Thursday, December 30, 2010

Walau Berbeza Jalannya, Tapi Destinasi?

22:59
Khamis
30 Disember 2010

"Ko tau ke aliran ni salah? Ko tau camne sejarah penubuhan mereka camne???!!", tanya seorang member saya tatkala mengetahui bahawa berada di 'arena' ini...

"Salah kalau ikut camni. Ko pergi ikut X, X telah memecahbelahkan perpaduan islam tahu? Sepatutnya cukup dengan hanya wujud parti B sahaja di Malaysia nih..", tambahnya lagi...

Dan saya?
Hanya tersenyum dan mendiamkan diri...
Biarlah segala jawapan dijawab dalam hati ini...
Kerna menjaga nilai ukhuwah itu lebih penting...
Menjaga perpaduan ummah itu lebih penting...

"Kumpulan B ni lagi la salah. Semua hanya nak bawa pada semangat bangsa. Sikit-sikit islam disandar pada melayu..."

"Kita nak tunggu masuk politik sampai bila? Sedangkan masa zaman Rasulullah SAW tetap ada Abdullah bin Ubayy, ketua orang munafik di Madinah..."

"Sepatutnya di Malaysia hanya ada parti B sahaja. Tapi sebab masing-masing ego dengan diri sendiri, semua nak bina 'persatuan' masing-masing!"


**********************


Bismillahhirahmanirrahim...
Alhamdulillah...

Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada sahabat saya yang seorang ini...
Kerna kedatangannya menziarahi ke rumah saya banyak menjana fikiran...
Banyak menguji tentang perinsip saya selama ini...
Banyak mematangkan saya lagi semenjak berjinak-jinak dengan arena ini...

Terlebih dahulu...
Izinkan saya nyatakan secara awal-awalnya lagi...
Mungkin ada sesetengah pembaca yang tak faham isu apa yang sedang saya bincangkan ini..
Mungkin hanya beberapa orang sahaja yang faham maksud saya ini...
Andai tak faham apa yang saya maksudkan ini...
Maafkan saya, sebab perbincangan sangat sulit untuk difahami...

Dan untuk catatan kali ini...
Saya terpaksa letakkan banyak kiasan dan kata ganti nama bagi merujuk kepada pihak-pihak yang 'itu'...
Bukan apa, terpaksa...
Untuk mengelak ada hati yang terkecil dan terluka...
Faham kan?
^^

*****************

Memang kalau dilihat dengan betul-betul...
Terlalu banyak badan penggerak yang ingin menaikkan islam...
Ada yang menceburkan diri ke dalam politik...
Ada yang bergerak secara berkecuali...

Dan dalam minggu ini...
Saya diziarahi oleh seorang sahabat saya...
Yang pernah saya temui dengannya dalam satu siri daurah semasa Sem 2...
Pelbagai persoalan yang ditimbulkan...
Semuanya berkisar tentang siapa yang benar...
Mungkin soalan yang dilempar kepada saya agak provokasi...
Tapi takpe, saya kan pandang itu sebagai satu ujian dari Allah untuk menguji ketahanan prinsip saya di jalan ini...


*****************


"Ko tau ke aliran ni salah? Ko tau camne sejarah penubuhan mereka camne???!!", tanya member saya yag seorang ini...

Saya hanya terdiam...
Mahu dijawab apa?
Mengiakan?
Menidakkan?
Lebih baik saya diam kerna saya bukan mengalah tapi terpaksa demi mengelakkan keadaan menjadi keruh..

Persoalan salahnya jalan ini dihurai lebar oleh sahabat yang seorang ini...
Kesahihannya? Entah saya pun tak tahu...
Memang kita kan lihat ada banyak cabang di arena ini...
Setiap masing-masing dengan cara yang masing-masing...
Tapi tentang siapa yang salah...
Saya cukup tak suka membincangkannya kerna ia kan hanya mengeruhkan keadaan...
Adeihhh...
Amat sakit andai umat sedang bergaduh sesama mereka...
Para penggerak pula sedang bergaduh sesama mereka tentang siapa yang salah...
Jangan dituduh siapa yang salah dan siapa yang betul...
Kerna masing-masing ada prinsipnya tersendiri...

Tentang sejarah penubuhan masing-masing...
Segalanya sudah berlalu...
Andai ada penubuhan yang itu kurang manis sejarah penubuhannya..
Biarkannn...
Segala yang berlalu takkan mampu diundur kembali...
Apa yang paling penting sekarang ialah masing-masing tetapkan objektif masing-masing dan bergerak dengan fokus ke arah matlamat masing-masing...

*****************

"Salah kalau ikut camni. Ko pergi ikut X, X telah memecahbelahkan perpaduan islam tahu? Sepatutnya cukup dengan hanya wujud parti B sahaja di Malaysia nih..", tambahnya lagi...

Tentang hal ini...
Saya nak tanya sejak bila pula badan yang ini bergaduh dengan badan itu?
Astaghfirullah...
Manusia itu berbeza cara berfikirnya dan cara membuat penilaian...
Siapa kata antara badan itu dan badan ini bergaduh?
Andai bergaduh, bukan badan gerakan yang bergaduh, tapi individu yang masih lagi 'dalam proses kefahaman yg tak jelas' yang bergaduh...
Menunding jari ke sana sini...

Ingin menjadikan semuanya satu?
Adeihhh...
Manusia bukan umpama kajian eksperimen di makmal yang boleh diubah segala 'manipulated variables' untuk mendapatkan respons yang berlainan...
Manusia tidak boleh diukur dengan nilain empirikal umpama sains dan matematik...
Alhamdulillah, belajar satu bidang falsafah dalam subjek Theory of Knowledge banyak mematangkan saya dalam memahami hakikat seorang individu dengan individu yang lain..
Ingin menjadikan semua badan gerakan ini menjadi satu bukan umpama guli yang berpuluh mampu dikumpul dalam satu bekas...
Tapi ia melibatkan pemikiran manusia yang perlbagai...

Solusinya?
Memang nak menyatukan semuanya sekali kelihatan agak mustahil...

