Carilah 'pause' button di saat itu...
*Idea pause button diambil dari Ustaz Hasrizal Abd Jamil (SaifulIslam.com)...
Kawallah diri kita sendiri...
Tiada guna andai ada ilmu yang hebat...
Belajar hingga merantau jauh...
Namun lemah dalam mengawal diri di saat marah...
Lemah dalam mengawal diri dalam tutur bicara...

Dan saya juga bukanlah seorang yang sempurna...
Menjadikan catatan ini sebagai satu peringatan untuk diri ini...
Sebab apa guna ada hidup yang hebat...
Jika tidak mampu mencari sebarang ibrah(pengajaran) dari hidup ini...
(^_^)V

Akhir catatan....
Salam membina akidah yang mantap...
Untuk diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat...
Supaya dengannya kita kan punya akhlak yang baik...
Ke camne?
Hehe...
Siyes siyes, ni bukan main-main....
InsyaALLAH....

Monday, September 20, 2010

Patriotisme Kah Ini???

06:45
Isnin
20 September 2010

"Kalau nak cari pasangan hidup, jangan cari orang Kemaman dengan Cukai!", kata seorang pakcik di sebuah rumah terbuka...

*banyak pengalaman dengan masyarakat di rumah terbuka tahun ini.. ^ ^


"Kenapa?", saya bertanya.

"Sebab orang Kemaman dengan orang Cukai nih, diorang ni jenis tak kedekut. Kalau rumah dekat, dikata rumah jauh, bimbang kita bertandang ke rumah mereka!", jelas pakcik tersebut.

"Sama juga dengan orang Perak. Kalau orang Perak dia asyik nampak mereka ajer yang betul. Kalau selisih pendapat dengan orang lain, diorang hanya ingat pendapat mereka ajer yang betul.", tambah lagi pakcik yang lain.

*******************************

"Kalau nak kahwin, jangan kahwin dengan orang Kedah. Mereka ni suka kebas duit kita. Asal mak bapak dengan adik mereka yang dapat duit sudah. Kalau sedara-mara kita, memang diorang tak nak bagi duit langsung!", jelas seorang lelaki kepada saya pada suatu hari, ketika sedang berbual-bual dengan mereka.

*******************************

"Nenek aku memang tak suka orang Kelantan, sebab dia kata orang Kelantan ni suka bergaul dengan sesama diorang ajer. Kalau dengan orang luar, huh, pandang sebelah mata ajer...", kata seorang kawan saya semasa saya Semester 1 dahulu...

*******************************

"Kalau berkawan dengan orang Johor, hati-hati. Sebab mereka ni suka mengapi-apikan orang lain. Kalau bab nak pecah-belahkan orang supaya bergaduh, memang serah kat mereka la!", 'nasihat' seorang jiran kepada saya suatu ketika dahulu...

*******************************

Dan andai ingin ditambah lagi statement itu, cukuplah sekadar di sini sahaja...
Dan saya amat yakin, bukan saya seorang yang pernah mengalami peristiwa sebegini...
Kita sering dinasihatkan supaya jangan mencari pasangan hidup dari negeri sekian-sekian...
Sebab mereka ini perangainya sekian-sekian...
Jangan berkawan dengan orang dari negeri itu...
Sebabnya perangai mereka ini sebegitu...

Terlebih dahulu...
Sebelum menyambung catatan kali ini dengan lebih jauh...
Saya memohon seribu kemaafan kepada sahabat-sahabat dari negeri yang telah saya sebutkan di atas...
Mohon maaf kepada sahabat-sahabat dari Terengganu...
Mohon maaf kepada sahabat-sahabat dari Perak...
Mohon maaf kepada sahabat-sahabat dari Johor...
Sahabat-sahabat senegeri...
Dan juga mana-mana sahaja...
Baik senegeri dengan saya atau tidak...
Sebab saya tidak pernah memegang 'teori' di atas dengan tangan saya...
Apatah lagi menggigitnya dengan gigi geraham...

Sesiapa yang tidak pernah mempunyai pengalaman sebagaimana yang telah saya catatkan di atas...
Bersyukurlah...
Kerana anda memang sangat beruntung...
Tidak pernah 'dicuci' dengan perkara pelik sebegini...
Namun bagi mana-mana sahabat yang pernah mempunyai pengalaman sebagaimana saya ini...
Jom!
Sama-sama kita menjernihkan fikrah(pemikiran) kita semua...

Bukan bermaksud segala nasihat yang kita terima daripada orang berpengalaman dalam hidupnya adalah betul...
Kadang-kadang ada benda yang kita perlu tapis dengan akal fikiran kita sendiri...

Dan saya cukup tak suka andai ada lagi mana-mana ahli 'veteran' yang masih lagi memberi nasihat sebegini kepada kami, orang-orang muda yang berdarah panas ini...
Sampai bila agaknya fahaman bodoh sebegini ingin dipertahankan...
Adakah memang perangai setiap individu itu disandarkan kepada dari mana asalnya mereka itu datang...

Adakah kita maksudkan bahawa kalau orang yang beriman itu datangnya dari negeri itu ajer...
Dan orang yang perangai buruk-buruk datangnya dari negeri yang di sebelah sana...

"Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara, 
kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah
kepada ALLAH agar kamu mendapat rahmat.
(Surah al-Hujurat 49:10)

Cuba telitikan dengan sebetulnya...
Maka apakah kita menganggap sebuah persaudaraan itu disandarkan pada sebuah negeri?
Atau kita sandarkan persaudaraan persahabatan itu pada akidah kita...
Atau kita masih belum jelas lagi dengan hidup ini mengapa kita sendiri bersahabat dengan sahabat-sahabat dari pelbagai latar belakang yang cukup berbeza?
Adakah kerana pangkatnya?
Adakah kerana hartanya?
Kehenseman/kecantikannya?
Kebijakan yang ada padanya?
Atau sebab apa?
Sebab mereka itu senegeri dengan kita?
Maka kita akan memusuhi sahabat-sahabat yang datang dari negeri yang berbeza?

Rasanya cukuplah dengan pemikiran kuno ini...
Memang dah sampai masanya kita membina generasi baru...
Generasi yang menyucikan dirinya daripada pemikiran kenegerian seperti ini...
Takkan kita masih menunggu orang lain yang ingin menyucikannya?
Cukuplah dan secukupnya...
Jangan disambung lagi pemikiran sebegini...

