Wednesday, April 28, 2010

Menjadi Orang Yang Faham...

14:07
Wednesday
28th April 2010


Situasi 1


Seorang bapa telah membawa anaknya ke klinik setelah terjatuh dari basikal. Bimbang ada bahagian-bahagian yang patah. Setelah diperiksa dan dirawat oleh doktor, maka si doktor mengadakan perbincangan tentang masalah anak si lelaki tadi...

"Anak encik ok, takde yang patah. Cuma...", kata si doktor.
"Cuma ape"
Si ayah yang lega sedikit kerana anaknya ok terus tertanya-tanya masalah apakah yang dihadapi oleh anaknya..

"Cuma bahagian lengan anak encik mengalami kecederaan. Akibat hentakan yang kuat, otot-otot yang defia ada tidak mampu menahan perubahan momentum yang terlampau tinggi. Jadi, semua kapilari dan vena yang terdapat di kawasan hentakan telah pecah. Darah itu berkumpul di bawah kulit, tak dapat keluar. Kerana ketiadaan oksigen yang mencukupi, darh menjadi 'de-oxygenated', menyebabkan menjadi biru.."

Cukup panjang lebar penerangan si doktor, sebenarnya hanya nak berkata bahawa lengan si anak lebam...

"Lengan anak encik lebam.."
Rasanya itu lebih difahami oleh si ayah, daripada memberitahu kecederaan itu daripada perpekstif seorang doktor... Menggunakan istilah yang tidak difahami oleh si bapa...


Situasi 2 


Seorang sahabat berasa was-was, adakah cintanya selama ini dengan seorang gadis yang seusia dengannya jatuh dalam kategori haram... Walaupun pada hakikatnya, mereka tidak keluar 'dating', tak keluar makan-makan, tak pernah berpegang tangan....
Hanya sekadar berbalas-balas tazkirah melalui sms...
Si buah hati pun bukan calang-calang orang, tudung labuhnya itulah yang telah memikat hati sahabat ini...
Dan janggut yang sejemput yang menghiasi dagunya itulah yang telah mencuri hati si gadis...

Lalu, si sahabat ini bertanya kepada seorang senior yang dihormatinya selama ini...

"Bang, saya sebenarnya jatuh cinta dengan seorang akhawat. Saya tak bercouple, tak berpegang tangan, tak keluar 'dating'...", jelas si sahabat.

"Jadi?", tanya si senior...

"Cuma saya berbalas sms dengan dia. Tu pun bincang sal studi, balas2 tazkirah, kejut qiamullail..."

"Akhi, sebenarnya, perbuatan akhi selama ini haram! Jelas salah di sisi agama. Lihat surah Al-Isra', ayat 32: "...Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguh itu perbuatan yang keji lagi buruk bagi kamu..."
Akhi kena sedar, akhi mesti join dakwah. Nanti ana perkenal taarif, taqwin dan tanfiz pada akhi...Akhi mesti sedar kita mesti berpegang pada Syahadatul Haq... Bla bla bla..."


**********************************************


Jadi?
Mengikut dua cerita di atas...
Jom kita cuba teliti sekejap, antara seorang doktor dan seorang ayah...
Menjelaskan tentang 'lebam' kepada seorang ayah yang tidak mempunyai pengetahuan tentang ilmu kedoktorang dengan penuh kreatif sekali...

Dan jika dilihat pada cerita kedua...
Bagaimana seorang yang berilmu telah menasihati seorang sahabat yang dalam dilema tentang isu cintanya dengan kekasih hatinya...
Telah diberi tazkirah panjang lebar oleh si 'abang' yang cukup dihormatinya...
Tazkirah berbahasa Arab lagi, istilah-istilah yang cukup hebat...
Namun si sahabat tak paham apa yang ingin disampaikan oleh si 'abang'...

Realitinya...
Hari ini aku melihat satu pandemik...
Ada kalanya kita akan ditanya oleh orang-orang sekeliling...
Diminta memberi nasihat tentang masalah yang mereka hadapi...

Tapi...
Kita memberi nasihat...
Dengan isi-isi yang tak sesuai untuk mereka...
Menggunakan istilah-istilah bahasa Arab...
Kerana ingin buktikan bahawa kita ini golongan yang telah di'tarbiyah'...
Ilmu laksana seorang ustaz...
Yang kesannya...
Kita hanya berbual kosong dengan sahabat-sahabat sekeliling kita....

Kesimpulannya...
Andai kita diminta memberi nasihat...
Isinya adalah yang utama... 
Istilah-istilah yang pelik-pelik itu hanya keperluan...
Nak guna istilah-isltilah itu pun boleh...
Tapi pastikan sesuai dengan masyarakat yang sedang kita bincangkan...