"Eleh,boleh  ajer la, Am!", kata suara-suara latar dari hujung mana...

Susah...
Ini melibatkan soal ideologi masing-masing...
Soal kefahaman masing-masing...
Dalam kes ini kita sangat-sangat perlu berpijak di bumi yang nyata...

Jadi camne nak selesaikannya?
Sighhhhhhh...
Isu ini bukan isu biasa...
Semua perlu berada di landasan yang realistik...
Jangan menunggu untuk keajaiban berlaku...

Caranya...
Masing-masing tolong komited dengan jalan masing-masing...
Dan fokus pada objektif, yakni matlamat masing-masing...
Ambil sahaja mana-mana jalan yang ada...
Yang dirasakan sesuai dan dekat di hati masing-masing...
Pegang amanah nih!
Kita perlukan gerak kerja yng berfokus...
Bukan sibuk nak bergaduh siapa yang benar...
Bukan sibuk nak menuduh fikrah yang itu salah, hanya fikrah yang sesama sendiri ajer betul..
Nauzubillah...

Cuma ingat satu benda...
Walau kita ambil jalan yang berbeza...
Renung sejenak...
Destinasi akhir kita tetap sama...
Tetap kepada islam yang satu itu..
Ayuh kita bersua di puncak kegemilangan...
^^

Berada di jalan yang berbeza bukan bermaksud kita tidak boleh bergaul dengan mereka dari pihak yang lain...
Kalau rujuk kebanyakan catatan saya sebelum ini...
Perkataan "ikhwah" yang saya gunakan bukan hanya merujuk pada mereka yang berada di jalan yang sama dengan saya...
Tapi saya merujuk kepada ikhwah dari pihak lain juga...
Kerna persaudaraan kita bukan hanya untuk seangkatan tapi untuk semua umat islam...

Izinkan saya letakkan dua sumber rujukan yang sesuai untuk level kita sebagai geng-geng beginner ni..
Boleh rujuk di sini...
Dan satu lagi di sini...
Tolong baca dan fahami dengan hati...

Sedih andai ada yang bergaduh dan bermasam muka dengan isu sebegini...
Bimbang andai ada antara kita yang baru menceburkan bidang ini dalam setahun dua...
Mula menanamkan kefahaman 'kekitaan' ke dalam diri anak-anak usrah di bawah jagaan kita..
Tolongkan jernihkan fikiran sebelum bergerak...

Renung sejenak wasiat kelapan daripada 10 wasiat pak cik Hassan al-Banna...

"Jauhilah daripada MENGUMPAT peribadi orang,
MENGECAM pertubuhan-pertubuhan,
dan janganlah bercakap melainkan apa-apa 
yang memberikan kebajikan..."
(Pak Cik Hassan)

Untuk ikhwah-ikhwah seperjuangan...
Jangan gentar dalam menghadapi provokasi...
Jadikan ujian sebegini sebagai satu kematangan dalam diri kita...
Sedarkan diri kita mana satu keutamaan..
Sama badan gerakan atau ummah?
Jawab sendiri...

Salam perjuangan untuk diri ini...
Dan juga buat ikhwah-ikhwah seperjuangan...
InsyaALLAH...
Semoga jalan ini kan menyatukan kita semua...

p/s: sedar bahawa diri terlalu awal untuk bercakap tentang isu sebegini, tapi at least pengalaman saya ini dapat dikongsi bersama untuk menghadapi rintangan di kemudian hari... 

(^^)V
peaceeeee.....

Sama destinas walau laluan itu bercabang...

Tuesday, December 28, 2010

Rindu Pada 'Hujan'...

16:02
Selasa
28 Disember 2010

Ada yang kata, balik rumah ni best...
Ada yang kata, balik rumah merupakan ujian terbesar...
Sebab?
Hmm...
Sebab susah nak jumpa dengan geng2 usrah...
Susah nak berhalaqah sebagaimana kebiasaannya dengan ikhwah seusrah...
Dan bila lama sangat tak berhalaqah, maka hati jadi kering...
Kering sekering-keringnya..
Yang memerlukan hujan untuk kembali membasahkannya...

Ramai ikhwah dari pelbagai 'arena' dan 'jalan' yang memberikan pandangan...
Ada yang berkata manfaatkan henset...
Manfaatkan Facebook..
Manfaatkan Yahoo Messenger..
Manfaatkan SKYPE...
Dan macam2 lagi teknologi yang sedia ada...
Memang benar...
Terima kasih atas cadangan...

Tapi rasanya tetap lain..
Rasa untuk bersama dalam halaqah..
Mana mampu ditandingi oleh chatting dengan YM..
Chatting dengan Facebook...
Sms...
Mungkin penyelasaian itu hanya untuk seketika..
Tapi rasa nikmat halaqah itu tetap tak sama...
Mungkin yang merasainya faham apa maksud saya...

Cuma...
Betul ke takde penyelesaian untuk benda ini?

Rasa-rasanya ada...
Penyelesaian iu sentiasa ada...
Cuma segala-galanya terletak atas diri kita sendiri..
Nakkan penyelesaian? Cari...

Kadang-kadang kita terlupa...
Terlalu biasa bersama ikhwah yang kita kenali di kolej ataupun di universiti...
Kita terlupa ikhwah yang sama ada di mana-mana...
Di mana-mana sahaja ceruk Malaysia ini...

Dan alhamdulillah...
Terima kasih kepada Akhi Na'im Che Rahimi...
Sahabat seperjuangan di KMB...
Walaupun akhi yang seorang ini muda setahun...
Tapi rasanya pengalaman dirinya sendiri lagi banyak daripada diri ini...
Terima kasih kerana sentiasa memberi info tentang program umum yang ada di Kelantan..
Dengan rehlah di La Hot Spring yang boleh dikatakan agak kelakar..
Sebab? Erm, boleh rujuk Facebook saya...
Dari La Hot Spring, pergi ke Lata Tembakah, kemudian kembali ke La Hot Spring lagi..
Ada saya nyatakan segalanya dalam album khas...
Dengan futsal nyer lagi beberapa hari lepas...
Yang menyebabkan diri ini terubat jua seketika dengan rindu pada ikhwah di KMB...