Dan andai pemikiran ini masih wujud...
Memang saya tak hairan kenapa kita hari ini cukup membenci orang Indonesia...
Sebab kita terlupa...
Dalam kita membenci mereka...
Kita tetap berkiblatkan pada kiblat yang sama...
Tetap menyembah ALLAH SWT yang sama...
Masing-masing suka mencari kesalahan setiap orang...
Bukan cuba menyumbang agar perhubungan dua negara ini akan pulih...
Sebab kita seakidah...
Dan kita seagama...
Dan lebih dahsyat lagi, kita adalah berjiran...
Takkan kita mahu mengulangi kembali sejarah yang gila itu?
Sebuah sejarah pembunuhan sesama islam?
Perang antara Iran-Iraq?
Da banyak lagi...
Takkan kita sampai sebodoh itu...

Bukan bermaksud saya menyalahkan patriotisme...
Dan buka juga bermaksud saya menyalahkan semangat kenegerian ini...
Namun, andai ingin juga kita bersemangat dengan 'patriotisme' yang jelik ini...
Tunggulah...
Dan lihat sendiri...
Hidup takkan jadi tenang...
Kita akan lebih suka bersama dengan teman senegeri kita sendiri...
Daripada cuba berbaik sangka dan mula mencari sahabat yang lain...

Dan saya sendiri amat bersyukur...
Kerana walaupun masih ramai ahli 'veteran' dalam masyarakat saya yang berpendapat sedemikian...
Datang dari negeri itu perangainya begitu...
Datang dari negeri ini perangainya begini...
Namun ummi tetap sentiasa menjernihkan akal saya ini...
Dengan sebuah didikan bahawa 'iman' ini bukan dibina sebab dia ini datangnya dari negeri itu...
Tapi dibina atas dasar kefahaman masing-masing...

Adakh kita fikir bahawa kita datang dari negeri itu...
Kita sudah cukup alim...
Sudah cukup baik...

"Saya datang dari negeri itu!"
Mungkin ingin menggunakan lesen itu apabila berhadapan dengan ALLAH kelak...
Entahlah...
Masing-masing dari kita dah cukup besar...
Dah cukup matang untuk memikirkannya...

Andai ada mana-mana sahabat yang selepas ini mendapat 'nasihat' sebegini...
Baik dari orang 'veteran' mahupun orang muda sendiri...
Anggaplah kata-kata itu umpama angin yang lalu...
Sekadar sebuah kata-kata...
Yang mewakilkan bahawa masyarakat kita masih bermasalah...
Dan kita hanya memejamkan mata tanpa ingin menyumbang sedikitpun untuk sebuah perubahan yang besar...
Andai tidak mampu mengubah benda yang besar...
Cukuplah dengan sekadar menjernihkan diri kita dan orang sekeliling...
Perbetulkan segala-galanya...
InsyaALLAH...

Dan saya sedar...
Saya sendiri belum cukup baik untuk menulis sebegini rupa...
Sebab sebuah nasihat dan perkongsian ini...
Adalah untuk menyedarkan diri saya juga...
Agar tidak terlena di atas sebuah tilam yang empuk...
Yang masih lagi tak mahu bangun...
Na'uzubillah...

Dan suka untuk saya ingatkan kembali...
Janganlah jadikan catatan saya ini sebagai tempat untuk menyambung 'teori' yang pelik ini...
Jangan jadikan komen-komen yang kan ditulis untuk mengutuk teman-teman yang lain pula...
Bimbang ada yang terkecil hati...
Bimbang ada yang terguris...

InsyaALLAH...
Kita mampu mengubah segala yang ada ini...
Agar perhubungan kita ini takkan menjadi keruh...
Sangat bimbang andai generasi selepas ini kan turut mendapat 'teori' ini...
Dan mereka akan menjadi seperti kita...
Dan saya sendiri...
Menjadi amat keliru...

Salam perjuangan...
Untuk memperbetulkan apa yang sepatutnya...
Buat diri ini...
Dan juga buat sahabat-sahabat yang lain...
InsyaALLAH...
Segalanya mungkin...

Bi'iznillah...
Dengan izin Allah...
(^_^)V

Sunday, September 19, 2010

Restart...

20:11
Ahad
19 September 2010

Sedang 'restart' balik diri saya...
Entah kenapa hari ini terasa sangat pelik...
Seolah-olah perasaan yang sama semasa mula-mula mendaftar masuk ke KMB...
Dan mungkin malam ini saya terpaksa 'cari' balik diri saya...
Muhasabah kembali apa yang telah berlaku sepanjang cuti 2 minggu ini...

Bagaimana dengan tahap iman?
Bagaimana dengan semangat juang?
Semakin bersinar atau telah luntur dicemari daki jahiliyah?
Atau apa yang telah berlaku?

Saya terasa sedikit canggung hari ini...
Entah kenapa...
Saya pun tak tahu...
Mungkin penangan Sem 3...
Entah...

Nasib baik gerak kerja berjalan dalam cuti...
Walau tak seproduktif di saat diri ini di KMB...
Kalau tak, memang seolah-olah menggali kubur sendiri...
Alhamdulillah...

Dan saya rasa mungkin catatan kali ini sedikit hambar untuk dibaca orang lain...
Sebab ia hanya sebuah catatan untuk menyedarkan diri ini kembali...
Bahawa saya sudah berada di KMB...
Satu perjuangan yang perlu diteruskan...
Mungkin ada yang berkata terpaksa menjadi robot..
Entah...
Tapi jadilah robot yang multifunction...
Bukan hanya untuk study semata-mata..
Dush2...
Amek kau, Am!
Pekena diri sendiri... ^ ^

(^_^)V

InsyaALLAH...
Biarkan diri ini kembali ke KMB...
Moga dengan semangat baru yang telah di'refresh'...
Bukan sekadar hanya mengikut haluan hidup...
Tapi menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan sebuah erti 'faham' dengan tujuan asal...
Membawa diri ini pulang kepada fitrah...
Untuk menjadi orang yang berjaya...
InsyaALLAH...
JOM!
*semangat nih!

Salam perjuangan untuk diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat seperjuangan...
InsyaALLAH...
^ ^

Thursday, September 16, 2010

Rindu Itu Terubat Jua...

12:13
Khamis
16 September 2010

Alhamdulillah...
Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada sahabat-sahabat SMACH yang sanggup bertandang ke rumah saya yang kecil ini petang semalam...
Sekurang-kurangnya rindu saya terhadap mereka selama ini terubat jua...
Dan seperti yang saya katakan...
Saya sedang merindui SMACH...
Sangat-sangat merinduinya...
Sebab perjalanan hidup untuk mematangkan diri ini saya temui di SMACH...
Harum busuknya, ia tetap SMACH...

