Sunday, May 16, 2010

Cubalah Kita Menjadi Mereka...

15:20
Suday
16th May 2010

Realiti 1
Suatu hari, seorang ayah membawa anaknya yang demam ke hospital. Setelah mengambil nombor giliran,maka si ayah menunggu nama anaknya dipanggil. Si ayah melihat keadaan di hospital sangat mendesak. Ada yang luka akibat terjatuh, masih sedang menunggu nama dipanggil. Ada yang terlalu letih menunggu, sampai tertidur...


Masa terus bergerak...
Minit mula bergerak ke puluhan minit...
Setengah jam mula bergerak...
Namun nama anaknya masih belum dipanggil...
Si ayah mula berasap!
Apekah doktor-doktor yang ada sedang borak-borak?
Sedang minum kopi?
Namun nama pesakit-pesakit lain terus dipanggil...
Kesabaran si ayah mula teruji...


"Doktor makan gaji buta!" 
Bentak hatinya...


Tanpa mengambil masa untuk terus menunggu, si ayah meluru ke dalam bilik rawatan...
Dammm!!!
Pintu dihempas sekeras-kerasnya...
Dilihat doktor sedang merawat pesakit yang dipanggil namanya sebentar tadi...


"Awak tengah buat ape? Ingat saya ni kayu ke nak menunggu di luar? Dasar makan gaji buta!", jerkah si ayah.
"Maaf, pak cik. Boleh pakcik tunggu giliran kat luar? Saya sedang merawat pesakit ni", kata si doktor. Cuba menjelaskan keadaan sebenar. Barangkali...
"Ah! Malas saya camni. Dah setengah jam saya menunggu!"...
Si ayah terus pergi. Pergi meninggalkan hospital. Hatinya panas, panas dek terlampau lama menunggu rawatan untuk anaknya...


*****************

Realiti 2
"Tak boleh! Saya tak setuju. Awak nak buat program kat luar, dah tu melibatkan pelajar perempuan. Saya tak bersetuju. Bahaya awak tahu tak? Nanti apa-apa berlaku, ibu bapa akan salahkan pihak pentadbiran", kata seorang guru kepada seorang pengarah projek, yang hanyalah seorang pelajar yang masih lagi belasan tahun...

Si pelajar mula berubah air mukanya...
Hatinya mula panas...
Terbakar...
Dek ideanya untuk mengadakan program merentas desa di kampung terdekat ditolak mentah-mentah...
Bahaya, kerna aktiviti melibatkan pelajar perempuan...
Itulah alasan gurunya...

"Tapi cikgu, kami dah besar. Takkan masing-masing masih tak boleh nak jaga diri?", si pengarah projek cuba membela dirinya...

"Kat luar sana, ada bermacam-macam jenis manusia. Awak nak buat program ni, awak kena fikir keselamatan tahu? Ada 'buaya',ada 'singa'. Karang kalau ada pelajar perempuan yang kena tarik, masuk dalam hutan tu. Kena rogol. Susah! Bahaya sangat-sangat. Dah la kampung tu 'famous' dengan kes samun!", si guru menjelaskan keadaan sebenar...

Keadaan semakin tegang...
Si pelajar terus meninggalkan gurunya...
Marah, kerana gurunya tak pernah memahami kehendaknya...
"Karenah birokrasi yang tak pernah habis!", detik hatinya...

***************

Cukup dengan dua realiti di atas, sudah cukup untuk mewakili keadaan hari ini...
Dalam realiti hidup kita sebagai manusia, saya percaya ramai yang pernah berhadapan dengan masalah seperti di atas...
Pergi ke klinik, menunggu hampir sejam semata-mata untuk mendapatkan rawatan...
Andai terlalu lama menunggu, kita akan tuduh pihak hospital makan gaji buta...
Andai mana-mana pernah menjadi 'project mnager', kita mungkin pernah dihidang dengan pengalaman kerenah birokrasi...

Tapi...
Dalam kita menggunakan perasaan, emosi kita untuk menilai situasi ini...
Kita sering berfikir hanya menggunakan kepentingan kita...
Hanya menggunakan situasi kita...
Tanpa mengambil kira situasi orang yang terlibat sama...

