Sunday, March 14, 2010

Hari Ke-2 Di Rumah...

21:42
Sunday
14th March 2010


Salam...
Hmmm...
Hari ni dah masuk hari kedua aku kat rumah. Tiba-tiba dah dua hari ni, aku rasa kesunyian la pulak. Rumah kosong. Aku jer kat umah sorang-sorang. Umi dengan adik-adik aku semua tidur kat rumah mak sedara aku. Dia bersalin anak sulung. Tiada orang nak jaga...

Ayah aku kuar. Kerja sebagai penjual madu memang takleh nak duk rumah la...

Hari ni pun tak la produktif sangat. Kerjanya tidur jer memanjang.

Memang jiwa mula terasa kekosongan. Biasa boleh gak gurau-gurau dengan adik aku. Ni la orang kata, kehilangan cinta keluarga. Hehe...
Berfalsafah pulakkk...

Takpe, esok aku pi umah mak sedara aku. Kat Pengkalan Chepa nu jer...

Dalam tengah best-best layan jiwa tadi.
Teringat pulak sahabat-sahabat kat KMB.
Hmmm... Biasa masa ni boleh la jugak jumpa sahabat-sahabat.

Petang tadi dok layan lagu-lagu Shoutul Harokah yang ana ambil dari Akhi Akmal di KMB.
Best gak.
Boleh la jaga iman di saat tak dapat titisan keimanan dari sahabat-sahabat.
Entah macam mana, teringat satu kisah yang Akhi Hauzan Muttaqin pernah cerita kat ana...
Hajat nyer nak kongsi di sini, agar ilmu ni tak luput dari ingatan ana....

Andai Kita Dikejar Anjing

Pada suatu hari, seorang lelaki telah tersesat di padang pasir. Bekalan makanan dan minumannya telah habis. Lelaki ini mula kehausan. Mengharapkan agar bantuan daripada sesiapa yang terjumpa dengannya..

Dalam kepayahan mengahadapi panas terik padang pasir...
Lelaki ini terus berjalan...
Agar dapat memastikan probability dirinya untuk terus hidup lebih tinggi...

Dalam kesamaran dan terik matahari. Lelaki itu ternampak kelibat seseorang sedang membawa anjing di hujung ufuk sedang berjalan menghampirinya...

"Alhamdulillah! Batuan dah sampai...",desis hatinya.

Kelibat itu semakin mendekatinya. Jelaslah bahawa kelibat itu merupakan seorang lelaki lain sedang memikul buyung air yang besar. Di sampingnya ada seekor anjing...
Perghhh... Gigi yang tajam dengan muka yang bengis sedang menghampiri lelaki yang kehausan itu tadi...

"Ah, peduli apa dengan anjing! Aku nakkan air jer", detik lelaki tersebut...

Sedang si pemilik anjing itu menghampiri lelaki tersebut untuk memberikan air, si anjing telah terlepas lalu mengejar si lelaki yang kehausan. Tanpa berfikir panjang, si lelaki terus melarikan diri...

Agak-agak, kalau kita sendiri pun sedang dikejar anjing...
Tak cukup tanah gamaknya.

Denga kelajuan mengalahkan Watson Nyambek, akhirnya si lelaki itu telah diterkam oleh anjing...
Badannya luka-luka kerana digigit...


******************************************

Hmmm...
Apa yerk kena mengena cerita di atas dengan diri kita?

Ana pun tak paham jugak bila Akhi Hauzan cerita pasal benda nih...

Hauzan berkata:
"Ala ngko nih. Meh kita 'tadabbur' sikit cerita ni.
Padang pasir yang luas itu ibarat hidup di Bumi ini...
Lelaki yang tersesat lagi kehausan itu adalah kita...
Anjing itu adalah syaitan yang sentiasa menghasut diri kita...
Dan pemilik anjing itu adalah ALLAH SWT...

Cuba kita bayangkan, kalaulah si lelaki yang kehausan itu tadi lari mendapatkan tuan anjing tadi. Agak-agak peratus untuk dia dicederakan oleh anjing tu mesti kurangkan?

Tapi silapnya, lelaki yang kehausan itu lari menjauhi si pemilik anjing.

Sama juga denga diri kita. Kita takut dihasut syaitan. Tapi dalam ketakutan itu, kita 'lari' dari syaitan itu, dalam pada masa yang sama kita juga 'lari' menjauhi ALLAH SWT...
Andai kita lari dari syaitan dengan mendekatkan diri kepada ALLAH, InsyaALLAH memang kita akan selamat daripada disesatkan oleh syaitan..."
Huhu...
Panjang bebenor Hauzan terangkan pasal maksud sebenar cerita nih...

Hmm...
Memang teramatlah benar pasal maksud di sebalik cerita nih...
Jadi?
Meh la kita fikirkan bersama...

Salam perjuangan melawan nafsu untuk sahabat dan diriku...
IsyaALLAH!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...