Thursday, September 30, 2010

Berilah Harapan Pada Mereka...

08:56
Khamis
30 September 2010

"Doktor, agak-agak saya ni lumpuh selamanya atau boleh berjalan balik?", tanya seorang pesakit kepada doktor yang sedang merawatnya.

Si pesakit retak tulang belakang....
Dan pinggang hingga ke kaki tidak mampu digerakkan...
Dan baru 2 hari yang lepas...
Si pesakit selesai menjalani satu pembedahan untuk memasukkan besi penyokong ke tulang belakangnya tidak membataskna pergerakannya...

"InsyaALLAH, boleh. Tapi semua ni atas semangat ustaz. Kalau ustaz semangat tinggi nak berjalan balik, insyaALLAH dalam masa 2 tahun dah boleh. Dibantu dengan senaman yang pihak kami ajar. Tapi kalau ustaz memang malas nak exercise, takde semangat. Memang ambil masa yang lama untuk berjalan kembali. Semua atas ustaz!", si doktor menerangkan kepada si pesakit, memberinya harapan untuk kembali berjalan...

Si pesakit tersenyum...
Alhamdulillah...
Namun hatinya masih lagi tak tenang...
Dirinya inginkan kepastian...

Selang 2 hari selepas si pesakit bertanya kepada doktor...
Seorang nurse sedang mengambil tekanan darah si pesakit...

"Er, nurse. Camne keadaan saya ni?", si pesakit bertanya..

"Erm, ustaz ni memang dah lumpuh terus!", balas si nurse, selamba tanpa memikirkan keadaan si pesakit...

Dan tengah hari itu..
Si pesakit termenung...
Termenung memikirkan keadaan dirinya...
Termenung memikirkan anak-anaknya yang masih lagi kecil yang berjumlah 5 orang kesemuanya...
Termenung memikirkan anak bongsunya yang baru berusia 2 bulan...
Termenung memikirkan isterinya yang hanya merupakan seorang guru...
Termenung memikirkan ke mana tempat mereka akan bergantung selepas ini...

***************************************

"Ish ish, ustaz ni dah kira tahap lumpuh la yer?", tanya seorang jiran tatkalan melawat si pesakit di hospital.

"Takpe, ustaz. Orang OKU ni buleh banyak kelebihan. Road tax tak perlu bayar, parking kereta kat mana-mana pun tak kena saman.", tambah lagi seorang yang lain...

***************************************

Cukuplah saya letakkan dua kisah di atas...
Dan suka untuk saya ajak sahabat-sahabat yang membaca catatan ini turut memikirkan sejenak...

Dua kisah di atas..
Bukannya satu kisah yang saya alami dalam mimpi...
Apatah lagi satu kisah dongeng warisan zaman berzaman...
Tapi satu kisah realiti yang berlaku hari ini...
Tahun ini...
Dan juga zaman ini...

Dan ini adalah kisah benar...
Si pesakit ialah bapa saudara saya...
Seorang ustaz di Sekolah ABIM Panji yang retak tulang belakang setelah jatuh dari pokok dokong seminggu selepas kita sibuk beraya...
Rasanya yang ingikan sebarang detail boleh rujuk catatan saya sebelum ini...

Dan semalam saya tiba di Kota Bharu dalam pukul 4.30 petang...
Saya tidak pulang ke rumah...
Terus ke Hospital USM Kubang Kerian untuk melawat bapa saudara saya yang hanya seorang ini...
Dan mak saudara saya yang mengambil saya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa menceritakan dua kisah di atas kepada saya...
Dan saya?
Hanya mampu beristighfar panjang...

Saya cuba berfikir sejenak...
Tentang dialog bapa saudara saya ini dengan nurse yang sedang mengambil bacaan tekanan darahnya...
"Ustaz ni memang dah lumpuh terus!"
Faktor apakah yang menyebab dia melafazkan ayat itu?
Sedangkan seorang doktor mengatkan bahawa dirinya masih punya harapan untuk berjalan...

Dan saya cuba untuk bersangka baik...
Mungkin si nurse sedang dalam tekanan...
Kerana karenah pesakit di hospital memang sangat 'susah'...
Ditambah lagi andai seorang 'nurse' tak sedar yang dia sedang berurusan dengan masyarakat yang sentiasa inginkan sebuah harapan diberi kepada mereka...

Tapi...
Saya sangat pelik...
Memang sudah banyak cerita yang sama yang saya dengar sebelum ini...
Tentang 'nurse' yang tak mehamami tugasan mereka...
Entah kenapa... 
Saya sendiri tak tahu...

Dan masih teringat tentang perbualan seorang sahabat saya...
Semasa dia dalam proses hospital attachment di Hospital Kota Bharu...
Seorang doktor berkata padanya...

"Kenapa awak nak jadi doktor? Serius, saya menyesal menjadi doktor! Sangat letih!"

