Sunday, February 20, 2011

Bernafas Dengan Normal Sejenak...

15:12
Ahad
20 Februari 2011

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah....
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Saya ingin bernafas secara normal sejenak...
Phewwww....
[Sigh]...

Mimpi ngeri itu hilang sejenak. Biarkan ia terus hilang dari fikiran ini. Walaupun masih ada beberapa benda yang perlu disettlekan, tapi biarlah satu benda yang berat, terbanyak, dan ter-ter-ter lagi ini pergi dahulu menyusul meninggalkan saya...

*Apa benda nih, Am???
=_='

Errr....

Extended essay...
Settle...
Alhamdulillah...

Bagi non-IB student yang tak tahu extended essay, atau nama manjanya, EE, biar saya ceritakan sedikit sebanyak...

EE ni satu benda yang semua student IB kene siapkan dalam tempoh pengajian IB. Selesaikan satu research, buat seberapa banyak eksperimen yang nak, tapi memang kena buat pasal benda baru.
Ala-ala tesis gitu...
Bebas untuk buat pasal apa-apa pun, asalkan berhubung kait dengan sebarang subjek yang dipelajari...
Setiap EE mesti tidak melebihi daripada 4000 patah perkataan..
Dan semestinya mesti mendekati 4000 patah perkataan..

Dan saya, 3958 patah perkataan...
Fuh...
Setebal 119 muka surat, tidak termasuk dengan abstrak, pendahuluan, table of content...
Jadi isi dengan appendices setebal 119 muka surat....

Kaji pasal ape?
Errr, biarlah rahsia...
Pasal sejenis video game yang agak femes di malaysia...
Hehe....

Setinggi penghargaan yang tak mampu diungkapkan kepada supervisor saya, Puan Azlinda, merangkap cikgu IT...
Yang sentiasa sabar dengan diri ini...

Terima kasih kepada wakil2 kolej yang banyak membantu saya...
Terima kasih kepada Fahman Bakri, Nazirul Nazlan, Zulfarhan, Zakirin Zaharuddin, merangkap sahabat-sahabat seperjuangan di SMACH...
Kerna mereka ini banyak membantu dalam saya menjalankan survey di setiap kolej dan universiti di Malaysia...

Terima kasih kepada sang murabbi...
Yang memahami keadaan saya sehingga terpaksa menolak tawaran utk memberi ISK kepada segolongan pelajar sekolah di Putrajaya..
Terima kasih kepada Naim Che Rahimi dan Faiq Syuk yang mengambil alih tempat saya seketika...
Terima kasih, kerna antum sentiasa memahami diri ini...

Mungkin catatan kali ini sekadar luahan emosi...
Sebab saya sendiri sudah terlalu penat dengan EE yang satu ini...
Setelah terpaksa edit banyak kali...
Kena tambah itu, kena buang ini...

Tapi sebenarnya, ada satu benda lagi yang belum settle..
Apa???!!!
Ha'ah, essay subjek falsafah yang sepanjang 1600 patah perkataan...
Esei Theory of Knowledge (ToK)...
Phewwww...
[Sighhhh....]
*Hanya student IB yang faham dahsyat nyer ini semua... (Racist jap eh.)

Semoga diri ini terus tabah..
Kerna kesibukan ini ciput lah sangat kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan para Sahabat Rasulullah SAW dan golongan yang sentiasa berada di jalan ini...
Semoga terus tsabat (setia)...
Walau apa sahaja aral yang melintang...
Supaya sentiasa sedar bahawa diri ini tidak pernah keseorangan...
InsyaALLAH...

Salam perjuangan..
Untuk diri ini...
Untuk sahabat-sahabat seperjuangan...
Untuk ikhwah yang tercinta...
Semoga terus tsabat (setia)...
Tanpa mengenal erti letih + jemu + lesu = futur...
Doakan semua...

Penghargaan terbesar kepada Sang Pencipta yang meletakkan diri ini di jalan ini...
The Road Less Taken...
(^_^)V     peaceeee.....


Diri ini kan terus merinduimu wahai EE ku tersayang...

Saturday, February 12, 2011

Demi TuhanMu, Bersabarlah...

16:22
Sabtu
12 Februari 2011

Bismillahirrahmanirrahim....


"Darah awak pekat sangat! Darah awak kurang air. Sebab awak sering mengalami dehydration..."

Doktor India itu merenung tepat ke mata ini. Saya mendengar penjelasannya rasa nak tergelak. Bukan sebab cara dia menyatakan masalah kesihatan saya, tapi sebab reason yang menyebabkan masalah kesihatan ini...
Hahaha....

"Tapi saya memang dah minum banyak air. Tak cukup lagi eh?", boleh pulak saya tersebut ayat tu.. Terasa cam semacam escapism sejenak...