Bimbang...
Bukan ilmu yang tersebar...
Sebaliknya, kita pulak yang ditimpa penyakit...
Penyakit RTSB (Riak, Takabbur, Sombong dan Bongkak)...


Salam perjuangan untuk diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat...
Dalam meneruskan perjuangan ini...
Untuk terus tetap di jalan-Nya yang lurus ini...
InsyaALLAH...

Sunday, April 25, 2010

Basuh Tangan Atau Basuh Pinggan?

16:17
Sunday
25th April 2010

Salammm...
Hmmm, dah seminggu juga tak update blog ni...
Ada yang bertanya, dah hilang idea ke?
Tapi hakikat sebenar, pernah ana sendiri cuba update di waktu petang semasa hari-hari biasa. Tetapi yang menghalang untuk berbuat demikian adalah fokus. Bimbang apa yang ditulis tak dapat menyampaikan idea asal...
Bimbang juga andai kerja tak dibuat dengan fokus, maka maksud asal yang ingin disampaikan tak dapat dicapai...
Jadi, lebih baik diam...


**********************************

Mungkin ramai yang tertanya-tanya dengan tajuk ni...
Apa ke benda relate antara basuh tangan dengan basuh pinggan?

Dalam satu perbincangan dengan naqib ana beberapa hari yang lepas...
Ana ada menyuarakan tentang masalah yang sedang ana hadapi...
Ramai yang datang berjumpa dengan ana...
Meluahkan perasaan...
Berkenaan dengan usrah di KMB...

"Am, aku tak layak la nak bawa usrah. Ilmu masih belum cukup..", luah seorang hati sahabat...

"Aku rasa tak layak la jadi 'naqib'. Sebab aku sendiri pun tak betul lagi...", kata seorang yang lain pula...

Apabila ana luahkan masalah ini dalam usrah ana sendiri pun...
Akhirnya ana dapat satu buah fikiran untuk menjelas hakikat ini....

**************************************

"Selepas kita makan, apa kita akan buat? Kita akan basuh tangan kan?"
Naqib ana cuba menjawab persoalan ini dengan persoalan yang lain...

"Agak-agak cuci tak tangan kita?"
"InsyaALLAH... 'Konpem' cuci...", jawab seorang sahabat ana yang lain...

"Tapi, cuba bayangkan. Kalau kita basuh tangan sahaja selepas makan, mungkin masih ada bau belacannya. Mungkin masih ada bau sambalnya..."

"Cuba kalau lepas makan, kita basuh pinggan yang kita guna sekali.. Rasa-rasanya, mana satu yang lebih cuci tangan kita?"

Hmmm...
Terfikir sejenak... 
Andai ditanya pada budak Darjah 1 pun mesti jawab basuh pinggan sekali...

"Tu la maksud asalnya... Kalau kita rasa kita tak layak nak jadi naqib, nak bawa usrah. Rasa tak layak nak bawa tarbiyah, usrah akan mampu buat 'improvement' pada diri kita..."

***************************************

Nah!
Akhirnya terjawab la juga persoalan yang sering ditanya oleh sahabat-sahabat selama ini...

Jadikan usrah sebagai medium untuk mentarbiyah diri ini...
Sebab kita bukan hanya hidup untuk memenuhi statistik penduduk negara dan dunia...
Tapi cukup jelas, kita ada agenda lain yang lebih penting...

Tentang perihal yang sering mengatakan bahawa dirinya tak cukup ilmu...
Ana pun rasa tertanya-tanya...
Sampai bila nak tunggu diri ini akan cukup ilmunya?
Nak tunggu dapat sarjana dari Al-Azhar?
Nak tunggu dapat apa lagi?
Lesen dari menteri-menteri Malaysia?

'Saya tak nak join usrah!"...
Mungkin tu persoalan sebenar yang ingin disampaikan di sebalik soalan-soalan yang bertalu-talu itu...

Hmmm...
Ada yang berkata,"Usrah saya tak best la..."
MasyaALLAH...
Nampaknya masih ada kekurangan pada diri ana sendiri...
Masih tak mampu nak mertarbiyah sahabat-sahabat di sekeliling...
Kelemahan diri ini yang masih tak mampu nak membimbing sahabat-sahabat ini...

Ampunkan daku Ya ALLAH...
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati ini, tetapkanlah hati ini dijalan Rasul-Mu. 
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus...
Jadikanlah diri-Mu sebagai tujuan hidup kami...
Jadikanlah Rasullullah sebagai qudwatul hasanah kami...
Jadikanlah Al-Quran sebagai pedoman hidup kami...
Jadikanlah jihad sebagai jalan juang kami...
Dan jadikanlah syahid di jalan-Mu sebagai cita-cita tertinggi kami...