Contoh...
Si ayah rasa dirinya terhina...
Kerna terlampau lama menunggu rawatan untuk anaknya...
Lantas dirinya meradang...
Terlalu ikutkan emosional...
Menganggap doktor tak menjalankan tugas...
Tapi hakikat sebenar...
Si ayah terlupa statistik negara...
Bilangan doktor di Malaysia amatlah sedikit...
Nisbah yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO), setiap negara mesti mempunyai nisbah seorang doktor dengan seorang penduduk ialah 1:600...
Tapi di Malaysia, nisbah ini masih jauh ketinggalan...
Nisbah di Malaysia, seorang doktor ialah 905 penduduk, yakni 1:905...
Bilangan doktor masih lagi sedikit...
Maka, tidak hairanlah sampai ada yang doktor terpaksa tidur di hospital selama 3 hari, kerana jadual 'on call' yang menuntut sebuah perjuangan...
Cubalah si ayah berada di tempat doktor itu, nescaya dia akan faham situasi sebenar...

Dan jika dilihat situasi kedua pula...
Idea untuk mengadakan program merentas desa di kampung terdekat ditolak mentah-mentah...
Si pelajar hanya nampak keseronokan program itu...
Dapat keluar di waktu pagi, menikmati pemandangan desa...
Namun, seorang guru yang dah terdidik dek pengalaman lampau...
Melihat program itu dari sudut perspektif yang berbeza...
Guru itu nampak bahaya yang terlindung dalam keseronokan itu...
Pengalamannya berada di kampung itu selama belasan tahun...
Nampak bahaya yang sedang menanti...
Kampung yang tersohor dengan masalah dadah...
Masalah samun dan rompak yang berleluasa...
Tak sanggup membiarkan gadis-gadis di bawah tanggungjawabnya berada dalam situasi itu...
Si pelajar meradang...
Kerana menganggap si guru tak memahaminya...
Tapi, dirinya tak pernah rasa untuk bertukar posisi buat sementara waktu...
Cuba dirinya berada di tempat gurunya itu...
Nescaya dia sendiri juga tak akan bersetuju dengan idea untuk program itu...

Itulah hakikatnya...
Kita terlampau mudah menuduh orang sebegitu dan sebegini...
Bertindak dengan emosional...
Sehingga nilai rasional itu sudah ketinggalan...
Tatkala kita melihat guru kita marah-marah...
Kita katakan guru kita tak patut buat sebegitu...
Tapi kita terlepas pandang...
Kita sebagai pelajar hanya mempunayi tanggungjawab sebagai pelajar dan seorang anak...
Sedangkan guru itu mempunyai tanggungjawab sebagai seorang guru, seorang ibu/bapa, sebagai pekerja dan sebagai pendidik...

Andai suatu hari kita melihat seseorang itu bertindak di luar batasannya...
Mungkin pada hari itu sahabat itu marah-marah...
Janganlah terus kita lemparkan tuduhan melulu...
Cubalah diri kita berada di tempatnya...
Mungkin ada sesuatu yang sedang berserabut di fikirannya...
Cubalah untuk bersangka baik...
Kerana masalah yang menimpa kita tak sama dengan masalah yang menimpa orang lain...

Fikir dan terus berfikir...
Kenapa sahabat kita menjadi sebegitu...
Barulah kita akan menjadi tenang...
Semuanya adalah mungkin...
Tiada yang tidak mungkin...
Cuma nak atau tak nak ajer yang tinggal...

InsyaALLAH...

Salam perjuangan untuk diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat yang terus sabar untuk berada di jalan yang betul ini...

Saturday, May 15, 2010

Pandanglah Mereka Dengan ...???

11:28
Friday 
14th May 2010

Al-Kisah 1
"Ish, sakit hati betul aku tengok diorang nih! Tak tau ke kapel tu haram? Dah la dating kat library!", bentak seorang sahabat, kepanasan kerana melihat dua pasangan kekasih sedang memadu kasih di dalam LRC (library ler tuh, Learning Resource Centre)...

"Ha'ah, diorang ni tak tau ke halal haram?", tambah lagi seorang sahabat yang lain. Dua-dua kepanasan, melihat sepasang kekasih sedang menghampiri zina, di hadapan mata mereka sendiri...


