Monday, March 29, 2010

Kesalahan Kita Yang Melibatkan Orang Lain...

15:47
Monday
29th March 2010

Salam...
Hmmm...
Ntah kenapa tiba2 hari ni ana teringat satu kisah...
Pengalaman ana sendiri kat KMB...
Yang rasanya boleh dikongsi di sini...
Tentang pemikiran kita, masyarakat Melayu, yang masih percaya dengan benda2 mengarut hingga boleh ke tahap menggugat akidah kita sebagai orang Islam...


Ceritanya berbunyi begini...
Maka arakian pada suatu petang yang hening, beberapa hari sahaja lagi sebelum KMB cuti mid-sem, maka diri ini sudah mula kehabisan wang...
Camne nak masuk Key El ni andai kata dompet dah mula kosong...
Tapi syukurnya hati ini kerana di dalam KMb telah tersedia mesin ATM...
Maka pada petang itu, diri ini melangkah kaki ini dengan cepat...
Yerla, takut ramai pulak yang beratur nak ambil duit...
Sekali, memang beneerrr...
Orang dah mula beratur nak ambil duit...
Haduihh...
Dekat setengah jam jugak ah beratur...
Last sekali tinggal ana dengan seorang bro Year 2...
Tengah best2 duk cucuk duit, sekali datang seorang warga Malaysia entah dari mana...
Terus bagi salam...
Sempat la gak borak2, ramah-tamah katakan...
Yang paling ana ingat, kak tu ada pesan...
Bunyi nyer lebih kurang camni...
"Dik, malam ni malam Jumaat! kalau ikut kalendar Wali Songo, malam ni malam ke-28. Doa banyak2, mustajab malam ni. Kalau malam ni hujan, tadah air hujan. Penuh berkat air hujan tuh!"

Perghhh...
Bro Year 2 dah mula jeling kat ana...
Ana pun jeling kat yer balik...
masing-masing mula kehairanan...
Kalendar Wali Songo?
Tak pernah dalam hayat aku dah masuk 18 tahun ni dengar istilah tu...

Dalam perjalanan pulang ke asrama petang tu, bro Year 2 tu kata kat ana,
"Hmm, masih ada lagi bida'ah..."

Peristiwa petang tu membuatkan ana terfikir...
Ha'ah, ni la boleh dikatakan sebagai salah satu bida'ah yang menyesatkan secara tidak langsung, barangkali....

Mungkin jua 'kak' tu dibesarkan dalam suasana Islam di sekelilingnya penuh dengan adat resam dan budaya masyarakat Melayu yang kadang-kadang masih lagi taksub dengan wali2 dan ulama...
Tapi, bagi kita yang dah mengenal hakikat Islam ini, menjadi kewajipan kepada kita supaya kita menjadi generasi yang akan memisahkan adat-resam dan kepercayaan karut ini daripada Islam yang sebenar..

Jadi, kesimpulannya...
Maka menjadi kewajipan kita untuk menyucikan balik Islam itu daripada sebarang pengaruh adat resam...
Mungkin masih ada masyarakat Islam yang masih membawa pengaruh Hindu-Budha dalam diri mereka...
Tapi bagi diri kita?
Ayuh, inilah masa untuk menyucikannya...

InsyaALLAH...

Salam perjuangan menyud=cikan akidah kepada diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat semua...

Sunday, March 28, 2010

Kita Mudah Dikalahkan...

01:47
Sunday
28th March 2010


salam...

diceritakan sebagaimana peristiwa yang telah berlaku mengikut sumber yang sahih...
Pada suatu pagi yang indah...
Ada satu famili planning nak pi kelah2 kat Jeram Pasu...
Maka bersiap sedialah si ibu menyediakan bekalan...
Sambil si ayah yang soleh itu terus memanggil anak-anak teruna dan daranya yang berusia belasan tahun untuk mendekatinya,...
Berkatalah si bapa,"Anak2, sebelum pergi ni, meh kita pakat baca mathurat dan solat dhuha beramai-ramai...Bleh gak tambah pahala..."
Jawab si anak-anak,"Baiklah,ayah!"
Maka terhiaslah pagi mereka itu dengan bacaan mathurat dan solat dhuha beramai-ramai...
Sejuk hati si ayah tatkala melihat anak-anak teruna dan daranya mampu menjadi anak-anak yang soleh semuanya...
Maka arakian bertolaklah mereka ke Jeram Pasu yang nan indah itu...
Sampai sahaja di Jeram Pasu, mereka terus menghamparkan tikar dan membuka segala bekalan mereka...
Sesudah segala-galanya disiapkan...
Berkatalah anak yang sulung,"Kalau dapat mandi pun best nih."
Teringatlah mereka bahawa mereka tidak membawa sepersalinan pakaian untuk mandi...
Maka dengan selambanya, si ayah terus membuka pakaiannya...
Dengan hanya berseluar pendek(Mestilah terdedah semua aurat tu kan?), si ayah terus berlari ke pantai...
Anak-anak yang melihat prbuatan si ayah terus berbuat demikian...
Yang teruna membuka pakaian hanya tinggal seluar pendek...
Manakala yang anak2 perempuan dan si ibu membuka tudung, terus menuju ke air...
Tanpa mempedulikan isu aurat mereka yang terdedah...
Bermandi-mandalah mereka sekeluarga...
Dengan tiada sedikit pun perasaan perjuangan mereka selama ini dihancurkan begitu sahaja...
Mungkin dengan beranggapan mathurat dan solat dhuha itu membuatkan mereka rasa mereka sudah perfect segala-galanya...


