Monday, March 29, 2010

Kesalahan Kita Yang Melibatkan Orang Lain...

15:47
Monday
29th March 2010

Salam...
Hmmm...
Ntah kenapa tiba2 hari ni ana teringat satu kisah...
Pengalaman ana sendiri kat KMB...
Yang rasanya boleh dikongsi di sini...
Tentang pemikiran kita, masyarakat Melayu, yang masih percaya dengan benda2 mengarut hingga boleh ke tahap menggugat akidah kita sebagai orang Islam...


Ceritanya berbunyi begini...
Maka arakian pada suatu petang yang hening, beberapa hari sahaja lagi sebelum KMB cuti mid-sem, maka diri ini sudah mula kehabisan wang...
Camne nak masuk Key El ni andai kata dompet dah mula kosong...
Tapi syukurnya hati ini kerana di dalam KMb telah tersedia mesin ATM...
Maka pada petang itu, diri ini melangkah kaki ini dengan cepat...
Yerla, takut ramai pulak yang beratur nak ambil duit...
Sekali, memang beneerrr...
Orang dah mula beratur nak ambil duit...
Haduihh...
Dekat setengah jam jugak ah beratur...
Last sekali tinggal ana dengan seorang bro Year 2...
Tengah best2 duk cucuk duit, sekali datang seorang warga Malaysia entah dari mana...
Terus bagi salam...
Sempat la gak borak2, ramah-tamah katakan...
Yang paling ana ingat, kak tu ada pesan...
Bunyi nyer lebih kurang camni...
"Dik, malam ni malam Jumaat! kalau ikut kalendar Wali Songo, malam ni malam ke-28. Doa banyak2, mustajab malam ni. Kalau malam ni hujan, tadah air hujan. Penuh berkat air hujan tuh!"

Perghhh...
Bro Year 2 dah mula jeling kat ana...
Ana pun jeling kat yer balik...
masing-masing mula kehairanan...
Kalendar Wali Songo?
Tak pernah dalam hayat aku dah masuk 18 tahun ni dengar istilah tu...

Dalam perjalanan pulang ke asrama petang tu, bro Year 2 tu kata kat ana,
"Hmm, masih ada lagi bida'ah..."

Peristiwa petang tu membuatkan ana terfikir...
Ha'ah, ni la boleh dikatakan sebagai salah satu bida'ah yang menyesatkan secara tidak langsung, barangkali....

Mungkin jua 'kak' tu dibesarkan dalam suasana Islam di sekelilingnya penuh dengan adat resam dan budaya masyarakat Melayu yang kadang-kadang masih lagi taksub dengan wali2 dan ulama...
Tapi, bagi kita yang dah mengenal hakikat Islam ini, menjadi kewajipan kepada kita supaya kita menjadi generasi yang akan memisahkan adat-resam dan kepercayaan karut ini daripada Islam yang sebenar..

Jadi, kesimpulannya...
Maka menjadi kewajipan kita untuk menyucikan balik Islam itu daripada sebarang pengaruh adat resam...
Mungkin masih ada masyarakat Islam yang masih membawa pengaruh Hindu-Budha dalam diri mereka...
Tapi bagi diri kita?
Ayuh, inilah masa untuk menyucikannya...

InsyaALLAH...

Salam perjuangan menyud=cikan akidah kepada diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat semua...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...