Jiwa kami dibunuh dengan begitu...
Bagi yang kental jiwanya mungkin tak kan terasa apa-apa...
Dan bagi saya...
Mungkin doktor yang menyusun dialog 'terindah' di atas adalah salah seorang doktor yang dipaksa oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi doktor...

Dan masa inilah...
Saya rasa sangat suka untuk berbual dengan ikhwah-ikhwah yang kerjanya sebagai doktor...

"Anta kena fikir balik sebab apa anta pilih nak ambil medic, betulkan balik niat. Sebab apa? Gaji yang tinggi? Status dalam masyarakat? Populariti? Atau sebab apa? Sebab nak menyumbang kepada gerak kerja supaya dengan title kita sebagai doktor kan menjadi catalyst dalam kita berhadapan dengan masyarakt?"...
*mungkin hanya sebilangan pembaca yang memahami maksud ikhwah ini... (^_^)V

Erm...
Betulkan niat...
Teringat hadis 1 Hadis 40 Imam Nawawi...

Sesungguhnya setiap amalan dimulakan dengan niat..."

Memang...
Sebab apa kita nak jadi doktor?
Sebab apa kita nak jadi engineer?
Sebab apa nak jadi saintis?
Sebab apa nak jadi guru?
Sebab apa?
Sebab inginkan gaji yang tinggi di masa hadapan?
Sebab senang nak pinang anak perempuan orang?
Sebab nak dapatkan status dalam masyarakat?
Atau sebab apa?

Ramai yang kan berkata...
"Niat aku untuk ALLAH SWT.."

Tapi renung balik gerak kerja kita dalam perbuatan kita...
Adakah selari kata-kata itu dengan sikap kita?
Atau sekadar statement yang menjadi adat dalam menjawab setiap persoalan sebegini?
Yang hambar tanpa sebarang makna dan kefahaman yang jelas?
Dush dush!
Amik kau, Am! Kena kat diri sendiri...

***************************************

Sama juga dengan penziarah yang menziarahi orang sakit itu...
Andai kata menziarah sekadar untuk adat...
Kerna bimbang dikata dek orang ramai...
Jiran sendiri sakit tapi tak datang melawat...
Rasanya baik tak perlu datang...
Andai kedatangan kita hanya kan memburukkan lagi keadaan...

Dan bagi kita yang sedang membaca catatan ini...
Apa perlu kita buat?
Duduk bergoyang kaki dan tersenyum membaca kisah realiti ini?
Atau sedang terbakar hatinya dek marah dengan mereka yang 'pelik' ini?
Tanpa menyumbang kepada apa?

Rasanya mesej saya cukup jelas...
Jaga setiap pertuturan kita...
Setiap perkataan yang keluar dari mulut kita didengar oleh orang yang sedang kita bual...
Dan mereka bukan kayu di tepi jalan...
Bukan jua batu yang disepak oleh orang yang lalu-lalang...
Mereka adalah manusia...
Yang 'menghadam' setiap kata-kata kepada mereka...

Buat apa ada gaji yang tinggi...
Buat apa ada status yang hebat dalam masyarakat...
Buat apa ada kerjaya yang hebat...
Buat apa ada peljaran yang tinggi...
Andai mulut kita sendiri kita masih tak boleh nak kawal...
Tak boleh nak ucapkan perkataan yang baik...

***************************************

Renung sejenak petikan hadis ini...

"Inginkah kamu aku beritahu pokok dari segala urusan dan puncak mahkotanya?" 

Aku (Muadz bin Jabal) menjawab, "Ingin, wahai Rasulullah," Beliau bersabda, "Pokok dari segala urusan adalah islam, tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah berjuang kerana Allah."

Lalu Beliau bersabda, "Mahukah kamu aku beritahu kunci dari semua itu?" 

Aku menjawab, "Mahu, wahai Rasulullah."

Maka Beliau menunjukkan lidahnya dan berkata, "Kendalikan ini!"(Sambil menunjukkan lidahnya.)

Aku bertanya, "Wahai Nabi ALLAH, apakah kami akan diminta dipertangungjawabkan atas segala yang kami katakan?"

Beliau bersabda,"Celakalah engkau, hai Muadz! Bukankah yang menjerumuskan manusia ke dalam api neraka dengan wajah tersungkur adalah akibat LIDAH mereka?"

Hadis riwayat Tirmidzi dan dia mengatakan hadis ini hasan sahih)


***************************************

Semoga sahabat yang menatap catatan ini hingga ke perkataan ini...
Kan mampu berfikir...
Dan saya sendiri sedang mengingatkan diri ini sendiri...
Dan semoga ada sesuatu yang dapat kita ambil dari kisah-kisah realiti di atas..
InsyaALLAH...

Salam perjuangan dalam mengendalikan lidah...
Buat diri ini...
Dan juga semua sahabat-sahabat seperjuangan....
InsyaALLAH...
Bi iznillah...
(^_^)V

1 comments:

Nazirul said...

baso kere amik idea blog ak
cess

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...