Jadi...
Sebenarnya...
Dalam isu kali ini, ana ingin sentuh tentang diri kita semua yang kadang2 mudah mengorbankan perkara yang paling simple dalam hidup ini untuk dijaga, iaitu AURAT...
Betul apa...
Jika selama ini, kita dengan sempurnanya memakai seluar panjang...
Tak pernah nak sentuh seluar 3 suku, kerana takut terselak dan mendedahkan aurat...
Jika selama ini, kita pakai tudung yang labuh...
Baju mesti paras pinggang...
Tetapi kita mudah tewas dengan benda yang kecil..
Perkara sebegini terlalu mudah untuk berlaku terutamanya dal kes yang seperti ana sebut di atas, berkelah tak kira di mana, sama ada di pantai, jeram ke, pape ke, yang melibatkan air...
Betullah islam kata, MANUSIA itu diuji dengan KESUSAHAN dan KESENANGAN...
Kita terlalu mudah tewas dengan KESENANGAN...

Ana tak nafikan bahawa seluar tiga suku itu menutup aurat...
Tapi ingatlah akhi sekalian...
Kalau duduk bercangkung, mesti terdedah aurat kan?
Sebab yang si pemakai seluar ni,mereka pakai selama satu hari suntuk...
Kita fikir-fikirkanlah sendiri...
Kita pun dah besar, bukan budak2 lagi...

Dan kita kalau kat sekolah(SMACH) selama ini....
Tudung sentiasa labuh...
Apa yang menyebabkan sesudah habis SPM, bertukarlah kita pada tudung 3 segi...
Tu takpe lagi...
Yang lebih menyedihkan...
Tentang pemakaian tudung, tetapi kat side belahan tudung di leher terdedah...
Nape bleh jadi sampai begitu sekali...

Ke mana hilangnya kegemilangan akidah kita semasa di SMACH dulu?
Takkan kita nak berubah dari baik ke buruk?
Sedangkan dalam sejarah pun telah mencatitkan bahawa Zaman Gelap datang dulu...
Kemudian diikuti dengan Zaman Renaissance...
Zaman Jahiliyyah datang dulu....
Kemudian diikuti dengan datangnya Rasullullah...
Kenapa kita boleh melawan arus ini?
Ana sedih la kalau terjumpa sahabat2 kat kat KB,KBMALL,atau kat mana-mana...
Dah tak terpeduli tentang isu aurat...
Tak sama dah dengan kat Smach dulu...
Teringat kita semua pernah bersama dalam PERSIS,band, dorm,sekelas,sebatch....
Dulu kita aktif dlm usrah...
Ke mana hilangnya kemanisan itu...

Jadi...
Jom kita balik ke islam yang asal...
Dulu semasa Zaman Keemasan Islam...
Al-Quran bergerak di jalanan...
Sama ada dalam hati mereka ataupun di dalam beg mereka...
Tapi sekarang? Al-Quran digantung di dinding untuk halau hantu...

Penyelesaiannya?
Jom kita renung satu puisi Wali Songo...
Mereka pesan,

Bacalah Al-Quran dengan maknanya...
Bersahabatlah dengan orang-orang yang soleh...
Zikir malam panjangkanlah...
Puasa banyakkanlah...
Solat malam tunaikanlah...

Ana pun bukannya apa...
Kita sama-samalah saling tegur-menegur...
Sebab kita sekarang sedang menzalimi islam...
Zalimnya kita kerana tidak meletakkan islam itu pada tempat yang sepatutnya...
Sama-sama fikirkanlah...
Kita semua dah besar...
Bukan budak-budak lagi...

Jangan mengharapkan orang lain..
Semua sedang berusaha..
Takkan kita masih bergoyang kaki?
Wasalam

Saturday, March 27, 2010

Apa Yang Ada?

00:44
Saturday
27th March 2010

Salam...
Setelah seminggu berhempas pulas menyiapkan assignment yang memenuhi masa, maka ana ambil sedikit kesempatan untuk update blog kat sini...

Mungkin minggu ni masih dengan kesibukan..
Nak kena handle program di Sk Bukit Changgang...
Cukup mencabar kredibiliti sebagai pelajar sepenuh masa untuk membahagikan kerja..
Agar yang dikejar tak terlepas, yang dikendong tak keciciran...

Doakan agar program selama sehari di SK Bukit Changgang akan berjalan dengan lancar...

Ana pun tak sempat lagi nak taip panjang2 untuk kongsi di sini...

Harap maaf kepada diri sendiri ni...

Salam perjuangan untuk diri ana dan jua sahabat tercinta...

Sunday, March 21, 2010

Iman Hampir Digegar, Nasib Baik Ada Penyelamat...

08:17
Sunday
21st March 2010

Salam...
Hmmm...
Nampaknya pagi ni dah bermula hidup di KMB, setelah seminggu bercuti...
Bas sampai di Putrajaya dalam pukul 6.30pg dari stesen Kota Bharu...
Agak lewat dr kebiasaan..
Takpe, yang penting selamat sampai..

Bila diingatkan balik, semalam ana naik bas...
Halamak, sekali kerusi ana sekali dengan perempuan...
Umur?
Hmmm, dalam lingkungan 21-23 tahun kot...
Ni mau bergegar iman malam ni kalau dok tepi perempuan...
Dia perempuan, ana lelaki...
Dia ajnabi bagi ana, ana pun ajnabi bagi dia...

Ana tercari andai kata sesiapa yang mampu menyelamatkan iman ini...
Andai masih ada mana-mana wanita yang sanggup tukar tempat dengan ana...

Dalam kekalutan itu, ada seorang wanita masuk dalam bas...
Tudung labuh, ehem...
Harap dia faham masalah ana...
Dia kerusi dia sebelah dengan kawan ana (kawan ana tu lelaki erk)...

Ana tanya dia, "Kak, kita tukar kerusi boleh. Saya dok sebelah perempuan nih."
Tak cakap banyak, dia just angguk...
Alhamdulillah...
Rezeki ana malam ni untuk terus terjaga iman ini...


