Saturday, July 31, 2010

Buat Pertama Kalinya Ia Bukan Seperti Biasa...

16:43
Jumaat
30 Julai 2010

Konvensyen siswa selama tiga dua malam pada minggu lepas memang best...
Terlampau banyak kenangan yang telah mendidik diri ini...
Dan yang paling best...
Walaupun sangatlah ramai...
Dengan bilangan daripada pihak muslimin pun dah lebih daripada 120 orang...
Ditambah lagi dengan bilangan pihak muslimat yang angkanya lebih ramai daripada pihak kami...
Tetapi program tetap berjalan lancar...
Sangat-sangat lancar...

Kitorang seramai empat orang, saya sendiri, Poiq Syuk, Aiman, Naim...
Jadual hari itu sendiri sudah cukup untuk menguji pengorbanan diri ini...
Ape yang tak nyer?
Sebab habis solat Jumaat, pukul 2.30 petang saya sendiri ada kelas IELTS...
Dan tamat sahaja kelas pada pukul 5 petang...
Terus bersiap sedia dengan barang2...
Bersyukur kerana saya sendiri ada beg khas untuk hiking,jadi ia banyak membantu dalam setiap pengembaraan ke mana-mana sahaja...

Dengan bantuan Pak Cik Zul (PCZ) yang tak henti-henti sentiasa membantu diri ini dalam perjuangan ini...
Alhamdulillah, dari segi bab pengangkutan memang tiada masalah...
PCZ menghantar kami ke Stesen Salak Tinggi...
Terasa masih ingat...
Poiq sendiri pernah berpesan kepada Aiman untuk membawa duit 'tabungan' yang lebih...
Sebab mungkin boleh la kami hulur satu dua untuk untuk PCZ kerna menolong kami...
Tapi sebaliknya yang berlaku...

Di saat kereta itu sedang meluncuri jalan...

"Faiq, ambil duit ni. Seratus untuk bayar pendaftaran program. Dan yang lebih-lebih itu untuk buat minum.", kata PCZ...

"Uish, banyak nyer lebih ni.", kata Poiq Syuk dalam senyum...

Saya ingatkan ada lebih dalam RM10...
Tapi, PCZ menyerahkan RM250 kepada Poiq...
Erk 0_o
Apekah? Setelah kira-kira... Hmmm...
Pendaftaran untuk kami berempat sebanyak RM100, sebab sorang RM25.
Lebih ada dalam RM150.. wah!
Tapi semestinya semakin berkurang sebab kos untuk naik ERL, teksi, dan lain-lain...
Baki yang masih tinggal pada hari ini ada sebanyak dalam lebih RM50...
Masuk tabung, boleh guna jika selepas ini ada program lain...

Ish...
Balik kepada perancangan asal...
Kami tiba di Masjid Muqarrabin dalam pukul 7 malam...
Setelah 2 jam perjalanan...
Selesai pendaftaran, terus solat maghrib...
Dan malam itu, saya terjumpa dengan Ustaz Faridul Farhan...
Masih lagi muda orangnya...
Dan amat mengenali dirinya sebab dia pernah menguruskan Simposium Nuqaba 2010 di Masjid KLIA...
Dan di program itu juga saya berjumpa dengan Abang Faisal...
Seorang lagi ikhwah yang saya sendiri segan dengannya...
Sentiasa sanggup berkorban dengan menghantar zaujah(isteri)nya di KMB untuk usrah dengan pihak muslimat...

Paling saya sendiri ingat ialah ketika makan malam...
Dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat dari u lain...
Walaupun hakikatnya tak pernah kenal sebelum ini..
Namun pertemuan buat pertama kalinya ini telah melahirkan kemesraan seolah-olah kita sudah 10 tahun kenal...
Teringat kata-kata Faisal, seorang sahabat yang ana kenal semasa makan malam...

"Kalau antum ada masalah transportation,cakap ajer. Ana datang dengan kereta."

Wah, baru sekejap tadi kenal...
Dah tawar bantuan...

Apa yang paling menarik...
Program ini tak seperti yang pernah saya sendiri hadiri sebelum ini...
Biasanya disiplin peserta akan dibentuk dengan marah-marah...
Herdikan...
Ejekan...
Dan pelbagai lagi...
Tapi kali ini lain....
Peserta sendiri sangat komited dengan masa....
Mungkin sebab semuanya sendiri sudahpun jelas dengan matlamat asal ke program ini...

"Wei langau! Tak reti nak diam ke?!"

Satu herdikan kepada para peserta semasa saya sendiri pernah masuk ke dalam satu program...
Yang dikatakan untuk membina disiplin pelajar...
Tetapi yang ini sangat istimewa...
Tak perlu marah-marah untuk kawal peserta...
Sebab masing-masing sudah jelas...
Sudah sedar kenapa mereka berkumpul untuk program ini...

Tiada sebarang perbezaan taraf antara semua...
AJK program, kem komandan dan semua AJK tertinggi adalah sama dengan peserta...
Makan di talam yang sama...
Tidur di tempat yang sama...
Malah saya sendiri tidur sebelah menyebelah dengan kem komandan...
Sebab ukhwah itu sangat berkuasa andai kita sendiri faham maksud ukhwah itu...