Tak lupa kepada Arsyad Nordin dan Azli Omizi...
Sebab turut datang ke rumah saya...

Sahabat-sahabat SMACHianz yang datang semalam:

  1. Azri Mohd Noor
  2. Fahman Bakri
  3. Nazirul Nazlan
  4. Zulfarhan Mohd Noor
  5. Hakim Hazan
  6. Azwan 
  7. Hafiz Chan
  8. Syimir
  9. Irman Shahir
  10. Tajutheen Sya
  11. Munir Mohd Noor
  12. Syamil Rozmi
Dan andai ada yang tidak termasuk senarai ini..
Maafkan diri ini...
Kalau nak masuk list jugak, silakan komen dan beritahu nama anda..
Hehe...

Dan semalam...
Saya bersama dengan kesemua yang ada di dalam list itu...
'Menyerang' rumah Cikgu Affandi dan siterinya,Cikgu Sanisah...
Terubat jua rindu yang menyesakkan dada selama ini...
Berbual-bual tentang perkembangan SMACH hari ini...
Dan juga menyingkap balik kenangan bersama suatu ketika dahulu...
Dan menerima banyak nasihat daripada dua orang guru yang banyak berjasa ini...

Dan pulang ke rumah...
Ummi minta saya ke Hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan...
Bapa saudara saya yang berumur 35 tahun ditahan di hospital...
Terjatuh daripada pokok 'dokong' di kampungnya di Batu Mengkebang, Kuala Krai...
Selepas itu dikejarkan ke HUSM Kubang Kerian untuk rawatan pakar...
Hospital Kubang Kerian kata tulang belakang patah...
Tapi HUSM kata retak...
Entah mana satu...
Dan semalam saya tidur di wad menemaninya hingga ke pagi ini...
Dia sedang bimbangkan anak-anaknya...
Lima orang kesemuanya...
Yang sulung lelaki umur 10 tahun...
Dan yang bongsu setakat ini perempuan, baru berumur 47 hari...
MasyaALLAH...
Dan kami sekeluarga sedang bimbang andai kata dia lumpuh....
Sebab pinggang dan ke bawah tidak dapat digerakkan...

Kami sekeluarga masih lagi menantikan apa kata doktor..
Dan saya cukup terganggu emosi ini masa lihat mak saudara di hospital semalam...
Masih belum betul-betul habis berpantang dan emosi dia mungkin sedang sangat-sangat terganggu...

Dan sepatutnya hari ini dia akan menjadi kadi bagi akad nikah di kampung...
Terpaksa ditukar dengan Ustaz Kamil dari Chempaka...
Dan Masjid Kampung Jambu akan diganti buat sementara waktu...
Dan laporan sudah dibuat kepada pihak MAJLIS untuk mencari pengganti buat sementara waktu...
Orang Kelantan panggil 'MAJLIS', merujuk kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)...

Dan andai ada pembaca yang sedang membaca catatan kali ini...
Kami di sini amat mengharapkan doa sahabat-sahabat seperjuangan...
Dan sekarang saya sudah berada di rumah...
Dan kerja untuk sehari dua ini mungkin akan tergendala sementara waktu..
Sebab terpaksa menemani bapa saudara di hospital...
Sebab saya yang paling tua...
Adik-beradik abah semua sudah meninggal...
Dan adik-beradik ummi hanya tiga orang...
Mak su sebelah umi pun sibuk dengan anaknya yang baru berumur 2 bulan..
Maka Am, gunakanlah tenaga dewasa ini untuk berbakti di saat masih sihat ini..
InsyaALLAH...

Semoga yang sakit kan cepat sembuh...
Semoga yang berkorban kan berkorban dengan seikhlas hati...
Semoga yang merasai ujian kan terus bersabar...
Kerna cinta hakiki daripada ALLAH SWT itu sangat abstrak...
Diuji tahap keimanan dengan pelbagai ujian...
Sedangkan ramai yang terbiar dilalaikan...
Tanda kecintaan ALLAH kepada hambanya...
InsyaALLAH...
Doakan kami....

Kepada Akhi Mu'adz Md Zain...
Maaf kerana tidak dapat menerima kunjungan...
Sebab rumah saya sedang kosong sekarang...
Seisi rumah sedang berada di hospital...
Mengikuti sebarang perkembangan terbaru...

Salam kesabaran...
Untuk diri ini...
Dan juga sahabat-sahabat seperjuangan...

Dan khas untuk Om,tu nama panggilan bapa saudara saya...
Semoga cepat sembuh...
Dan kami di sini kan sentiasa bersamamu...
Bukan untuk setahun dua...
Tapi untuk selama-lamanya....
InsyaALLAH....
*syahdunyerrrr... sob3.

Travel 12 Jam

11:45
Isnin
13 September 2010

Turun pukul 10 pagi...
Dan balik kembali ke rumah hampir pukul 10 malam...
Perghhh...
Memang satu hari yang memenatkan...
Berperang dengan jalan yang penuh sesak...
Namun hari ini amat bermakna...
Sebab saya dengan Mustaqim, seorang sahabat KMB merantau keluar daerah hari ini...
Mula berkumpul di rumah Mustaqim di Kubang Kerian...
Sempat lagi beraya di situ..
Dan baru teringat...
Bahawa adik Mustaqim adalah junior saya di SMACH....
Sempat borak kembali di situ..
Bertanya khabar tentang sekolah yang telah hampir 2 tahun saya tinggalkan...
Dan saya amat merindui SMACH...
Merindui segala kenangan di situ selama 5 tahun...
Merindui kabus di pagi hari di tengah-tengah ladang kelapa sawit yang luas di Labok...
Merindui bau dorm... Eh, dorm ada bau? Apekah?
Dan merindui segala-galanya...

Dan kami bertolak ke Machang...
Menghadiri rumah terbuka seorang sahabat seperjuangan di KMB...
MasyaALLAH...
Teruji kesabaran...
Kebiasaannya perjalanan dari Kota Bharu ke Machang hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit...
Menjadi satu perjalanan memakan masa 2 jam...
Jalan sesak teruk...
Dan masa inilah mula terfikir syoknya naik motor... Hehe...
Bertolak dari pukul 2.30 petang...
Tiba di Machang dalam pukul 4.30 petang...
Huhu, dahsyatnya... ^ ^
Tapi hilang sikit stress sebab pasang lagu Maher Zain kuat-kuat...
Memang jiwa muda suka pasang muzik kuat-kuat ke camne?
Takpe, lagu Maher Zain ajer...
Baik aper...
Karang kitorang layan lagu rock & roll naya plak...
Wah3...
Saya dah tinggalkan dunia rock & roll itu...
Dah tinggalkan zaman lagu rock kapak...
Alhamdulillah...

