Thursday, October 28, 2010

Adakah Di Saat Itu, Ia Sedemikian Rupa?

22:49
Khamis
28 Oktober 2010

"Papa, pak cik tu tengah buat apa?", tanya seorang anak kecil kepada ayahnya.

Dirinya pelik tatkala melihat seorang lelaki tua berusia 80-an sedang melakukan posisi pelik...
Si lelaki tua itu sedang tertonggek...
Sekejap berdiri...
Sekejap melipatka kakinya semacam yoga, tapi bukan yoga...

"Oh, orang tua tu tengah sembahyang.", jawab si ayah.

"Kenapa dia sembahyang? Kita tak pernah buat pun?", tanya si anak kecil lagi.

"Hish kamu nih. Tu orang ketinggalan zaman la. Kolot!", bentak si ayah mematikan pertanyaan si anak...


******************************************


"Kamu ni dah ada ke perempuan yang sangkut dengan kamu?", tanya seorang ibu kepada anak remaja lelakinya. .

"Tengah dalam proses la, mama. Si Ika ni susah sangat sebab dia kata dia la paling mahal sebab masih suci.", jawab si remaja selamba...

"Hesh! Anak mama kan lelaki sejati. Mana boleh takde awek!", 'nasihat' si ibu kepada anak lelakinya yang satu ini...


******************************************

"Papa, nak seratus ringgit! Petang ni nak pergi tengok movie. Pastu malam ni pulak ada konsert Paramore Jr.", pinta si gadis kepada ayahnya...

"Ala, papa takde duit kecik la. Ambik papa punya kad kredit jer la...", izin si ayah....

Si anak gadis tersenyum manja...
Plan untuk meluangkan masa bersama si buah hati yang baru dikenalinya di pub semalam sepanjang hari hingga ke malam mula bermain di benak kepalanya...



******************************************


"Siyes doe! Ko dah la muka kemain hensem. Takkan setakat dengan awek ko yang sorang itu pun ko nak setia? Come on la beb! Cari la sorang lagi....", nasihat seorang sahabat kepada sahabatnya..

"Perghhh, tak sempat masa beb! Kalo ko nak tolong carikan ok ajer. Mantap kot. Ko kan lelaki terhangat di kolej. Setakat petik jari, perghhh! Lima orang datang beb!", pinta si sahabatnya yang satu lagi...


******************************************

Cukuplah dengan kisah-kisah di atas...
Dan sekarang saya mula tertanya-tanya...
Adakah itu gaya kehidupan masyarakat ini puluhan tahun akan datang?
Adakah itu masalah yang terpaksa generasi selepas saya akan hadapi?
Dan tertanya balik diri ini...
Adakah kisah yang saya sebutkan di atas sememangnya sedang melanda masyarakat ini?

Entah kenapa...
Sejak beberapa hari lepas...
Saya mula terkedu...
Keresahan yang melanda hati ini...
Tak termampu saya coretkan di sini...

Bermula dengan tournament Ultimate Frisbee minggu lepas...
Dari situ keresahan yang sedia ada mula membarah...
Apa tidaknya...
Perlawanan antara setiap kumpulan bermula pada jam 9.00 pagi...
Dan setiap sejam setiap kumpulan akan berentap...
Erm, untuk pengetahuan pembaca...
Ultimate Frisbee ni adalah sejenis sukan...
Kalau nak detail, boleh rujuk YouTube atau mana-mana website yang ada...
Rehat untuk makan tengah hari amat memedihkan hati saya...
Apa tidaknya...
Hampir 90% peserta yang menyertai perlawanan mengambil peluang untuk tidur semasa rehat makan tengah hari...
Dan surau waktu zohor dan asar...
Hanya dipenuhi oleh warga KMB, tuan rumah, dan beberapa minoriti pemain lain...
Saya cuba bersangka baik...
Mungkin mereka ini musafir...
Tapi kalau dilihat pada asal usul kolej masing-masing...
Semuanya sekitar kawasan terdekat dengan tuan rumah...
Hati ini hiba melihat 'kemusnahan akidah' itu berlaku di depan mata...
Tak masuk lagi dengan etika pakaian...
Astaghfirullah...

