Saturday, August 28, 2010

Sekadar Lawak Jenaka Atau Satu Realiti...

12:12
Sabtu
28 Ogos 2010

Alhamdulillah...
Setelah dua minggu mencari masa untuk meng'update' catatan ini..
Akhirnya masih punya ketenangan untuk menulis...
Alhamdulillah....
Mungkin kesibukan seminggu dua ini dengan lambakan assignment untuk dihantar selepas raya...
Dengan Extended Essay yang masih perlukan perhatian besar...
Dengan World Literature yang sudah sampai ke final draf...
Dengan Theory of Knowledge, TOK essay yang masih memerlukan sumber untuk berkarya...
Dengan Internal Assessment ITGS, Biology, Chemistry, yang masih memerlukan banyak sentuhan...
Akhirnya sempat jua mendapat kelapangan hati ini....
Alhamdulillah...

Dan pagi tadi masih mempunyai sekejap kesempatan masa untuk mendengar radio...
Sekadar untuk merehatkan diri di pagi hari...
Dalam gurau senda dua DJ radio, seorang lelaki dan seorang perempuan...
Saya amat tertarik dengan perbualan mereka ini....
Gurauan dan realiti tentang berpuasa di bulan Ramadhan ini....

"Ya, bagi mana-mana pendengar yang masih setia di saluran ini. Diharapkan agar dapat  berpuasa penuh di bulan ini. Sebab datangnya pun hanya setahun sekaliii...", kata DJ yang pertama, seorang wanita....

"Ha'ah, betul tu! Jangan jadi bak kata orang, puasa yang yang yok, bangun pagi bukak periuk. Hahaha...", sampuk si DJ yang lelaki...

Dalam gurau senda itu...
Saya amat tertarik dengan kata-kata itu...
Sudah lama tak dengar istilah itu...
Puasa yang yang yok, bangun pagi bukak periuk....

Hmm...
Bagi yang mana-mana masih lagi ingat...
Mungkin pernah dengar perkataan ini semasa kita masih kanak-kanak lagi....

Tapi....
Cuma dari situ saya dapat lihat satu isu...
Kita berfikir bahawa puasa yang tak berpuasa itu adalah sebagai satu masalah besar....
Dan bagi hakikat realiti yang sebenar....
Tidak berpuasa itu lebih jelas...
Maksud saya, terus kita tahu bahawa seseorang itu tidak berpuasa kerna dia makan...

Mungkin...
Jalan-jalan di siang hari...
Terserempak dengan seorang lelaki muslim sedang makan di sebuah warung cina...
Oh, terus kita tahu bahawa dia tidak berpuasa...
Sedang mencari buku di MPH Bookstore Mid Valley...
Ternampak seorang wanita muslim sedang makan di McD atau KFC...
Terus kita tahu...
Bahawa dia ini tidak berpuasa...
Jelas....
Bukan satu tuduhan mahupun fitnah...

Tapi...
Kita kurang bimbang pada satu hakikat realiti...
Yang sememangnya wujud dalam diri kita...
Dalam diri saya...
Dalam diri kamu juga...
Dalam erti kata yang lebih senang, wujudnya dalam diri kita...

Realiti apa?
Satu realiti bahawa kita berpuasa tetapi kita tidak berpuasa...

Wah wah wah...
Berfalsafah pulak yer, Am?

Maksud saya...
Kita berpuasa, tetapi kita hanya dapat lapar dan dahaga...
Hanya dapat letih dan penat...
Tenaga terbazir...
Nau'zubillah...

Sebab?
Dalam kita sedang berpuasa...
Kita masih nak memperli saudara-mara kita...
Hati-hati dengan setiap perkataan yang keluar dari lidah kita...
Pesanan untuk diri sendiri....

Dalam kita sedang berpuasa...
Kita masih tak mampu nak menundukkan pandangan daripada melihat kepada perempuan...
Masih tak mampu nak mengalihkan mata di saat bertembung di tengah jalan...
Sebaliknya kita nikmati pula 'keindahan' itu...
Astaghfirullah...
Pesanan untuk diri sendiri juga...

Dalam kita sedang berpuasa...
Masih tak mampu nak menutup aurat dengan sempurna...
Kalau di pihak lelaki, masih turun ke padang bersukan dengan seluar pendek...
Terdedah auratnya...
Dan kalau yang wanita, masih lagi tak mampu menghijabkan mahkota yang terindah itu...
Ditayang kepada semua orang...
Ataghfirullah...
Pesanan untuk diri sendiri juga...

Dalam kita sedang berpuasa...
Kita masih lagi tak mampu nak menjaga batas-batas pergaulan kita...
Kalau bersosial dengan lelaki perempuan...
Masih tak tahu nak bataskan tahap pergaulan...
Bertempuk bertampar sesama lelaki dan perempuan...
Degup jantung jadi laju...
Mahu menikmati kelancaran darah barangkali...
Astaghfirullah...
Pesanan untuk diri sendiri....