"Memang saya dah kenal awak camne sejak awak masih kecil lagi. Tapi masalah sekarang water replacement masih belum mencukupi sebab metabolism rate awak terlalu tinggi, kuat sangat berpeluh. Tambah lagi dengan probability awak untuk dapat hypertension agak tinggi sebab kedua-dua parents awak pun ada darah tinggi..."
(Kalau exSMACHianz terbaca part ni mesti tergelak sebab mereka lebih tahu bagaimana hebatnya air  yang hilang kalau melihat saya berpeluh)...


************************************************

Selesai sejenak masalah tekanan darah tinggi saya...
Balik cuti raya cina yang lepas, terus abah bawa saya ke klinik Jega di Kota Bharu untuk check blood pressure saya yang melambung tinggi sebulan dua ini sebagaimana yang pernah dicatatkan di sini.. Dan masalah ini bukan pertama kali berlaku, sebab pernah berlaku semasa lepas SPM, cuma tidak sebagaimana kali ini...
Kerna yang tertinggi bacaan tekanan darah saya naik hingga mencecah 160mmHg bagi systole!

Diambil sample darah pada hari Khamis dan keputusan analisa pada pagi Ahad, petang itu kan balik ke KMB terchenta kerna penuh dengan ikhwah yang dirindui...

Dan saya diletakkan dalam kategori prehypertension...
Maksudnya tekanan darah saya tinggi daripada normal blood pressure tapi tidaklah hingga ke tahap penyakit hypertension....

Saya mengalami masalah dehydration sebab terlalu kuat berpeluh, dan hasilnya terpaksa saya minum air dengan banyak, sangat-sangat banyak sehingga setiap hari saya terpaksa menghabiskan RM3.20 semata-mata untuk mendapatkan bekalan air bersih daripada koperasi dan air itu kan dihabiskan dalam masa setiap hari...
Perghhh...
Tapi, memang dahsyat. Sebab saya tidak menghadapi masalah kekerapan untuk ke tandas kerna air kan hilang melalui kulit!
Apekah?             0_o

Ditambah lagi dengan masalah genetik sebab arwah nenek sebelah ummi ada darah tinggi, nenek dari sebelah abah pun ada darah tinggi, dan ummi sendiri ada darah tinggi... 
Dan saya? Prehypertension....

Diberi 'booster' yang terpaksa ditelan selama 20 hari dalam selang masa 2 hari sekali pengambilan ubatnya. Semoga selepas ini blood pressure ini tidak akan melebihi 140mmHg untuk systole... Sebab diastole saya normal, tak melebihi 90mmHg....
Sepatutnya bagi seorang individu yang normal, bacaan tekanan darah adalah sekitar 120mmHg/ 80mmHg...
Tapi normal bagi saya adalah 135mmHg/85mmHg....

Hmmm....
Nasib baik hidup di KMB penuh dengan aktif, berlari, berjalan, dan semua sekali ada semoga kan mampu sedikit sebanyak membantu diri ini...
Berpantang makan, ermmm, dah tak boleh nak sentuh daging kambing dan daging lembu...
Nasib baik ada alternati food court untuk membantu tatkala Dewan Selera menghidangkan daging untuk makan malam...

***************************

"You sering tidur lewat ke?", si doktor bertanya...

"Ha'ah."

"Tau la IB student pun, tapi jangan sampai melampau.. Cuba tukar corak, tidur awal dan bangun awal pagi lagi untuk study atau pape...", nasihat si doktor...

Wohoho...

"Ermmm, tu maksudnya kena banyak solat tahajud la..."celah ummi semasa saya menceritakan nasihat doktor...

Erkk, semoga nasihat ummi kan mampu menusuk hati ini dan kekal selamanya...

*Agak lucu kerna doktor banyak menggunakan istilah medik seumpama hypertension bagi menggantikan darah tinggi dan blood pressure, systole, diastole... Mentang-mentang dia tahu saya sedang buat preparation untuk medik...

Semoga hati ini kan terus tabah walau apa yang melintang di sepanjang jalan tarbiyah...
Semoga diri ini tak pernah kenal erti lesu dan jemu di jalan ini...

Salam perjuangan...
Untuk diri ini...
Untuk sahabat-sahabat...
Dan untuk ikhwah seperjuangan...
Doakan saya...     ^^

p/s: errrr, segala dialog asal dengan Dr Jega adalah dalam 'bahasa kelantan', dan terpaksa saya alih bahasa demi kefahaman dialog yang ingin disampaikan...hehe.
*doktor India cakap kelantan? apekah?

(^_^)V

Sayangi tekanan darah anda... ^^

Friday, February 4, 2011

Yang Mana Lebih Penting???

12:02
Jumaat
4 Februari 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah dah masuk 4 semester...
Dan hampir 2 semester mempunyai tanggungjawab sebagai 'ayah'...
Yer la, sebab ada 'anak usrah'... Hehe

Saya terfikir dan termenung seketika. Ada yang berkata bahawa mereka mempunyai masalah dengan usrah masing-masing. Masalah apa?
Rata masalah adalah ahli usrah tidak mahu datang usrah..
Ada yang masih belum 'sampai level'...
Ada yang masih tak nampak setakat mana pentingnya usrah itu dalam membentuk individu muslim...
Dan macam-macam lagi masalah...