Pulang ke KMB...
Terus hiba melihat suasana di food court...
Bagaimana ingin saya luahkan rasa ini...
Percampuran sosial yang tak terjaga...
Mungkin ada beberapa orang dalam kalangan pelajar yang menjaga pergaulan mereka...
Hanya duduk semeja dengan sejantina...
Alhamdulillah...
Tapi itu minoriti...
Majoriti duduk bercampur lelaki dan wanita...
Tertusuk hati ini...
Pedihnya tak dapat saya ungkapkan...
Entah...

Dan beberapa hari kemudian...
Adusss...
Sakitnya iman ini...
Terpaksa menghadiri program kesenian...
Memaparkan kesenian yang datangnya dari 'hometown' saya sendiri...
Seni apekah itu?
Bacalah sendiri di sini...
Sedih dan pedih...
Saya tertanya apakah yang kita sedang fahami ini...
Sudah jelas ada sesuatu yang tak kena pada seni ini...
Dan kuasa saya semasa ini hanya terbatas sebagai seorang pelajar biasa yang hanya mampu membasahkan mata buat seketika kerana hiba yang tak mampu diungkap dengan lidah...
Robek hati ini melihat akhawat-akhawat seperjuangan juga terpaksa melakukan gerakan seni yang saya sebutkan ini...
Mungkin perasaan malu mereka sedang diceroboh...
Maafkan saya, wahai akhawat...
Saya tak mampu melindungi mereka di saat itu...
Maafkan diri kami...

Dan seketika tadi... 
Tergerak lagi untuk mencari sedikit info tentang Economic Transformation Program (ETP)...
Adusssss...
Terus hati ini dirobek lagi...
ETP mencadangkan bahawa kegiatan hiburan waktu malam akan ditingkatkan...
Aktiviti hiburan akan digalakkan...
Artis-artis luar negara akan dikenakan syarat yang longgar berbanding sebelumnya...

Dan saya?
Hiba di hati ini terus membengkak...
Tak tahu ingin diluah ke mana...
Dengan dasar ETP ini...
Apekah yang akan terjadi pada generasi selepas saya?
Ujian jenis apekah yang akan dihadapi oleh anak-anak saya kelak dalam menyambung perjuangan ini?
Rintangan jenis apekah yang akan dihadapi oleh cucu-cucu saya kelak dalam meneruskan gerak kerja ini?
Yang lebih penting...
Bagaimanakah keadaan masyarakat ini dalam masa-masa akan mendatang...
Semakin teruk?
Nauzubillah...
Semakin baik dan terus baik?
InsyaALLAH...

Mungkin segala yang berlaku ini ada hikmahnya...
Mengingatkan saya agar terus melipat gandakan segala usaha yang ada bersama sahabat-sahabat seperjuangan...
Mengingatkan diri ini bahawa umat ini perlukan sesuatu untuk menggerakkan hati mereka...

Pesan sang murabbi itu semasa hari lahir saya yang ke-19, "Umat ini memerlukan anta..."

Perkataan yang simple...
Tetapi cukup menusuk kalbu ini...
Walaupun hanya dengan sms yang ringkas...
Tapi itu adalah satu tamparan untuk mengingatkan diri ini bahawa ada sesuatu yang perlu dilakukan...

Teringat kata seorang sahabat seperjuangan, 
"Umat ini bukan memerlukan aku untuk berubah. Mereka bukan perlukan korang untuk berubah. Tetapi mereka sedang memerlukan aku dan korang, iaitu kitorang!"

Terima kasih sahabat...
Pesanan yang cukup mendalam itu...
Sememangnya usaha ini bukan secara berindividu...
Bukan jua hanya melihat orang lain bergerak dan kita hanya tahu komen...
Tetapi satu usaha untuk kita bersama dalam menjana segalanya...
Supaya semuanya akan pulih kepada asal...
Walaupun jalan yang terpaksa dilalui sangat pahit...