Dalam kita sedang berpuasa...
Masih suka buat meeting merapu...
Bukan nak kata tak boleh meeting...
Cuma masih lagi tak menjaga pergaulan dalam meeting...
Lelaki perempuan duduk sebelah menyebelah...
Sehingga hampir sahaja lutut berlaga...
Malah dah ada yang berlaga, barangkali...
Dan buat pula di tempat-tempat 'islam'...
Barangkali supaya mendapat 'keberkatan' pergaulan ini...
Entahlah...
Pesanan juga untuk diri sendiri...

Mungkin ada yang berkata macam-macam...
Tapi, entah...
Hati saya sudah terlalu sebak...
Sedih...
Jiwa jadi kacau...
Tak tahu ke mana ingin membawa diri ini lari sebentar...
Dan mungkin hanya dengan terperap di bilik dan study, ececehhh... ^ ^

Dan saya sendiri masih cuba untuk berubah...
Doakan...
Sebab perubahan yang besar ini perlukan perubahan dari sudut inside-out...
Masih lagi cuba membina hati ini...
Masih lagi cuba meneruskan perjuangan ini...

Penghargaan untuk sahabat-sahabat...
Yang tak jemu menasihati diri ini...
Yang tak jemu menegur diri ini andai melakukan kesilapan...
Yang sanggup menjadi tempat mendengar luahan hati ini...
Yang masih lagi sanggup menarik tangan ini untuk meneruskan perjuangan ini...
Sebab andai tiada mereka ini...
Mungkin saya sendiri sudah kecundang, barangkali...
Astaghfirullah...

Catatan ini sekadar untuk luahan hati...
Catatan untuk muhasabah diri saya sendiri...
Sebab perkara-perkara di atas sendiri adalah salah satu environment  dalam hidup saya sendiri...
Maafkan andai terkasar bahasa...
Tapi andai terasa, maka bolehlah sama-sama kita renung balik apa yang sedang kita lakukan..
Jom!

Akhir kata seperti biasa...
Salam perjuangan untuk diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat...
Agar puasa kali ini mampu mendidik hati ini supaya bertakwa...
Supaya ada improvement untuk diri ini...
Bukan hanya sekadar puasa yang statik...
Tak mampu menjana apa-apa...
InsyaALLAH...
Antara nak atau tidak ajer yang tinggal...
^ ^

Sunday, August 15, 2010

Yang Mana Satu???

13:02
Ahad
15 Ogos 2010

Pada suatu hari di bulan Ramadhan...
Seorang guru masuk ke kelas untuk mengajar seperti biasa...
Segala tanggungjawab untuk mendidik modal tamadun kepada guru ini...
Kerna sekolahnya pun bukan calang-calang pelajar...
Pelajar-pelajar yang terpilih...
Si guru sedar, bahawa setiap didikannya bukan untuk melepaskan dirinya supaya dapat gaji...
Tapi untuk menjana anak muridnya supaya berfikir...
Berfikir dan berfikir...
Bukan menjadi anak burung yang menunggu makanan di sarang...
Si ibu burung hanya memasukkan makanan ke dalam mulut si anak burung yang sedang ternganga...
Anak muridnya bukan begitu...

Dan anak muridnya sanggup berpisah dengan keluarga...
Beratus kilometer jarak dari keluarga...
Semata-mata sebuah perjuangan untuk mencari ilmu...
Kerna umat ini memerlukannya...

Berbalik ke kisah asal...

Si guru masuk ke kelas...
Direnung mata anak muridnya...
Disentuh dahinya  yang mula dihiasi kedut...
Diraba rambutnya yang sudah memutih...
Janggutnya juga memutih...
Satu tanda, bahawa kembara di dunia ini akan berakhir tak lama lagi...

Direnung lagi mata anak murid....
Matanya bercahaya...
Ada titisan manik suci di hujung matanya...
Suasana kelas pagi itu hening...
Hening seolah semuanya tiada di kelas...

Anak murid juga melihat ke dalam mata guru mereka...
Sedar bahawa setiap perkataan yang keluar adalah manik mutiara yang tak  terlihat di mata kasar...
Masing-masing sudah bersedia untuk mencatat segala ilmu yang akan dicurahkan pada pagi itu...

Si guru mula bersuara...
"Baiklah. Pagi ni saya nak tahu tahap kepekaan awak dalam membezakan dua perkataan yang sama, tapi lain maknanya."

Diambil pen marker dalam kocek kemejanya...
Pen yang tulisan jenamanya sudah lusuh...
Namun itulah yang mencoret sebuah pemikiran ke dalam insan yang bersemangat di hadapannya pagi itu...
Terus ditulis pada papan putih...

Saya makan...
Saya Makan...

Si anak murid terus mencatat...
Tidak mahu kehilangan ilmunya itu...
Sebagaimana ilmu-ilmu terdahulu pernah hilang daripada ingatannya...
Sebagaimana ilmu Geografi PMR pernah hilang dari kotak fikirannya...
Sebagaimana ilmu Sejarah PMR pernah hilang daripada mindanya...

Si guru bertanya...
"Siapa boleh bezakan antara maksud dua ayat ni, saya persilakan berbuka puasa di rumah saya petang ni."

