Wednesday, March 3, 2010

Terhasil Jua Akhirnya...

23:30
Tuesday
2nd March 2010


Setelah berbulan berfikir, maka hari ini tercipta jua blog ini...
Dilema menguasai diri. Apa yang taknya, ramai manusia di luar sana yang ada blog masing-masing. Ada yang sekadar nak menceritakan kisah hidup, ada yang nak menunjukkan ilmu masing-masing...

Namun, setakat manakah blog masing-masing digunakan, itulah yang melakar keperibadian penulisnya...

Andai blog diguna untuk berpolitik, maka politiklah hasilnya...

Andai blog diguna untuk caci maki, maka itulah hasilnya...

Dan andai blog diguna untuk berdakwah, menyampaikan dan berkongsi segala ilmu. Maka itulah jua hasilnya...

Kata orang tua, "Apa yang kamu semai, itu yang kamu tuai..." Satu susunan ayat yang mampu membuat orang muda mencebikkan bibir kerana boring dengan peribahasa ini. Tapi itulah hakikat dalam hidup ini. Apa jua yang kita lakukan, itulah yang akan dipertanggungjawabkan kelak.

Sebelum diri ini mengundur masuk ke alam mimpi, maka itulah perkara yang perlu direnung. Sanggupkah kita bertanggungjawab atas segala yang kita lakukan?

Dari sekecil terdetik di hati untuk melakukan perkara maksiat, hinggalah ke tahap merealisasikannya....

Sanggup ke?

Masing-masing dah besar,dah dewasa. Ambil tangan kanan letak di hati. Tanyalah pendapat hati itu sendiri........

InsyaALLAH....
;-)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...