Dan semoga daurah hujung minggu ini selama tiga hari dua malam...
Kan menjadi pemangkin buat diri ini...
Sebab saya dalam keadaan sangat-sangat hiba sekarang...
Melihat diri ini...
Dan juga melihat sekeliling saya sendiri...

Semoga diri ini terus setia...
Setia di jalan ini...
Bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang lain...
Semoga diri ini terus gagah dalam meniti hari yang mendatang...
Dalam pimpinan saf-saf yang teratur...
Bukan secara berindividu...

InsyaALLAH...
Doakan segala usaha murni ini...
Doakan mana-mana persatuan yang sedang membaik pulih umat ini...
Tak kiralah ia bernama apa sekalipun...
Tak kiralah siapa pengasasnya sekalipun...
Kerana tujuan dan destinasi terakhir adalah sama...
Mungkin hanya mengambil jalan yang berbeza...
Bersesuaian dengan diri masing-masing...

Salam perjuangan untuk diri ini...
Dan juga untuk ikhwah-ikhwah yang tercinta...
Yang cintanya kepada mereka ini...
Tak dapat saya ungkapkan di sini...
Biarlah ia terus bertakhta di hati ini...
Buat selamanya...
Bi iznillah....
Dengan izin ALLAH SWT...

Entah Apa Mesejnya...

00:43
Khamis
28 Oktober 2010


"Am, cuba baca novel nih.", seorang sahabat menyerahkan sebuah novel kepada saya.

Dan saya?
Hanya merenung novel itu...
Biarlah saya rahsiakan novel itu...

Novel itu agak tebal...
Dan saya sudah menjangkakan plot ceritanya...
Dalam cuti hari raya haji itu saya habiskannya...

Apa yang menyebabkan saya membacanya?
Sebab si pemilik novel ini mengatakan bahawa penulisnya menyelitkan banyak kisah tentang International Baccalaureate (IB), program persediaan yang sedang saya lalui...
Dan saya sendiri...
Perghhh, mahu sesak nafas untuk saya habiskan...
Dan memang benar...
Jalan ceritanya tetap sama...

Dalam novel ini...
Kisah percintaan antara dua orang lulusan luar negara...
Mereka ini berkahwin...
Sememangnya mereka adalah pengantin baru...
Tapi hakikatnya mereka bukan suami isteri...
Sebab?
Si watak perempuan digambarkan tidak rela dirinya dikahwin paksa oleh abangnya...
Dan last2, mereka ini menjalani kehidupan bahagia setelah melalui pelbagai 'ujian', rintangan. mehnah, bla3..
Ditambah pula oleh strategi sang suami untuk menyerang hati si isteri yang digambarkan sebagai keras kepala...

**********************************

Berbalik kepada yang asal...
Bukannya saya menulis catatan kali ini untuk mempromosikan novel itu...
Bukan jua saya sekarang sedang menyiapkan satu novel...
Dan bukan jua saya ini seorang pengedar bagi mana-mana syarikat..
Tidak, tidak sama sekali...

Cuma untuk kali ini...
Sebagaimana yang telah saya nyatakan...
Sebelum membacanya saya sudah dapat mengagak bagaimana jalan ceritanya....
Sebab novel-novel jiwang memang jalan ceritanya takkan lari jauh sangat...

Contoh kisah-kisah yang biasa diutarakan:
  1. Kisah pengantin baru yang tidak mengalami hidup sebagai suami isteri kerana si isteri telah diarah kahwin paksa oleh keluarganya. 
  2. Kisah pasangan yang kahwin kontrak sekadar untuk melepaskan kemelut daripada dikahwin dengan pasangan yang dicadangkan oleh pihak keluarganya, akhirnya kahwin paksa menjadi kahwin hingga ke akhir hayat. 
  3. Kisah percintaan yang terbawa-bawa dari alam persekolahan, masuk ke universiti, pastu masuk ke alam pekerjaan dan akhirnya mula si lelaki tackle si wanita.
  4. Dan yang lain lagi, cuba jelaskan sendiri sebab saya rasa ramai yang pernah membaca novel sebegini.