InsyaALLAH...
Salam membina iman untuk diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat...
Sama ada yang sedang ber'usrah'...
Atau yang 'tidak'...


Sunday, April 18, 2010

Di Cabang itu, Hidup Ini Tercipta...

18:63
Sunday
18th April 2010


Salammm...
Hmmm... Hari ni penuh jua dengan aktiviti. Sampai pergi ke Nilai, Negeri Sembilan. Naqib ana kahwin. Alhamdulillah, diharapkan agar dua keluarga akan bersatu. 

Balik di KMB, ikhwah yang bawa ana balik (ana tumpang kereta dia) berenti kat surau KMB. Entah kenapa, dalam mengelamun sekejap, teringat satu peristiwa masa ana darjah 5 dulu...
Masa tu ana umur 11 tahun, mestilah, kan darjah 5...

Di saat ada satu trend terbina dalam masyarakat di sekeliling ana, keluarga ana turut mengalami tempiasnya...
Ni bukan trend budaya kuning yer....
Iaitu, masyarakat di sekeliling ana berlumba-lumba menghantar anak-anak ke sekolah agama...
Ada yang masuk ke tahfiz...
Saudara terdekat ana pun ada yang masuk tahfiz di masa tu...
Umi dan abah ana pun mula terfikir nak berbuat demikian...
Masih ingat, ana pun ok jer...
Heheh...

Ana pun dah mula teringat akan satu dialog dengan seorang sahabat di sekolah rendah masa tu...
"Mil, aku mungkin tak sekolah kat sini dah tahun depan...", ana kata kat sahabat tu....
"Kenapa?"
"Sebab mungkin ana akan masuk tahfiz..."

Perbualan hanya terhenti setakat tu...
Walaupun dah lapan tahun berlalu, tapi ana masih ingat saat itu...

Tapi....
Masa ana darjah 6, ana masih lagi bersekolah di SK Islah...
Hmmm...
Tak masuk tahfiz la ana...
Takpe....

Selepas keputusan UPSR keluar...
Ana dapat 5A...
Alhamdulillah...
Walaupun masa ambil UPSR ana kena Hepatitis B, malah disahkan ada penyakit buah pinggang...
Namun rezeki ini sudah ditetapkan oleh ALLAH...

Ana pergi jumpa tok guru yang ajar ana Al-Quran sejak kecil, sejak umur 6 tahun...
Ana panggil yer Mama..
Ana masih ingat, Mama tanya ana nak masuk sekolah mana...
Ana pun jawab, Maahad Muhammadi kot...
Sebab Maahad Muhammadi memang hebat di Kelantan...

Tapi...
Suatu hari, dapat tawaran dari Sekolah Menengah Sains Machang...
Ana bincang-bincang dengan parents...
Akhirnya masuk la ke SM Sains Machang...
Yang telah mengajar ana erti sebuah kehidupan yang sebenar...

Bila direnung balik...
Ana pernah beberapa kali berhadapan dengan cabang-cabang pemilihan untuk ke sekolah agama...
Namun terlepas...

Hari ini ana terfikir...
Ada satu maksud yang tersembunyi di sebalik plan untuk ana dimasukkan ke sekolah agama...
Entah kenapa, hari ini baru tersedar...
Bahawa hakikatnya hanya satu...
Maksudnyer, parents ana mahu anak-anaknya menjadi orang yang beragama...
Mungkin menjadi orang agama atau masuk ke sekolah agama adalah salah satu wadah untuk beragama...
Ya, tak dinafikan...

Dan hari ini...
Jadilah ana pelajar IB di KMB...
Didedahkan pula dengan satu kehidupan yang lebih mencabar...
Tentang hakikat kewujudan manusia yang masih mahu balik kepada keredhaan Allah...
Walaupun mereka bukanlah pelajar aliran agama...
Dengan sistem usrah yang cukup tersusun...
Alhamdulillah...
Ada aje student sekolah agama di sini....
Dari KISAS, memang cukup hebat...

Hmmm....
Jadi ana dapat satu kesimpulan...
Semua parents sebenarnya mahukan anak-anak mereka menjadi soleh/solehah...
Namun kita sebagai anak terlepas pandang hakikat yan sejak azali ini...

Jadi kepada anak-anak, ana pun anak-anak juga...
Marilah kita persiapkan diri ini...
Menjadi sehabis baik untuk menjadi anak yang soleh/solehah...
Tak bermaksud bahawa kita adalah aliran sains, perdagangan, engineering...
Kita tak mampu melakukannya...
Semuanya terletak pada satu...
Sama ada nak atau tak nak...

