Monday, July 19, 2010

Rumah Atau Tiang???

16:22
Isnin
19 Julai 2010

Situasi 1


Apabila disebut islam kepada kamu, apakah yang kamu nampak?

Maka berderailah jawapan-jawapan yang biasa kita dengar...

Mungkin ada yang menjawab solat...

"Puasa dan zakat...", jawab yang lain.

"Haji la beb...", tambah seorang sahabat yang lain.

"Syahadah mana boleh tinggal wei!", seorang lagi menyampuk...

"Tazkirah dengan dakwah. Tak ke itu pun islam?", tanya lagi seorang sahabat yang lain...

"Solat subuh berjemaah, itu penting kot!", tambah lagi yang lain dengan penuh semangat....

******************************

Namun...
Apekah benar itu adalah islam?
Apekah benar solat, syahadah, puasa, zakat dan haji adalah islam?
Solat subuh berjemaah itu adalah islam?

Jom renung sejenak sebuah hadis Rasulullah SAW:

Abu Abdurrahman bin Umar bin Khattab ra berkata, Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Islam dibangunkan atas lima tiang; persaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan."
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Cuba renung hadis tu betul-betul...
Meh saya cuba tukarkan ke dalam bahasa yang lebih mudah...

Rasulullah berkata bahawa bahawa islam itu ditegakkan atas 5 tiang utama iaitu:
  1. Mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Mendirikan  solat
  3. Mengeluarkan zakat.
  4. Menunaikan haji.
  5. Berpuasa di bulan Ramadhan.
Sekali lagi...
Cuba lihat betul-betul hadis ini...
Lihat setiap kalimah yang diletakkan dalam hadis ini...
Cuba relatekan dengan kisah di atas...
Dengan jawapan-jawapan yang telah mereka berikan...

See anything?

Ok, andai kata tak faham...
Meh saya cuba tunjukkan...
Kalau perasan betul-betul...
Rasulullah kata, perkara-perkara ibadah itu hanyalah tiang...
Maksudnya, ada benda lain di atas tiang itu...
Benda yang sebenar..


Untuk lebih faham lagi...
Cuba kita gunakan analogi ibarat sebuah rumah...
Cuba bina ayat yang hampir sama dengan hadis Rasulullah SAW itu...

"Sesungguhnya sebuah rumah itu didirikan di atas empat tiang; simen, batu, pasir, cerucuk besi dan tenaga kerja manusia..."
(Ini hanya rekaan semata-mata, bukan hadis maupun dalil al-Quran. ^ ^)

Jadi...
Harapnya agar sahabat-sahabat lebih memahami apa yang ingin saya sampaikan...

Sekali lagi...
Kenapa apabila ditanya apa itu rumah, agak-agak apa jawapan yang akan diberikan?
Tiang kayu?
Tiang besi?
Atau kita akan menerangkan ciri-ciri sebuah rumah itu sendiri?
Yang terdiri daripada simen, pasir, air dan bla bla bla...
Yang mempunyai jendela, pintu, langsir, dapur dan bla bla bla...

Sama juga dengan hadis Rasulullah yang saya terangkan tadi...
Rasulullah kata itu hanyalah tiang...
Maksudnya islam tertegak di atas tiang itu...

Jadi...
Jangan kita lihat islam itu dari sudut ibadah semata-mata...
Rasanya sebab kita melihat islam itu dari sudut ibadahlah...
Yang menyebabkan kita cukup pelik apabila seorang engineer bercakap tentang islam...
Aneh tatkala melihat seorang penjual kain bercakap tentang islam...
Rasa ada yang tak kena apabila seorang doktor membacakan hadis dan memetik ayat al-Quran ke dalam nasihatnya...

"Kenapa ambil medik, tak ambil bidang syariah?"
"Kenapa sambung belajar biotech, tak ambil ajer bidang usuluddin?"
"Kenapa hantar anak ke sekolah sains, apesal tak anta anak ke sekolah agama?"
"Kenapa kerja di hospital, jadi ajer ustaz sepenuh masa!"
Dan pelbagai lagi persoalan yang ditimbulkan...

Ingin saya tegaskan...
Bukan maksud saya yang ambil bidang agama itu salah...
Tapi maksud saya adalah...
Jangan kita sempitkan islam itu hanya pada sudut ritual ibadah semata-mata...
Islam itu bermula di saat mata ini celik di pagi hari...
Hingga pejam balik di malam hari..
Atau pejam selamanya (wah, cuaknyer...)

Mungkin saya sendiri masih belum sempurna...
Untuk mengupas tentang islam ini dengan lebih dalam...
Namun, andai diri ini tidak menggerakkan diri...
Maka bilakah lagi saya sendiri akan bergerak?
Adakah menunggu segulung ijazah daripada Universiti Al-Azhar?
Menunggu surat kebenaran daripada JAKIM?
Atau menunggu surat ajaib dari langit...
Yang berbunyi,"Kamu telah dibenarkan bercakap tentang islam.."
Apekah?
Sebegetu sekali fahaman kita tentang islam?
Astaghfirullah...
Lindungilah hati ini Ya ALLAH... ^ ^

Semoga diri ini terus setia di jalan ini...
Bukan untuk sehari dua...
Mahupun setahun dua...
Tapi untuk selamanya...
Semoga ukhwah persahabatan akan mejadi catalyst dalam perjuangan ini...
InsyaALLAH...

Salam setia...
Untuk diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat seperjuangan...
InsyaALLAH...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...