Monday, August 2, 2010

Di Situ Kita Bina Ia

18:23
Ahad
1 Ogos 2010

Fuh...
Hari ini telah memberi satu kepuasan yang amat...
Terasa gembira sejak pagi hingga ke petang...
Malah hingga ke sekarang...
Sebab?

Satu kepuasan yang amat...
Lepak di Pantai Morib...
Membina ukhuwah bersama-sama dengan Year 1 Guidance & Counselling Club (GNCC)...
Walaupun pada hakikatnya hanya 3 orang sahaja senior yang dapat pergi...
Termasuk diri ini sendiri...
Tetapi kehadiran ahli baru itu sendiri berjaya memberi satu kepuasan...
Yang tak dapat datang tu pun sebab mereka ada jaulah ke Negeri Sembilan... ^ ^
Jadi...
Ada la dalam 19 orang yang pergi...

Aper yang paling best...
Sebab semua yang pergi memang dah faham tujuan mereka pergi...
Bukan untuk memenuhi Creativity, Action & Service (CAS) bagi seorang pelajar IB...
Malah bukan juga hanya pergi untuk bersuka ria...
Tetapi dengan satu tujuan untuk membina ukhuwah dengan lebih mantap lagi...
Dan juga untuk merehatkan minda ini...
Yang sangat penat akhir-akhir ini...
Penat dengan TOK Presentation, placement untuk universiti, Extended Essay dan pelbagai lagi...
Wah, dahsyat-dahsyat...

Pagi ini...
Semuanya dimulakan dengan doa rabithah...
Satu doa untuk menyatukan hati-hati ini...
Supaya tetap kukuh dan teguh di jalan ini buat selamanya...

Semua kumpul kat KFC sebelum briefing.

Tengok jam di tangan...
Alhamdulillah...
Baru pukul 9.30 pagi...
Masih lagi awal...
Dan mungkin boleh sampai awal di Pantai Morib...
InsyaALLAH...

Dengan penuh semangat berjalan ke tempat menunggu bas. ^ ^

Terasa masih ingat lagi...
Tiba sahaja di pekan Banting...
Diri ini bertanya kepada kaunter bas...

"Cik, nak tanya. Bas untuk ke Morib pukul berapa?", saya bertanya...
Ya Allah,dik! Bas ke Morib baru jer berlepas. Ada pulak pukul 12 tengah hari..."

Wah...
Jam baru 10.10 pagi...
Pukul 12 tengah hari?
Apekah?
Maka, dengan semangat untuk berkorban...
Keputusan diambil...
Naik ajer kereta sewa...
Walaupun sebuah kereta untuk 4 orang casnyer sebanyak RM15....
Ini satu ujian daripada Allah...
Tanda sayang pada hambanya... ^ ^
Halangan yang takkan melemahkan semangat ini...
Tujuan mesti dicapai juga...
Hehe..

Alhamdulillah, tiba sudeyh...

Masa tiba...
Semua turun kat tempat lain-lain...
Hadoiii...
Ambil masa gak nak kumpul balik...
Dan cam biasa secara tradisi turun temurun...
Kami GNCCianz akan ambil tempat port biasa...

Jamil posing depan post, ala2 pondok gitu... ^ ^


Tazkirah pagi daripada Solo (Adib Safwan)

Pengisian pagi daripada Solo...
Berkenaan dengan Ya Syabab! (Wahai Pemuda!)..
Menceritakan fungsi pemuda dalam setiap penggerak...
Sama ada untuk islam atau sebaliknyer...
Bahawa pemuda itu sangat bernilai harganya dalam sesebuah tamadun...
Kalau tak silap, Hassan al-Banna menggelar pemuda sebagai 'rahim ummah'...
Sebab pemuda sangat tinggi semangatnyer... ^ ^
Kita lah tu...
InsyaALLAH...

Dengan muka bahagia dapat makan free sambil dengar tazkirah.

Lepas ajer tazkirah pagi, semua terus main...
Cam biasa, saya sendiri bawa benda yang memang dah feveret...
Takleh nak tinggal dengan frisbee yang tersayang...
Siap ada bawa 3 disc frisbee dalam beg...
Kredit untuk Solo...
Sebab bawa bola tampar...
Yang nak tergelak, alasan kenapa kitorang bawa bola tampar...
"Kalau nak bawa bola sepak, berat kot. Bawa bola ampar sudeyh...", kata Solo sebelum bertolak...

Walaupun hanya bawa bola tampar...
Tapi seorang IB Student adalah kreatif...
Maka dengan kreatif itulah mungkin dapat lihat bersama apa yang kami buat dengan bola yang satu ini...

Bola tampar digunakan sebagai sepak takraw.

Bola tampar sebagai futsal.
Frisbee sememangnya tidak boleh ditinggalkan. ^ ^
Ammar dengan gaya tersendiri catch disc frisbee.
Cuaca sangat menyenangkan...
Tidak terlampau panas dan tidak pula hujan...
Walaupun malam sebelumnya hujan dan berangin...
Alhamdulillah...
Rezeki daripada Allah SWT...

Dan sememangya...
GNCC akan mengambil peluang ini untuk mendidik ahlinya...
Mendidik tentang solat yang membuktikan islam itu sangat 'kamceng' dengan penganutnya...

Tengah membersihkan tempat untuk solat. Ape??

Solat atas rumput... ^ ^

Masih ada yang berposing walau dah nak solat...

Kalau perasan dalam gambar tu...
Ada yang bertanya...
"Kenapa semua orang masih sibuk dengan henset?"
Sebenarnya...
Pak imam keluarkan arahan supaya silentkan henset masing-masing...
Karang ada yang terdengar lagu free masa tengah solat...
Ehem...
Memang jika GNCCianz lepak di Morib...
Kami akan solat di atas rumput...
Sebab pada masa yang sama...
Nak menunjukkan bahawa solat boleh dilakukan di mana-mana asalkan tempat itu bersih...
Dan boleh la juga mencegah kemungkaran...
Sebab ada yang tengah dating...
Terasa la juga bila kami di sini...
Ish3...

Dah nak pergi lunch.. ^ ^

Dah nak balik...

On the way nak balik, dah ada muka yang mengantuk. zZzZzZz..

Last picture untuk hari ini...

Memang sangat meletihkan...
Tapi hati terasa sangat puas...
Sehari masa diguna...
Dapat rasa nilai pengorbanan antara satu sama lain...
Namun, suka untuk saya menyatakan dengan sebenarnya...
Bahawa GNCC bukan hanya sebuah kelab....
Dan ia bukan hanya sebuah organisasi...
Tapi ianya sebuah perjuangan...
Yang berselindung di sebalik sebuah kelab...
Andai mereka faham mengapa GNCC ditubuhkan..
InsyaALLAH...

Semoga hati-hati yang berada di landasan ini sentiasa berkembang...
Terikat antara satu sama lain...
Walau datang dari tempat yang berbeza...
Semoga hati ini tidak pernah berputus asa...
Apatah lagi merasa jemu dengan erti sebuah pengorbanan...

Salam perjuangan...
Untuk diri ini...
Dan juga semestinya sahabat-sahabat yang sentiasa memahami... ^ ^
InsyaALLAH!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...