Teringat pada satu hadis yang bermaksud:
"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam ad-din"..."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Andai selepas ini masuk ke mana-mana pun institusi pengajian...
Manusia-manusia yang ingin memperjuangkan Islam itu tetap ada....
Dan selamanya akan ada...
Yang menawarkan ukhuwah persahabatan yang tak mampu diimaginasikan oleh akal...
Yang menawarkan kehebatan dan kemanisan bersahabat...
Yang memberi kita peluang untuk mendapat ilmu...

InsyaALLAH...

Salam perjuangan untuk diri ini...
Dan jua untuk sahabat-sahabat seperjuangan...

Saturday, April 17, 2010

Rezeki Hari Ini?

20:17
Saturday
17th April 2010


Salam...
Hmmm, agak-agak ada dekat seminggu dah tak ter'update' blog nih...
Mungkin kekangan masa yang cukup terdesak untuk berbuat demikian...

Walau ape pun, hari ini penuh dengan rezeki...

Dalam tengah hari yang cukup hebat matahari memancarkan sinaran...
Hati ini baru teringat nak 'scan' kad matrik untuk keluar...
Ya Allah, terus ambil beg, pi kat pejabat warden...
Bajet nak outing ke pekan Banting..
Hehe...

Sempat ag dapat penangan 'nasihat' dari sahabat-sahabat yang lain masa solat zohor di surau...
"Engko biar betul nak pi Banting panas2 camni..."
Tanya seorang sahabat...
"Terdesak, nak cucuk duit, nak cari barang jap..."
Ana jawab...

Keluar dari pintu...
Mak aih, memang cukup panas, nasib baik ana ada bawa air dalam botol..
Terpaksa, sebab kat pekan Banting, Selangor, semua kedai runcit India, kalau tak, terpaksa terima hakikat, anda akan ambil air mineral yang berlaga dengan botol arak dalam peti ais kedai runcit...

Kat depan pintu tengah ana jalan-jalan nak pi tunggu bas, ada kereta datang...
"Nak pi tunggu bas ke dik?", brother tu tanya aku..
"Ha'ah..."
Paling ingat, bro tu tanya ana...
"Nak pi mana, Alamanda?"
"Tak, banting aje... Alamanda jauh..."
"Oh, tak payah naik bas ah... Meh, abang pun nak pi Banting gak..."

Hehe...
Maka tak perlu diri ini menunggu bas hampir sejam...
duit pun jimat..
Tu la hakikat hidup ini...
Andai Allah dah tetapkan itu adalah rezeki kita, jauh kat mana pun tetap akan masuk mulut kita...
Tapi andai itu dah ditetapkan bukan rezeki kita, yang kat dalam mulut pun boleh terluah keluar...

Hmm...
Fikirkanlah...
Rezeki akan sentiasa ada di mana-mana...
Cuma nak atau tak nak jer yang tinggal...

Alhamdulillah...

Salam perjuangan mencari rezeki halal untuk diri ini...
Jua untuk sahabat-sahabat...
InsyaALLAH...

Monday, April 12, 2010

Mana Satu Susah???

15:26
Monday
12th April 2010

Salam...
Hmmm, dah beberapa hari x update blog, masa yang cukup tidak mengizinkan...

Entah kenapa, sehari dua ni cukup banyak soalan yang hampir-hampir sama diajukan kepada ana...
Semuanya berkisar dengan interview MARA & JPA...
Alhamdulillah, cukup bersemangat mereka itu mencari tips2 interview...
Kita mampu merancang, hanya Allah menentukan...

Namun dalam keghairahan untuk temu duga ini...
Entah mengapa ana turut terbabit dalam dilema yang tidak berkesudahan...
Entah bagaimana soalan-soalan yang tak sepatutnya timbul boleh menjadi satu persoalan besar...

"Bang, nak tanya sikit... International Baccalaureate(IB) ni susah ke?"

"A-Level ni susah ke?"

"Matrikulasi dengan PASUM, mana 1 lagi senang?"

Lebih kurang begitulah soalan-soalan yang diajukan kepada ana...
Lantas diri ini mula tertanya-tanya...
Siapakah diri ini untuk menentukan mana satu course yang lebih senang untuk sambung pangajian lepas SPM???

Namun, mungkin persoalan ini timbul kerana kita sering dimomokkan dengan bidang sekian-sekian itu sangat susah untuk dipelajari...
Kalau masuk bidang sekian-sekian, maka kepala boleh pecah...

Bagi ana, hanya ada satu jawapan andai selepas ini soalan ini masih ditanya....

"Kalau nak senang, senang jerrr. Tak payah nak menggatal nak isi borang MARA & JPA. Tak payah nak menggatal nak isi borang Pusat Asasi. Tak payah nak menggatal nak cari biasiswa. Jangan dilayan tawaran yang mendatang. Duduk rumah, tidur, makan, tidur, makan... Habiskan beras. 