Terima kasih juga pada akhi Syahmi daripada Taylor's College...
Kerana berjaya menubuhkan usrah sementara di Kelantan untuk geng2 KolPer(Kolej Persediaan) yang sedang bercuti...
Terima kasih kepada Akhi Wan Imran dari Monash University, Australia...
Yang sanggup menjadi murabbi kami dalam halaqah...
Alhamdulillah..
At least dalam cuti ini selama sebulan masih ada usrah...

Bercerita mengenai usrah...
Ter-reunion kejap dengan sahabat yang pernah berada di SMACH bersama suatu ketika dahulu...
Tersua kembali dengan Ariff Rumy, seorang junior yang muda setahun di SMACH dulu...
Kini berada di INTEC...
Rasanya last sekali berjumpa dengan Rumy masa program KILAT...ISK utk student oversea di Masjid KLIA...

Dan untuk diri kita semua..
Mungkin boleh renung sejenak tentang diri kita semasa cuti ini..
Di mana minimum level iman kita?
Sudah jauh tersasar?
Atau kalau minimum level berada di paras yang agak tinggi..
Alhamdulillah...
Tapi kalau di tahap rendah?
Kena renung sejenak...
Bagaimana boleh sebegitu rupa...
Dan saya sendiri banyak yang perlu difikirkan tentang apa yang berlaku dalam cuti ini...
Hmmm...

Walaupapepun...
Salam perjuangan untuk semua sahabat...
Dan untuk ikhwah seperjuangan...
Terima kasih atas segalanya...
Baik yang berada di KMB...
Yang berada di Kelantan...
Atau di mana-mana sahaja...
Semoga terus tsabat...
InsyaALLAH...

'Hujan' itu membasahkan hati yang kering...

Thursday, December 23, 2010

PPOC Perak Version 2.0

Isnin
12 Disember 2010

Hari kedua di Perak...
Maka segala yang sebenar kan bermula...

Dari pagi-pagi lagi bersiap sedia untuk bergerak ke PPOC Perak dari Hotel Bajet Medan Gopeng...
Tiba di bengkel PPOC dalam pukul 9.30 pagi...
Bila kami pergi ke pejabat di bengkel, sekali kena daftar diri di Ampang...
Apekah? Jauhnya...
Memang itu yang mula-mula terdetik di hati saya...
Tapi...
Lain yang jadi..

Sebenarnya...
Kami berlima akan beroperasi di bengkel PPOC Perak yang terletak di Gunung Rapat, Ipoh..
Sebaik tiba di bengkel, kami diarahkan untuk melaporkan diri di pejabat utama yang terletak di Ampang..
Ampang? Ipoh?
Uuuuu... Jauh tu...
Tapi sebaik sahaja bergerak dengan kereta...
Lain yang jadi...
Dalam lima minit dah sampai ke pejabat PPOC yang terletak di Ampang...
Mula-mula saya ingatkan Ampang yang dimaksudkan terletak di Selangor...
Sekali Sri Ampang, Ipoh, Perak...
Hehe...
Masih teringat sempat berseloroh...
"Perak ni dah cam kes plagiarism, ada Ampang, ada Kota Bharu..."
Hehe...

Agak cuak masuk di pejabat besar dan kan berjumpa dengan orang berjawatan besar, Encik Daniel iaitu big boss PPOC itu sendiri...
Mula-mula seram sejuk...
Tapi hilang sebab Encik Daniel ni sangat ramah...
Jiwa pun cam orang muda lagi walaupun kalau dilihat dari segi umur dah lebih 40 tahun barangkali...

Melalui briefing ringkas tentang PPOC...
Baru saya tahu bahawa PPOC bukan tempat untuk menjaga kebajikan OKU...
Dalam kata lain, bukan tempat untuk menjaga OKU ala-ala rumah kebajikan...
Tapi PPOC adalah tempat untuk melatih OKU dan memberikan pekerjaan kepada mereka...
Bagus bagus...
At least OKU bukan menjadi pengemis di jalanan...
Hoho...

Saya sangat suka tentang cara pandangan Encik Daniel tentang masyarakat kita dan OKU...
Masih teringat kata-kata Encik Daniel,

"Kita orang normal suka label OKU ni sebagai manusia yang 'kurang'.
Mungkin sebab sememangnya mentaliti masyarakat kita yang suka memandang 
rendah orang lain. Bukan Malaysia aje, kalau kita lihat dasar apartheid,
kita akan jumpa benda sama.
Orang kulit hitam dianggap tak normal sehingga diberi kad khas
dan mendapat layanan kelas kedua..."

Hmmm...
Memang...
Tengok aje dalam contoh lain...
Kita sendiri pun suka melabel orang itu dan orang ini sebagai sesat...
Orang itu tak layak terima hidayah daripada Allah...
Orang ini tak setaraf dengan kita sebab tak reti baca al-Quran...
Kita sendiri suka melabel orang lain...
Paling dahsyat...
Apabila para 'daie' pula yang memandang rendah kepada golongan masyarakat yang tak sealiran dengannya...
Pernah pengalaman saya sendiri...
Ada individu yang membenci golongan yang tak reti baca al-Quran walau umur dah menginjak remaja nak masuk 'retua'...
Mungkin kita patut pandang sudut lain...
Menghormati sesetangah golongan yang tak reti baca al-Quran sebab mereka ni yang saya lihat, yang sesetengah ini sanggup menebalkan muka untuk belajar membaca al-Quran dengan member-member walaupun terpaksa menebalkan muka...
Sepatutya kita jadi golongan yang mengubati bukan hanya tahu mengkritik...
At least kita mampu ubah kehidupan seorang dua walaupun tak mampu nak ubah keseluruhan komuniti...
Hmmm....