Entah mengapa...
Masa di SMACH...
Saya agak layan novel sebegini...
Terutamanya selepas habis PMR...
Balik bercuti di kampung...
Sepupu saya sememangnya pula seorang yang gilakan novel...
Dan saya, apa lagi?
Seolah-olah tikus terjatuh ke dalam guni beras...

Namun...
Hari ini...
Setelah berada di 'arena' ini...
Saya mula menemui satu masalah dengan novel-novel ini...
Majoriti novel-novel jiwang melalui jalan cerita yang tidak logik...
Bukan sedikit logiknya dihilangkan...
Namun cukup berani untuk saya perkatakan...
Memang keseluruhannya, tak logik langsung...

Mengapa saya cukup berani perkatakan sedemikian?
Okies, cuba renung sejenak senarai jalan cerita yang telah saya sediakan di atas...
Tiga jalan cerita itu sudah cukup untuk membuktikan hilangnya logik akal pada sebuah novel jiwang yang kini berlambak di pasaran...
Membawa pembacanya hidup dalam dunia ilusi...
Dunia ilusi yang hilang terus daripada sifat realitinya...

Dan yang paling teruk...
Penulis novel sebegini amat berani menyelitkan unsur lucah dalam novel mereka...
Maaf tepaksa berterus-terang sedikit...
Ya, sememangnya benar...
Kalau kita pernah membaca novel...
Sememangnya kita akan menemui dengan babak-babak kelucahan sebegini...
Apa tidaknya?
Banyak sahaja novel yang membawa satu babak di mana si watak lelaki (suami) yang memeluk si watak wanita (isteri)...
Kadang-kadang ada yang cukup berani membawa pembaca ke alam rahsia rumah tangga...
Membawa pembaca merasai bagaimana perasaan si watak wanita tadi di saat tersentuh dengan tangan suaminya...
Astaghfirullah...

Yang lebih membimbangkan diri saya sendiri, mungkin juga diri sahabat-sahabat...
Seorang pembaca novel akan mengimaginasikan watak-watak dalam novel berdasarkan kenalannya...
Mungkin sahaja seorang sahabat lelaki yang membaca novel sebegini...
Akan meletakkan dirinya sebagai watak utama...
Manakala wanita yang mencuit hatinya sebagai watak perempuan ataupun kekasih atau isteri atau apa-apa sahaja dalam novel tersebut...
Dan tatkala tiba di babak yang terselit unsur-unsur lucah sebegini...
Si sahabat lelaki tadi yang membaca novel tersebut turut akan mengimaginasikan dengan detail setiap babak itu...
Nauzubillah...

Dan terlebih bimbang andai seorang ikhwah seperjuangan yang membaca novel sebegini...
Maka tatkala tiba kepada babak sedemikian...
Si ikhwah tadi kan ter-imaginasikan mana-mana akhawat yang selama ini telah menyentuh hatinya dalam diam-diam...
Astaghfirullah...
Dan nafsu yang selama ini dikekang untuk sekian lama tewas dengan hanya sebuah novel yang mengarut....
Dan apa yang bakal berlaku pada ikhwah tadi...
Tak dapat saya bayangkan...
Mungkin jiwanya akan futur...
Semangat untuk terus memperjuangkan apa yang sepatutnya dia perjuangkan kan hilang...
Mungkin dirinya hanyut sedikit demi sedikit...

Hari ini...
Seorang sahabat telah memperkenalkan kepada diri saya sebuah website yang meletakkan karya-karya sebegini ke daam laman web mereka...
Dan ini?
Akan terus merunsingkan diri ini...

Teringat kepada pesan sang murabbi:
"Tinggalkan bacaan yang mengarut, banyakkan membaca bahan-bahan yang membina diri."

Mungkin inilah yang dimaksudkan sebagai 'bacaan mengarut'...
Semasa mendapat nasihat itu...
Saya ingatkan hanya merujuk kepada majalah-majalah artis, lawak jenaka dan sebagainya...
Terlepas pandang bahawa bacaan sebegini turut termasuk ke dalam senarai bahan bacaan mengarut...

Dan untuk yang masih lagi membaca novel-novel sebegini...
Mungkin sudah tiba masanya untuk beralih kepada bahan bacaan yang lebih baik...