*************************************************

Terimbas kembali kenangan pahit tahun lepas...
Ana menghadapi masalah yang sama...
Dalam mengharapkan bantuan...
Ana tercari andai yang masih mampu membantu diri ini...
Tetapi tiada...

Sampai kat stesen bas di bandar Machang...
Ada satu pasangan masuk..
Suami isteri agaknya...
Mungkin mereka boleh membantu...

Ana tanya,
"Kak, kita tukar tempat boleh? Saya duduk tepi suami kak?"
Sekali, terus yang lelaki mencelah,
"Maap bos! Saya nak duduk sebelah tunang saya..."

Adus...
Maka,duduklah aku di sebelah seorang ajnabi...
Satu malam aku tak boleh nak tidur...
Bimbang kepala ini tersandar pada bahunya...
Tetapi takpe, hanya Allah yang memahami...
Mungkin itu adalah ujian...

Tapi yang musykilnya....
Rata-rata masyarakat kita pada hari ini...
Menganggap pertunangan itu sebagai menghalalkan perhubungan (ikhtilat) lelaki & perempuan...
Menganggap pertunangan itu sebagai sudah separuh berkahwin...
Hmmm...
Ditambah pula dengan ibu bapa yang merelakan pula si anak daranya...
Diambil oleh tunangnya untuk pi dating....

Agak-agak..
Sampaibila pemikiran ini akan terus wujud...
Bila difikirkan kembali...
Benda ni akan berbalik kepada diri ana juga...

Sebab...
1st sekali..
Ana sendiri yang kena betulkan mind concept ni di saat ana bertunang kelak... hehehe
Ditambah pula dengan sahabat2...
Pun sepatutnya tukar tentang konsep pemahaman terhadap pertunangan ini...

InsyaALLAH...
Salam perjuangan untuk diri ini...
Dan jua untuk sahabat2...

Wednesday, March 17, 2010

Mereka Sudah Tidak Sabar...

16:26
Wednesday
17th March 2010


Salam...
Hmmm....
Semalam ana duduk di rumah dengan ayah ana...
Umi ana tak balik lagi dari kampung.
Abah ana buka Astro, History Channel...
Sekali tengah siar "Nostradamus : 2012"...
Hadui, boringnyer...
Dah takde benda lain kot diorang ni...
Dok pakat bincang apa akan berlaku tahun 2012...
Kiamat la kononnyerrr...

"Sek dio doh tok sobar ko nok raso kiamat?", abah ana kata...
"Diorang dah tak sabar ke nak rasa kiamat?", gitu la maksudnya dalam bahasa standard...

Ana pun terfikir...
"Ha'ah, diorang ni dah tak sabar kot"...

Kalau tengok melalui movie mat salleh pun, kiter dapat tengok idea 2012 ni dengan jelas...
Mereka gambarkan kiamat akan berlaku, sekitar tahun 2012 gitu...
Mula dengan Resident Evil, manusia digambarkan akan bertukar menjadi zombie...
Filem 2012 yang versi lama, bukan yang latest erk, dah mula menjelaskan teori ni...
Masuk pulak filem 2012, yang latest sekali nih...
Patu filek "Knowing", pun pasal kiamat jgak...
Yang tengah nak tayang sekarang ni plak, "The Book of Eli"...

Memang jelas diorang ni dah tak sabar nak tunggu hari kiamat berlaku...
Yang cukup menyedihkan, ada umat Islam di Malaysia sendiri percaya pasal benda nih!
Ish ish ish, mau rosak akidah camni...

Kadang-kadang, nak tergelak gak...
Mereka menggambarkan kiamat berlaku dengan kemusnahan Bumi semata-mata...
So? Cara nak selamatkan diri ialah lari ke planet lain seperti yang digambarkan dalam filem "Knowing"...
Sedangkan pada hakikatnya dalam Islam, kiamat itu berlaku dengan seluruh alam ini, bintang, bumi, planet, bla bla bla... Semua akan dimusnahkan....
Sebagaimana dalam surah-surah dalam al-Quran...

Jom tengok surah Al-Qari'ah:
"Hari kiamat. Apakah hari kiamat itu? Pada hari itu manusia seperti kalkatu yang berterbangan. Dan gunung-gunung seperti bulu-bulu yang dihamburkan..."

(Al-Qari'ah 101:1-5)

Kalau lihat dalam surah Al-Insyiqaq:
"Apabila langit terbelah. Dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh. Dan apabila bumi dirtakan. Dan memuntahkan apa yang ada di dalamanya menjadi kosong..."

(Al-Insyiqaq 84 : 1-4)

Dapat diteliti, bahawa kiamat bukan melibatkan kemusnahan Bumi semata-mata...


Ajinomoto Di Sebalik Sup

Kadang-kadang ana terfikir, mengapa mereka mempercayai teori orang Maya dalam mengatakan bahawa kiamat akan berlaku pada tahun 2012...
Atau mereka ini, orang-orang Barat ini, yang juga merupakan orang Yahudi dan Kristian...
Merangkap juga musuh Islam...
Akan melakukan sesuatu dalam agenda mereka untuk terus menghancurkan Islam...

Hmmm...
Mungkin...

Tapi andai kata sememangya mereka akan melancarkan agenda seterusnya terhadap kita..
Maka adakah kita ini masih mampu menggoyangkan kaki?
Relax?

"Mereka tuli, bisu dan buta, sehingga mereka tidak dapat kembali."

(Al-Baqarah 2 : 18)

Mungkin kita akan terus menyalahkan sesetengah orang...
Mungkin kita akan menyalahkan orang 'atasan'...
Mungkin jua kita akan menyalahkan JAKIM & NGO Islam di Malaysia...
Mungkin jua kita akan menyalahkan para pendakwah & ustaz-ustaz...

Namun pada hakikatnya, semua itu akan berbalik kepada kita jua...
Sebab?
Kita masih tidak mampu menjadi rijal yang berguna untuk Islam....