Berbalik kepada asal...
Usai tamat proses pendaftaran sebagai sukarela...
Kami dibawa balik ke asrama...
Hmmm...
Asrama, bengkel, pejabat. Semuanya bukan dalam satu kawasan bangunan...
Maksud saya, semua di tempat yang berbeza...
Jadi kalau ada urusan di asrama, maka kami terpaksa berjalan dari bengkel ke asrama lebih kurang 500 meter..
Pejabat paling jauh sehingga terpaksa pergi dengan kereta...
Sebenarnya agak baik untuk diri saya supaya sekurang-kurangnya terbakar juga kalori ini..
Hehe...

Masuk asrama...
Wohoho...
semua dah siap...
Cadar, selimut, bantal.. Siap yang baru lagi...

Dan memang bilik kami agak kesunyian walaupun kami berlima bersama dengan 4 orang penghuni yang lain..
Sebab?
Penghuni lain yang sebilik dengan kami semuanya bisu...
Errr, bagus juga...
Akhirnya saya belajar bahasa isyarat asas untuk berkomunikasi dengan mereka...
Hehe..
Alhamdulillah...
Dapat ilmu baru..

Petang tu hany mula dengan muqaddimah...
Lawat ke bengkel...
Rupanya-rupanya...
PPOC Perak adalah pengeluar sampul surat di Malaysia...
Nak tahu sampul surat dari PPOC camne?
Senang ajer...
Sesiapa yang pernah dapat sampul surat URUSAN SERI PADUKA BAGINDA...
Maka ketahuilah sampul surat itu dicetak, dilipat, digam dan dibungkus oleh pekerja PPOC Perak...
Kalau sampul surat biasa, yang kat bahagian penutup surat ada gam warna biru...
Tu pun sampul surat hasil kerja OKU di PPOC Perak...

Sempat borak dengan Bak, seorang warga OKU orang asli yang bekerja di bahagian sampul surat...
Aneh sebab mereka ni mampu bergelak tawa sekali..
Paling mantap ayat Bak cakap kat kami..
"Saya tak pernah belajar bahasa isyarat, tapi masih boleh gelak sekali dengan mereka sebab bila dah lama-lama duduk sekali, memang kitorang akan faham diri masing-masing..."

Wohoho..
Mantap-mantap...
Bukti ukhuwah yang mantap kan melahirkan komunikasi tanpa suara...     
Apekah?      0_o

Malam first di asrama putera PPOC...
Agak aneh kerana penghuni tidur tanpa memasang kipas...
Diorang ni tak panas ke?
Kami berlima siap bawak turun tilam tidur bawah satu kipas...
Tidur ala-ala koboi sikit...

Dan patut pun...
Bila menginjak pukul 1 pagi...
Suhu jadi terlalu sejuk...
Sejuk sangat-sangat...
Hinggakan adipose tissue saya sendiri tak mampu menghalang kesejukan malam yang terlampau amat tersejuk...
*kesalahan tatabahasa di situ...

Hmmm...
Memang tak rugi ikut...
Sebab boleh menyelami kisah hidup mereka yang lain dari kita..
Yang hidup dalam dunia yang penuh sunyi daripada masyarakat...
Sob3...

Ada bakat terpendam di situ...
^^

Monday, December 20, 2010

PPOC Perak Version 1.0

Ahad
11 Disember 2010

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...
Buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Ipoh, Perak..
Dan saya sendiri tak pernah menjangkakan bahawa dalam hayat ini kan pernah pergi ke Ipoh...
Wohoho...
Backpack yang dihadiahkan oleh abah banyak membantu diri ini untuk siri pengembaraan..
Hehe...
Senang, hanya satu beg ajer..

Terima kasih lepada Abdullah Faqir kerana mengizinkan diri ini untuk mengikuti khidmat sosial di Persatuan Pemulihan Orang Cacat (PPOC) Perak selama seminggu untuk melengkapkan CAS (Creativity,Action,Service) yang masih berbaki mungkin...
Sebab 'big bos' yang handle aktiviti ni adalah Abdullah Faqir sendiri sebab dia menetap di sana...
Dan selama seminggu berada di sana...
Alhamdulillah...
Banyak suka duka yang menyedarkan diri ini tentang realiti sebenar sebuah kehidupan...

Wakil dari KMB yang mengikuti program ini seramai 5 orang...
Yakni Abdullah Faqir sebagai big bos...
Zakuan Hassan,Zaha, sebagai vice...
Arsyad Noordin,Acad, sebagai secretary...
Azli Omizi,Azli, sebagai bendahari...
Dan saya sendiri sebagai AJK Makanan...
0_o    Apekah?

First impression tentang Ipoh?
Suka, sangat-sangat suka...
Sebab baru saya tahu rupanya Ipoh dikelilingi oleh bukit-bukau yang sangat-sangat banyak..
Sesuai untuk saya yang cintakan kedamaian... (Bajet sikitttt...)

Dari Kelantan, saya, Azli dan Acad bergerak ke Ipoh dengan bas dari pukul 10 pagi...
Tiba di bandar Ipoh pada jam 5 petang...
Jauh jugak eh?
Ingatkan dekat ajerz...
Mengikut jadual asal, kami akan bergerak ke PPOC pada hari kedua iaitu hari Isnin...
Jadi cadangnya dalam perancangan asal satu malam akan tidur di homestay...
Wohoho, kaya nyer...
Tapi Pak Cik Eddi yang handle pengangkutan kitorang ada idea yang lebih baik untuk menjimatkan lagi kos...

"Camni, sebab awak semua nak tidur satu malam aje. Saya bawak awak pergi hotel bajet lagi murah. Senang esok pagi nak gerak ke PPOC."

Kami ok ajer...
Lagi murah lagi suka..
Hehe...

Yang paling nak tergelak...
Ingatkan gelarannya adalah hotel bajet sebab murah..
Rupa-rupanya memang nama hotel tu Hotel Bajet...
Hotel Bajet Medan Gopeng...
Haha...

Alhamdulillah...
Dapat RM100 untuk satu bilik...
Lebih kurang RM20 untuk setiap orang...
Malam tu sumber makanan sangat senang...
Sebab kat stesen bas Medan Gopeng ada pasar malam...
Dan saya sendiri baru teringat bahawa room-mate saya sendiri orang Ipoh..
Terus call Pali...
Boleh gak merasa lepak bersama room-mate malam tu...
Hehe...
Lepak ajer kat kedai capati sebelah pasar malam...