Tengah pusing-pusing bandar Machang dalam pukul 4.15...
"Am, nak solat kat mana nih? Ada tau mana-mana masjid di bandar Machang?",tanya Mustaqim...

Dan alhamdulillah...
Hidup di jajahan Machang selama 5 tahun tidak sia-sia...
Sekurang-kurangnya saya cukup arif dengan jajahan ini.. ^ ^

Dan di saat itu....
Teringat pesan ummi...
"Kalau nak pergi buat program atau nak pergi jalan ke tempat jauh, sentiasa berjalan dengan orang yang cukup menjaga solatnya..."
Pesanan ini ummi sentiasa sebut sejak saya kecil lagi..
Satu pesanan yang amat bermakna...
Supaya saya sentiasa bersahabat dengan orang-prang yang baik...
Sebab solat itu adalah segalanya...
Ke camne?
Ummi cukup tak suka andai saya dan adik-adik pergi ke mana-mana...
Pulang lewat dan masih lagi belum solat...
"Singgah aje di mana-mana masjid.", kata ummi...
Alhamdulilah, setelah mula menginjak dewasa saya mula faham kenapa peraturan ini sangat ketat abah dan ummi tetapkan...
Ke masih ada sesiapa yang belum faham?
Rasanya andai difikir secara logik pun sahabat-sahabat akan faham maksud asal saya...
Kan kan kan? (^ ^)v

Hmmm...
Pulang ke cerita asal...
Singgah di rumah terbuka...
Agak terlewat tiba di rumah sahabat yang seorang ini...
Adeihh, aper yang tak lewat?
Pukul 5 petang kot...
Tapi dah orang ajak, sambil-sambil temankan Mustaqim dalam perjalanan yang jauh ini...
Sempat berjumpa dengan seorang sahabat yang akan menyambung pengajian perubatan di Alexandria...
Teringat juga sahabat di SMACH, Munir Mohd Noor, sebab dia akan ke sana jugak...
Sahabat-sahabat dah ada yang mula fly...
Dan saya?
Doakan...
Tapi Am, jangan berdoa ajer, gerak kerja kena mantap...
Perghhh, dush dush!
Ambik kau, pukul diri sendiri...

Jam sudah menginjak ke pukul 6 petang...
Dan sebenarnya tujuan merantau hari ini adalah untuk ke Ga'al, Pasir Putih...
Sebab ada walimah sepupu Mustaqim...
Singgah di Machang ni hanya sekadar persinggahan...
Ye ke?
Lebih kurang la...

Dan jalan ke Ga'al sekali sesak teruk...
Haduiii...
Ada kemalangan...
4 buah kereta...
Dan saya sendiri cukup seram...
Mendoakan agar tiada siapa yang dijemput panggil menghadap Allah SWT...
Tapi memang kemalangan itu agak teruk...
Sebab kereta yang paling depan, sebuah MyVi...
Tayar belakang terangkat ke tempat duduk belakang umpama tin kosong yang dipijak...
Na'uzubillah....

Dan tiba di walimah hampir pukul 6.30 petang...
Bersua kembali dengan ayah Mustaqim....
Yang sebentar tadi terpisah di rumahnya...
Dan semua saudara-maranya tertanya-tanya siapakah gerangan diri ini...
Amik kau,Am!
Ikut orang sangat...
Tak pasal-pasal kena jawab soalan 'temuduga' daripada saudara-mara diorang...
Hehe...
Best ape, jalinan ukhuwah...
Apekah???

Pukul 7 petang bertolak pulang ke Kota Bharu...
Tapi kali ni penumpang bertambah...
Mak Mustaqim balik sekali dengan kami...
Dan sempat berbual-bual tentang banyak perkara...
Dan baru saya tahu...
Memang semua family Mustaqim adalah doktor...
Mula dari adik-beradik hinggalah kepada parentz sekali...
Perghhh...
Kena kutip pengalaman orang lama nih...
Dan perbincangan sangat mengenyangkan jiwa...

Paling saya tak boleh lupa...
Singgah solat maghrib di Masjid Ibrahim, Pasir Putih...
Terbaca satu signboard...

"Kanak-kanak yang nakal 
dan tidak boleh dikawal dilarang bawa ke masjid!"

Astaghfirullah...
Sekali lagi...
Masjid anti-kanak2...
Masjid tak mesra kanak-kanak...
Masyarakat sekarang lebih bimbangkan kanak-kanak membuat bising dalam masjid...
Berbanding kanak-kanak, atau senang dikata sebagai generasi seterusnya, bencikan masjid sebab mereka 'diusir' daripada masjid...
Entah...
Kami hanya terkedu....

"Kanak-kanak akan menyebabkan saf terputus.", kata seorang pak cik kepada saya suatu ketika dahulu di kolej berprestij di hulu Banting...

"Kanak-kanak yang belum berkhatan masih kotor, mereka tak suci, nanti mereka menyebabkan wudhuk jemaah solat terbatal!" tegur seorang 'pak syeikh' semasa saya membawa sepupu saya yang berumur 5 tahun solat di sebuah masjid yang tersegam indah di tepi jalan...

Dan saya ingin bertanya kepada mana-mana pembaca...
Kemukakan satu dalil daripada ayat al-Quran ataupun hadis sahih bagi menyokong statement dua orang pak cik di atas...
Hadis sahih ajer...
Hadis dhaif iaitu hadis lemah tak diterima....
Hush...

Dan tiba di rumah Mustaqim lebih kurang pukul 9 malam...

Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada Mustaqim dan keluarga...
Kerana sudi menerima diri saya ini seadanya...
Sehingga sanggup menumpangkan saya sehari suntuk...
Dan terima kasih kepada mak Mustaqim...
Kerana mengahdiahkan saya sebuah buku...
Memang saya amat suka andai dihadiahkan dengan sebuah buku...
Sebab itu akan menambah baik lagi ilmu yang sedia ada...
Hadiah berupa buku memang amat bermakna berbanding diberi wang ratusan ringgit sekalipun...
Apatah lagi andai sanggup mengahadiahkan kek coklat yang berharga ratusan ringgit yang akhirnya menjadi baja kepada alam jua...
Tak bermakna..
Buku lagi bermakna...
Ke camne???