Kadang-kadang rasa nak tergelak...
Contoh...
Masa riadah...
Ada yang buat lucu...
Gelak ramai-ramai...

"Okay, cukup-cukup. Meh kita istighfar 10 kali.."

Itulah pesanan kem komandan...
Apabila kami ketawa...

3 hari dua malam yang sangat bermakna...
Setiap perbincangan sangat mengeyangkan hati ini...
Pemikiran ini turut diasah...
Masalah yang ada dikongsi bersama....

Paling tak leh blah...
Masa sarapan pagi hari terakhir program...
Satu talam untuk lima orang....
Saya sendiri dengan 4 orang lagi...
Borak-borak...
Ada dari Taylor College, dari UPM Serdang dan pelbagai lagi...
Masa nasi goreng dah nak abis...
Saya bertanya,

"Antum semua ni rumah kat mana?"

"Ana umah kat Kota Bharu, Kelantan.", member sebelah jawab.

Saya sendiri hanya tersenyum...

"Eh, ana umah kat Kubang Kerian ajer.", sampuk yang kat depan saya...

"Ana umah kat Tumpat.", member sebelah kiri pulak yang cakap.

"Uish! Ana kat Pasir Puteh."yang kat depan saya pulak..

Dan diri ini bersuara...
"Ok, fine! Ghumoh aku Kota Bharu jugok!"

Haha...
Semua tergelak...
Sebab sejak dari tadi dok borak-borak...
Maka sekarang terpaksa bertukar kepada 'kecek'...

Program habis dalam pukul 3 petang...
Perghhh...
Hujan lebat...
Nasib baik ada sahabat yang tolong hantar ke stesen Bandar Tasik Selatan...

Walaupun terlewat seminggu untuk post ini dikeluarkan...
Namun ianya adalah satu kenangan untuk diri ini...
Supaya tidak terlupa untuk kenangan selamanya...
Dan hari ini saya sendiri sudah faham...
Pernah ada sahabat yang mengingatkan diri ini...

"Am, selamanya engko berada di jalan ini, ko takkan pernah keseorangan. Andai tiada orang lain pun, ko masih ada ALLAH..."

Akhirnya saya faham maksud ayat di atas...

Penghargaan terbesar untuk naqib saya sendiri...
Sebab saya kira...
Keizinan kepada diri ini untuk menyertai konvensyen ini...
Adalah satu hadiah hari lahir yang amat bermakna... ^ ^
Terima kasih...

Salam perjuangan...
Untuk diri ini...
Dan juga sahabat-sahabat yang sentiasa setia di jalan ini...
InsyaALLAH...

Friday, July 23, 2010

Kembara Untuk Tarbiyah...

11:39
Jumaat
23 Julai 2010

Setelah ditibai semalam oleh member-member...
Dan turut tersedar...
Bahawa diri ini sudah menginjak dewasa..
Sudah 19 tahun diri ini menjadi ahli di dunia ini...
Dan umat ini masih memerlukan diri ini...

Dan hari ini...
Mungkin akan menjadi satu hari yang cukup sibuk, barangkali...
Petang ini akan ada kelas IELTS...

Namun...
Perjalanan sebenar untuk hujung minggu ini akan bermula selepas asar...
InsyaALLAH...
Petang ini diri ini akan mengembara....
Bersama teman-teman seusrah... ^ ^
Satu kembara yang menuntut sebuah perjuangan...
Masa, tenaga dan wang semestinya...
Dan akan pulang pada Ahad ini...

Dalam hakikat sebenar hari ini...
Diri ini sendiri sudah kehabisan 'ongkos'...
Namun, inilah perjuangan sebenar...
Sahabat-sahabat yang memahami...
Bersedia untuk memberikan bantuan...
Alhamdulillah...
Sebuah hadiah persahabatan yang cukup bermakna dari Allah...

Semoga kembara tiga hari di hujung minggu ini...
Akan terus memajukan proses tarbiyah diri ini....
Untuk mendidik diri ini...

Diri ini sudah mula tak sabar...
Untuk berjumpa dengan teman-teman seperjuangan di luar sana...
Yang diri ini sendiri tak kenal siapa mereka...
Namun perjuangan ini akan menyatukan hati-hati ini...
InsyaALLAH...
Ditambah lagi dengan ini adalah pengembaraan pertama dalam semester ketiga ini...
Hobi ini tidak boleh ditinggalkan...

Teringat satu artikel dalam majalah Solusi yang terbaru...
Dalam satu artikel...
Ada menyebut tentang penyatuan benda-benda di dunia ini....

Dua bata disatukan oleh simen...
Dua keping papan disatukan oleh paku...
Dan dua hati disatukan oleh keimanan kepadaNYA...
InsyaALLAH...