Tepuk dada, tanya iman dan akidah...
Usah ditanya pada selera, kelak kamu akan binasa....

Salam perjuangan menegakkan Islam untuk diriku dan sahabat2...
InsyaALLAH...

Tuesday, March 16, 2010

Apa Yang Kita Takutkan???

07:12
Tuesday
16th March 2010


Salam...
Hmmm...
Tak sempat nak update semalam, ana sibuk...
Sekarang ni pun dok umah mak sedara.

Ana balik Pengkalan Chepa masa malam semalam.


******************************

Masa ana balik semalam, ana balik dengan seorang sedara.
Benda yang paling ana ingat, masa tu lebih kurang kul 10.30 malam.
Ana ambil shortcut, lalu kat kubur.
Bukan lalu atas kubur erk!
Yer la, tepi jalan ada kubur...
Dah la jalan gelap giler...

Sedara ana tanya,
"Abe tak takut ke lalu kat kubur tengah2 malam ni?"

'Abe' tu nama panggilan aku, dalam bahasa Kelantan, maksudnya 'Abang'...

Aku pun tanya yer balik,
"Apa yang nak ditakutkan?"

Yer tanya aku,"Yer la. tengah2 malam nih. Tak takut erk?"

Aku tanya balik,
"Takut hantu?!"

Sedara ana just terdiammm...


*********************************

Pengalaman tu menyebabkan ana terfikir...
Apa yang sedang berlaku ni?
Kenapa manusia mula takutkan hantu?
Nampak ke hantu nih?
Adakah pernah ada mana-mana individu yang mati dicekik hantu?
Adakah ada mana-mana individu yang pernah mati digigit hantu?

Hmmm...
Dilema rasanyer diri ini...

"Woi! Ngko jangan berani sangat... Jumpa kang baru kenal camne!", kata seorang sahabat bila ana tanya yer pasal hantu...

Mungkin ni la gambaran2 masyarakat kita pasal hantu...
Bertaring, tengah pegang 'anak', berdarah...

Yang peliknya, apasal hantu orang Barat lain pulak bentuknya?!

Sebab rupa hantu ni dipengaruhi oleh budaya setempat...

Kalau diteliti, setiap negara, budaya, dan bangsa mempunyai gambaran hantu yang berbeza....


***************************************

Jadi ana terus tertanya, sampai bila anak-anak kita yang beragama Islam ini akan terus takutkan hantu?

Kita telah diajar sejak kecil untuk takutkan hantu...
Dengan pocong, pontianak, toyol, langsuir, kum kum....

Alangkah indahnya andai kita lebih dididik untuk takutkan Tuhan...
Sikit jer ubah...
Hantu vs Tuhan....

Agak-agaknya tu la penyebab masalah akidah yang penyebab keruntuhan akhlak hari ini...
Kita lebih takutkan hantu daripada tuhan...
Dimomokkan lagi dengan media...
Cerita hantu memegang rating paling tinggi...
Haduiii...

Jadi?
Andai kata ada mana-mana parents yang terbaca blog ni...
Dididiklah anak anda supaya takutkan Tuhan, ALLAH SWT itu sendiri...
Daripada takutkan hantu...

Andai sahabat-sahabat terbaca blog ini...
didiklah iman agar takutkan ALLAH, bukan HaNtU!

InsyaALLAH...
Anda mampu mengubahnya..

Salam perjuangan mengukuhkan akidah...
Untuk sahabat dan diri ini sendiri...
InsyaALLAH.




Sunday, March 14, 2010

Hari Ke-2 Di Rumah...

21:42
Sunday
14th March 2010


Salam...
Hmmm...
Hari ni dah masuk hari kedua aku kat rumah. Tiba-tiba dah dua hari ni, aku rasa kesunyian la pulak. Rumah kosong. Aku jer kat umah sorang-sorang. Umi dengan adik-adik aku semua tidur kat rumah mak sedara aku. Dia bersalin anak sulung. Tiada orang nak jaga...

Ayah aku kuar. Kerja sebagai penjual madu memang takleh nak duk rumah la...

Hari ni pun tak la produktif sangat. Kerjanya tidur jer memanjang.

Memang jiwa mula terasa kekosongan. Biasa boleh gak gurau-gurau dengan adik aku. Ni la orang kata, kehilangan cinta keluarga. Hehe...
Berfalsafah pulakkk...

Takpe, esok aku pi umah mak sedara aku. Kat Pengkalan Chepa nu jer...

Dalam tengah best-best layan jiwa tadi.
Teringat pulak sahabat-sahabat kat KMB.
Hmmm... Biasa masa ni boleh la jugak jumpa sahabat-sahabat.

Petang tadi dok layan lagu-lagu Shoutul Harokah yang ana ambil dari Akhi Akmal di KMB.
Best gak.
Boleh la jaga iman di saat tak dapat titisan keimanan dari sahabat-sahabat.
Entah macam mana, teringat satu kisah yang Akhi Hauzan Muttaqin pernah cerita kat ana...
Hajat nyer nak kongsi di sini, agar ilmu ni tak luput dari ingatan ana....

Andai Kita Dikejar Anjing

Pada suatu hari, seorang lelaki telah tersesat di padang pasir. Bekalan makanan dan minumannya telah habis. Lelaki ini mula kehausan. Mengharapkan agar bantuan daripada sesiapa yang terjumpa dengannya..

Dalam kepayahan mengahadapi panas terik padang pasir...
Lelaki ini terus berjalan...
Agar dapat memastikan probability dirinya untuk terus hidup lebih tinggi...

Dalam kesamaran dan terik matahari. Lelaki itu ternampak kelibat seseorang sedang membawa anjing di hujung ufuk sedang berjalan menghampirinya...

"Alhamdulillah! Batuan dah sampai...",desis hatinya.