Balik ke hotal...

"Jom rapatkan katil malam ni, senang lima-lima boleh tidur atas katil...",cadang Abdullah...

Sekali katil jenis takleh nak rapat..
Sebab?
Katil jenis diperbuat daripada simen...
Wohoho...
Tengok sendiri la...

Maka yang terbesar gedabak ni tidur ajer atas tilam lebih yang disediakan...

Bergambar dalam bilik kami, cuba usha kat katil tu, katil daripada simen...


Kesan aircond kepada seorang student IB yang cekeding...

Dan malam itu..
Ramai yang 'syahid' awal sebab letih dengan perjalanan yang jauh..
Hehe..

p/s:sengaja catatan kali ini tidak saya nyatakan pukul berapa catatan ini ditulis sebab segalanya ditulis setelah sampai ke rumah kerana masalah internet di POCC...

(^_^)V

Thursday, December 9, 2010

Ada Apa Dengan Ia???

22:39
Rabu
8 Disember 2010

Bismillahirrahmanirahim...

Seringkali kita terdengar...
Banyak ungkapan-ungkapan emas yang merujuk kepada sejarah...
Ada yang berkata bahawa sejarah adalah guru terbaik...
Atau dalam bahasa yang lebih mudah...
Guru yang terbaik bagi seorang individu adalah pengalaman...
Dan pengalaman itu sendiri adalah sejarah...
Apa taknya?
Pengalaman adalah masa lalu...
Maka, segala masa lalu adalah sejarah...
Ke salah?

Apa yang ada pada sebuah sejarah?
Hmmm...
Kalau ingat balik buku teks Sejarah Form 1...
Atau Form 3, saya tak seberapa ingat...
Ada ditulis satu ungkapan terkenal George Santayana yang merupakan seorang ahli falsafah,

"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it"
(The Life of Reason, Volume 1,1905)

Kalau dilihat pada kata-kata George Santayana...
Dia merujuk kepada sesiapa yang lupa kepada sejarah...
Lupa kepada individu yang terlibat dalam 'menyusahkan' perjalanan masa...

Masih teringat kata-kata Cikgu Hafizi, guru Sejarah masa Form 2...
"Kalau awak terpijak di lubang ular yang sama, mungkin awak lupa. Tapi kalau kali ketiga terpijak lagi, tu maksudnya awak bodoh!"
Yang kenal Cikgu Hafizi mungkin kan faham mengapa saya letakkan tanda seru di penghujung ayatnya...
Sebab suaranya kuat...
Dan sehingga hari ini saya ingat kata-kata itu...

Biasa kalau dilihat pada sejarah..
Kita akan rujuk pada sejarah-sejarah jatuhnya sebuah tamadun...
Sebuah kerajaan...
Kita akan rujuk pada benda-benda yang tak best...

Teringat kata-kata Necmettin Erbakan...
Kenal tak siapa Erbakan ni?
Hmmm...
Erbakan adalah Perdana Menteri Turki tahun 1996 hingga 1997...
Errr, ni Perdana Menteri yang bukan sekular eh...
Kata Erbakan semasa sebuah perhimpunan mega pada 29 Mei 1996...
Yakni sebuah perhimpunan untuk memperingati hari jatuhnya Constantinople (Istanbul) ke tangan Sultan Muhammad al-Fatih pada 29 Mei 1953...
Kata Erbakan,

"Umat yang tidak mahu menoleh kepada sejarah adalah umat yang rugi.
Umat yang tiada sejarah tiada baginya 
masa depan"
(Necmettin Erbakan, 29 Mei 1996)

Saya sangat-sangat suka dengan ayat ni..
Sebab?
Ok, jom balik ke pendahuluan sejenak...
Kita kata pengalaman adalah guru yang terbaik..
Sebab pengalaman yang menyebabkan kita menjadi matang...

Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 8 tahun kita katakan kepadanya tidak matang...
Sebab dia masih lagi kurang dalam pengalaman...
Masih lagi kurang pengalaman menghadapi realiti sebuah masyarakat...
Pengalaman bergaul dengan masyarakat...
Pengalaman menghadapi ujian yang timbul akibat bersama dengan masyarakat...
Difitnah...
Dicaci...
Sebab tiada pengalaman ini...
Maka kanak-kanak ini menjadi tidak matang...

Tetapi...
Seandainya kanak-kanak ini tadi mempunyai banyak pengalaman...
Semestinya dia akan menjadi matang...
Mungkin matang melebihi usianya sendiri...
Teringat pengalaman saya sendiri...
Menonton sebuah video kanak-kanak Palestin dalam video Shift Your Paradigm...
Video ni boleh ditonton di YouTube...
Kanak-kanak perempuan ini sangat matang...
Sehingga boleh berhujah tentang dirinya dan keluarganya termasuk masyarakat yang hidup di sekelilingnya yang ditindas Israel...
Boleh lihat bagaimana dia mempersoalkan tentang bahagia apabila dia ditanya oleh wartawan...
Kanak-kanak ini menjadi matang kerana pengalaman jerih perit yang ada padanya...

Kata Imam Abu Qasim Al-Junaid...

"Sejarah merupakan salah satu daripada
tentera Allah untuk menguatkan hati..."

Mungkin kalau kita lihat pada realiti kita sendiri hari ini...
Kita umat islam hari ini menjadi tidak matang kerana kita lupakan sejarah..
Kita lupa pada sirah Rasulullah SAW itu sendiri...
Kita lupa pada Umaiyah..
Kita lupa jatuh bangunnya kerajaan Abbasiyah...
Kita lupa pada Turki Uthmaniyah...
Kita lupa pada kisah sebenar tentang Perang Salib...
Sebut Perang Salib, kita hanya ingat pada Salahuddin al-Ayubi...
Lupa pada kisah lain?
Atau kita tak tahu?
Kalau tak tahu, semakin dahsyat andai kita sendiri tiada pula inisiatif untuk mencari kisah-kisah sebenar...
Kita lupa pada hakikat sebuah islam...
Sering kita menganggap islam ini hanya sebagai sebuah agama...
Sebenarnya di sebalik sebuah agama ini, terlindung satu tamadun hebat...