Untuk beg yang sentiasa menemani diri ini mengembara...
Maka bersiap sedialah kamu...
Untuk jasad ini yang sentiasa membawa diri ini mengembara...
Maka keluarkan tenaga kamu...
Untuk jiwa ini yang sentiasa bersemangat untuk mengembara...
Maka kuatkanlah mental ini...
Dan untuk sahabat-sahabat yang akan menemani pengembaraan 3 hari ini...
Maka bersabarlah dengan diri ini...
Yang kadang-kadang tersasul dalam perbuatannya...
Dan untuk Tuan empunya diri ini...
Yang telah memberi peluang kepada diri ini untuk merasai kemanisan ini...
Betapa bersyukurnya hati ini...

Destinasi petang ini...
Kuala Kubu Baru...
Nantikan kedatangan kami...
Dalam usaha untuk mencari kefahaman...
Hakikat tujuan hidup ini...
InsyaALLAH....
Doakan....

Salam pengembara....
Untuk diri ini...
Dan untuk sahabat-sahabat seperjuangan....
InsyaALLAH...

Ambush!!!

01:15
Khamis
22 Julai 2010

"Salam, Am. Tengok design lab report jap..", pinta seorang sahabat ketika masuk ke bilik sebentar tadi...

"Dah dah. Cakap ajer tujuan terus. Aku dah tahu.", kata diri ini...

"Ok, fine. Dah jom..."

Dan selepas itu...
Diri ini terus diarak keluar...
Abis, jadi mangsa la aku... ^ ^

"Abe, hang dok diam situ. Kitorang nak ikat nih!", bentak Hauzan Muttaqin..

Tangan dan kaki ini terus diikat...

"Woi semua! Ada kenduri aqiqah sikit nih.  Turun2. Sesape nak baling belon air ke, pape ke, sila sila.", Alip menambah!

Dataran blok C dah mula penuh dan suasana dah mula gamat...
Bising, suara-suara yang penuh keriuhan itu terus bising...

"Ok, geng kelas M 09T! Ambik gambar jap!"
Aizat terus menggunakan Canon yang memang 'perghhh' untuk mengambil gambar...
Kenangan untuk diri ini...
Usai menginjak masuk usia ke 19 tahun....

Diri ini diikat kaki dan tangan di bawah tangga...
Dan dari atas, disimbah dengan air sabun yang dicampur dengan pape lagi entah...
Dari depan, 2 baldi air dah tersedia...
Member-member pun dah bersedia dari hadapan dengan belon yang terisi air apa entah...

"Hang sayang aku tak? Hang sayang aku tak?!", room-mate dah tersedia dengan belon di tangan...

"Sayang, sayang... Alalala...", diri ini menjawab...

Dan serangan dari belon yang terisi air pape entah mula mengena badan ini...
Haha, kejam kejam...
Perghhh, bau air tu memang masyuk...
Untuk menyucikan diri ini....
Satu baldi air sabun dari tingkat atas disimbah...
Ditambah pula dengan bantuan dari Bapak Daus...
Yang sejak tadi tersedia dengan pili bomba...
Ala yang untuk kebakaran tu la...
Ditambah pula dengan Aiman yang mencurahkan air water cooler yang memang sangat sejuk...
Nak tahu sejuk camne...
Cuba mandi dengan air sejuk dalam peti ais...
Huhu...

"Neh, amek ni.", seorang lagi datang..
"Wei, bagi dia makan la yang nih..." Azimovich menambah...
Hehe...
Rezeki rezeki...
Dalam keadaan kaki dan tangan terikat...
Boleh makan piza free..
Suker suker... ^ ^

"Dah, blah blah. Biarkan dia terikat di sini. Nanti dia bleh kejut subuh...", yang lain menmbah.

Setelah dipekena, digulai, diaqiqahkan selama lebih kurang dalam 30 minit...
Barulah ikatan dilepaskan...
Dan terpaksa la mandi...
Entah segala air ape yang diorang ni letak...
Ada satu bau yang entah ape-ape...

Dalam keriuhan prank untuk diri ini...
Bersyukur kerana mereka memahami...
Tetap meastikan aurat diri ini agar tidak terdedah...
Basah lencun abis semua...
Alhamdulillah...

Terima kasih kepada semua member satu blok...
Member-member Blok C-ianz...
Dan juga teman sekelas...
Yang sanggup merancang 'kejadian' ini...
Dan tak lupa pada member seusrah...
Kepada Poiq Syuk...
Sebab belanja makan...
Rezeki rezeki...

Alhamdulillah...

Salam ukhuwah...
Untuk diri ini...
dan juga untuk sahabat-sahabat...
Yang sentiasa berjuang di jalan ini...

Monday, July 19, 2010

Rumah Atau Tiang???

16:22
Isnin
19 Julai 2010

Situasi 1


Apabila disebut islam kepada kamu, apakah yang kamu nampak?

Maka berderailah jawapan-jawapan yang biasa kita dengar...

Mungkin ada yang menjawab solat...

"Puasa dan zakat...", jawab yang lain.

"Haji la beb...", tambah seorang sahabat yang lain.

"Syahadah mana boleh tinggal wei!", seorang lagi menyampuk...

"Tazkirah dengan dakwah. Tak ke itu pun islam?", tanya lagi seorang sahabat yang lain...