Kelibat itu semakin mendekatinya. Jelaslah bahawa kelibat itu merupakan seorang lelaki lain sedang memikul buyung air yang besar. Di sampingnya ada seekor anjing...
Perghhh... Gigi yang tajam dengan muka yang bengis sedang menghampiri lelaki yang kehausan itu tadi...

"Ah, peduli apa dengan anjing! Aku nakkan air jer", detik lelaki tersebut...

Sedang si pemilik anjing itu menghampiri lelaki tersebut untuk memberikan air, si anjing telah terlepas lalu mengejar si lelaki yang kehausan. Tanpa berfikir panjang, si lelaki terus melarikan diri...

Agak-agak, kalau kita sendiri pun sedang dikejar anjing...
Tak cukup tanah gamaknya.

Denga kelajuan mengalahkan Watson Nyambek, akhirnya si lelaki itu telah diterkam oleh anjing...
Badannya luka-luka kerana digigit...


******************************************

Hmmm...
Apa yerk kena mengena cerita di atas dengan diri kita?

Ana pun tak paham jugak bila Akhi Hauzan cerita pasal benda nih...

Hauzan berkata:
"Ala ngko nih. Meh kita 'tadabbur' sikit cerita ni.
Padang pasir yang luas itu ibarat hidup di Bumi ini...
Lelaki yang tersesat lagi kehausan itu adalah kita...
Anjing itu adalah syaitan yang sentiasa menghasut diri kita...
Dan pemilik anjing itu adalah ALLAH SWT...

Cuba kita bayangkan, kalaulah si lelaki yang kehausan itu tadi lari mendapatkan tuan anjing tadi. Agak-agak peratus untuk dia dicederakan oleh anjing tu mesti kurangkan?

Tapi silapnya, lelaki yang kehausan itu lari menjauhi si pemilik anjing.

Sama juga denga diri kita. Kita takut dihasut syaitan. Tapi dalam ketakutan itu, kita 'lari' dari syaitan itu, dalam pada masa yang sama kita juga 'lari' menjauhi ALLAH SWT...
Andai kita lari dari syaitan dengan mendekatkan diri kepada ALLAH, InsyaALLAH memang kita akan selamat daripada disesatkan oleh syaitan..."
Huhu...
Panjang bebenor Hauzan terangkan pasal maksud sebenar cerita nih...

Hmm...
Memang teramatlah benar pasal maksud di sebalik cerita nih...
Jadi?
Meh la kita fikirkan bersama...

Salam perjuangan melawan nafsu untuk sahabat dan diriku...
IsyaALLAH!

Saturday, March 13, 2010

Cuti....

1322
Saturday
13th March 2010


Salam...
Hmm...
Pagi tadi ana sampai kat Newcastle, Kelantan dalam pukul 6 pagi... Biasa sampai dalam pukul 5.00 pagi. Tapi semalam jalan jammed...
Walau apa pun, alhamduliilah...
Selamat sampai...

Lepas subuh...
Sambung tidur jap... Lenguh belakang dok lama sangat dalam bas!

Hari ini masih terasa letih...
Jadi, ana rasa takde ape nak dikongsikan..
Sebab letih kot...
Mungkin malam esok ada...

Hmm...
Cuti di rumah seminggu...
Minggu depan mula kehidupan di KMB yg penuh suka duka...


Doakan...

Salam perjuangan untuk sahabat dan diri ini....
InsyaALLAH.

Friday, March 12, 2010

Ramainya Kita Sebagai Apa?

18:55
Friday
12th March 2010


Salam...
Sebenarnya hari ini, teruja gak ah...
Dah tiga bulan tak balik rumah...
Hari ni mula cuti midsem...
Sekarang tengah lepak kat McD Time Square..
Solat dah mula jamak qasa...

Dalam keterujaan nak balik rumah...
Terasa sefikit kekosongan...
Melihat kepada masyarakat hari ini...

Dari KMB. naik bas ke Stesen Putra...
Dari Stesen Putra, naik komuter ke Stesen Hang Tuah...
Jalan kaki ke Time Square...
Hidup di KMB, di area Labohan Dagang, ana terpencil dari realiti dunia...
Tapi bila mula jer langkah kaki ini sebagai musafir, mula menjenguk jauh ke dalam hakikat realiti masyarakat...

"Adus! Jatuh iman camni!"
"MasyaALLAH"
Ana tertanya-tanya...
"Kat Malaysia kah aku ini?"
Seolah-olah nilai Islam itu sudah luput dari diri umat Islam ini sendiri...
Mungkin hidup di kota ini banyak menghakis hakikat kehidupan sebagai seorang Muslim...

Yang lelaki dengan subang...
Tindik di dahi...
Tindik di kening...
Langkah beriringan dengan awek...
Perghhhh....

Yang perempuan dengan baju sendat..
Hingga nafas yang melihat ini tersekat-sekat...
Tangan dipegang oleh pakwe/boyopren...

Ikhtilat (pergaulan) lelaki perempuan dah tak terjaga...
Kita bergurau senda sampai iman mencanak naik!
Yerghhhh....

Mungkin ada benarnya kata Sigmeun Freud...
Dalam teorinya yang bernama Freud Theory...
Sigmeun Freud mengatakan bahawa:
"Manusia ini hidup untuk bertujuan kepada seks semata-mata...."
Hujahnya?
Kita beli baju mahal-mahal, untuk apa?
Pikat pompuan?
Kita beli kereta mahal-mahal untuk apa?
Nak pikat pompuan?
Nak pikat pompuan untuk pe?
Ehem... Tutttttttttttttttt.......
Tu la yang dimaksudkan oleh Sigmeun Freud...

****************************

Teringat pada suatu hadis Rasulullah SAW:



Daripada Tsauban r.a berkata:
Rasulullah SAW bersabda:

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa
dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu
bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam
hidangan mereka."