Al-Kisah 2
"Ish diorang nih, kata nak guna facebook untuk sambung ukhwah la konon. Tapi aku tengok siap chatting dengan perempuan!", keluh seorang sahabat, tatkala melihat ramai sahabat-sahabat yang lain tewas dengan godaan facebook. 

"Entah, kata asalnya nak guna Facebook sebab nak contact kawan lama, tapi yang aku tengok asyik2 chatting dengan pompuan ajer!", tambah lagi sahabat yang lain...

Kedua-duanya 'membara' pada petang itu. Semuanya setelah melihat ramai sahabat-sahabat mereka yang selama ini terjaga pergaulan lelaki perempuan dalam alam realiti, tapi tewas di tangan Facebook, tewas di dunia maya...

******************************************************************

Abu Sa'id al-Khudri ra berkata, aku mendengar Rasulullah berkata:
"Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegahnya dengan tangan. Jika dia tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lisannya. Jika dia tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian (mengubah dengan hati) adalah selemah-lemah iman."

                                                          s Riwayat Muslim)

Dalam usaha kita untuk memahami hadis ini, pelbagai cara telah dilakukan...
Menggubal undang-undang yang terletak di bawah kekuasaan kita...
Daripada menegur sahabat yang lain, dan menjelaskan kepada mereka tentang kesilapan mereka...
Atau sekadar membenci segala maksiat yang berlaku di hadapan mata kita saban hari...

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencegah maksiat itu...

Namun, dalam hakikat kita berjuang menegak kebenaran itu...
Dalam hakikat kita berjuang mempertahankan dakwah itu...
Kerana bencinya kita kepada maksiat itu...
Kita telah tertinggal satu kunci terpenting...
Kunci 'hikmah'...

Sering kali kita terdengar...
Penceramah-penceramah di sekeliling kita...
Dan juga diri kita ini...
Kita sering kali memperkecilkan golongan yang terjebak dengan maksiat ini...

"Mereka ni patut dibuat tempat persandingan khas. Pastu, nikahkan! Baru diorang tau kapel ni ape"

"Jahil la diorang ni, tak tau ke benda ni salah!"

Mungkin ayat-ayat itu lah sering kita katakan kepada golongan yang telah melakukan maksiat di sekeliling kita...
Kita perkecilkan mereka...
Kita anggap mereka ini seolah-olah telah hilang daripada hidayah Allah...
Kita anggap mereka ini hanyalah satu golongan yang menyusahkan kita...
Mereka ini sering busuk di mata kita...

Tetapi hakikatnya...
Pandanglah mereka ini dengan KASIH SAYANG...
Kasihanilah mereka...
Kerana masih belum mendapat hidayah Allah...
Kerana mereka masih lagi belum sedar dengan kesilapan yang telah mereka lakukan...
Jadilah kita sebagai penyampai cahaya hidayah Allah kepada mereka...
Kerna yang memberi hidayah dan kesedaran ke dalam hati mereka itu adalah Allah...

"Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah pemberi peringatan.Engkau bukanlah orang yang berkuasa atas mereka."
                                                                                      (Surah Al-Ghasyiyyah 88:21)

Siapakah kita untuk menghukum mereka tak layak?
Siapakah kita untuk mengatakan mereka tidak akan berubah?

Mungkin apa yang kita tegur mereka pada hari ini...
Mereka ini takkan berubah pada hari ini...
Tapi mungkin esok...
Mungkin minggu depan...
Mungkin juga tahun depan...
Atau mungkin akan berubah 4 atau 5 tahun lagi...
Siapa yang tahu?

Kita ini tidak berkuasa untuk mengubah mereka dalam masa satu malam sahaja...
Sedangkan Rasulullah SAW memantapkan akidah para sahabat selama 13 tahun di kota Mekah...
Dan hukum-hukum islam itu dibina semasa fasa islam di Madinah...

Jadi...
Pandanglah sahabat-sahabat kita...
Yang berada di sekeliling kita ini...
Dengan penuh kasih sayang...
Janganlah dibenci diri mereka ini...
Walau tahap mana pun besarnya dosa mereka...
Walau pahit mana kesalahan yang telah mereka lakukan...

Salam kesabaran untuk diri ini...
Dan juga untuk para sahabat...
Yang setia di jalan yang lurus ini...
InsyaALLAH...