Dan sengaja saya catatkan perjalanan saya ini...
Kerana saya ingin mencari ibrah(pengajaran) dalam sebuah perjalanan harian yang biasa...
Apa makna sebuah perjalanan yang jauh...
Andai kata tiada apa-apa yang mampu diambil di sebalik itu semua...

Diuji kesabaran dengan jalan yang penuh sesak....
Mengaplikasikan adab-adab berziarah seiring dengan akhlak yang sempurna...
Membina lagi ukhuwah ini...
Mencedok banyak pengalaman dengan orang-orang veteran dalam bidang perubatan...
Supaya segalanya mampu menjadi booster untuk diri saya...
InsyaALLAH...

Salam motivasi...
Untuk diri ini...
dan juga untuk sahabat-sahabat seperjuangan...
InsyaALLAH...
(^_^)v

Monday, September 13, 2010

Dan Ia Masih Tak Habis Lagi...

15:40
Ahad
12 September 2010

"Sepatutnya raya tahun ni lebih baik jatuh pada hari Khamis. Sebab tu tahun ni jadi macam ni!", kata seorang mak cik kepada saya, semasa berbual dengannya di sebuah rumah terbuka...

"Jadi yang macam mana tu, mak cik?", saya bertanya, sebab tak faham dengan statement dia sebentar tadi...

"Iyer la. Sebenarnya, tak baik hari raya jatuh pada hari Jumaat. Nanti banyak benda buruk berlaku. Tengok tahun ni, macam-macam kes berlaku. Buang bayi, kes bunuh, zina. Sebab raya tahun ni jatuh hari Jumaat. Tak elok sebenarnya...", jelas si mak cik...

Hmmm, menarik fahaman mak cik nih....

"Tak ke memang hari Jumaat tu hari yang baik? Sebab islam sendiri meletakkan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari?", saya pula yang bertanya...

"Tu pasal penghulu segala hari. Ni nak cakap pasal hari raya. Kalau perasan, sebab tu semua orang sibuk nak tengok anak bulan tahun ni. Mufti-mufti pun mengharapkan agar raya tahun ni jatuh pada hari Khamis. Sebab tu tahun ni semua sibuk nak tengok anak bulan awal-awal...", jelas si mak cik....

p/s: Semua dialog di atas telah diKamusDewankan oleh saya, sebab kalau nak tulis dialog asal dalam bahasa Kelantan, memang nanti ada pembaca yang tak faham... Kepada kelantanese, tukar2 sendiri ayat tu jd 'kecek'... ^ ^

*******************************************

Dan saya hanya mampu mendiamkan diri...
Takkan nak berbahas pula...
Nanti ada yang kata saya seorang anak muda yang kurang ajar....
Sebab andai mahu menegur, mesti dilakukan dengan penuh hikmah...

Hmmm...
Menarik sekali teori ini...
Raya Aidlifitri pada hari Jumaat akan membawa banyak sial kepada peristiwa di tahun itu...
Hmmm....

Ummi saya turut ada di situ...
Dan apabila berada di rumah, ummi berbual dengan saya tentang peristiwa sebentar tadi...

"Susah macam ni. Ada lagi yang dok bawa kepercayaan karut hari ni..", kata ummi. 

Dan saya tersenyum...
Memang itu sebuah hakikat dalam masyarakat ini...
Tak pernah habis dengan kepercayaan karut yang sesat lagi menyesatkan...

Pening...
Kes zina yang melambung naik pada tahun ini dengan begitu dahsyat...
Sehinggakan andai dikumpul seratus orang remaja di sebuah perhimpunan...
Rata-rata akan mengakui bahawa pernah berzina...
Tak pun sekadar ringan-ringan...
Hanya beberapa orang sahaja yang masih suci...
Astagfirullah...

Kes buang bayi yang begitu banyak pada tahun ini...
Hampir setiap hari kes buang bayi berlaku...
Dan andai kata surat khabar tidak melaporkan kes buang bayi...
Manusia akan tertanya-tanya...
"Eh, takde orang buang bayi ke hari ni?"
Astaghfirullah, sampaii begitu sekali...

Dan dengan kes bunuh yang semakin dahsyat..
Cara manusia membunuh juga semakin kreatif...
Latest, dengan kes Sosilawati yang dibunuh dengan cara yang penuh 'seni'...
Mungkin makcik tu tak cakap pasal kes Sosilawati sebab tak baca newspaper atau tak ingat nak sebut...
Astaghfirullah, sampai ke tahap itu harga nyawa manusia..
Ayam yang disembelih lebih mulia sebab akan dimakan dan tiada sedikit bahagian ayam itu yang akan disiakan kerna semua akan dimakan kecuali kepala...
Tapi manusia dibunuh dan dibuang begitu sahaja...
Entah, sampai ke tahap itu realiti hari ini....

Dan semua ini berlaku...
Hanya kerana sial yang dibawa oleh Aidilfitri yang jatuh pada hari JUMAAT??!!!

Ape nih?
Sesiapa boleh jelaskan di sini?

Mungkin ada yang kata saya reka-reka cerita ini...
Tapi ketahuilah, ini adalah satu realiti yang telah saya jumpa!!!
Tak tipu dan ini memang satu realiti!
Bukan sebuah ilusi yang terbit dari khayalan saya...
Bukan juga mimpi saya pada malam semalam...
Apatah lagi ianya sebuah drama yang disiarkan di tv...
Yang dilakonkan oleh pelajar AF bergabung dengan pelajar Raja Lawak!
Ini adalah realiti!

Astaghfirullah...
Memang saya sedang marah...
Sedang kepanasan....

Mungkin kefahaman ini disandarkan pada individu ini sahaja...
Seorang makcik yang mungkin tak didedahkan dengan kefahaman dan ilmu yang sebenar terhadap kesucian islam ini...
Dan ianya juga salah kita...
Kerna masih lagi tak mampu memberikan contoh teladan, qudwatul hasanah, kepada masyarakat di sekeliling kita sendiri...
Sebab dalam diri kita sendiri masih lagi allergi dengan huruf I.S.L.A.M....