Maka salah seorang sahabat bertanya:

"Apakah kerana kami
sedikit ketika itu?"

Nabi SAW menjawab:

"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali,
tetapi kamu umpama buih di lautan."

"Dan Allah akan mencabut rasa gerun
terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu,
dan Allah akan mencampakkan ke
dalam hati kamu penyakit wahan."

Salah seorang sahabat bertanya:

"Apakah wahan itu hai Rasulullah?"

Rasulullah lalu menjawab:

"Cinta pada dunia dan takut pada mati."

(Hadis riwayat Abu Daud)




Sungguh sinis...
Tapi itulah hakikatnya...
Hadis Baginda SAW dah jadi kenyataan...
Kewujudan kita di muka Bumi ini sekadar memenuhi statistik bilangan negara...
Islamnya kita kerana keturunan...
Tapi mengapa masih ada yang menindas kita?
Walaupun kita ini umat Islam yang cukup ramai?
Tapi sekadar buih di lautan...
Tidak mampu nak menghakis pantai pun...

Di IC, agama kita Islam...
Tatapi ramainya kita pada hari ini...
Adakah kita salah seorang daripada umat Muhammad bin Abdullah ini?
Atau kita hanya sebagai manusia yang masih terikat dengan karat jahiliyah?

Kadang-kadang tertampar gak diri sendiri...
Ana pun tertanya...
"Adakah aku ini layak digelar sebagai umat Muhammad?"
"Adakah aku ini pencinta Rasulullah?"

Hmmm...
Pikirlah sendiri...
Ana pun nak fikirkan jugak pasal isu nih...

Salam perjuangan untuk diriku...
InsyaALLAH...

Thursday, March 11, 2010

Result SPM Kuar...

13:04
Thursday
11th March 2010


Salam...
Ehem..
Hari ni result SPM dah kuar di seluruh Malaysia, bukan Uganda yer...
Camne sahabat di Sains Machang.
InsyaALLAH, ana harap rekod tahun ni gegar seMalaysia pulak...
Cuba hantar mesej kat Cikgu Noriman, tapi masih belum ada jawapan...
Hmm.. Sabar Am, malam ni tahu lah tu...

Sebenarnya ni ana tengah ada kelas Theory of Knowledge, salah satu cabang ilmu falsafah...
Haduiii...
Cikgu pulak pergi Cambodia...
Tengah layan jiwa ni, teringat pula tahun lepas...

Hari result SPM 2009 kuar!
Pagi tu memang nervous giler...
Naik motor pi sekolah pun terasa seram sejuk...
Jadi mat rempit dengan akhi Fahmi Ultra & Che Apih...
Benda yang paling ana ingat...
Semua dah pakat duk kumpul kat Dewan Besar...
Jeng jeng jeng...
Masa ambil kertas tu...
Ingat lagi masa Teacher Rozana bagi kertas result...

"Congrates Ikram! Full A's!"...
8 1A, 2 2A...
Aku rasa tak percaya...
Ambil jer result, kaki mula terasa lembik....
Ana peluk Che Apih (lelaki yer)...
Ana nangis...
Tak tau nape...
Tapi memang keluar dengan automatik punyer...
Ana call parents kat umah...
Umi ana terkedu, senyap nangis...
Abah ana pun senyap....
KMB! I'M COMING!

*********************************

Tapi tu hanya tinggal kenangan...
Jejak jer kaki ke KMB...
Result SPM tinggal belakang...
Yang diburu sekarang adalah International Baccalaureate (IB)...
Dah masuk SEM 2....
24 jam sehari terasa tidak cukup....
Itulah galang ganti andai diri ini mencari ilmu...

Ehem...
Hajat di hati nak sambung lagi...
Tapi ada kelas nih...
Salam Perjuangan,AM.

Tuesday, March 9, 2010

Persepsi Kita...

Tuesday
00:55
9th March 2010


Alhamdulillah...
Gamaknya minggu ni boleh dikatakan tidak sekejam minggu lepas...
Orkestra untuk meeting student tajaan Mara di German-Malaysian Institute pun dah abes...
Masa meeting tu, ana sempat jumpa dengan Shafie Apdal, Menteri Pembangunan Luar Bandar...
Sempat gak salam, amek gambar...
Hehe...
Nanti ada masa ana upload kat sini...

0800...
Pergh! Baru teringat ada test Chemistry hari ni...
Hulamak! Camne boleh tak teringat nih...
Dengan hati tak tenang, terus serbu nota yang ada...
Mana nak masuk study last minute nih!
Tapi, lega...
Test ditunda...
Tak tau minggu ni jgak atau lepas cuti midsem...

Ada gak lesson yang boleh hari ni...
Sentiasa alert dengan jadual pada desktop...
Pelik gak, camne boleh terabai note yang paling penting kat 'Google Desktop' nih...

Sebenarnya banyak lagi kerja yang nak disiapkan malam ni...
Dengan lab report Chemistry yang belum siap...
Ditambah pulak dengan Math punyer Tutorial (nasib baik esok teacher kata nak siapkan Tutorial jer)...
Jadi ambil kesempatan untuk rehat jap...
Update blog...
Sebenarnya nak luah isi hati jugak...
Yer ke?
Jom baca cerita jap...


Orang Gila & Orang Kaya

Telah dikisahkan arakian wujudnya seorang lelaki yang teramat kaya. Rumahnya banglo 3 tingkat. Siap dengan kolam renang. Keretanya Mercedes. Isterinya satu. Anaknya lima. Beliau merupakan seorang pengasas sebuah syarikat ternama di kota.

Walau beliau mempunyai kereta Merc. Tetapi lebih tenang hatinya andai dia berjalan kaki ke pejabat. Guna bas, berhenti di stesen, pastu berjalan ke pejabat.