Pastu, kalau yang perempuan, nanti umur masuk 19 sikit, terus terima pinangan orang. 
Kalau yang lelaki, pergi kerja kat mana-mana. Umur 20, terus kawen!"


Kahwin?
Kalau ada yang mahukan akhi untuk dibuat menantu, silakan...

Mungkin kasar sikit bunyinya...
Tapi tu la hakikat sebenarnya...
Mana ada yang senang... Antum semua ingat nak berjaya ni boleh dibina dalam satu malam?

Tapi kadang-kadang ana tak boleh nak persalahkan mereka ini seratus peratus...
Sebab ana sendiri pun ada pengalaman ni...
Pernah satu ketika dahulu sebelum masuk KMB, ada seorang makhluk berbincang dengan ana...

"Am, sambung ngaji kat mana?"
Alhamdulillah, boleh sambung kat Selangor untuk persediaan medik..."
"Laaa... Kenapa ambil medik? Nanti bernanah otak!"

Astaghfirullahhhh...
Ummi ana mengucap bila ana cerita pasal ni...

Fikirkanlah bagaimana perasaan ana masa tu...
Di saat kita perlukan sokongan, masih ada yang berfikiran jumud(sempit) sebegini...


**************************************************

Andai kata yang memomokkan mereka ini adalah masyarakat sekeliling yang berada kat kampung boleh tahan sikit...
Tapi, yang menjadi masalah terbesar ialah yang menakut-nakutkan mereka ini adalah golongan 'bijak pandai' itu sendiri...

Pernah suatu ketika dahulu ada satu program yang dianjurkan oleh segolongan 'pelajar2 cemerlang' dari U tempatan memomokkan sahabat2 yang lain...

"Jangan ambil IB, susah giler...."

MasyaALLAH...
Apakah program untuk mencari arah tuju masing2 selepas SPM diselitkan dengan unsur2 sebegini?
Entah...
Ana pun dah mula konfius...

Camni la abang-abang dan kakak-kakak tercenta...
Andai buat program dan nak selitkan unsur2 nak memomokkan orang lain agar jangan ambil course yang sekian-sekian kerana terlampau susah...
Baik tak payah buat program...
Wat tambah dosa jer...
Nanti ada hati lain yang terkecil pulak...


Jadi...
Pesanan untuk adik2, ehem, adik2 ke?
Takpe2, tukar sikit...

Pesanan untuk sahabat2 yang sedang mencari tempat untuk sambung pengajian...
Teruskan...
Usah dipeduli pada kata-kata orang yang tak pernah nak memahami nak bagi kejayaan kat orang lain...
Kurang-kurang nyer share la sikit...

InsayALLAH...
Andai ada soalan berkaitan dengan program untuk sambung pengajian... 
Ana sentiasa sedia membantu andai mampu...

Salam perjuangan untuk diri ini...
Juga untuk sahabat2...
Sama ada yang sedang berada di Malaysia...
Atau yang sudah fly...

Alhamdulillah...

Friday, April 9, 2010

Buku Guidance Seumur Hidup...

22:56
Friday
9th April 2010


di sini ada beberapa cerita untuk dikongsi bersama...

situasi 1 "Pada suatu hari, seorang lelaki pergi ke kedai untuk membeli kipas model baru..
boleh dibuka dengan pancaran laser sahaja...wush. hebat2.
perghhh, kos satu kipas 2 ialah rm1000.hulamak, waranti xde. xpe2.
dgn penuh semangat si lelaki itu bawa pulang ke rumah. pasang aja di siling. dia pun teringat akan lampu laser milik anak lelakinya. dicapai lampu itu dan terus dipancar pada kipas.
ANEH! x pulak bergerak kipas ini. mungkin bateri laser itu habis kot. maka ke kedailah lelaki itu utk mencari bateri lampunya. balik ke rumah, dicubanya lagi...
namun kipas tercanggih di dunia itu ttp tak bergerak..
dicuba lagi...
dari pagi hingga ke petang. dicuba tapi kipas ttp x bergerak..
si lelaki hilang kesabaran.
diambil kerusi lalu dibaling pada kipas yang x bersalah...
hancur berkecailah kipas kerana x tahan dengan rate of momentum yg dikenakan. hehe.
tiba2 terdetik di hati lelaki itu utk buka kotak kipas itu...ALAMAK! BUKU PANDUAN ADA DLM KOTAK TU LA. RUPANYA KENA GUNA LASER YANG DISERTAKAN DGN KIPAS DI DLM KOTAK ITU...
apakan daya, menyesal x berguna lagi. Ish3.