Tu tak campur lagi dengan beberapa keprcayaan pelik yang wujud...
Tangkal azimat untuk hilangkan penyakit...
Kayu kokka...
Sehinggakan kehebatan kayu kokka ini diprint pada muka surat terakhir dalam beberapa buah koleksi doa-doa dan surah yasin...
Tak percaya?
Ambil buku mathurat anda sekarang dan sila bukak page belakang...
Ambil buku surah yasin anda dan buka page belakang...
Ada apa? Kehebatan dan khasiat kayu kokka?
Yang mampu menghilangkan demam...
Yang diguna untuk bina bahtera Nabi Nuh a.s....
Yang diguna oleh tentera islam di Thailand suatu ketika dahulu...

Dan kalau pasal tangkal...
Mampu menghilangkan gangguan jin dan syaitan...
Ditulis ayat al-Quran di atas sekeping kertas...
Dilipat...
Dan kemudian dimasukkan ke dalam sebotol air kosong...
Minum...
Kononnya mampu melindung diri ini daripada perkara-perkara sial...
Apekah ini semua?
Di mana kita untuk membasuh 'daki' ini semua?
Masih tidur?
Masih sibuk dengan urusan kekasih hati yang merajuk?
Ingin dipujuk melalui Facebook dan sms?
Di mana kita?
Tanya diri sendiri....
Termasuk saya juga, tanya diri sendiri, AM!

Dan andai ada yang tertanya-tanya...
Adakah saya sedang marah...
Memang saya sedang marah...
Sangat-sangat marah...
Tapi ingin diingatkan balik...
Marahlah pada kesalahan dia, bukan pada diri dia...
Sebab orang yang bersalah itu, baik dalam kefahaman yang salah mahupun perbuatan yang salah...
Pandanglah mereka dengan KASIH SAYANG....
Mereka sedang menunggu kita untuk mempertulkan diri mereka...
Maknanya, masyarakat kita sedang menunggu diri kita untuk memperbetulkan mereka...
Dan kita?
Mulalah dengan sebaik-baiknya dengan memperbetulkan dan menambah baikkan diri kita...
Agar 'kepekatan' diri kita ini...
Kan tempias pada jiwa masyarkat....

Dan sinar harapan masyarakat untuk diubah itu masih ada...
Buktinya?
Saf solat fardhu di masjid-masjid itu masih ada...
walaupun hanya 2 saf sahaja...
Namun sinar harapan itu masih ada...
Dan tetap ada...

Dan dengan ini...
Izinkan saya menyeru sahabat-sahabat seperjuangan...
Termasuk diri saya juga...
Kita masih ada banyak kerja yang perlu dibuat...
Dan kerja ini mesti berfokus...
Kerna kita terpaksa mula pada penghujung permualaan kembali...
Sebagaimana Rasulullah SAW membina akidah para sahabat...
Mungkin ada yang faham...
Dan mungkin ada yang kurang faham maksud ini...

Cukuplah...
Pengalaman saya pada hari ini cukup memahitkan lidah ini untuk menelan air liur sendiri...
Seram...
Meremang bulu roma...
Dan entah apa lagi...

InsyaALLAH...
Semoga diri kita kan terus dilindungi ALLAH SWT...
Daripada kepercayaan-kepercayan karut marut ini...
Daripada khurafat zaman-berzaman ini...
InsyaALLAH...

Salam perjuangan mencuci masyarakat ini...
Untuk diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat seperjuangan...
Semoga terus setia di jalan ini..
Buat selama-lamanya...
InsyaALLAH...
Mereka sedang menunggu kita...

Saturday, September 11, 2010

Raya, Raya Dan Raya...

11:30
Jumaat
10 September 2010

Mula dari pagi hingga ke petang..
Perghhh...
Rayer ajer...

Cuma teringat kembali masa solat sunat hari raya tadi...
Hari ini dalam sejarahMasjid Al-Quddus, Kg Paya Bemban, 'Newcastle', Kelantan...
Usai ajer solat, perlu setia mendengar khutbah...
Takkan nak tido plak...
Tapi paling lucu, seram mungkin...
Entah mana satu...
Tiba-tiba ada seorang budak kat saf depan saya melompat...
Dan pak cik -pak cik dah mula bangun...
Orang dah pelik...
Terdengar dalam bisik-bisik itu...
Ada yang berkata, "Hush! Ular, ular.."
Saya yang sedang duduk pun terus bangun...
Mak aih, sape tak seram...
Eleh, kecoh lebih...
Anak ular jer, tp memang secara normal atau fitrahnya manusia takutkan ular. Ke camne?
Ada sorang pak cik yang berani, dia pegang kepala ular tu dengan kain, pastu campak ke luar melalui tingkap...
Fuh, lega...
Terima kasih pak cik...

Peristiwa tu berlaku dalam tengah-tengah imam sedang membaca khutbah...
Nasib baik tak kecoh satu masjid...
Kalau tak, konpem satu masjid kosong...
Sebab jemaah lari menyelamatkan diri.. Hehe...
Serius tak tipu...

Dan pagi raya... Alhamdulillah...
Bersua lagi dengan sahabat-sahabat....
Berkumpul di rumah dengan sahabat-sahabat sejak kecil..
Yang saya sendiri kenal mereka sejak zaman kami ber'pampers' lagi.. (Melampau tu,Am!) ^^
Yer la, sebab kami generasi remaja pertama di perumahan ini...
Sebab perumahan ni dibina pada tahun 1987... (Tak tanya pun, takpe sajer nak citer..) XD

Tapi memang terasa sedikit kekosongan..
Mengenang kembali sahabat yang telah pergi...
Sahabat sepermainan sejak kecil yang telah pergi...
Dan takkan kembali lagi...
Al-Fatihah untuk Allahyarham Wan Ahmad Loutefi bin Wan Ismail...
Perginya menghadap Ilahi pada Mei 2007...
Dalam satu kemalangan jalan raya...

Dan mungkin pemergian sahabat ini...
Mampu membuatkan diri ini bermuhasabah sejenak...
Apakah ramadhan yang mendatang dapat bersua lagi...
Atau ini yang terakhir...

Dan siapa yang sangka...
Bahawa Ahmad Khusyairi menyambut ramadhan terakhirnya pada tahun 2004...
Seorang sahabat di SM Sains Machang suatu ketika dahulu...
Siapa sangka Jannah Sani berpuasa di bulan ramadhan pada tahunn 2009 merupakan yang terakhir buat dirinya...
Siapa sangka bahawa Cikgu Fatmah, guru Bahasa Melayu semasa di SK Islah, ramadhan tahun 2009 merupakan yang terakhir buat dirinya...
Siapa kan sangka, kita jua akan menyusul...