Sunday, May 9, 2010

Di Sebalik Soalan Yang Dilontar Itu...

12:01
Sunday
9th May 2010


Al-Kisah 1


Pada suatu hari, seorang gadis pergi mendapatkan seorang ustaz, ingin bertanya tentang persoalan yang membelenggu dirinya selama ini.


"Assalamu'alaikum, ustaz. Boleh saya bertanya satu soalan?", ujar si gadis.


"Wa'alaikumusslam. InsyaALLAH ustaz sedia membantu..."


"Sebenarnya begini ustaz. Saya ada bercadang ingin mewarnakan rambut. Lagipun  saya bukan warnakan rambut untuk ditayangkan kepada orang ramai. Tambahan pula, saya pakai tudung. Cuma saya nak warnakan untuk sentiasa kelihatan cantik di hadapan suami saya... Bolehkah? Ape hukumnya ustaz?", tanya si gadis dengan penuh panjang lebar....


Si ustaz terdiam...
Berfikir apakah jawapan yang terbaik buat si gadis ini...
Mewarnakan rambutnya untuk suami tercinta....


Si ustaz menarik nafas panjang...


"Sebenarnya, kalau bertanya bab hukum, harus aje. Sebab untuk suami. Tetapi, izinkan saya bertanya. Mengapa ingin diwarnakan rambut itu? Adakah warna hitam yang selama ini tidak cantik? Atau kita sudah terpengaruh dengan agenda Barat yang ingin merosakkan Islam? Yang menyuntik jarum mereka secara halus???", tanya si ustaz...


Menjawab soalan dengan soalan...




Al-kisah 2


Seorang sahabat bertanya kepada seorang sahabat yang lain...


"Salam, akh. Nak tanya sikit. Apa hukumnya kalau kita pergi ke karaoke? Ala, bukan lagu jiwang-jiwang pun. Bukan lagu cinta. Tapi karaoke lagu nasyid..."


Terdiam si sahabatnya itu kerana memikirkan apakah ada maksud yang ada disebalik soalan itu...
Masalahnya bukan pada karaoke lagu nasyid, tapi kenapa ingin berkaraoke?






******************************************************************************


Jika direnung kisah di atas...
Kita dapat lihat satu realiti hari ini...
Sentiasa ingin berbuat sesuatu...
Tetapi bertanya tentang hukumnya...

Bolehkah warnakan rambut?
Bolehkah berjumpa seorang gadis/lelaki untuk berbincang pasal isi usrah?
Bolehkah berkaraoke, tapi menggunakan nasyid sebagai ganti lagu dangdut?
Bolehkah itu, bolehkah ini?

Dan kita cukup berpuas hati apabila mendapat tahu bahawa hukumnya harus...
Berbunganya hati pabila mendapat tahu bahawa hukumnya adalah sunat...

Namun di sebalik soalan-soalan yang sentiasa meniti di bibir itu...
Ada persoalan yang lebih penting di sebalik semua itu...
Tentang tujuan perkara yang kita minta hukum itu...
Atau dalam bahasa lebih 'standard', tentang objektif semua benda yang ingin kita lakukan itu...

Kita meminta hukum...
Sekadar nak dapatkan keputusan...
Sama ada boleh atau tidak...
Tapi kita tak pula menjana minda ini untuk berfikir...
Mengapa?
Kenapa? 
Untuk apa?

Kalau rujuk dua kisah di atas...
Yang pertama ingin mewarnakan warnakan rambut...
Adakah kita telah terpengaruh dengan media yang sering mencanangkan bahawa jadilah penampilan seperti seorang model untuk memastikan diri ini kelihatan cantik...
Walaupun untuk suami tercinta...
Tanpa sedar, diri si gadis itu telah terpengaruh dengan agenda Barat yang sentiasa ingin menghancurkan Islam...
Sepatutnya soalan ditukar...
"Kenapa saya nak warnakan rambut?"

Dan kalau dilihat pada kisah kedua...
Ingin berkaraoke...
Tetapi lagu dangdut, lagu bertemakan cinta...
Diganti dengan nasyid...
Apakah hukumnya?
Tapi sepatutnya soalan ditukar...
"Kenapa saya nak berkaraoke?"