"Solat subuh berjemaah, itu penting kot!", tambah lagi yang lain dengan penuh semangat....

******************************

Namun...
Apekah benar itu adalah islam?
Apekah benar solat, syahadah, puasa, zakat dan haji adalah islam?
Solat subuh berjemaah itu adalah islam?

Jom renung sejenak sebuah hadis Rasulullah SAW:

Abu Abdurrahman bin Umar bin Khattab ra berkata, Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Islam dibangunkan atas lima tiang; persaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan."
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Cuba renung hadis tu betul-betul...
Meh saya cuba tukarkan ke dalam bahasa yang lebih mudah...

Rasulullah berkata bahawa bahawa islam itu ditegakkan atas 5 tiang utama iaitu:
  1. Mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Mendirikan  solat
  3. Mengeluarkan zakat.
  4. Menunaikan haji.
  5. Berpuasa di bulan Ramadhan.
Sekali lagi...
Cuba lihat betul-betul hadis ini...
Lihat setiap kalimah yang diletakkan dalam hadis ini...
Cuba relatekan dengan kisah di atas...
Dengan jawapan-jawapan yang telah mereka berikan...

See anything?

Ok, andai kata tak faham...
Meh saya cuba tunjukkan...
Kalau perasan betul-betul...
Rasulullah kata, perkara-perkara ibadah itu hanyalah tiang...
Maksudnya, ada benda lain di atas tiang itu...
Benda yang sebenar..


Untuk lebih faham lagi...
Cuba kita gunakan analogi ibarat sebuah rumah...
Cuba bina ayat yang hampir sama dengan hadis Rasulullah SAW itu...

"Sesungguhnya sebuah rumah itu didirikan di atas empat tiang; simen, batu, pasir, cerucuk besi dan tenaga kerja manusia..."
(Ini hanya rekaan semata-mata, bukan hadis maupun dalil al-Quran. ^ ^)

Jadi...
Harapnya agar sahabat-sahabat lebih memahami apa yang ingin saya sampaikan...

Sekali lagi...
Kenapa apabila ditanya apa itu rumah, agak-agak apa jawapan yang akan diberikan?
Tiang kayu?
Tiang besi?
Atau kita akan menerangkan ciri-ciri sebuah rumah itu sendiri?
Yang terdiri daripada simen, pasir, air dan bla bla bla...
Yang mempunyai jendela, pintu, langsir, dapur dan bla bla bla...

Sama juga dengan hadis Rasulullah yang saya terangkan tadi...
Rasulullah kata itu hanyalah tiang...
Maksudnya islam tertegak di atas tiang itu...

Jadi...
Jangan kita lihat islam itu dari sudut ibadah semata-mata...
Rasanya sebab kita melihat islam itu dari sudut ibadahlah...
Yang menyebabkan kita cukup pelik apabila seorang engineer bercakap tentang islam...
Aneh tatkala melihat seorang penjual kain bercakap tentang islam...
Rasa ada yang tak kena apabila seorang doktor membacakan hadis dan memetik ayat al-Quran ke dalam nasihatnya...

"Kenapa ambil medik, tak ambil bidang syariah?"
"Kenapa sambung belajar biotech, tak ambil ajer bidang usuluddin?"
"Kenapa hantar anak ke sekolah sains, apesal tak anta anak ke sekolah agama?"
"Kenapa kerja di hospital, jadi ajer ustaz sepenuh masa!"
Dan pelbagai lagi persoalan yang ditimbulkan...

Ingin saya tegaskan...
Bukan maksud saya yang ambil bidang agama itu salah...
Tapi maksud saya adalah...
Jangan kita sempitkan islam itu hanya pada sudut ritual ibadah semata-mata...
Islam itu bermula di saat mata ini celik di pagi hari...
Hingga pejam balik di malam hari..
Atau pejam selamanya (wah, cuaknyer...)

Mungkin saya sendiri masih belum sempurna...
Untuk mengupas tentang islam ini dengan lebih dalam...
Namun, andai diri ini tidak menggerakkan diri...
Maka bilakah lagi saya sendiri akan bergerak?
Adakah menunggu segulung ijazah daripada Universiti Al-Azhar?
Menunggu surat kebenaran daripada JAKIM?
Atau menunggu surat ajaib dari langit...
Yang berbunyi,"Kamu telah dibenarkan bercakap tentang islam.."
Apekah?
Sebegetu sekali fahaman kita tentang islam?
Astaghfirullah...
Lindungilah hati ini Ya ALLAH... ^ ^

Semoga diri ini terus setia di jalan ini...
Bukan untuk sehari dua...
Mahupun setahun dua...
Tapi untuk selamanya...
Semoga ukhwah persahabatan akan mejadi catalyst dalam perjuangan ini...
InsyaALLAH...

Salam setia...
Untuk diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat seperjuangan...
InsyaALLAH...

Bezanya Ia Dengan Yang Lain...

01:24
Sabtu
17 Julai 2010

Celik sahaja mata di pagi ini...
Terus tersedar bahawa hari ini akan menjadi satu hari yang sangat hebat...
Sangat-sangat hebat...
Rantaian itu akan diteruskan oleh mereka, KMB Year 1 Students...
Dan semakin tersedar bahawa diri ini sudah pun berada di tahun 2...