Hmmm..
Semoga dengan pemergian sahabat-sahabat sebelum ini mampu memuhasabahkan diri ini...
Bahawa ajal & maut tidak menunggu di hari tua...
Bisa sahaja menyapa bila-bila masa...

Semoga mampu memotivasikan diri ini...
Supaya tidak akan mengalah dalam perjuangan ini...
Semoga ramadhan di tahun hadapan masih lagi berjuang bersama dengan ikhwah-ikhwah...
Baik ikhwah yang saya kenal atau tidak...
Semoga terus thabat(setia)...
Bukan untuk setahun dua...
Tapi untuk selamanya....

Sebut pasal ikhwah....
Teringat masa solat maghrib tadi...
Usai ajer solat...
Terlihat seseorang dari jauh...
Macam kenal, tapi ingat tak ingat....

"Er, macam pernah jumpa, tapi kat mana yer?", saya menyapa sahabat yang seorang ini...

"Ha'ah, tu la tengok dari tadi pun camtu gak. Memang pernah jumpa cuma tak ingat kat mana.", jawab sahabat ini...

"KONSIS Zon Tengah?", saya cuba menyeru balik memori yang sedia ada...

"Hahaha. Baru teringat.."

Alhamdulillah...
Terserempak dengan Akhi Fariz dari UIA...
Pernah bersamanya semasa Konvensyen Siswa 2010, KONSIS 2010....
Siapa sangka...
Terpisah di Selangor..
Tapi bersua kembali di Masjid al-Quddus, Kg Paya Bemban...
Bersua dengan sahabat seperjuangan...
Memang merupakan satu benda yang amat bermakna...
Hehe...

Dah cukup panjang untuk catatan kali ini...
Dan esok akan ke Pengkalan Chepa...
Ke rumah pak sedara...
Best2...
Akan berjumpa dengan sepupu-sepupu yang masih lagi kecik-kecik dan comel-comel... ^^
Wah, caring nyer... (Hamboi, puji diri sendiri kah?) ;p
Dan mungkin tengah hari esok akan ke rumah Na'im Che Rahimi...
Ader rumah terbuka...
Ukhuwah yang perlu disuburkan atas satu landasan yang jelas...
InsyaALLAH...

Doakan....

Salam perjuangan untuk diri ini...
Dan juga sahabat-sahabat seperjuangan...
Ambil kesempatan ini...
Untuk memohon maaf...
Andai tersilap kata...
Andai dalam catatan di blog ini telah mengguris hati...
Tegurlah diri saya ini...
Yang sentiasa memerlukan bimbingan...

Terima kasih kepada naqib-naqib...
Baik yang sebelum ini...
Ataupun yang sekarang...
Maaf zahir batin...
Andai anak usrah yang seorang ini degil.. Hehe.

Dan kepada usrah saya sendiri...
Maafkan diri ini...
Tegurlah diri ini...
Dan bimbinglah diri ini dengan sabar yerk...

Minta maaf kepada usrah di bawah jagaan saya...
Andai naqib yang seorang ini kadang-kadang tersilap atau tersalah apa-apa sahaja...
Atau ter'explain' sesuatu yang membuatkan korang tak faham...
Tegurlah diri ini...
*panjang pulak..... ^^


Sekali lagi...
Salam perjuangan untuk semuanya sekali...
InsyaALLAH...

Tuesday, September 7, 2010

Kembali Lagi....

7:27
Selasa
7 September 2010

Alhamdulillah..
Terasa stabil kembali emosi ini yang kian hilang sejak minggu lepas...
Dan rasanya cuti kali ini lebih bermakna...
Dikejar dengan Extended Essay...
Internal Assessment...
TOK essay...
Fuh, wah wah wah...
Satu perjuangan yang masih lagi perlu diteruskan...
Go, Am! Caiyuk2... ^^

Tenaga untuk berjuang telah 'ditop-up' kembali...
Terima kasih kepada Akhi Na'im Che Rahimi...
Sebab ajak saya sendiri pergi mabit ke masjid SBJ di Pasir Pekan..
Bagi yang tertanya-tanya mabit tu ape, rujuk pada catatan sebelum ini...
Rujuk catatan pasal mabit di masjid KLIA... ^^
Sempat berjumpa dengan ikhwah-ikhwah Kelantan...
Dan akhirnya, baru tersedar bahawa saya tidak keseorangan di Kelantan...
Jika selama ini cukup buntu...
Balik ajer Kelantan...
Tak tahu nak hubungi siapa untuk terus pastikan diri ini sentiasa 'terbakar'...
Dan akhirnya buat pertama kali, saya bersua dengan sahabat-sahabat seperjuangan di Kelantan...
Alhamdulillah...

Terima kasih kepada Pak Cik Rahimi sekeluarga...
Sebab sanggup hubungi saya untuk ajak ke mabit ini...
Sebab rasanya saya sendiri bertembung dengan beliau hanya sekali..
Itupun sekejap sahaja...
Semasa hari pendaftaran pelajar baru sesi 2010-1012 Kolej MARA Banting...
Tapi dia masih ingat wajah ini dan nama ini...
Sedangkan saya sendiri tercari-cari dia di tengah ramai...
Alhamdulillah...

Dan untuk diri ini...
Hmm...
Cuti ini masih banyak kerja yang perlu diselesaikan..
Hehe...
International Baccalaureate yang saya sayangi...
Sememangnya tak mahu saya hanya goyang kaki di rumah, erk?
Hehe....
Takpe2...
Teruskan, Am!
InsyaALLAH...

Doakan agar diri ini terus thabat(setia)...
Semoga badai semalam kan menjana booster untuk hari ini...
Wah wah, cam tajuk novel pulak...

(^_^)v

Salam perjuangan...
Untuk diri ini..
Dan tak sentiasa dilupakan, kepada sahabat-sahabat seperjuangan...


p/s:Apekah Fazli yang comel akan baca post ini? Hehe...

Thursday, September 2, 2010

Sedang Merapu...

15:24
Rabu
1 September 2010

Salam...
Catatan kali ini mungkin tiada guna andai dibaca oleh sahabat-sahabat yang lain...
Sebab tiada sebarang pengisian akan dibentangkan...
Cuma sekadar catatan peribadi dari hati saya sendiri...
Dada menjadi sebak...