Sama ada nak tahu apa yang kita buat itu benar atau salah...
Fahamilah hadis ke-27 dalam Hadis 40 Imam an-Nawawi...

Nawwas bin Sam'an berkata, Nabi SAW bersabda:
"Kebajikan adalah adalah akhlak terpuji, sedangkan dosa adalah apa meresahkan jiwamu serta engkau tidak suka apabila masalah itu diketahui orang lain."
                                                                                                        (Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang diterangkan oleh Wabishah bin Ma'bad r.a, ia berkata, Aku mendatangi Rasulullah SAW, beliau bertanya:

"Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"

Aku menjawab, "Ya, benar."

Beliau berkata:
"Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski berulang kali manusia telah memberi fatwa kepadamu."


Jika diteliti pada hadis di atas...
Rasulullah SAW sendiri telah meminta kita berfikir tentang apa yang kita ingin lakukan itu...
Andai kata benda itu salah...
Maka kita akan rasa malu andai perkara itu diketahui oleh orang ramai...
Tak perlulah sampai jumpa beratus-ratus orang ustaz sekadar ingin bertanya tentang hukum...
Tetapi tidak menjana fikir dalam diri kita...

Namun, ada yang bertanya...
"Kalau kita buat kesalahan, tapi tak rasa resah pun?"

Ehem...
Tu kena 'check' balik...
Adakah hati kita telah mati?

Kesimpulan?
Berfikirlah dalam apa jua yang ingin kita lakukan...
Walau hati ini puas ketika mendapat tahu bahawa apa yang kita ingin lakukan adalah tak haram di sisi Islam...
Fikir!
Apa objektif kita nak lakukan benda tu...

Salam menjana fikiran...
Untuk diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat tercinta...

InsyaALLAH!

Wednesday, May 5, 2010

Apa Yang Kita Sokong?

11:49
Wednesday
5th May 2010


Kisah 1


"Kita mesti balik kepada Islam. Jangan saling kutuk-mengutuk antara satu sama lain dalam memancing pengundi kita. Jangan berhasad dengki antara satu sama lain.", tegas seorang calon Y dari Parti A...


"Hek eleh, parti dia tak memperjuangkan Islam pun. Tapi ada hati nak bercakap pasal Islam. Balik cermin diri dulu laaaa!!!!",bangkang seorang calon X yang datang dari Parti B.


Mungkin berasa si calon Y tak patut menasihati orang lain kerana partinya tidak memperjuangkan Islam. Tambahan pula Parti A yang diwakili oleh tidak mempunyai mana-mana perkataan Islam pun dalam partinya. 
Mungkin itulah yang difikirkan oleh si calon X.
Bangga dengan partinya yang memperjuangkan Islam. Ditambah lagi dengan partinya yang bernama ala-ala Islam...


Kisah 2


Suatu petang di Kolej Z...


"Bro, aku nampak engko bergurau dengan perempuan ada ter'lebih' sikit dalam kelas tadi. Jangan camtu, engko kan seorang naqib...", tegur seorang 'mat rock' kepada kawannya, yang cukup terkenal dalam kredibiliti memperjuangkan isu Islam di kolejnya...


"Ala, engko nak nasihat aku? Usrah pun tak join. Hadis Rasulullah pun takde dalam kepala! Al-Quran pun tak tau ke mana... Aku tau la apa aku buat.", jawab si ikhwat.


Mungkin terasa tercabar kerana yang menasihatinya itu bukannya seorang naqib, tidak pula join mana-mana usrah. Ditambah pula dengan seorang yang terkenal di kolej dengan mempunyai ciri-ciri sebagai seorang 'mat rock'... Bukan pula geng kaki surau...




***************************************************************************


Dalam dua kisah di atas...
Bukan rekaan semata-mata, tapi itulah realiti hari ini...

Dalam kehidupan kita, tidak mungkin kita sebagai hamba Allah yang lemah ini mampu terlepas daripada melakukan sebarang dosa...
Dan sering kali juga kita akan ditegur oleh sahabat-sahabat di sekeliling kita...
Adakalanya kita menerima teguran itu, dan adakalanya juga kita tolak...