Kira-kira dalam 30 orang penerus perjuangan ini berkumpul di surau An-Nur...
Dengan semangat yang membara..
Dan hari ini saya juga merasakan satu lagi kemanisan ukhwah...
Kami ikut program, tapi tiada satu pun wang ringgit mahupun rupiah yang akan dikeluarkan...
Fully sponsored, bak kata orang Jawa... ^ ^
Dan sebentar kemudian, sahabat ana dari luar datang...
Dengan lebih kurang 5 buah kereta, kami terpaksa bahagikan kumpulan ini kepada 2 kumpulan..
Yer la, ada dalam 30 orang yang ikut...

Dan pada hari ini juga...
Diri ini sendiri belajar satu lagi erti sebuah perjuangan yang tak kenal henti...
Bertolak ke lokasi program dalam pukul 9 pagi...
Namun saya sendiri terpaksa pulang KMB pada pukul 1 ptg...
Sebab kelas IELTS akan bermula dalam pukul 1.45 petang...
Dan sesudah ajer kelas IELTS pukul 5.30 petang...
Saya kembali ke tempat program...
Sekali dengan sahabat yang lain; Aiman dan Khairul Hafiz...
Mungkin memenatkan, namun kepenatan itu hilang dek manisnya berukhwah...

Program tamat kira-kira malam...
Dalam pukul 10 malam...
Namun apa yang cukup menarik bagi diri saya sendiri...
Adalah sesi self-reflection...
Ramai yang turut menyumbangkan idea yang cukup bernas...
Namun apa yang paling menarik ialah tatkala seorang daripada mereka menulis:

"...Sering kali saya menyertai program sebegini. Namun, saya sedar program sebegini hanya akan membuatkan diri ini terbakar dalam masa '5 minit' sahaja..."

Satu self-reflection yang terus dari hati, mungkin...
Namun, ISK bukan seperti caramah motivasi lain...
Yang pengakhirannya adalah sesi untuk menangis...
Mengenangkan pengorbanan ibu bapa...
Mengenangkan itu dan ini...
Dan kita sama-sama menangis...

ISK adalah satu pencetus tenaga baru yang selama ini tersembunyi di dalam diri kita...
Membaiki pemahaman kita yang sebenar terhadap Islam...
Yang akan memberi jawapan kepada diri ini mengapa kita mahu menjadi orang yang baik...
Dan membuka minda terhadap maksud islam yang sebenarnya...
ISK bukan untuk pembakar semangat dalam masa 3 hari atau 4 hari sebagaimana ceramah motivasi...
Tapi ISK adalah pembakar semangat untuk selama-mananya, InsyaALLAH...

Dan kerana ISK juga aku turut mula berkenalan semula denganNya...

Untuk sahabat-sahabat Year 1 KMB...
InsyaALLAH...
Doakan kami agar terus thiqah(setia) di jalan ini...
Dalam usaha membina diri kita bersama...
Dan kami di sini...
Turut akan meneruskan perjuangan ini...
Sebuah pejuangan yang tak kenal henti...
Sebuah perjuangan yang tiada penghujungnya...
InsyaALLAH...

Dan KMB turut mendapat nama baru...
Kolej Muslim Brotherhood...
Semoga nama ini...
Akan terus menjadi minyak untuk membakar api kita ini...
InsyaALLAH...
Doakan bersama...

Salam penyambung perjuangan...
Buat sahabat-sahabat dan diri ini..
Semoga terus setia di jalan ini...
Bukan sehari dua...
Dan bukan juga untuk setahun...
Tapi untuk selama-lamanya..
Sampai bila-bila...
Doakan...

Wednesday, July 14, 2010

Bangganya Kita Dengan Mereka...

12:10
Rabu
14th Julai 2010

"Wahaha, manyak syok ar Spain menang!",bangga seorang peminat setia FIFA World Cup 2010...

Bangga dek pasukan kesayangannya dinobatkan sebagai juara bagi keseluruhan World Cup 2010...
Tambah lagi event ini hanya berlaku empat tahun sekali...
Entahkan nanti World Cup seterusnya masih hidup atau tidak...

"Wooot, aku pun bangga gak. Walaupun Belanda kalah, tapi tetap boleh masuk final.", tambah seorang lagi sahabat yang lain, mempertahankan pasukan kegemarannya yang kalah di peringkat final itu...

Dan andai masih ingat lagi...
Malam itu berapa ramai yang memenuhi kedai mamak?
Berapa ramai yang memenuhi warung-warung di tepi jalan?
Berapa ramai yang sanggup berjaga di tengah malam?
Sampai ada yang tonton melalui skrin besar cam panggung wayang?
Berapa ramai yang sanggup menconteng muka?
Mengagungkan pasukan kesayangan masing-masing...

Ada yang berkata, "Weh Am, engko ngigau ape? Mana ada Malaysia masuk World Cup! Takkan nak sokong Malaysia kot."

Errr...
Sebenarnya bukan nak bincangkan tentang isu patriotisme erk...
Tapi nak 'bedah' final World Cup jap...