situasi 2 seorg remaja lepasan SPM telah membeli sebuah TV yg boleh di"on/off" menggunakan arahan direct dari suara.
perghhh. best2.
harga sebuah TV adalah RM1 500! xde waranti jgakkk...
xpe2. janji puas hati.
balik sahaja ke rumah...
terus disambung ke plug.
remote xde daaa...
yer la... nak on/off pakai arahan melalui suara jer la...
"BUKA.", kata remaja itu. ceh! skrin tv tak kuar pape langsung.
"BUKA!", si remaja menguatkan suara. masih xde pape yang berlaku.
dicubanya hingga ke malam.
si remaja mula meradang.
di ambiknya tukul diketuk pada TV!
"Puas hati aku", desis hati si remaja.
tiba2 terdetik di remaja lelaki itu utk buka kotak tv itu...ALAMAK! BUKU PANDUAN ADA DALAM KOTAK TU LA. RUPA2NYA ARAHAN MESTI DIBERI DALAM BAHASA INGGERIS...
sama cam lelaki dlm situasi 1, menyesal pun x berguna lagi...



jadi!
agak2 apa yg dapat kita relatekan kisah di atas dgn kehidupan seharian?
dua-dua manusia di atas telah menyesal kerana x tengpk buku panduan utk guna brgn mereka...
tindakan melulu yg diambil menyebabkan mereka amat menyesal...

kesimpulannya.
ALLAH S.W.T berikan kita satu kehidupan...
yang bukan berharga RM1 000 sebagaimana kipas yg dibuka dengan pancaran laser...
bukan beharga RM 1 500 sebagaimana TV yg dibuka dgn arahan suara...
tapi x ternilai harganya...
infiniti gitu...

agak2..
apa buku panduan dalam hidup kita?
jawapannya..
jeng2...
Al-Quran...
ape?
betul...
Al-Quran la jawapannya...
agak2, sejak kita hidup ni...
adakah kita jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup...
jom renung bersama...

suatu hari, Aisyah r.a telah ditanya oleh para sahabat.
"Wahai Aisyah, apakah peribadi Rasulullah?"
jawab Aisyah r.a,"Peribadi Rasulullah ialah Al-Quran."

pergh.
tertampar rasanya muka sendiri...
yg kadang2 masih terlalu leka dengan hakikat kehidupan ini...
Jgn ingt Al-Quran ada sal ibadat semata-mata...
cuba tengok betul2.
cuba baca Al-Quran dgn terjemahannya...
kita akan lihat satu benda lain yg ada disebalik semuanya ini...
betulll, cuba lah wat dulu...



InsyaALLAH...


salam perjuangan untuk diri ini...
dan juga untuk sahabat2 seperjuangan...

Monday, April 5, 2010

Warkah Untuk Pemuda...

21:40
Monday
5th April 2010

Cuba bayangkan...

Andai kata pada suatu hari, kerajaan Malaysia ingin menukar undang-undang lampu isyarat di seluruh Malaysia, maka semestinya pihak kerajaan akan menguar-uarkannya melalui media tempatan...

Undang-undang yang akan ditukar mungkin berkenaan dengan lampu isyarat.

"Kenderaan dikehendaki bergerak pabila lampu merah dan berhenti semasa lampu hijau..."

Pihak media diberi tugas yang besar untuk menggalas tanggungjawaab ini bagi menyampaikan maklumat ini kepada orang ramai...

Malangnya, andai pihak media memandang remeh tentang perkara ini...
Mereka tidak memberitahu kepada orang ramai...
Maka, sudah tentu masalah yang besar akan berlaku...
Semestinya, pabila undang2 ini dikuatkuasakan, tetapi dalam keadaan masyarakat masih tidak tahu akan hakikat sebenar...

Hanya segelintir yang tahu...

Cuba bayangkan, sudah tentu hari pertama sahaja, beratus malah mungkin beribu kemalangan dilaporkan...

Maka, rakyat dan kerajaan akan menyalahkan puhak media kerana tidak menyampaikan maklumat tentang perihal ini....


Realitinya Dengan Hakikat Sebenar...

Mungkin kisah tentang penggubalan undang2 berkenaan lampu isyarat itu hanyalah satu analogi...

Jom, renung sejenak relevan cerita di atas dengan hakikat hari ini...

Kita adalah golongan yang tahu tentang hakikat sebenar Islam...
Walaupun mungkin keimanan kita tidak setanding sahabat Rasulullah...
Tetapi kita adalah golongan 'asing' yang meneruskan Islam ini di saat Islam dalam keadaan 'asing'...
Maka adakah kita akan terus duduk goyang kaki?
Terus dalam tidur?