Mungkin kerana jahilnya kita pada realiti kisah sebenar umat islam...
Tatkala disebut islam...
Yang kita lihat hanya serban...
Kopiah...
Tersengguk mengantuk di surau...
Gelak ketawa kerana lawak lucah penceramah kuliah maghrib...
Tahlil dan bla3...
Kita hanya lihat pada sudut ritual...

Kata akhi Farid Nazmi...
Ex-KMBians merangkap abang kepada Faiq Abdul Halim...
Pesannya semasa Khemah Ibadat tahun 2007 SMACH...

"Islam itu bukan hanya pada solat,zakat, puasa.
Tapi islam itu adalah segala-galanya.
Bermula dari awak bangun tidur pada pagi,dan tidur balik pada malamnya.
Malah masa tidur pun islam."

Kita sendiri lebih agungkan tokoh-tokoh barat dalam dunia sains...
Kita menzalimi umat islam yang memberi impak terbesar dalam perjalanan seharian kita..
Lupa kepada Nasir Din at-Tusi yang memperkenalkan Sines Rule...
Yang biasa kita guna dalam Additional Mathematics, perihal pengiraan segi tiga...
Sebut penerbangan, kita nampak Wright Brothers...
Lupa pada orang pertama yang terbang adalah Ibnu Firnas...
Yang menjumpai teori aerodinamik dan berjaya membuktikan teori itu dengan glider...
Lupa pada Jabir Ibnu Hayyan yang memjumpai asid sulfurik...
Yang turut memperkenalkan fractional distillation...
Walaupun pada masa itu petroleum masih belum dijumpai....Perghhhh....
Banyak yang kita tak tahu...
Dan kita hanya bergoyang kaki tanpa ada secebis usaha untuk mencari realiti sejarah umat islam...

Dan saya baru faham...
Mengapa secara kebiasaannya...
Langkah pertama untuk membina seorang rijal adalah dengan memperkenalkan sejarah islam padanya...
Biasanya, mereka akan dikenakan ISK(Ini Sejarah Kita) terlebih dahulu...
Yang menceritakan realiti jatuh bangunnya kita ini...
Dan jatuhnya kita pada 1924...(Apa? 1924? Mak aih, tak sampai 100 tahun lagi)
Sebagai pencetus semangat...
Dan untuk membuka lembaran baru dalam hakikat memahami erti perkataan islam...
Mungkin kerana kita lupa pada hakikat sejarah islam...
Maka kita menjadi allergi tatkala disebut islam...
Sebut islam...
Kita menyangka kita kena pakai serban...
Pakai jubah...
Simpan janggut panjang-panjang...
Tak boleh masuk bidang lain...
Hanya kena ambil jurusan syariah, usuluddin, pendidikan islam dan bla3...
Setakat itu sahaja kita kenal islam...
Maaf, saya bukan mengatakan ambil jurusan-jurusan ini salah...
Saya maksudkan, kita sudah menginjak dewasa...
Saya sendiri sudah 19 tahun..
Takkan kita nak faham islam dengan ilmu kanak-kanak umur 9 tahun?
Hesh, jangan-jangan...

Tapi...
Masalah juga dengan sejarah...
Banyak fakta yang disembunyikan...
Kisah sebenar dikaburkan supaya hanya 'orang-orang' itu yang menonjol...
Saya faham kenapa pelajar SPM dan PMR sangat-sangat boring dengan subjek Sejarah...
Saya pernah mengalami benda yang sama...
Sebab utama ialah...
Fakta-fakta sebenar disembunyikan...
Lihat sahaja buku teks kita semasa SPM dan PMR...
Hanya 'orang-orang' itu yang muncul...
Kita kenal Burhanuddin al-Helmi setakat Malayan Union....
Angkatan Wanita Sedar (AWAS) sebagai pembangkang...
Angkatan Pemuda Insaf (API) sebagai pengikut komunis...
Kita diajar untuk anggukkan kepala dan berkata ya kepada 'hero-hero' itu...
Diajar untuk memuji mereka...
Mengagungkan mereka...
Bukan diajar berfikir...
Hmmmm....
Syukur ambil International Baccalaureate (IB)...
Sebab diajar banyak untuk berfikir...

Lihat sahaja pada fakta tak munasabah...
Benarkah pedagang Arab datang ke Tanah Melayu untuk menjual dan membeli rempah ratus?
Dah tiada rempah ratus ke sampai kebulur sangat nak beli kat rantau Melayu?
Atau mereka nak berdakwah?
Tapi kita diajar mereka datang sebagai pedagang..
Jual itu,jual ini...
Kahwin dengan wanita tempatan, islamkan mereka...
Sultan pun tertarik menarik memang da bomb dengan mereka...
Join islam...
Wah, semudah itu?
Atau prioriti fakta itu diletak pada tempat salah?
Entah, fikir sendiri...

Sejarah yang saya maksudkan di sini adalah sejarah yang benar...
Realiti kisah kita yang sebenar...
Bukan yang dipengaruhi benda-benda pelik...

Cuma satu ingin saya ingatkan...
Baca buku sejarah...
Hati-hati juga dengan kesahihan fakta...
Sebab saya pernah terjumpa beberapa buku yang ditokok tambah jalan cerita supaya jadi 'sedap'...
Hmmm...
Baca dengan hati...
Kalau benar, hati akan mengiyakan...
Cuma dengan syarat, hati tidak mati tatkala kita membaca sejarah itu...

[Sighhhh...]

Teringat kata seorang professor di Oxford...
Saya tak ingat namanya...
Sebab buku yang ada sebutkan fakta ini ada dalam koleksi buku di rak saya di KMB...
dan sekarang saya di rumah...
Andai teringat, saya check balik nama professor ini...
Kata dia...

"Andai kamu ingin melihat kepada kehebatan 
dalam islam, cukup sahaja dengan sistem sanadnya..."