Si guru memberi tawaran kepada anak muridnya...
Yang sanggup memberitahu maksud ayat di papan putih...
Sebab si guru faham...
Berbuka puasa bersama-sama di rumahnya mampu mengubati kerinduan anak muridnya terhadap keluarga masing-masing yang terceruk di hujung belantara sana...

Semua anak muridnya membisu...
Memandang satu sama lain...
Yang ada hanya terkebil-kebil...
Segan untuk bangun dan berkongsi idea barangkali...
Atau memang tiada idea langsung...
Hmmm...

Dalam kesunyian itu...
Bangunlah seorang anak muda dengan penuh bersemangat....

"Cikgu, izinkan saya menjawab persoalan itu.", pinta anak muda.

"Silakan.", si guru hanya tersenyum...

"Walaupun dua ayat di atas ada persamaan dari sudut ejaan, namun kedua-dua ayat itu memberi makna yang sangat berbeza...", si anak muda memulakan bicara...

"Saya makan, memberi maksud bahawa saya sedang melakukan satu perbuatan, yakni saya sedang makan. Contoh, saya makan nasi, saya makan roti, saya makan biskut."
Ujar anak muda dengan penuh berhati-hati...
Sengaja menggunakan analogi yang mudah...
Supaya gurunya dan sahabatnya faham...

"Ok, betul. Dan apa maksud ayat yang satu lagi?" tanya si guru...
Semakin berminat dengan gaya berfikir anak muridnya yang satu ini...

"Saya Makan, membawa maksud nama seorang individu. Contoh, saya Makan bin Ali, saya Makan bin Abu, saya Makan bin Razak."

Jawapan si anak muda membuatkan sahabat-sahabatnya kagum...
Kagum kerna mampu membezakan idea sebegitu...

Si guru tersenyum...
Puas kerna anak muridnya yang satu ini faham apa yang ingin disampaikan olehnya...

Si guru memadamkan dua ayat di papan putih itu...
Diambil pen marker...
Ditulis pula ayat yang lain...

Saya Islam...
Saya islam...

Si guru diam...
Membiarkan anak muridnya berfikir...

"Dan sekarang saya nak tanya, awak semua yang mana satu? Saya Islam atau Saya islam?"
Provok si guru...

"Andai kata awak adalah Saya Islam, maka keislaman awak tak lebih dari sekadar nama. Islam hanya pada kad IC, islam hanya pada ID kad, dan islamnya awak sebab keturunan. Sebab mak dan ayah awak orang islam!"
Si guru menekan sedikit suaranya...
Supaya anak muridnya faham hakikat sebuah kehidupan....

"Tapi andai kata awak adalah Saya islam, maka awak bukan hanya pada nama. Tapi pada setiap perbuatan, setiap percakapan, setiap sikap awak semua. Dan pada perbuatan, jangan hanya sandarkan pada ritual semata-mata!"
Jelas si guru...
Ingin anak muridnya faham apa yang ingin disampaikan...

"Apa maksud ritual, cikgu?", salah seorang anak muridnya bertanya...
Inginkan kepastian barangkali...

"Maksud saya, islam bukan hanya terletak pada ibadat. Bukan hanya pada solat, puasa, zakat, haji. Tapi merangkumi semuanya, mula celik mata, hingga nak tidur, bahkan dalam tidur. Bahkan islam turut merangkumi pada sebuah masyarakat, perniagaan, undang-undang dan banyak lagi..."
Panjang lebar terang si guru...


**************************************************************************


Rasanya cukup untuk satu kisah di atas...
Dan cuba kita renung balik diri kita...

Adakah kita Islam?
Atau adakah kita islam?

Ejaan sama...
Tapi sangat-sangat berbeza...
Maksudnya sangat besar...

Dan suka untuk saya tegaskan di sini...
Bahawa saya sendiri bukannya seorang yang sempurna...
Tulisan di sini adalah sebagai satu pesanan untuk diri ini sendiri...
Yang acapkali lupa....
Tentang hakikat sebauh kehidupan...

Dan catatan kali ini...
Akan menjadi satu jawapan utama...
Kepada sahabat-sahabat yang selalu singgah di sini...
Kepada persoalan mereka...
Kenapa saya tulis perkataan "Islam" sebagai 'islam' dalam blog ini...
Sebagai satu jawapan bahawa setiap perkataan 'islam' di blog ini ditulis dengan huruf kecil...
Hujahnya adalah sebagaimana kisah di atas...

Dan untuk diri ini yang kadang-kadang sering terlupa...
Semoga  catatan ini kan menjadi satu peringatan buat diri ini...

Salam perjuangan....
Dalam mencari kefahaman untuk islam...
Buat diri ini...
Dan juga sahabat-sahabat seperjuangan...
InsyaALLAH...
^ ^

Dalam Kegembiraan Itu...

23:20
Sabtu
14 Ogos 2010

Semakin hari diri ini terasa makin dewasa....
Daripada dulu hanya seorang pelajar sekolah rendah...
Masuk ke sekolah menengah...
Dan sekarang masih lagi pelajar dan belajar...
Erm, masih juga di sekolah...
Di IB World School..
Ngeh2... ^ ^

Dan rupa-rupanya dah ramai teman senior satu sekolah dulu yang sudah masuk ke alam baru...
Mula menjengah ke alam untuk berdua...
Bukan lagi solo keseorangan...
Dalam erti kata mudah...
Dah ramai yang mula berkahwin....
Alhamdulillah....