Dan sejenak saya merenung...
Teringat pesan sang murabbi, "Membina manusia tak semudah membina kilang!"

Memang...
Manusia hidup dalam dunia mereka masing-maing. 'Barrier' pertama yang perlu dipecahkan adalah 'Kenapa saya memerlukan usrah??!!"...
Andai kita berjaya semai kepada mereka benda ini, mungkin ini adalah langkah pertama yang sangat membantu...
Kadang-kadang kita terlupa bahawa ahli usrah yang dibawah tanggungjawab kita itu datang dari background yang berbeza...
Cuba duduk sejenak dan renungkan diri kita sendiri. Camne dengan nilai kehidupan kita sebelum kenal erti usrah. Camne dengan diri kita sebelum terlibat dalam 'arena' ini?
Begitulah juga mereka...

Benda yang terpenting dalam usrah bagi saya...
Bukan pada kemantapan pengisian hasil sobekan buku-buku fikrah yang mantap...
Bukan terletak pada tahap betapa best-nyer pengisian yang mampu kita bagi...
Bukan terletak pada sedapnya makanan yang mampu kita belanja semasa sesi usrah..
Tapi yang terpenting adalah hubungan hati...

Sekejap...
Pengisian yang kita sampaikan memang cukup penting dalam membina pemikiran mereka...
Menariknya pengisian kita juga penting untuk membuatkan mereka terus fokus masa sesi usrah...
Makanan yang dibelanja juga penting untuk, errr, untuk apa yer? Hehehehe...
Tapi benda yang paling utama ialah hubungan hati itu sendiri...

Teringat pesan seorang ikhwah Australia dari Monash University...
"Di sebalik pengisian, hubungan hati paling penting. Sebab nanti di sebalik hubungan hati mereka akan berubah.."

Apa itu hubungan hati?
Hmmm, perlu saya terangkan ke? Ala, hubungan hati ni hubungan kasih sayang ajerz. Hubungan yang lebih daripada sebagai seorang kawan, sahabat, saudara... Tapi satu feeling bahawa kita sayangkan seseorang itu dan kita tak mahu mereka itu hanyut dalam kesesatan...
Ni pendapat saya la...

Rasanya...
Dah sampai masa untuk kita renung sejenak tentang hakikat diri kita. Berapa kerap kita bertanya khabar sesama anak usrah kita? Adakah sekadar seminggu sekali semasa usrah?
Bila last kita lawat mereka bilik ke bilik? Adekah memang tak pernah langsung?
Apa yang kita buat tatkala bertembung dengan mereka di mana-mana? Adekah sekadar senyum dan bagi salam?
Bila kali terakhir kita bertanya khabar keluarga mereka, tentang kesihatan diri mereka? Bila? Jawab dalam hati sendiri, bila?

Kesimpulannya...
Bagi diri saya, hubungan hati dengan anak usrah adalah benda yang terpenting mengalahkan benda-benda lain...InsyaALLAH, andai masalah ini mampu diselesaikan, masalah-masalah lain kan mampu dikurangkan...
Satu lagi, mereka ini manusia... Mana ada yang sempurna...
Kita sendiri sebagai murabbi/naqib sendiri masih belum sempurna...
Dalam sesetengah benda, mutarabbi kita yang lebih sempurna daripada diri kita...

Jangan pernah untuk berasa lemah dan lesu..
Sebab tujuan dan matlamat kita lebih daripada sekadar sebuah usrah yang terdiri daripada beberapa orang...
InsyaALLAH, check juga hubungan kita dengan ALLAH... Baik atau tidak?
Sebab Allah yang memegang hati kita dan hati mereka...

Tatkala saya menulis catatan ini, bukan bermaksud usrah saya sendiri sudah sangat sempurna...
Tidak sama sekali... Hanya sekadar sebuah perkongsian, yang saya amat harapkan agar kita semua kan bangkit.. Kerna masalah kita terlalu kecil nak dibandingkan dengan ikhwah kita di tempat lain...
Ada yang ditekan oleh golongan-golongan tertentu..
Ada yang masalahnya lebih berat dari kita semua...

Saya amat mengharapkan agar kita tak pernah lesu dan jemu...
Sebab misi ini bukan benda kecil...
InsyaALLAH, ikhwah yang sedia membantu sentiasa ada tatkala kita mula lemah + lesu + jemu...
Sebab hubungan hati sesama kita pun sudah mula kukuh...InsyaALLAH...

Salam perjuangan untuk diri...
Untuk sahabat-sahabat...
Untuk ikhwah seperjuangan...
Semoga tak pernah kenal erti lesu, jemu dan lemah...
Kerna niat dan tujuan itu amat jelas...
InsyaALLAH...

Doakan kejayaan bersama...

Semoga terus setia...
^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...