Ada yang tertanya-tanya...
Bagaimana dengan novel cinta islamik?
Adusss...
Yang ini pun satu masalah...
Lambakan cinta versi islamik di pasaran, termasuk juga di portal-portal terkenal seperti ILuvIslam.com turut meresahkan hati ini...

Namun, saya tertanya-tanya tatkala ada yang mengatakan sesuatu seperti ini...

"Wah, sweetnyer Umar nak tackle balik Asiah Yusra dalam novel Tautan Hati..."

"Best giler jadi Fahri cam dalam Ayat-Ayat Cinta. Soleh sampai tahap boleh kahwin dengan Aisya yang begitu hebat..."

"Nak bina keperibadian cam Khairul Azzam ah! Boleh cari wanita sehebat Anna seperti dalam buku Ketika Cinta Bertasbih"

"Hehe, aku ambik medik. Boleh la jadi cam Doktor Muslih dalam novel Denyut Kasih Medik yang kahwin dengan Qaniah..."

Dan saya menyambut kata-kata ini dengan satu kerunsingan...
Hati mula tertanya-tanya...
Adakah benar Akak Fatimah Syarha Mohd. Noordin menulis novel Tautan Hati setebal 785 muka surat hanya ingin membentangkan sebuah kisah cinta?
Yang kisah kahwin hanya secebis tak sampai satu bab pun...
Adakah pak Habiburrahman El-Shirazy mengarang satu demi satu hanya untuk membentangkan kisah cinta?
Adakah Dr. Farhan Hadi meluangkan masa-masa yang ada sebagai seorang doktor dalam kesibukannya untuk menulis sebuah kisah cinta?
Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Puan Azlinda masa kelas Information & Technology in a Global Society(ITGS) sebagai "What you see is what you get..."

Andai membaca untuk melihat cinta, maka cinta yang kita dapat...
Andai membaca untuk melihat konsep usrah, usrah yang kita dapat...
Andai membaca untuk apa, itulah yang kita dapat...

Jadi...
Jom...
Kita perbetulkan balik bahan bacaan kita...
Selama mana kita hidup...
Kita telah banyak dipengaruhi oleh bahan bacaan kita...
Dah sampai rasanya masa untuk membaca sesuatu yang boleh menjana minda...
Kalau izin saya cadangkan, majalah Solusi yang dikeluarkan di pasaran setiap bulan dengan harga RM9.00 satu mungkin boleh menjadi bahan bacaan ringan yang amat baik...
Sebab segala isu yang dibincangkan dilihat dalam sudut yang berbeza...
Sekadar cadangan...
Bukannya saya mendapat upah untuk mempromosikannya...
Tetapi sebagai satu alternatif untuk kita bersama...
Untuk membuka ruang perubahan bagi kita semua...
Yang tinggal hanya mahu atau tidak...
Selepas itu, segalanya akan menjadi...
Bi iznillah...
Dengan izin Allah SWT...

Salam perjuangan menjana fikir...
Untuk diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat...
Semoga bahan bacaan kita kan mendekatkan diri kita dengan fitrah yang asal...
Bukannya yang mencampakkan diri kita ke lembah maksiat dalam diam-diam...
Bukan yang menyebabkan zina hati dalam diri kita...
InsyaALLAH....

p/s:andai ada sesuatu yang salah, sila perbetulkan saya. terima kasih... ^^

p/ss:bace buku. study2.. jangan kerna sibuk sangat membaca buku2 fikrah, hingga tak study langsung.. bahagi mase baik2 yerrr...
(^_^)V

Sinari hati dengan bahan bacaan kita..


Abe Am @ Ikram Mohd Noor

Saturday, October 16, 2010

Memanglah Sebegitu, Tapi..

17:21
Sabtu
16 Oktober 2010

"Ish, panas betul la aku tengok makhluk 2 orang nih! Dating lagi!", rungut seorang pelajar lelaki...

"Ha'ah, camne nih? Jom cegah kemungkaran!", sampuk kawannya yang seorang lagi...