Dan kalau nak ikut mereka...
Memang masih jauh lagi...
Angka pertama untuk umur pun masih '1' lagi...

Dan suka untuk meninjau Facebook mereka...
Melihat album2 'walimatul urus'....

Cuma dalam seminggu dua ini...
Saya terserempak dengan satu masalah baru...
Adeihhh...

Masalah ape?
Masalah tentang album majlis perkahwinan tadi...
Seram...
Sangat seram...
Malah kadang-kadang beristighfar panjang....
Sebab?
Bukan seorang dua yang sudah saya sendiri jumpa...
Bahkan dah banyak yang gambar majlis kahwinnyer ada something wrong...

Ada apa?
Okies, biarlah saya teruskan sahaja...
Dengan direct to the point...
Tanpa membungakan lagi ayat...

Hmmm....
Saya berjumpa dengan masalah gambar majlis perkahwinan yang kadang kala tidak patut diletakkan dalam album Facebook...
Yang sangat-sangat privacy....
Bagi saya, mungkin juga bagi orang lain...

Terasa sedih...
Ada gambar yang berpeluk sakan....
Ada gambar yang pasangannya mencium pipi...
Malah ada gambar yang saling bercium....
Adeihhh....
Yang bagi saya...
Gambar-gambar sebegini tak perlu diletakkan di Facebook untuk tatapan umum...
Sepatutnya....

Bimbang ianya hanya akan membuka aib kita...
Malah berkemungkinan besar akan menyebabkan penyakit hati dalam hati sesetangah anak muda yang melihat gambar itu...
Ya Allah, lindungilah diri ini...

Dan untuk mana-mana teman yang masih lagi menyimpan gambar sebegitu...
Suka untuk saya cadangkan gambar sebegitu dibuang dari album tatapan umum....
Kerna ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan....
Tak bermakna bila akad sudah termeterai...
Maka boleh sesuka hati berpeluk sakan di depan orang ramai...
Boleh buat itu dan ini...
Peliharalah diri ini dengan satu sifat malu...
Yang sangat mahal harganya...

Suka untuk saya petik sebuah hadis Baginda SAW...

"Abu Mas'ud Uqbah bin Amr al-Anshari r.a berkata:
Rasulullah bersabda, 
Sesungguhnya sebahagian dari apa yang telah dikenal orang dari
perkataan kenabian yang pertama ialah, 
'Bila engkau tidak malu, maka berbuatlah sekehendak hatimu'."
(Riwayat Bukhari)

Hmmm....
Semoga teman-teman yang beraya 'berdua' pada tahun ini...
Kan terus bahagia...
Semoga sebuah keluarga muslim itu terbina....
Namun luahan di sini hanyalah sebuah kepekaan seorang junior terhadap senior yang pernah bersama ketika dahulu....
Yang tak ingin melihat saban hari seorang demi seorang tumbang....
Seorang demi seorang mula hilang dan larut semangatnya yang pernah berjuang bersama suatu ketika dahulu...
Nau'zubillah...

Salam perjuangan...
Untuk diri ini...
Dan juga teman-teman...
Tak lupa kepada sahabat-sahabat...
Yang sentiasa setia di jalan ini...
Yang masih lagi single...
Ataupun dah I'm not single... ^ ^

Sunday, August 8, 2010

Sekejap Yang Bermakna...

11:34
Ahad
8 Ogos 2010

"Salam, camne malam ni? Kalau boleh keluar ana nak ambik antum semua keluar mabit..."

Dari hujung talian....
Diri ini dapat satu call...
Satu suara yang cukup tak asing lagi...
Suara seorang murabbi yang tak pernah letih dalam mendidik diri ini...

"Kitorang ok ajer", saya sendiri memberikan jawapan...
"Ok, korang bersiap. Malam ni kita nak pergi masjid KLIA. Dalam 20 minit lagi ana ambil..."

Sempat lagi mengerling jam di tangan...
Huhu, baru pukul 8 malam...
Hati mula berbunga...
Usai makan malam...
Terus bersiap...

Seperti biasa...
Barang-barang yang sememangnya tidak boleh ditinggalkan untuk menghadiri sebarang program sebegini...
Al-Quran yang tersayang, yang telah banyak diconteng...
Buku nota yang sememangnya kaya dengan catatan seorang pengembara di dunia ini...
Pen kecil yang sentiasa membantu 'mengikat' ilmu yang tercurah ke dalm hati...
Dan juga sepasang baju, berus gigi, dan kain tuala...
Semuanya terus dimasukkan ke dalam beg...
Cuma kali ini guna beg kecil...
Bukan beg yang kebiasaannya digunakan untuk mengembara...