Mungkin, katanya dakwah itu adalah fardhu kifayah...
Hanya disandarkan kepada 'golongan tertentu' yang akan menyebabkan semua yang lain selamat dari kemurkaan Allah?
Siapa yang berkata demikian?

Kenapa kita masih menyempitkan dakwah itu kepada masjid?
Mesti memakai serban/songkok/kopiah untuk meneruskan kerja dakwah?

Mungkin itulah yang menyebabkan Islam dalam keadaan 'begini' pada hari ini...

Jadi?
Kita adalah golongan yang akan memisahkan pemikiran ini daripada masyarakat di masa hadapan...
InsyaALLAH..
Segalanya bukan suatu yang mustahil...

Salam perjuangan untuk diri ini....
Dan jua untuk para sahabat...

InsyaALLAH....

Friday, April 2, 2010

Tips-Tips Interview...


03:58
Friday
2nd April 2010

Salam...
Hmm...
Facebook saya pun dah penuh dengan soalan dari sahabat-sahabat SMACH yang bertanya pasal interview...
Inbox mesej pun dah bergegar dan penuh dengan pertanyaan pasal interview...
jadi, saya pun dah berjanji dengan semua untuk bagi sedikit sebanyak tips yang ana apply masa interview MARA tahun lepas...
Alhamdulillah, berjaya...
Sekarang ni pun study kat Kolej MARA Banting, buat International Baccalaureate(IB)...
InsyaALLAH, ada rezeki tahun depan atau 2 tahun ag ke oversea...


Tenangkan Diri Anda...

Sebenarnya, dalam menghadapi temu duga ini...
Ketenangan minda memainkan peranan penting...
Hmmm, pastu camne nak minda tenang?
Jawapannya: Pulang ke fitrah...
Sentiasa berdoa pada Allah...
Baca al-Quran banyak2...
InsyaALLAh jiwa akan tenang...

Tapi takkan tu ajer?
Sebenarnya, persediaan boleh dibahagi kepada beberapa bahagian...

PERSEDIAAN DIRI SENDIRI

1. Sebenarnya, untuk interview bagi mendapatkan tajaan ke luar negara, panel temu duga akan speaking dengan anda seratus peratus...
Jadi, mungkin benda ni tak jadi masalah kepada student yang speaking memang dah cair...
Tapi nasihat saya kepada sahabat SMACHIAN, tolong improve pronounsation anda. Orang Kelantan ni kalo speaking, tak dinafikan 'bau-bau budu' masih ada...
Saya masa nak interview, saya masih ingat, sebelum tidur saya akan cuba bagi self motivation kat diri ini dengan speaking...
haha...

2. Pastu mula-mula la belajar nak kenal tentang organisasi yang anda mohon biasiswa....
Contoh, kalau MARA, mula-mulakan diri dengan hafal serba-sedikit tentang organisasi MARA itu sendiri. Saya masih ingat, saya hafal organisasi MARA dan tentang sejarah penubuhan MARA, dengan harapan dapat jadi kredit masa interview, tapi panel interview tak tanya.

3. Untuk sebarang urusan dengan sijil dan dokumen yang dikehendaki, pastikan semuanya disahkan oleh sekolah anda...
Maksudnya, semua interview nakkan sijil yang pernah anda dapat semasa di sekolah. Jadi pergi ke sekolah masing2, dapatkan cop pengesahan daripada sekolah anda...
Ingat, buat benda ni walaupun tak diminta...

4. Dokumen2 untuk diserahkan kepada panel interview pada hari interview, tolong buat backup file banyak2 yer...
Sebab, nanti hari temu duga, anda akan nervous...
Jadi kalau file yang sedia ada rosak, maka anda dah ada backup plan...
Be professional la...

5. Satu lagi, tolong berjinak-jinak dengan internet, bukan setakat Facebook jer kerjanya, tapi berjinak-jinak dengan tips2 interview yang boleh didapatkan dari internet.
Berlambak jer kat dunia maya nih...
Nak ke tak nak jer...


Pada Hari Interview

1. Semestinya, bangu pagi2 lagi, solat subuh, dan berdoa...
Minta juga parents untuk doakan kita...
Doa seorang ibu amat mustajab...

2. Yang ini isu sensitiviti sikit... Dengar baik2. Jangan pakai baju warna HIJAU!
Kenapa?
Hmmm, tanyalah diri sendiri...
Korang dah besar..
Takkan  nak explain kot...
Baju biru takpe yer...

3. Kepada yang lelaki, tolong cukur janggut dan misai...
Ada orang kata benda ni tak berkait. Tapi, ambillah langkah yang paling selamat. Tak rugi pape kan?
Kalau nak ikut sunnah Rasulullah simpan janggut, lepas jer interview, simpan la misai dan janggut hingga cecah kaki pun, takde sape kisahhh...