Okies, jom!

Dalam kita menyanjungi Belanda dengan Spain yang masuk World Cup...
Apakah kita terlupa kedua-duanya ini musuh kita?
Bukan bekas musuh, tapi musuh selamanya...

Hamboih, takde relationship langsung World Cup dengan musuh...
Ok, fine!!!
Jom kita 'bedah' dengan sebetul-betulnya...

Pertama sekali, nak tanya sikit...
Apekah kita terlupa siapa yang pernah menjajah Filipina suatu ketika dulu?
Lupakah kita pada Kesultanan Islam Sulu yang diserang oleh Spanyol?
Lupakah kita siapa yang bertanggungjawab menyebabkan islam itu terancam di Filipina...
Padahal andai kita masih ingat pada sejarah...
Filipina asalnya umpama Kesultanan Islam Melayu Melaka dan juga Kesultanan Islam Aceh...
*Sengaja saya letakkan perkataan 'islam' di situ sebab hakikatnya mereka ini bernaung di bawah sistem khalifah...
Filipina asalnya merupakan sebuah kerajaan islam di bawah kerajaan Kesultanan Sulu...
Namun setelah Sepanyol melakukan penjajahan ke atas Filipina...
Umat islam di sana mula dimurtadkan...
Dan 'Jesus Christ' mula diperkenalkan...
Menyebabkan pejuang-pejuang islam yang bangkit menentang penjajahan ini...
Digelar sebagai pejuang Moro...
Kalau tak silap, Moro maksudnya bodoh...
Mereka menggelar pejuang-pejuang islam ini sebagai pengkhianat...
Setelah kristian mula disebarkan di Filipina...
Maka jadilah Filipina sebagaimana yang kita lihat pada hari ini...
Majoritinya adalah kristian...
Kalau ingat lagi...
Masa SPM dulu, kita pernah belajar tentang Jose Rizal...
Seorang kristian Filipina yang memperjuangkan krisian di sana...
Kerana Sepanyol menganggap mereka sebagai kristian kelas kedua...
Membuktikan kristian sudah bertapak di sana...
Hancurnya sebuah kerajaan islam...
Hingga kita pada hari ini tidak terasa apa-apa...

Dan jika kita lihat pada Belanda...
Lupakah kita siapa yang menjajah Kesultanan Islam Acheh?
Yang menyebarkan kristian di Acheh?
Sehingga jadilah Indonesia sebagaimana yang dapat kita lihat pada hari ini...
Dan ingat yer...
Belanda jugalah yang menjajah Kesultanan Melayu Melaka...
Dan Melaka kemudiannya diserahkan kepada Inggeris...
Melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824....
Yang mana kawasan Inggeris di Bangkahulu diserahkan kepada Belanda sebagai tukaran dengan Melaka...
Jadilah Johor-Riau terpisah kepada Johor sebagai hak milik Inggeris...
Dan Riau sebagai hak milik Belanda...
Kawasan rantau Melayu islam turut terpecah kepada dua bahagian...
Kawasan Tanah Melayu menjadi hak milik Inggeris...
Manakala kawasan Riau dan Indonesia menjadi hak milik Belanda...

Mereka mempermainkan tanah kerajaan islam ini sesuka hati mereka...
Mengagihkan antara satu sama lain...
Umpama seorang anak kecil mengagihkan wang syiling 20 sen nyer sahaja...
Dan adakah kita lupa dua peristiwa yang disebutkan tadi?
Peristiwa Sepanyol dan Belanda yang melenyapkan kerajaan islam di Filipina dan Indonesia?

Tapi kita sibuk bersorak meraikan kemenangan musuh kita yang satu ini...
Walau tahap ape pun kita sokong mereka...
Ingatlah, mereka telah melukakan kita di sini...
Ingatlah mereka itu Kristian...
Dan selamanya akan Kristian...


"Dan orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela
 kepadamu sebelum engkau mengikuti 'millah'(cara hidup) mereka."
(Al-Baqarah 2:120)


Tambahan sikit yer,....
'Millah' itu sendiri bermaksud cara hidup...
Boleh refer surah al-Baqarah...
Surah kedua dalam ayat al-Quran...
Ayat ke-120, muka surat 19 bagi Quran yang standard ada terjemahan tu...
Kalau tengok betul-betul...
Tak semestinya kita murtad dan masuk ke dalam agama mereka...
Tapi mereka hanya mahukan kita ikut cara hidup mereka...
Dan ternyata ianya sebuah realiti...
Adakah islamnyer kita pada hari...
Secara hakikatnya kita adalah islam..
Pernahkah terlintas di fikiran kita tentang masalah di sekeliling kita itu?
Melayakkan kita sebagai seorang islam?
Dan kalau ditelititi secara halus...
Memang kita telah ikut cara hidup Yahudi dan Nasrani...
Suatu hakikat yang pahit...
Tapi kita telah telannya dengan cara yang manis...