Entah kenapa saya sudah menjadi tidak produktif sehari dua ni...
Rindu pada rumah barangkali, mungkin...
Sebab saya rasa minggu ini saya dah tak boleh nak sentuh bacaan berat...
Cuba study Biology HL semalam...
Entah kenapa terasa tepu...
Terasa hanya mampu tengok gambar synapse tanpa memahami cara kerja...
Dan terima kasih kepada Abdullah Faqir kerna mengizinkan saya mencari ketenangan di bilik akh semalam...

Hari Ahad lepas sehari suntuk saya tidak tidur...
Malam pun saya tidak tidur...
Menyiapkan assignment Mathematics dan study Chemistry utk test keesokan hari...
Dan saya tidak mengantuk...
Hati sedang runsing...
Fikiran berkecamuk...
Saya tak boleh tidur....
Hilang nafsu untuk tidur...

Dan terus saya berjaga hingga ke sahur...
Terus menahan diri ini daripada tertidur...
Sebab andai tertidur...
Bimbang terlajak dan lewat ke kelas...

Dan seharian di kelas meastikan diri ini untuk terus tidak tidur...
Maaf kepada Cgu Noorhayatee...
Saya tersengguk sedikit dalam kelas...
Dan petang itu...
Ada test Chemistry HL...
Astaghfirullah...
Saya tak tahu apa akan berlaku...
Dan sememangnya saya sendiri dapat rasa...
Test kali ini saya sedikit merapu....

Balik asar...
Kepala terasa berat...
Mata dah rasa semacam...
Cuba untuk mencari sedikit masa untuk memejamkan mata...
Namun, program ceramah sempena Ramadhan membatalkan hasrat yang satu ini....
Walau sedikit terkilan kerna ceramah bermula agak lewat dari waktu yang dijangka...
Dan dengan rasa ini yang amat mengantuk...
Saya hanya mampu fokus pada awal-awal ceramah...
Selepas itu, tak tahu apa yang berlaku...
ZzZzZzZzZzZzZz...

Solat Maghrib dan Isyak terasa lain...
Dengan rasa penat dan mengantuk...
Diri ini memerlukan rehat...
Sapa suruh memandai tak tidur...
Ngeh2...

Selepas tarawikh...
Handle usrah sekejap...
Maaf ya usrati, sebab saya tak mampu memberi perhatian untuk pengisian pada malam itu...
Maafkan saya...

Balik tarawikh...
Saya tak mampu buat apa-apa...
Terus tidur....
ZzZzZzZzZzZz...
Walaupun di luar bilik riuh rendah...
Biarkan, janji hajat saya tercapai...
Alhamdulillah...
Nikmatnya pemberian yang satu ini...

Dan hari selasa dan rabu yang mendatang sedikit bercelaru...
Jiwa saya dah tak keruan sedikit, barangkali...
Dan pagi ini saya terlewat ke kelas...
Nasib baik masa pertama adalah masa kosong...
Fuh, alhamdulillah...
Kalau tak, naya...
Dan buat pertama kali saya terlewat....
Akhirnya, dalam masa 2 tahun ini, saya terlewat jua...
Astaghfirullah, menzalimi diri ini...
Siapa suruh tidur lepas subuh...

Dan petang ini saya terasa tepu...
Sangat-sangat tepu...
Pada hakikatnya tak tepu pun...
Mungkin hanya perasaan....
Dan sebenarnya...
Saya terasa hilang fokus sedikit minggu ini...
Ya Allah, ruginya...
Menzalimi diri sendiri...

Dan saya sedang rindukan umi dan abah di rumah...
Dan memang saya akui...
Saya sangat rindukan mereka...
Rindukan adik-adik....
Saya perlukan ketenangan...
Terasa ingin pulang ke pangkuan umi dan abah...
Mungkin saya sedang stress...
Terasa sedikit tertekan...
Tak sabar mahu berjumpa abah...
Akan saya ceritakan masalah ini...
Sebab abah sentiasa memahami saya...
Terasa mahu mencium tangan umi...
Sebab terasa ketenangan di situ...
Yang tak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata...

Ada yang mungkin kata saya homesick...
Biarkan...
Sebab sememangnya saya perlukan sebuah ketenangan dari umi dan abah sekarang...
Dan saya perlukan adik-adik...
Biarlah apa orang nak kata...
Saya nak larikan diri dari buku yang tebal-tebal buat sementara waktu...
Melarikan diri dari kesibukan ini buat sehari dua...
Bukan mahu berehat dari perjuangan...
Tapi ingin mencari kembali pangkal kepada sebuah permulaan...
Sebab terasa seolah-olah saya perlu top-up kembali tenaga ini...

Dan sekarang saya masih rasa bercelaru...
Terima kasih, Akh Abdullah Faqir...
Sebab izinkan saya menumpang di bilik semalam...
Sekadar untuk mencari balik sebuah ketenangan...

Dan maafkan saya...
Sebab sebagaimana telah saya jelaskan...
Sememangnya catatan kali ini tiada apa-apa...
Catatan kali ini lebih bersifat peribadi...
Dan saya luahkan di sini..
Sebab terasa lebih senang meluahkannya melalui tulisan...
Berbanding meluahkannya melalui lidah ini sendiri...

Andai kata saya manja...
Ingatlah...
Saya hanya seorang lelaki...
Yang masih mempunyai jiwa dan perasaan...
Mana mungkin saya teruskan dengan ego seorang lelaki...
Bohong andai kata saya tidak mempunyai perasaan sedih...
Sebab sememangnya saya sedang rindukan keluarga....

Terima kasih kepada sahabat...
Kerana sudi membaca segala catatan ini...
Sekadar luahan hati untuk kali ini...
Tiada apa-apa yang istimewa...
Hanya ingin meluahkan suara hati ini...
Supaya terasa reda sedikit sebak ini...

InsyaALLAH...
Doakan saya...
Dan doakan juga kita semua...
Agar terus thabat(setia) di jalan ini...
Mungkin hari ini saya terpijak paku di jalan ini...
Izinkan sela waktu untuk saya sembuhkan diri ini...
Maaf kepada usrati(usrah saya)...
Andai minggu ini naqib korang yang seorang ini sedikit merapu...
Perbetulkan saya andai saya ada silap dan salah...
Sebab saya seorang realiti, bukan seorang ilusi yang sempurna segala hidupnya...

Salam perjuangan untuk diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat seperjuangan...
Semoga ranjau dan liku-liku perjuangan ini...
Takkan menghentikan kita daripada sebarang gerak kerja selama ini...
Tetapi jadikan ia sebagai sebuah latihan khas daripada ALLAH...
Buat hambanya yang dicintainya....
InsyaALLAH....
^ ^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...