Sanad adalah sistem dalam hadis...
Yang setiap hadis..
Perawinya mesti bersambung terus pada Rasulullah...
Andai dalam rantaian itu ada keraguan..
Maka taraf hadis itu jatuh daripada taraf hadis sahih ke level yang lebih rendah...
Mungkin hassan atau hassan sahih...
Malah mungkin dhaif(lemah) malah maudhuk(palsu)...
Rantaian perawi ini berada sebelum "Rasulullah SAW berkata: "
Betulkan saya andai saya tersilap...

Kesimpulannya?
Jom hidupkan hati ini...
Bagaimana?
Dengan realiti sejarah lampau umat islam...
Realiti jatuh bangunnya diri kita..
Semoga dengan penghayatan sejarah yang sebenar...
Kita kan menjadi orang yang bersemangat untuk islam ini...
Kerna di sebalik sejarah itu...
Ada banyak realiti suka duka tentang hakikat kita sendiri...
Namun andai kita baca sejarah yang merapu dan diubah untuk kepentingan 'orang-orang' itu...
Kita kan bercelaru...
Sebab ia seolah-olah sebuah ilusi yang kita ingin jadikan sebagai sebuah material yang jelas...

Salam penghayatan sejarah...
Untuk diri ini...
Untuk sahabat-sahabat...
Untuk para pembaca....
Untuk ikhwah seperjuangan...
InsyaALLAH...
Semoga terus tsabat(setia)...
Untuk selamanya...

(^_^)V
*peaceeee....

ISK::pembuka minda yang mengalahkan
kem motivasi...

Tuesday, December 7, 2010

Maintan or Improve?

10:10
Selasa
7 Disember 2010

Alhamdulillah...
Selamat tiba di rumah semalam...
Dan hari ini...
Cuti sem sedang bermula...

Ada yang masih tak balik...
Sebab ada yang nak siapkan kerja...
Ada yang terlibat dengan drama MPAC...
Ada yang akan ke Indonesia bagi misi kemanusiaan...
Dan ada yang bla3...

Tapi saya?
Hehehe..
Dah ada kat rumah sekarang...

Gembira?
Memang sangat gembira...
Siapa kata tak seronok balik rumah?
Entah, ada ke?
Kalau ada, tu menandakan dia ada masalah dengan keluarga dia sendiri, barangkali...

Tapi...
Dalam kegembiraan ini...
Terselit juga satu kebimbangan...
Sebab?
Bila balik rumah...
Mula hanyut sikit...
Iman mungkin diuji...
Tapi inilah medan ujian realiti...
Kalau selama ini kat KMB hidup dikelilingi ikhwah...
Tapi bila balik rumah boleh dikatakan agak bersendirian sikit...

Jadi...
Dalam cuti ini...
jom kita tanya diri sendiri...
Bagaimana dengan status iman?
Berkurang? Nauzubillah...
Maintain? Ermmmm...
Atau bertambah? InsyaALLAH?

Nak kata bersendirian?
Tak ade nyer...
Boleh ajer kalau saya nak 'larikan' diri sekejap...
Meluangkan masa bersama ikhwah-ikhwah Kelantan...
Cuti ini pun bakal terisi dengan banyak akiviti bersama ikhwah...
Yang pertama...
Hospital Attachment dengan geng seusrah di HUSM Kubang Kerian minggu depan selama seminggu..
InsyaALLAH...
Kemudian hari last...
Ada rehlah di Lata Tembakah pada hari last...
Secara rancangannya...
Kita merancang...
Namun ini semua memerlukan keizinan Allah...
Hehe...

Jadi...
Untuk langkah pertama yang selamat...
Jaga mutaba'ah amal dalam cuti ini...
Apa itu mutaba'ah amal?
Satu amal yang telah kita tetapkan untuk diri ini bagi mencapainya dalam setiap hari...
Contohnya al-Quran 1 juz sehari?
Wohoho...
Takdelah...
Mungkin tetapkan secara simple ajer...
Mungkin baca al-Quran 4 muka surat sehari dengan makna sekali...
Mathurat sekali sehari...
Dhuha...
Banyak lagi...
Dan jangan sempitkan mutaba'ah amal pada ibadat ritual semata-mata...
Study sejam sehari...
Baca buku ilmiah 20 minit sehari...
Habiskan satu buku ilmiah yang bukan pasal study setiap minggu...
Riadah 20 minit sehari...
Itupun boleh letak dalam mutaba'ah amal...

Ada yang kata...
"Eleh, hangat-hangat tahi ayam ajer..."

Ye ke?
Jawapannya,tak...
Sebab kami ikhwah-ikhwah di KMB...
Dan di mana-mana pun...
Hidup dengan Mutaba'ah amal...
Memang kalau buat sendiri-sendiri akan jadi hangat-hangat tahi ayam...

Jawapannya...
Kalau yang ada usrah...
Kan bagi report pada naqib masing-masing...
Bagi yang tak berusrah...
Hmmm...
Boleh ajer cari seorang sahabat...
Buat perjanjian dengan dia...
Setiap hari laporkan pada dia...

Rasa kalau sentuh bab mutaba'ah amal...
Yang merasa hidup dalam kemanisan berusrah kan memahaminya...
Kenapa saya katakan kemanisan berusrah?
Sebab...
Banyak ajer institusi pendidikan yang menjalankan usrah untuk pelajar-pelajar...
Dan yang datang dengan rasa dipaksa...
Tapi kemanisan berusrah kan lebih manis kalau kita datang dengan rela hati...
Ditambah lagi dengan usrah itu digerakkan oleh kita sendiri...
Bukannya dengan paksaan mana-mana pihak atasan kolej/universiti...
Itu lebih manis...
Sangat-sangat manis dan best...
Hehe...
Siyes siyes tak tipu...

Hmmm....
Maka dalam cuti ini...
Jom tanya diri sejenak...
Bagaimana kita nak buat dengan iman ini?
Kekalkan ia pada paras yang sama...
Atau tambah lagi?
Jom tambah...
Jom jom...