Ingat ajer...
Mereka itu tetap musuh kita...
Cukuplah dengan World Cup yang menyebabkan semangat membara untuk memperjuangkan Freedom Flotilla itu hilang dan terpadam dek angin World Cup dengan begitu saja....
Cukuplah sorakan gol itu menenggelamkan suara-suara yang pernah berdemonstrasi itu...
Cukuplah dengan demonstrasi yang bermusim itu...
Tersenyum 'mereka' tatkala melihat bendera 'mereka' dibakar dalam demonstrasi di tengah jalan...
Tapi akhirnya, semangat itu hanya hilang begitu sahaja...
Bak kata sahabat, Faiq Syuk di behindthoseword.wordpress.com
Palestin bukan menunggu doa statik dari kita...
Entah bila pula semangat itu akan datang...
Dan bila semangat itu datang...
Maka sekali lagi bendera Israel akan dibakar...
Kekejaman akan dikutuk...

Namun, kutukan tinggal kutukan...
Bendera terbakar hanya tinggal menjadi abu yang dibawa angin...
Dan sekali lagi semangat itu akan menjadi bermusim...
Hmmm....

Tapi, suka untuk diingatkan...
Mungkin ada yang marah tatkala saya menyebut tentang World Cup di sini...
Tapi ingin dipesan...
Buka mata dan pandang ke sana...
Bangun dari 'katil' kamu...
Cukuplah dengan tidur yang tak pernah cukup itu...

InsyaALLAH...
Salam perjuangan kesedaran...
Untuk diri ini...
dan juga untuk sahabat-sahabat seperjuangan...
^ ^

Wednesday, July 7, 2010

Hadiah Apa Lagi Yang paling Bermakna Selain Ini?

17:39
Selasa
6 Julai 2010

"Salam, Am. Engko pergi mana tadi? Takde masa sesi mathurat..."

"Am, mana engko kat tazkirah tadi?"

"Camne, iman sihat?"

"Am, aku nampak engko kat concourse tadi. Posisi engko dekat sangat dengan muslimah. Jaga sikit erk."

"Quran dah berapa page ari ni?"

"Takde duit? Jom aku belanja."

"Petang ni usrah erk. Engko jadi mc bleh?"

"Jom buka puasa dalam talam petang nih. Aku yang ambilkan makanan erk!"

"Malam ni kita tidur surau nak?. Ada sedikit pengisian. Jom!"

Dan berbagai lagi dialog yang telah menghiasi hidup ini...
Di sini...
Aku berjumpa dengan ketenangan...
Anugerah sebuah persahabatan yang sangat bermakna...
Sahabat-sahabat yang sentiasa mengambil peduli diri ini...
Yang sentiasa menjaga iman ini...
Yang menjadi tempat untuk berubat di saat iman tengah lemah...
Yang menjadi tempat untuk mengadu di saat masalah sedang membuntukan fikiran...

Maka...
Aku tertanya...
Apakah masih ada hadiah yang lebih hebat dari persahabatan ini?
Sebuah persahabatan yang dibina atas dasar akidah bersama...
Yang sentiasa memperbetulkan diri ini...
Di saat diri ini melakukan kesalahan...
Yang sentiasa saling menasihati...
Yang bukan hanya mengambil berat tentang kesihatan tubuh badan...
Tetapi turut mengambil berat kesihatan iman ini...
Alhamdulillah...
Terima kasih, sahabat...

Tak lupa jua...
Sahabat-sahabat yang sentiasa bertanya khabar dari jauh...
Walau kita jauh di mata...
Tetapi kita tetap disatukan di atas jalan yang indah ini...
Yang sentiasa memberikan sokongan...
Dan aku tertanya...
Masihkah ada hadiah yang lebih bermakna lagi?
Selain daripada persahabatan ini?

Yang marah kerana kita membuat kesalahan...
Namun kemarahan itu hanya pada mulut...
Kerana hati menyayangi satu sama lain....

Indahnya persahabatan ini...
Lebih indah daripada sepasang kekasih....
Yang merindui cinta hatinya...
Namun disandarkan pada nafsu...
Namun cinta kita disandarkan pada yang halal...
Tapi bila sebut pasal seorang sahabat mencintai sahabatnya yang lain...
Orang akan kata,"Gay ke hape diorang nih..."
Astaghfirullah...
Adakah sesempit itu kita memahami cinta?
Adakah makna cinta itu hanya terletak pada gelifriend dan boyofriend?


Ya ALLAH...
Jadikanlah kami hamba yang bersyukur kepadaMU...
Sebab Engkau telah menghadiahkan kami persahabatan ini...
Hadiah yang paling bermakna untuk diri kami...
InsyaALLAH...

Salam persahabatan...
Dari diri ini...
Dan untuk semua sahabat...
Yang memahami jiwa ini...

Tuesday, July 6, 2010

Dan Ia Menjadi Realiti...

14:08
Isnin
6th July 2010

"Nanti bila awak semua habis ajer sekolah, awak akan keluar. Dan bila awak lepasi ajer pintu pagar sekolah tu, antara dua akan berlaku, sama ada awak semakin bertambah baik atau awak menjadi semakin buruk,Takde tengah-tengah, takde yang maintain..."