Dan 2 orang lelaki itu sedang kepanasan...
Marah kerana melihat maksiat di depan matanya...
Terang-terangan, bukan melalui video apatah lagi gambar...
Dan dengan semangat untuk mencegah kemungkaran...
Maka majulah 2 orang ini kepada pasangan kekasih di hadapannya yang sedang enak berada di dunia lain..

"Woi! Tak reti bahasa ke? Korang tahu tak kapel ni haram? Memang rasa dah kebal ke dari api neraka hah?!", jerkah si lelaki...

Dan mereka meninggalkan pasangan kekasih itu...
Hati mereka puas...
Kerna telah berjaya mencegah kemungkaran, barangkali...
Di hati mereka...
Mereka merasakan bahawa mereka telah mencegah kemungkaran sebagaimana hadis Rasulullah SAW..

Abu Said al-Khudri ra berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang melihat kemungkaran, 
hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, andai tidak mampu,
maka dengan lisannya, andai tidak mampu,
maka dengan hatinya. Yang demikian itu
adalah selemah-lemah iman..."

(hadis riwayat Muslim)

*******************************************

"Hesh, ko tengok tu. Pakai baju cam tak cukup kain!", kata seorang muslimah kepada kawannya...

"Ha'ah, betullah! Pakai tudung, tapi baju ketat, seluar ketat. Nampak semua curve  yang dia ada..", sambung kawannyayang seorang lagi...

Kedua-dua mereka sedang panas...
Panas hatinya kerana mood untuk meluangkan masa di sebuah taman bersama-sama dengan kawan yang lain diganggu...
Pemandangan mereka diganggu dengan kehadiran seorang remaja perempuan...
Yang pakaiannya menyakitkan mata...
Tudung menghiasi kepala...
Namun bajunya ketat...
Seluarnya ketat...
Kainnya juga jarang...
Dan mampu menyesakkan nafas andai lelaki terpandang padanya....

"Wei, tak ingat mati ke?!", laung seorang muslimah itu kepada si remaja...

"Ha'ah, ko ni memalukan orang yang memakai tudung ajer!" sampuk kawannya yang seorang lagi...


*******************************************

"Dik, jangan buat macam ni. Ni al-Quran, tak baik letak atas lantai macam ni walaupun ni dalam masjid..", tegur seorang pak cik tua kepada seorang anak muda yang sedang berbincang dengan kawannya di dalam masjid...

Mereka ditegur oleh pak cik itu...
Ditegur kerana meletakkan al-Quran di atas lantai...

"Alah, pak cik ni tak tau ke? Ni al-Quran yang macam buku ni hanya risalah catatan al-Quran. Hanya mushaf lembaran kertas! Kalau al-Quran yang sebenar, yang kita amalkan segala saranan al-Quran, yang kita baca. Al-Quran tak nampak dengan mata kasar la pak cik!", hujah balik si anak muda....

Suaranya tinggi sedikit...
Mungkin ingin memberi ilmu kepada si orang tua...
Agar tidak menyempitkan fikiran bahawa al-Quran itu bukan dalam bentuk lembaran kertas...
Tetapi al-Quran itu dalam bentuk segala suruhan yang kita sahut...
Dan segala yang kita letakkan dalam hati ini...

"Ha'ah. Pak cik, zaman Rasulullah SAW lagi dahsyat. Sahabat-sahabat hanya catat al-Quran pada daun-daun dan cebisan kertas. Lepas tu mereka hafal. Bukannya tulis dalam kertas, bukukan dan jual!", sambung lagi seorang anak muda yang lain....


*******************************************

"Kentang giler! Dia ni tak takut neraka ke?!", komen seseorang di Facebook...

Komen itu dibuat pada satu picture...
Picture itu menunjukkan seorang wanita di padang...
Denga pakaian sukan...
Bertudung, tapi seluarnya diselak hingga ke paras betis...
Terdedah lututnya...
Dan juga pahanya...

"Susah orang tak faham Islam nih!", tambah lagi komen yang lain...

"Sah, kalo dia ni ada depan aku, gerenti makan penampor aku!!!", komen lagi yang lain...