Setiap hari dalam perjalannya, dia akan melalui satu perkarangan hospital sakit jiwa. Senantiasa di pagar hospital itu ada seorang pesakit yang duduk termenung ke luar pagar.

Lelaki kaya ini sudah lama menyedari kewujudan pesakit itu. Dia buat-buat tak endah. Orang gila katakan. Lelaki kaya ini akan berjalan dengan megahnya di hadapan pesakit jiwa. Kadang-kadang dengan memegang IPhone, kadang-kadang dengan mp3 (at least ler tu)..
Haiiii, dengan orang sakit jiwa pun nak menunjuk jugak?

Tetapi, pada suatu hari. Lelaki kaya ini berjalan dengan memegang pen mahal yang baru dibelinya. Yang matanya tajam tahap pisau gitu. Baling kat dinding, terceracak tuh! Hamboi... Ni pun nak menunjuk jugak?

Jalan punyer jalan..
Lari anak sikit-sikit...

Sampai jer depan pagar hospital sakit jiwa. Lelaki kaya ini terus memusingkan pennya itu. Orang dah kemarau nak menunjuk ni, paham-paham la...

Pusing punyer pusing...
Baling sikit-sikit...
Alamak, pen terjatuh ke dalam longkang. Camne nak amek nih? Dah la ada jeriji ag.. Nasib baik longkang kering. Si lelaki terus ambil ranting kayu dan menjolokkan pada pen. Nak tarik naik ke atas katakan...

Pesakit jiwa tu 'usha' jer lelaki kaya tuh.

"Encik, apasal tak angkat je jeriji longkang tu? Kan lagi senang!" kata si pesakit jiwa...

Si lelaki kaya, tanpa banyak cakap terus angkat jeriji longkang. Dengan mudahnya, boleh ambil pen tu...

"Bijak juga awak ni yer? Awak tak gila ke?"puji si lelaki kaya. Sindir sikit-sikit. Kasar bebenor yer?

"Memang saya gila... Kalu tak saya tak berada kat hospital nih!"akui si pesakit.
"Tapi saya tak bodoh macam encik!" tambahnya lagi...

Si lelaki terkedu. Terus meninggalkan si pesaki jiwa....


Hmmm....
Apa nilai yang ada di sebalik cerita ni yer?

Cerita ni ana dapat masa ana umur 12 tahun. Sekarang dah umur 19 dah. Ana dapat masa tu pagi, ana bukak tv, ada ustaz tu tengah bagi talk...
Terus ana ingat cerita ni sampai sekarang...

Jadi tentang motif di sebalik cerita...
Jom fikirkan bersama...

InsyaAllah...

Friday, March 5, 2010

Hari Yang Kian Berlalu...

Friday
02:23
5th March 2010

Kerja ari ni(Khamis), sehari suntuk di KMB...

08:00 -Pi kelas, hampir terlewat! Printer buat hal...
14:20 - Balikkkk! Eh, betul ke? Kelas dah abes la...
15:00 -Math Race... Semua student 1st year KMB merti join... Aku join "Piza Radian". Amek kau!Sekali kena apply trigonometry semata-mata nak potong piza...
16:00 - Orang lain berkumpul kat Main Hall. Geng2 orchestra, pi bilik muzik!
17:00 - sempat la gak nak rehat. Asar prayer.
17:30 - Sambung balik orchestra. Semata-mata nak pi German Malaysian Institute(GMI) hari sabtu nih. Ada perjumpaan pelajar tajaan MARA.
18:45 - Balik ke bilik. Prepare untuk Mega Iftar peringkat KMB. Alhamdulillah. Berjaya gak puasa penuh hari ini. Walau pada hakikatnya terlampau lertih. Sempat ag tido 10 minit masa practise orchestra. hehe. Pandai-pandai la nak hidup.
20:00 - Forum sempena Maulidur Rasul. Ustaz Sayed Qadir al-Joofrey (Moderator ILuvIslam.Com) jadi panel forum. (Salah seorang la...) banyak gak input berguna.
22:30 - Meeting kelab jap. Dah sape suruh jadi Project Manager kem. haha.
23:00 - Rushing to music room... Dah lewat nih!
00:30 - Tammat la sudah practise.
01:00 - Krekkk.... Pintu bilik dikuak. Room-mate dah tido. Tido la room-mate, selagi mana kome masih mampu tido awal. Kerja bertimbun ag nak disiapkan. Chemistry HL punyer assignment pun tak mula ag. Esok kena hantar sebelum pukul 8.00 pagi...


Ni la hakikat jadi seorang student. Kadang-kadang terpaksa berkorban sepenuh tenaga sehari-suntuk untuk penuhi semua tanggungjawab.

Kadang-kadang terfikir jugak. Sentiasa selit dalam doa,"Ya Allah, engkau kurniakanlah aku masa yang terisi dengan perkara-perkara berfaedah. Yang berguna untuk semua muslimin di sekeliling hidupku..."

Begitulah, masa yang sibuk ini sebenarnya makbul doa itu secara tidak langsung. Kesibukan yang menghalang hati ini daripada tercemar dengan perbuatan maksiat.

Ni pun dah pukul 02:40. Rasa ada sedikit masa lagi, terus guna peluang untuk update blog. Thankz pada sahabat, Fizubire, yang izinkan ana pinjam broadband Celcom dia yang punyer. Tapaw jap yer saem.

Hati ini terus berbisik...
Mengharapkan agar hari esok lebih baik dari hari ini...
At least, hari esok sama seperti hari ini...
Ilmu akan terus dicari...
Demi harapan sebuah keluarga...
Demi menjadi contoh kepada adik-adik(anak sulung katakan...)
InsyaALLAH...
Selagi hayat dikandung badan...
Selagi enzyme terus breaking down the substrate...
Selagi reaction masih take place...
Hidup satu perjuangan walau sepahit mana...

###############

Salam perjuangan untuk diriku.
Allahuakbar!