Errr...
Cuma sebelum pergi lebih jauh...
Mungkin ramai yang tertanya...
Apa itu mabit...
Macam-macam ada yang mendefinisikan istilah ini...
Ada yang kata MAlam memBina Iman & Taqwa (MABIT)...
Ada yang kata Malam Bersama Ikhwah Tercinta (MABIT)...
Dan banyak lagi...
Tapi dalam erti kata yang lebih senang...
Mabit ni adalah satu malam untuk lepak...
Dan pada masa yang sama...
Ada yang buat perbincangan dengan ahli seperjuangan yang lain...
Baca al-Quran sama-sama...
Ada juga yang buat pengisian yang ringan-ringan..
Dan pada paginya, qiam bersama-sama seawal jam 4.30 pagi...
Sekadar untuk menyegarkan kembali iman yang mungkin terpudar sedikit selepas seharian dicelup dalam kepincangan yang tak henti-henti...
Tapi yang pasti...
Mabit yang saya maksudkan bukannya mabit yang bermalam di Muzdalifah yang masa menunaikan haji tu..
^^

Balik kepada cerita asal...
Dan kemudian...
Murabbi ana datang...
Terus bergerak ke masjid KLIA...

Dan usai tiba di sana...
Sememangnya sudah lama sahabat-sahabat yang menanti...
Senuanya pelajar-pelajar Malaysia international ...
Ada yang masih lagi belajar di Jepun...
Ireland...
United Kingdom...
Mesir...
Moscow...
Republic Czech...
Russia...
Poland...
China...
Korea...
Cuma dari New Zealand dengan Australia ajer yang takde...
Sebab diorang tak cuti...

Dan malam itu...
Ukhwah terus subur disemai..
Berkongsi dengan mereka tentang perjalanan sebuah perjuangan di bumi asing...
Sebagai seorang perantau...
Tapi masih lagi islam kukuh di hati masing-masing...
Dan diri ini terus terbakar semangatnya...
Dating dengan Allah di awal pagi seolah-olah memberi satu kenangan yang tak dapat diucapkan...

Dan pagi ini...
Ada game sikit-sikit...
Dan ukhwah ini terus disuburkan bersama...

Atas desakan masa..
Dan komitmen...
Sebab Kolej Muslim Brotherhood, KMB, ada event karnival sukan pada pagi ini...
Maka terpaksalah balik awal....
Usai sarapan, terus dihantar pulang ke KMB...
Namun, hati ini cukup puas...
Puas kerna walaupun pertemuan hanya sekejap...
Hanya dalam satu malam...
Tapi sudah cukup untuk membakar kembali jiwa ini...
Yang kadang-kadang hampir sahaja terpadam...
Dek jahiliyah moden yang dianggap normal dalam hidup seharian...
Dan yang orang-orang yang menzahirkan kebenaran...
Akan dianggap aneh...
Sekurang-kurangnya, diri ini sedar...
Bahawa tidak pernah keseorangan dalam perjuangan ini...
At least, Allah SWT itu sentiasa menemani di sisi...

Dan semalam semasa mabit...
Saya sendiri mendapat dua berita baik...
Yang pertama, berjumpa dengan seorang sahabat yang pernah bersama sekali di SM Sains Machang(SMACH)...
Terserempak dengan Ariff Rumy...
Yang kini sedang berada di INTEC...
Sedang mengikuti program Ini Sejarah Kita (ISK) di tempat yang sama...
Dan yang kedua...
Berkenalan dengan Akh Hazique...
Yang kini sedang belajar di France....
Berita baik sebab dalam perbincangan itu...
Saya bertanya kepadanya...
"Ana ada sorang member kat France. Baru ajer masuk. Nama Nasaruddin Harith."
"Owh, satu usrah dengan ana...", jawab Hazique...

Alhamdulillah...
Disambut berita itu dengan penuh kesyukuran...
Sebab Nasaruddin adalah dorm-mate masa saya Form 4 di SMACH...

Semoga hari-hari yang mendatang penuh bermakna...
Semoga hati ini terus setia di jalan ini...
Untuk selamanya...
Dan semoga ukhwah yang terbina ini tidak akan pernah pudar....

Salam perjuangan...
Untuk diri ini...
Dan juga sahabat-sahabat seperjuangan...
Sama ada yang saya kenal atau tidak...
InsyaALLAH... ^ ^

Dari kiri; Aiman, Am, Daus, Faiq Syuk, Khai, Zahirasri.
(kredit kepada Na'im, sebab tengah ambil gambar)

Saturday, August 7, 2010

Adakah Kami Begitu?

21:45
Jumaat
6 Ogos 2010

Alhamdulillah...
Hari terasa stabil sedikit emosi...
Semalam emosi amat terganggu...
Sebab?
Entahlah, saya rasa pelajar KMB lebih memahami apa yang yang ingin saya perkatakan...
Sebab kami mengalami masa kepahitan itu bersama-sama...
Di antara pukul 8.30 malam hingga pukul 10 malam...
Kepada yang bukan pelajar KMB...
Tak mengapa...
Biar saya perjelaskan satu persatu...
Tentang peristiwa sebenar yang telah berlaku...

Sebagai pendahuluan...
Izinkan saya memetik sepotong ayat daripada ensiklopedia terhebat dalam tamadun manusia...

"Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu
 adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila
orang-orang bodoh menyapa mereka 
(dengan kata-kata yang menghina), 
mereka mengucapkan ,salam."