"Wei, mak bapak dia tak ajar ke camne nak tutup aurat?!", menyusul lagi komen yang lain...

*sambung la sendiri komen2 tambahan... ^ ^

*******************************************

Cukup dengan 4 kisah di atas...
Dan sememangnya apa yang saya maksudkan barangkali sudah cukup jelas...

Saya tersedar...
Ada satu benda baru dalam jiwa anak muda seperti kita ini...
Jiwa yang mula meresap masuk untuk menyebarkan fahaman yang sebenar tentang islam...
Fahaman bahawa islam itu wajib diamalkan...
Dan islam itu bukan hanya tertakluk pada ritual semata-mata...
Bukan hanya tertakluk pada orang agama seperti pak imam, AJK surau, ustaz2...
Tapi islam itu turut berada pada hati golongan doktor, engineer, guru, biotech, dan bla3....

Dah ramai yang mula sedar bahawa kita mesti menyampaikan ini...

Namun...
Ada satu benda yang sedang meresahkan hati ini...
Tentang sebuah perkataan yang dieja dengan H.I.K.M.A.H...
Dan dibaca sebagai 'hikmah'....

Tak faham?
Tak jelas?

Ok, jom pergi secara detail sikit...
Seperti dalam kisah 2 orang sahabat lelaki...
Yang menengking pasangan kekasih yang sedang dating...
Memanglah niatnya itu untuk mencegah kemungkaran...
Namun ada sesuatu yang mereka terlupa...
Kunci 'hikmah'...
Mungkin ada cara yang lebih baik...
Yang dapat menjaga perasaan si pesalah...
Dan juga si 'polis' maksiat...
Mungkin lebih wajar andai mereka berjumpa dengan si pihak lelaki di waktu lain...
Di saat hati sedang sejuk...
Mungkin boleh bertanya kenapa si lelaki sanggup berdating..
Mungkin di kesunyian...
Atau mungkin di ada masalah...
Dan itu lebih baik...
Sebab perasaan dan maruah semua pihak terjaga...

Dan kalau tengok pada kisah 2 orang muslimah itu...
Memang patut menegur orang yang membuat kesalahan itu...
Tapi mungkin dengan cara yang lebih baik...
Dengan berhikmah...
Mencegah kemungkaran itu wajib...
Tapi hati manusia bukan boleh diubah dalam satu minggu...
Apatah lagi dalam satu hari atau satu jam...
Sebab ia memerlukan proses yang berterusan...

Dalam kisah anak muda itu...
Ditegur kerana meletakkan al-Quran di atas lantai masjid...
Dan mereka cuba menjelaskan kepada pak cik itu...
Bahawa tiada apa-apa andai al-Quran itu diletakkan di atas lantai...
Namun si pemuda silap...
Memanglah itu adat melayu bahawa al-Quran mesti diletak di tempat tinggi...
Tapi si pemuda silap...
Bicaranya itu kan menunjukkan akhlaknya...
Apa salahnya andai dia akur sahaja pesanan si pakcik...
Itu lebih baik...
Dan semestinya lebih berhikmah...

Dan tentang kisah keempat...
Pasal komen di Facebook...
Ramai sekaran yang upload gambar-gambar masalah umat kita...
Sebagai contoh sebagaimana di atas...
Rasanya ramai yang pernah tengok gambar yang saya maksudkan...
Di ohtidak.com....
Di akaun Oh Media! di Facebook...
Mungkin sahaja di mana-mana...
Dan memang kita mesti mencegah kemungkaran...
Tapi apa yang saya jumpa...
Masalah yang sedia ada semakin bertambah parah...
Rata-rata komen tanpa berpaksikan kunci hikmah...
Maka yang keluar adalah kata-kata kesat...
Mencarut...
Dan macam-macam lagi yang rasanya tak sanggup saya jelaskan di sini...