Wednesday, March 3, 2010

Nasib Baik Solat...

13:28
Wednesday
3rd March 2010

Ermm...

Di tengah hari yang terik ini masih boleh update blog. Okay ajer.... Sebab petang ni sibuk dah. Mula dengan Chinese New Year Celebration peringkat KMB ag. Pastu petangnya dengan Orkestra untuk perhimpunan pelajar-pelajar MARA hari Sabtu ni lagi. Malam ada kelas CHEMISTRY HL lagi. Pastu tengah malam mula nak siapkan tutorial Math lagi. Dengan Research Question EE yang perlu consultation lagi.

Perghhh... Ada yang kata, IB ni kejam. Internationally Busy la, itu la, ini la...

Tapi kalau bab busy nih, "Kita tak akan sibuk selagi mana kita tidak menganggap bahawa diri kita ini sibuk..." Uuuu, dalam maknanya tuh.


HAMKA & Pelajarnya

Balik pada tujuan asal. Perkongsian ilmu.

Suatu hari, Hamka telah ditanya oleh salah seorang pelajarnya.

"Ya Buya Hamka, saya ada masalah dengan dua jiran saya,"kata anak muridnya.

"Ceritakanlah serba sedikit agar dapat aku dengar permasalahan itu,"jawab Hamka.

"Sebenarnya di rumah, saya berjiran dengan seorang doktor dan seorang kiai. Si doktor ini amat kaya. Hartanya banyak, wangnya bertimbun. Hinggakan kalau orang miskin atau jiran-jiran yang datang mendapatkan rawatan, percuma saja. Tiada satu sen pun yang diambil.
Perihal kiai itu pula, solatnya baik. Bacaan al-Qurannya baik. Budinya baik. Suka menderma. Malamnya sentiasa dipenuhi dengan tahajjud. Solat lima waktunya sentiasa di masjid...", jelas orang muda dengan panjang lebar.

Hamka bertanya,"Jadi, apa lagi yang menimbulkan masalah dengan mereka berdua ini?"

"Si doktor ini, walaupun amalan jariahnya banyak. Suka menderma. Rawatannya percuma. Baik hatinya. Tetapi, dia tidak pernah menunaikan solat lima waktu. Subuh, zohor, asar, maghrib apatah lagi isya', tidak pernah ditunaikan.

Perihal dengan kiai itu pula, walaupun dia banyak amalannya sama ada sunat apatah lagi wajib. Tetapi dia cukup anti dengan anjing. Jika ada anjing yang lalu di hadapannya, nescaya dia akan mengambil kayu dan memukul anjing itu. Jika anjing itu tidak luka, pasti jalannya tetap akan terhincut-hincut. Jadi,pada kemusykilan saya, apa pendapat Buya tentang masalah ini?..." jelas si anak murid dengan penuh panjang lebar.

Hamka termenung seketika. Mengambil nafas untuk memulakan percakapannya.

"Anakku, perihal doktor itu. Andai kata dia menunaikan solat lima waktu yang merupakan tiang agama, nescaya segala amalannya diterima. Dan berkenaan si kiai itu pula, nasib baiklan dia kuat solat. Jika dia tidak solat, nescaya anjing yang dipukulnya itu akan mati. Bukan lagi sekadar cedera." hujah Hamka. Dengan hujah yang penuh dengan maksud tersirat untuk difikirkan.


Itulah solat!

Berapa ramai yang solat pada hari ini tetapi masih lagi tidak terkesan solatnya itu dalam hatinya.

Kita cukup heboh apabila surat khabar menggemburkan isu sejadah solat di Kelantan baru-baru ini! Ada yang berkata kiamat sudah dekat. Bala Allah akan menimpa. Dan pelbagai hujah lagi...

Tapi, pernah tak kita risau dengan kewujudan sebilangan besar masyarakat pada hari ini yang tak pernah 'berdiri atas sejadah'...

Kiblat pun tidak tahu arah mana.

Alif ba ta pun masih tergagap.

Walau bagaimanapun, bukanlah bermaksud ana sendiri seorang yang perfect. Tidak sama sekali. Tapi begitulah, satu hakikat yang perlu difikirkan bersama...

Letakkan Islam di hati, bukan di IC...

InsyaALLAH...

Terhasil Jua Akhirnya...

23:30
Tuesday
2nd March 2010


Setelah berbulan berfikir, maka hari ini tercipta jua blog ini...
Dilema menguasai diri. Apa yang taknya, ramai manusia di luar sana yang ada blog masing-masing. Ada yang sekadar nak menceritakan kisah hidup, ada yang nak menunjukkan ilmu masing-masing...

Namun, setakat manakah blog masing-masing digunakan, itulah yang melakar keperibadian penulisnya...

Andai blog diguna untuk berpolitik, maka politiklah hasilnya...

Andai blog diguna untuk caci maki, maka itulah hasilnya...

Dan andai blog diguna untuk berdakwah, menyampaikan dan berkongsi segala ilmu. Maka itulah jua hasilnya...

Kata orang tua, "Apa yang kamu semai, itu yang kamu tuai..." Satu susunan ayat yang mampu membuat orang muda mencebikkan bibir kerana boring dengan peribahasa ini. Tapi itulah hakikat dalam hidup ini. Apa jua yang kita lakukan, itulah yang akan dipertanggungjawabkan kelak.

Sebelum diri ini mengundur masuk ke alam mimpi, maka itulah perkara yang perlu direnung. Sanggupkah kita bertanggungjawab atas segala yang kita lakukan?

Dari sekecil terdetik di hati untuk melakukan perkara maksiat, hinggalah ke tahap merealisasikannya....

Sanggup ke?

Masing-masing dah besar,dah dewasa. Ambil tangan kanan letak di hati. Tanyalah pendapat hati itu sendiri........

InsyaALLAH....
;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...