(Surah al-Furqan 25:64)

Ayat di atas adalah petikan daripada al-Quran...
Dalm surah ke 25, iaitu surah al-Furqan...
Ayat ke 64, dan bagi al-Quran yang ada terjemahan, sila lihat pada page 365...(Untuk al-Quran yang kecil tu)

Apekah relationship antara ayat di atas dengan peristiwa yang berlaku semalam?
Okies....
Meh renung bersama...

Sebuah Kisah Benar

"Yer la, dalam sehari saya tau awak banyak baca buku tebal-tebal tu. Apalah sangat al-Quran tu. Hah, awak ni. Bila last sentuh al-Quran?!", kata seorang ustaz dalam kuliah maghribnya...

Yang dok kat depan pulak jadi mangsa dengan soalan itu...

"Hah! Mana ketua awak?"...
Pakat tunjuk kat presiden MPP...

"Ni esok kalau ketua awak baca al-Quran. Jangan tegur, sebab dia tengah insaf tu. Mungkin dia dah bertaubat..."

Ada yang tergelak...
Ada yang tarik muka...
Dan ada yang kepanasan...
Dan saya sendiri dalam kepanasan...
Er, saya mula tertanya...
Adakah ini kuliah maghrib?
Atau apekah ini?


"Saya tahu. Cikgu-cikgu awak pun sama ajer. Sama ajer dengan pelajar. Haa, mana Cikgu Afiq? Ha, tu.. tu.. Cikgu Afiq pun sama ajer kan?", kata lagi ustaz tersebut..

Hamboih, sir Afiq pun kena jugak...

"Awak ni dah nak terbang tahun depan. Saya tengok ramai yang pergi sebelah Eropah, balik-balik dah jadi lain. Awak kena mantapkan diri, kalau tak naya awak...",

Mungkin tu baru jumpa satu nasihat...
Slide presentation masih lagi tak bergerak...
Tajuk kuliah tentang "Kelebihan Membaca Al-Quran"...
Tapi masih lagi tak masuk ke dalam tajuk asal....
Semua dok merapu, dah lebih setengah jam berlalu...

"Ok, mari tengok sebentar tentang kelabihan membaca al-Quran", kata ustaz itu...

Dalam slide presentation tu..
Ada la jugak cerita tentang kelebihan membaca al-Quran...
Setiap ayat digandakan 10 kali...
Alif Laam Miim itu terdiri daripada 3 ayat...
Erm...
Ada la jugak...
Tapi penangan merapu 40 minit tadi menghilangkan minat untuk terus ikut bersama dalam kuliah itu...
Dan nasib baik ada Faiq Syuk untuk menenangkan jiwa ini...
Dah la kami duduk kat depan...

"Ok, sikit-sikit sudah laa.. Sebab kalau cerita panjang pun awak bukan faham!", kata dia lagi...

Eh, saya bersama sahabat-sahabat yang berada di depan pun dah mula pening...
Amende nih?
Dia datang nak bagi amenda?
Nak gelak-gelak ke?
Nak hina kami ke?
Astaghfirullah...
Beristighfarlah 10 kali kepada yang sedang membaca luahan hati ini...
Sebab saya sendiri terpaksa menahan kemarahan dalam diri...
Di saat menulis tentang ini...

Dan saya sendiri...
Terpaksa beristighfar sepanjang kuliah maghrib...
Entah kenapa...
Hati ini terasa terlalu panas...
Mahu sahaja kaki diangkat keluar dari masjid...
Sebab kalau diteruskan...
Seolah membuang masa sahaja...
Astaghfirullah....
Tapi, andai saya berbuat demikian...
Masalah yang sebenar akan tercampak ke atas muka saya sendiri...
Sebab kalau saya terus bangun dan keluar, maka saya telah menghilangkan hikmah dalam kunci dakwah ini...

Dan malam itu...
Saya sendiri tercari-cari apakah yang ingin disampaikan oleh penceramah pada malam itu?


Monday, August 2, 2010

Kenapa Sampai Begitu Sekali?

11:32
Isnin
2 Ogos 2010

"Bang, ader kontroversi tu kat board tu!", sapa seorang Year 1 kepada diri ini semasa baru balik dari makan malam sebentar tadi...

Dan langkah kaki ini terus dihayun ke board kat tepi dinding...
Dari kejauhan sudah nampak orang berkumpul di situ...
Wah, dahsyat sangat ke sampai ada orang baca advertisement sampai begini sekali?

Dan saya sendiri terus merapatkan diri ke satu artikel di board tersebut...
Hmmm....
Ada satu artikel...
Colourful lagi....

Baca seimbas lalu...
Eh, kenapa pelik sangat artikel ni?
Dan ia memang sangat pelik...