4. Kot atau blazer...
Pun ada yang kata tak berkait. Tapi saya nasihatkan usah. Sebab takut nampak level kita tinggi sangat dari panel interview. Tolong hormat kedudukan diorang yer...


Semasa Kat Tempat Interview

1. Saya masih ingat, masa nak interview dulu kat pejabat MARA di Jalan Raja Laut, KL.
Mak aih, manusia punyalah penuh...
Sorang bajet satu kampung datang temankan...
Haha, biasa lar tuh. Orangnyer ramai cam nak pergi haji...
Jadi, apa yang anda perlu lakukan...
Berbual-buallah dengan orang2 yang ada kat situ yer...
Boleh hilangkan perasaan gemuruh...

2. Part ni paling best! Guna perang saraf kat orang lain!
Ape maksudnyer tuh?
Buat orang lain psycho dengan anda...
Kalau saya dulu, saya pernah ada pengalaman interview dengan Sime Darby guna result percubaan SPM, jadi setiap kali saya borak dengan makhluk2 yang ada kat situ, saya akan tanya, "Ngko pernah ada panggilan interview lain? Aku pernah kena interview dengan Sime Darby guna result percubaan SPM."
Perghhh...
Sebab kena buat benda ni? Kalau anda tak psycho kan orang lain, anda akan jadi mangsa kena Psycho kat diorang... Serius tak tipu. Saya siap sempat debat dengan ada seorang student KYS... Masing2 nak psycho orang lain. Haha. Bijak2...
Jadi, kalau anda tak pernah ada pengalaman interview untuk 'dikongsi' dengan diorang, sebutkan jawatan2 tertinggi korang di sekolah dulu...
Cam president orkestra sekolah ke, wakil Kelantan dalam karnival sains kebangsaan ke, kapten krikiet pasukan sekolah ke, pape jer lah...

Bila Masuk Interview

1. Ni adalah part kemuncak. Kesilapan seorang student apabila ditanya oleh panel interview, "Tell me about yourself'"...
Maka jawapan yang diberi adalah, "My name is bla3, my father's name is bla3, my mother's name is bla3, I have 3 brothers and 4 sisters, my father's occupation is bla3..."
Ehem! Tu bukan perkenal diri yer sahabat2, tu anda tengah memperkenalkan keluarga anda pada panel interview...
Jadi jawapannya adalah, ceritakan pasal; your background study, UPSR, PMR, SPM, jawatan di sekolah menengah, pernah wakil sekolah dalam bidang pe, cita2 anda dan sebaginya yang berkaitan dengan diri anda SAHAJA!

2. Andai ditanya soalan2 pelik?
Jawab jer. Tonjolkan keyakinan anda. Cam saya kena tanya, apasal dalam sijil ada tercatit, masa Form 2 maen rugby, tapi masa form 4 maen kriket plak... Jadi saya kata kat dia, saya injured masa training lepas PMR... Jadi takleh maen yg lasak cam rugby. Saya tunjuk tangan kanan ana takleh sentuh bahu kanan, padahal tu sebab patah masa darjah 4. Dah sijil rugby pun Cikgu Noriman bagi free2... Haha, rezeki jangan tolak beb.

3. Andai kantoi?
Saya pun ada pengalaman nih. hehe.
Masa tu saya ditanya pasal jawatan sebagai presiden Wind Orchestra SMACH. Sekali dia suruh cerita pasal Wind Orchestra. Saya cerita pasal alat muzik yang kami gunakan seperti trombone, drum, horn, tuba dll. Sekali, tersilap sebut guitar... Panel tu tanya,"Is there any string allowed for SBP Wind Orchestra like guitar? I don't think so..."
Mampush aku. Padan muka. Nak cover, saya pun sebut, "Actually, bass guitar is allowed to backup the tuba for the bass line..."
Haha. Dia senyum jer... Takpe, janji aku jawab soalan dia...

4. Sebelum berundur diri dari bilik temu duga.
Saya guna pengalaman masa interview Sime Darby, saya masih ingat ada seorang student Chinese masa Sime Darby tanya panel,"If I get this scholarship, so I will be an IB student or A-level student?"
Soalan yang cukup mantap untuk tonjolkan tahap profesional anda. Jadi masa MARA, saya guna soalan tu...
Panel tu tanya balik,"which one you would like to be? IB student or A-Level student?"
Dengan penuh macho saya jawab, "I think MARA know more about it. So, it should be better if MARA choose it for me..."

Alhamdulillah, dengan rezeki daripada ALLAH, jadilah saya sekarang sebagai International Baccalaureate (IB) Student...
Ni la entri yang paling panjang setakat ni...
Harap berguna pada semua...

Doakan kejayaan saya yer...
InsyaALLAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...