(Cikgu Azalan, mentor 2008)


Terasa masih lagi teringat nasihat itu...
Masih ingat lagi pada pagi itu...
Sesi mentor mentee pada pagi tahun 2008 itu...
Di bilik, di atas sofa...
Nasihat ini disampaikan...
Mungkin geng-geng BKP masih lagi ingat nasihat ini...
Zack takkan ingat punyer, sebab dia takde masa pagi tu, pergi kursus ketua rumah sukan...
Tapi bagi Munir, Anas dan saya sendiri tentu masih ingat lagi nasihat ini...
Yang lahir ikhlas dari hati seorang guru a.k.a ayah/bapa, mungkin...
Wah syahdunyer.. ^ ^

Ada yang kata, "Am, Cgu Azalan cakap dalam loghat Kelantan la!"
Ok, fine...
Aku tulis ayat sebenar...

"Nati bilo sek awok belako ni abih sekoloh,pahtu gak bilo tubik sekoloh belako. Dey bilo awok lepah jah pagar sekoloh tu, duo bendo jah akey berlaku, samo ado sek awok jadi koho juruh atau makin berat. Takdok tengoh-tengoh , takdok hok maintain..."



(Cikgu Azalan, mentor 2008)

Lebih kurang begitulah ayat dia...
Masa tu saya sendiri masih kurang faham apa yang dimaksudkan...
Namun...
Hari ini saya sendiri telah melihat ianya sendiri menjadi realiti....

Pernah...
Ada sahabat-sahabat yang dulu...
'Couple' itu benda yang rilek....
Tapi sekarang dah berubah, ada yang ikut usrah...
Alhamdulillah...
Ada sahabat-sahabat muslimah yang dulu tudung kecil/tudung biasa...
Tapi sekarang dah pakai tudung labuh...
Syukur pada ALLAH SWT...

Dan sedih hati ini...
Ada sahabat-sahabat yang dulu aktif bersama dalam usrah di SMACH...
Berjuang bersama dengan penuh semangat... ^ ^
Tapi sekarang dah berubah...
Dah mula bersentuh dengan bukan muhrim...
Dah kenal apa itu berpeluk dengan cinta yang dipenuhi nafsu...
Nauzubillah...
Ada dulu sahabat-sahabat muslimah...
Hebat peribadinya...
Baik akhlaknya... 
Tapi sekarang dah mula tahu erti 'couple'...
Dah makin kecil tudungnya...
Dah mula terdedah belahan tudung di lehernya...
Ya Allah, berikanlah mereka hidayah-MU...


Bertambah buruk lagi...
Di saat mereka ini berubah...
Dah mula berpeluk sakan dengan bukan muhrim...
Masih ada 'cerdik-pandai' yang berkata...
"Oh, so sweet..."
Astagfirullah....
Apekah?
Aku mula keliru....
Sangat-sangat keliru....
Apekah ini yang dikatakan oleh Syed Qutb dalam intro Fi Zilal Li Quran...
Sebagai 'pemikir jahiliyah'?
Ya Allah, lindungilah diri ini...

Dalam saya sendiri meluahkan perasaan di sini...
Bukan dalam erti untuk mengutuk...
Bukan untuk memperkecilkan sahabat-sahabat yang lain...
Apatah lagi menghina...
Tapi untuk merenung diri ini sendiri...
Untuk mengingatkan diri ini sendiri...
Bahawa tiada lagi jaminan bahawa kita akan beriman selamanya...
Andai diri ini tidak dijaga dengan betul-betul...
Mungkin dulu mereka pernah berjuang bersama...
Dan sekarang mereka ini terlalai seketika...
Dan mungkin di masa hadapan...
Mereka akan tersedar kembali dengan kesilapan lalu...
InsyaALLAH, doakan...


Dalam kepahitan ini...
Saya sendiri terjumpa satu ibrah(pengajaran) untuk diri ini sendiri...
Berimannya kita pada hari ini...
Tak menjamin berimannya kita pada hari esok...
Maka, jagalah iman itu dengan sebetulnya...
Dan ubahlah manusia di sekeliling kita sendiri...


"...Demi Allah, dzat yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya setiap kalian ada yang beramal dengan amalan penghuni syurga hingga jarak antara dia dan syurga hanya sehasta. Lalu suratan takdir mendahuluinya, sehingga dia beramal dengan ahli neraka, maka ia pun masuk neraka.

Ada juga antara kalian yang beramal dengan amalan penghuni neraka hingga jarak dia dan neraka hanya sehasta. Lalu suratan takdir mendahuluinya, sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga maka ia pun masuk syurga."

(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)


Semoga diri ini terus thabat(setia) di jalan ini...

Ya Allah...
Kurniakanlah kami hidayah-Mu...
Bimbinglah kami di jalan yang lurus....
Jalan orang yang Engkau redhai...
Jalan orang yang engkau berikan rezeki kepada mereka...
Bukan jalan orang yang Engkau murkai...
Bukan pula jalan orang yang sesat...
InsyaALLAH...

Semoga hati kita semua...
Tetap di jalan-NYA walaupun di saat iman tengah rendah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...