Menceritakan tentang luahan hati daripada seorang pelajar...
Yang tidak berpuas hati dengan pengurusan Kolej Muslim Brotherhood (KMB)...
Sebab floating class...
Sebab buku...
Sebab kena bayar duit bagi setiap electrical appliances kat bilik...
Seperti laptop, henset, sterika...
Bla bla bla...
Dah kena bayar untuk setahun...
Dan banyak lagi yang dikritik...
Sehinggakan MPP turut dikutuk secara tidak langsung....
Pelajar-pelajar turut dikutuk (hamboih, aku pun kena gak?)...
Sebab asyik ikut ajer kata-kata admin...
Tajuk artikel luahan hati itu sangat catchy...
"KMB SEDANG MENGALAMI ZAMAN KEJATUHAN..."
Sedap ajer yer kata si penulis...
Menyalahkan pelajar kerana tidak memberontak...
Dan saya amat tertarik dengan ayat last, yang diletak ala-ala footnote...
Yang bermaksud lebih kurang camni...
"Sesiapa yang mencabut dan membuang artikel ini adalah pengecut!"...
Dan diri ini mula tertanya...
Siapa pengecut sebenarnya?

Tatkala diri ini berjalan menuju ke bilik...
Sempat lagi berbual dengan seorang sahabat Year 1....

"Siapa pengecut sebenarnyer? Rasanyer 'dia' sendiri sebab bajet nak sebar propaganda budus camni!"
Dan saya hanya terdiam...
Mungkin ada benarnya kata-kata itu...
Dan sememangnya benar...

Teringat balik pesan Syed Hadi Arif, Presiden MPP, masa Minggu Penghayatan Islam (MPI) yang lalu...
Pesannyer...
Andai kita marah...
Sebab ape kita marah?
Adakah kita marah kerana nafsu kita yang suruh marah?
Atau kerana iman kita yang marah?
Dan andai kita marah?
Apa faedahnya pada kita?
Hanya menyerabutkan otak dan menghilangkan ketenangan jiwa....
Serius, memang benar pesanan dari sahabat ini...

Dan bagi yang tidak berpuas hati dengan pengurusan KMB sekarang....
Cubalah bersabar buat seketika waktu...
Kita tidak tahu masalah sebenar...
Kita hanya tahu nak bersuka ria setiap masa...
Cuba kita berada di tempat mereka...
Nescaya kita akan faham mengapa sampai begitu sekali tindakan yang perlu diambil...

Dan dengan mudah kita menuduh MPP tak buat kerja...
Sampai hati kita...
Bersangka buruk dengan mereka...
Nauzubillah...
Istighfarlah kembali...
Cuba  jangan ikut emosi...
Perbincangan bersama Fakarul masa supper tadi sangat mengeyangkan jiwa ini...
Nasihat yang terselit memang benar katanya...
Walaupun kita nampak ini isu yang remeh...
Tapi setakat mana kita nampak kepentingannya kepada pelajar?

Dan pesanan juga untuk diri ini...
Sentiasalah bersabar...
Andai kita tidak faham masalah sebenar yang berlaku...
Cubalah untuk tidak melenting...
Selagi mana kita tidak tahu masalah sebenar...
Dan andai kita faham juga apa yang berlaku...
Menahan marah itu lebih baik...

Salam perjuangan untuk diri ini...
Supaya kemarahan ini sentiasa dapat dikawal...
Supaya diri ini hanya marah...
Tatkala melihat hukum Allah SWT dilanggar di depan mata...
Semoga terus setia di jalan ini....
InsyaALLAH...
Bersama kita doakan...
^ ^

Di Situ Kita Bina Ia

18:23
Ahad
1 Ogos 2010

Fuh...
Hari ini telah memberi satu kepuasan yang amat...
Terasa gembira sejak pagi hingga ke petang...
Malah hingga ke sekarang...
Sebab?

Satu kepuasan yang amat...
Lepak di Pantai Morib...
Membina ukhuwah bersama-sama dengan Year 1 Guidance & Counselling Club (GNCC)...
Walaupun pada hakikatnya hanya 3 orang sahaja senior yang dapat pergi...
Termasuk diri ini sendiri...
Tetapi kehadiran ahli baru itu sendiri berjaya memberi satu kepuasan...
Yang tak dapat datang tu pun sebab mereka ada jaulah ke Negeri Sembilan... ^ ^
Jadi...
Ada la dalam 19 orang yang pergi...

Aper yang paling best...
Sebab semua yang pergi memang dah faham tujuan mereka pergi...
Bukan untuk memenuhi Creativity, Action & Service (CAS) bagi seorang pelajar IB...
Malah bukan juga hanya pergi untuk bersuka ria...
Tetapi dengan satu tujuan untuk membina ukhuwah dengan lebih mantap lagi...
Dan juga untuk merehatkan minda ini...
Yang sangat penat akhir-akhir ini...
Penat dengan TOK Presentation, placement untuk universiti, Extended Essay dan pelbagai lagi...
Wah, dahsyat-dahsyat...

Pagi ini...
Semuanya dimulakan dengan doa rabithah...
Satu doa untuk menyatukan hati-hati ini...
Supaya tetap kukuh dan teguh di jalan ini buat selamanya...

Semua kumpul kat KFC sebelum briefing.

Tengok jam di tangan...
Alhamdulillah...
Baru pukul 9.30 pagi...
Masih lagi awal...
Dan mungkin boleh sampai awal di Pantai Morib...
InsyaALLAH...

Dengan penuh semangat berjalan ke tempat menunggu bas. ^ ^

Terasa masih ingat lagi...
Tiba sahaja di pekan Banting...
Diri ini bertanya kepada kaunter bas...