Untuk pemuda-muda...
Untuk orang-orang muda...
Sememangnya kita ini sedang mempunyai jiwa yang panas...
Mungkin sering sahaja kita terserempak dengan individu yang melakukan kesalahan di sekeliling kita...
Dan andai mahu tegur...
Boleh, tapi mesti berpandukan hikmah...
Maksudnya...
Cuba dengan cara yang paling baik...
Dengan tutur kata yang baik...
Tak bermaksud mengubah kemungkaran itu perlu dilakukan di saat itu juga...
Mungkin lagi baik andai kita jumpa di bilik dia...
Kalau sejantina ajer la, kalau lain jantina, jangan jumpa.

Sering kita rasa terpanggil untuk memastikan maksiat tak berlaku di sekeliling kita...
Namun andai kita mengubahnya dengan cara yang salah...
Maka mesej itu tidak akan sampai...
Sebaliknya orang akan merenung akhlak kita...
Kita pula yang kan dipersalahkan nanti...

"Tapi, Am. Lama la pulak dia nak berubah..."

Hmmm...
Seperti yang saya perkatakan tadi...
Manusia bukan diubah dalam masa sehari dua...
Setahun pun tak menjamin lagi...
Kalau tengok sejarah lalu...
Sedangkan Rasulullah SAW membina akidah sahabat dalam masa 13 tahun semasa fasa Mekah...

Sememangnya...
Mungkin dia tak berubah hari ini...
Esok pun entah lagi...
Minggu depan pun tak jamin...
Tahun depan? Entahhh...
Tapi, suatu hari nanti...
Dia akan teringat balik kita pernah berinya nasihat...
Sebab saya sendiri ada pengalaman...
Pernah semasa Form 4...
Seorang senior menasihatkan tentang pergaulan...
Dan semasa Semester 1 di KMB baru saya faham maksud dia...
3 tahun lamanya, baru saya faham maksudnya itu...
Apa nasihatnya? Biarlah ia kan menjadi rahsia antara saya dan dia....
Hmmm.... ^ ^

Teringat pesan sang murabbi itu...
"Membina manusia tak semudah membina kilang..."

Maksudnyer?
Fikirkan...
Statement itu cukup dalam untuk difahami...

Tapi buat dalam waktu ini...
Jom kita ubah diri sendiri juga..
Pada masa yang sama...
Fokuskan untuk memperbaiki orang sekeliling yang amat rapat dengan kita...
Mungkin roomate...
Mungkin sahabat...
Mungkin juga keluarga...
Itu lebih baik dan lebih berfokus...

Teringat pendapat Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di SaifulIslam.com....
"Kadang-kadang untuk menyampaikan sesuatu mesej, tak semestinya kita memperkatakannya. Adakalanya lebih baik kita menjadi mesej itu..."
Faham?
Ok, baca sekali lagi dan teliti maksudnya...

Dan untuk kita sendiri...
Jom perbaiki diri setiap hari...
Supaya minggu ini lebih baik dari minggu lepas...
Dan minggu depan lebih baik dari minggu ini...
Dan begitulah seterusnya...
Ayuh, andai kita masih seorang gamers, tinggalkan game itu...
Tinggalkan DotA...
Tinggalkan lagu yang merapu...
Tinggalkan chatting dengan wanita (andai kita seorang lelaki)...
Tinggalkan lagu rock...
Tinggalkan lagu2 cinta yang entah apa2 itu...
Perbaiki pergaulan sosial...
Perbaiki akhlak kita...
Perbaiki tutur bicara kita...
Dan pernaiki segala yang boleh...
Agar masih berkapel, dah tiba masa untuk tinggalakan dunia itu... Perghh, yang ni sakit. tapi nasib baik saya tak menceburkan diri dalam bidang ini. alhamdulillah.
Agar kita kan menjadi lebih baik di masa hadapan...
Namun, begitulah...
Semudah bicara sebab bermodalkan air liur...
Tapi sakit dalam merealisasikan sebab ia memerlukan perubahan dari dalam...
Sighhh.... 

Salam perjuangan membaiki diri...
Untuk diri ini...
Dan juga sahabat-sahabat seperjuangan...
InsyaALLAH...
Segalanya mungkin...
Hanya tinggal nak atau tidak ajer...
Ke camne?
Ke tak? 

(^_^)V
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...