Kesimpulannya?
Senang ajer...
Salam menjaga status iman pada semua...
Pada diri saya sendiri...
Pada sahabat-sahabat...
Pada ikhwah-ikhwah seperjuangan...
Dan kepada semua para pembaca...
InsyaALLAH...
Tanya diri...
Masihkah ada secebis rasa sayang pada iman kita?
Atau dalam erti kata lain...
Masihkah kita sayang pada diri kita sendiri?
Hmmm...
Camne tu?
Jawab sendiri....
InsyaALLAH...

(^_^)V
*peaceeeee.....

Friday, December 3, 2010

Dibelasah Sehebat Rupa...

23:02
Jumaat
3 Disember 2010

Bismillahirrahmanirrahim...

Walaupun sudah menginjak seminggu saya abaikan sejenak catatan ini...
Kerana diri ini terpaksa turun ke medan exam...
Dan yang tinggal hanya satu paper lagi...
Biology Higher Level...
Dan kemudian saya kan pulang ke rumah...

Entah kenapa...
Dalam seminggu dua ini...
Terasa diri ini sangat down...
Sehingga kadang-kadang saya mula tertanya pada diri saya sendiri...
Adakah saya sudah merasa 'boring' dengan tarbiyah?
Nauzubillah...
Bisikan hati yang sangat berbahaya...
Doakan agar saya kan terus tsabat(setia)...
Bukan untuk setahun dua...
Namun untuk selama-lamanya sampai bila-bila...
InsyaALLAH...

Dalam kesayuan ini...
Terasa diri ini sangat hina...
Bukan orang lain yang menyebabkan diri ini terhina...
Tapi saya sendiri...
Mungkin silap besar adalah sebab melayan diri ini yang sedang lumpuh sejenak semangat ini...

Sejak minggu lepas...
Terasa diri ini semakin jauh...
Semakin jauh dengan benda yang saya perlukan...
Semakin jauh dengan tarbiyah...
Dalam erti kata yang lebih senang, semakin jauh dengan didikan hati...
Silap saya sendiri juga...
Sebab usaha untuk push balik diri ini hanya sedikit...
Apakah saya mengharapkan dengan usaha yang sedikit untuk mehilangkan 'inertia' futur ini?

Selama 2 minggu ini...
Terasa diri terumbang ambing...
Hinggakan ada sahabat yang membincangkan tentang arena ini...
Saya menjadi buntu...
Terasa hilang sejenak ilmu yang saya simpan selama ini...
Sedikit sebanyak catatan yang ada sedia membantu...
Untuk menggerakkan diri ini bagi menyahut mutaba'ah amal menjadi sangat berat...
Terasa seolah-olah sangat berat...
Mungkin silap saya juga...
Sebab tidak fokus dan khusyuk dalam seminggu dua ini...

Dalam hati yang sedang berbolak balik ini...
Alhamdulillah...
Semakin sedar pentingnya hidup berjemaah...
Punya sahabat yang sentiasa ada untuk membantu diri ini...
Punya ikhwah sekeliling yang menggerakkan diri ini untuk terus melangkah dalam kepayahan yang dibina sendiri...
Terima kasih buat ikhwah-ikhwah seperjuangan...
Yang banyak membantu saya pulih kembali seperti asal...

Futur di saat musim exam...
Sangat sakit...
Sakitnya melebihi sakit demam...
Sebab yang sakit adalah hati...
Roh yang sakit...
Walau jika dilihat dengan mata, fizikal ini terus sihat...
Mungkin yang pernah mengalamai turun naiknya iman kan memahami catatan saya ini...

Terima kasih kepada sang murabbi...
Yang sanggup menjenguk walau buat seketika sebentar tadi...
Walau dalam kesibukan dirinya yang memenuhi hambatan kerja yang banyak...
Terima kasih...
Kerna bersamanya sahaja mampu membuat diri ini terubat....
Mula sedar pentingnya berusrah...
Kerna ia bukan setakat untuk gerak kerja...
Juga untuk ubati diri ini di saat futur sedemikian rupa...

Terima kasih kepada teman seusrah...
Sebab banyak membantu diri ini...
Yang banyak push diri ini kembali ke level asal...
Dan di saat menulis catatan ini...
Masih lagi dalam proses mengubati...
Masih lagi belum sembuh sepenuhnya....

Terima kasih kepada Faiq Syuk...
Yang menjaga solat subuh saya supaya di awal waktu dalam fasa futur ini...
Terima kasih kepada Na'im Che Rahimi...
Yang menjenguk diri ini walau buat seketika di bilik ini...
Sebab sedikit sebanyak membantu diri ini untuk pulih...

Buat anak-anak usrah...
Terima kasih kerana mengajar diri ini untuk menerima segala realiti dalam hidup ini...
Kerna segalanya tidak senang...
Walau nampak mudah....

Dan malam ini...
Hati ini perlu diubati lagi...
Terima kasih kepada Akmal Sharom yang sentiasa bertanya khabar diri ini...
Yang sentiasa menasihati diri ini sehari dua ini...
Sebab kadang-kadang...
Tak dinafikan kita perlukan seseorang untuk menegur diri kita di saat kita sedang membuat kesalahan...

Mengharapkan sahabat-sahabat...
Ikhwah-ikhwah yang membaca catatan ini...
Untuk mendoakan diri ini..
Yang sedang mengalami fasa futur...
Sakit...
Amat sakit...
Tak dapat digambar dengan kata-kata...

Untuk diri ini...
Orang lain hanya mampu mendoakan dari jauh..
Hanya mampu mendoakan...
Namun yang mengubah diri ini...
Adalah diri ini sendiri...
Tanyalah pada hati kecil ini...
Adakah masih ada rasa cinta itu?
Walau hanya secebis...
Kerna yang secebis itu masih mampu bercambah kembali...
Andai diri ini berkata ya dan mahu...

Salam perjuangan...
Untuk diri ini...
Supaya dapat kembali ke asalnya sebagaimana kebiasaan...
Semoga usai semnbuh nanti...
Prestasi kan lebih tinggi...
Semoga terus tsabat(setia)...
Buat selama-lamanya...
InsyaALLAH...

(^^-)V
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...