"Cik, nak tanya. Bas untuk ke Morib pukul berapa?", saya bertanya...
Ya Allah,dik! Bas ke Morib baru jer berlepas. Ada pulak pukul 12 tengah hari..."

Wah...
Jam baru 10.10 pagi...
Pukul 12 tengah hari?
Apekah?
Maka, dengan semangat untuk berkorban...
Keputusan diambil...
Naik ajer kereta sewa...
Walaupun sebuah kereta untuk 4 orang casnyer sebanyak RM15....
Ini satu ujian daripada Allah...
Tanda sayang pada hambanya... ^ ^
Halangan yang takkan melemahkan semangat ini...
Tujuan mesti dicapai juga...
Hehe..

Alhamdulillah, tiba sudeyh...

Masa tiba...
Semua turun kat tempat lain-lain...
Hadoiii...
Ambil masa gak nak kumpul balik...
Dan cam biasa secara tradisi turun temurun...
Kami GNCCianz akan ambil tempat port biasa...

Jamil posing depan post, ala2 pondok gitu... ^ ^


Tazkirah pagi daripada Solo (Adib Safwan)

Pengisian pagi daripada Solo...
Berkenaan dengan Ya Syabab! (Wahai Pemuda!)..
Menceritakan fungsi pemuda dalam setiap penggerak...
Sama ada untuk islam atau sebaliknyer...
Bahawa pemuda itu sangat bernilai harganya dalam sesebuah tamadun...
Kalau tak silap, Hassan al-Banna menggelar pemuda sebagai 'rahim ummah'...
Sebab pemuda sangat tinggi semangatnyer... ^ ^
Kita lah tu...
InsyaALLAH...

Dengan muka bahagia dapat makan free sambil dengar tazkirah.

Lepas ajer tazkirah pagi, semua terus main...
Cam biasa, saya sendiri bawa benda yang memang dah feveret...
Takleh nak tinggal dengan frisbee yang tersayang...
Siap ada bawa 3 disc frisbee dalam beg...
Kredit untuk Solo...
Sebab bawa bola tampar...
Yang nak tergelak, alasan kenapa kitorang bawa bola tampar...
"Kalau nak bawa bola sepak, berat kot. Bawa bola ampar sudeyh...", kata Solo sebelum bertolak...

Walaupun hanya bawa bola tampar...
Tapi seorang IB Student adalah kreatif...
Maka dengan kreatif itulah mungkin dapat lihat bersama apa yang kami buat dengan bola yang satu ini...

Bola tampar digunakan sebagai sepak takraw.

Bola tampar sebagai futsal.
Frisbee sememangnya tidak boleh ditinggalkan. ^ ^
Ammar dengan gaya tersendiri catch disc frisbee.
Cuaca sangat menyenangkan...
Tidak terlampau panas dan tidak pula hujan...
Walaupun malam sebelumnya hujan dan berangin...
Alhamdulillah...
Rezeki daripada Allah SWT...

Dan sememangya...
GNCC akan mengambil peluang ini untuk mendidik ahlinya...
Mendidik tentang solat yang membuktikan islam itu sangat 'kamceng' dengan penganutnya...

Tengah membersihkan tempat untuk solat. Ape??

Solat atas rumput... ^ ^

Masih ada yang berposing walau dah nak solat...

Kalau perasan dalam gambar tu...
Ada yang bertanya...
"Kenapa semua orang masih sibuk dengan henset?"
Sebenarnya...
Pak imam keluarkan arahan supaya silentkan henset masing-masing...
Karang ada yang terdengar lagu free masa tengah solat...
Ehem...
Memang jika GNCCianz lepak di Morib...
Kami akan solat di atas rumput...
Sebab pada masa yang sama...
Nak menunjukkan bahawa solat boleh dilakukan di mana-mana asalkan tempat itu bersih...
Dan boleh la juga mencegah kemungkaran...
Sebab ada yang tengah dating...
Terasa la juga bila kami di sini...
Ish3...

Dah nak pergi lunch.. ^ ^

Dah nak balik...

On the way nak balik, dah ada muka yang mengantuk. zZzZzZz..

Last picture untuk hari ini...

Memang sangat meletihkan...
Tapi hati terasa sangat puas...
Sehari masa diguna...
Dapat rasa nilai pengorbanan antara satu sama lain...
Namun, suka untuk saya menyatakan dengan sebenarnya...
Bahawa GNCC bukan hanya sebuah kelab....
Dan ia bukan hanya sebuah organisasi...
Tapi ianya sebuah perjuangan...
Yang berselindung di sebalik sebuah kelab...
Andai mereka faham mengapa GNCC ditubuhkan..
InsyaALLAH...

Semoga hati-hati yang berada di landasan ini sentiasa berkembang...
Terikat antara satu sama lain...
Walau datang dari tempat yang berbeza...
Semoga hati ini tidak pernah berputus asa...
Apatah lagi merasa jemu dengan erti sebuah pengorbanan...

Salam perjuangan...
Untuk diri ini...
Dan juga semestinya sahabat-sahabat yang sentiasa memahami... ^ ^
InsyaALLAH!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...