Bila difikirkan balik..
Apa yang menyebabkan kita tolak nasihat-nasihat yang ikhlas itu?
Kerana yang memberi nasihat itu bukan seorang ustaz?
Kerana yang menasihati kita itu bukan seorang naqib?
Kerana yang memberi nasihat itu adalah seorang yang tidak membawa mana-mana usrah?
Kerana dia adalah parti politik yang tak sehaluan dengan kita?

Hmmm...
Jadi, di sinilah kita mula membuat satu masalah...
Masalah tentang diri kita sendiri...

Adakah kita menerima nasihat adalah kerana orang yang memberi nasihat itu?
Walaupun dia memberi sesuatu yang salah, tapi disebabkan dia adalah yang 'sehaluan' dengan kita, maka dengan begitu keras sekali kita akan mempertahankan pendapatnya itu?
Sehingga sanggup menjadikan dalil al-Quran dan hadis dan memanipulasikan pula sumber terhebat ini semata-mata untuk mempertahankan golongan yang 'sehaluan' dengan kita ini?

Dalam erti kata yang lain...
Apabila seseorang yang bukannya ahli surau...
Pakaiannya pula adalah seluar slack, dengan baju t-shirt, dengan jam tangan besi menghiasi pergelangan tangan, maka kita tolak nasihatnya?
"Engkau tak layak bercakap pasal Islam?"
Mungkin itulah yang terdetik di hati kita..
Nauzubillah...

Maka adakah kita meletakkan seseorang yang layak menasihati kita dan orang lain, dan mengajak mereka mestilah seorang ustaz?
Mestilah yang pakaiannya berjubah, berserban, janggut menghiasi dagu?
Mestilah seorang yang mempunyai sijil dari al-Azhar?
Tak pun koman-koman seorang yang mempunyai tauliah?

Kesimpulannya...
Andai kata kita ini dinasihati oleh orang sekeliling kita...
Maka lihatlah dan telitilah pada nasihatnya...
Bukan pada orang yang memberi nasihat...
Mungkin yang menegur pergaulan kita dalam kelas hanyalah seorang manusia biasa, maka kita tolak nasihat itu?

Walaupun yang salah itu dikeluarkan oleh orang-orang agama, ia tetap akan salah...
Walaupun yang benar itu dikeluarkan oleh bukan orang agama, maka ia tetap akan benar...

Kerana?

Rasulullah SAW berkata:
"Yang benar itu jelas dan yang haram itu jelas..."
(Boleh lihat dalam salah satu hadis dalam Hadis 40 Imam Nawawi, maaf tak ingat hadis ke berapa)

Terimalah nasihat yang benar kerna ia adalah benar...
Dan tolaklah yang salah itu kerna ia adalah salah...
Jangan pula disandarkan tahap kebenaran nasihat itu terletak pada orang yang memberi nasihat...

Salam perjuangan menegakkan kebenaran...
Buat diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat tercinta...
InsyaALLAH....

Tegakkan kebenaran kerna ia memang benar, bukan lihat pada siapa pemberitahu.

Abe Am @ Ikram  Mohd Noor

Monday, May 3, 2010

Di Situ Kesuciannya Terpelihara...

22:30
Monday
3th May 2010


Semua orang islam di seluruh dunia mengetahui islam ini bermula dengan penurunan wahyu di Gua Hira...
Dan semua orang tahu step-step yang telah diambil oleh Rasulullah dalam menyampaikan ajaran islam pada masa itu...
Dengan strategi dakwah secara sembunyi dan secara terang-terangan di kota Mekah...
Namun kita tidak pernah terfikir tentang mengapa Allah SWT membangkitkan islam itu di tengah-tengah kota Mekah...





Jika dilihat pada peta dunia yang bertarikh pada 579 Masihi...
Kita dapat lihat dengan jelas bahawa Lembah Hijjaz yang terdiri daripada tiga buah kota, iaitu kota Mekah, Madinah dan Thaif terletak di antara Timur dan Barat...

Jika dilihat konsep tamadun yang wujud di sekitar Mekah pada tahun 610 Masihi, kita dapati Mekah telah dikelilingi oleh tamadun-tamadun yang begitu pesat membangun...

Kita dapat lihat dengan jelas bahawa sebelah barat Mekah pada masa itu telah sekian lama terbentuk tamadun Rom, Yunani dan Parsi. Dan jika diteliti di sebelah Timur, tamadun Hindu dan China juga sedang pesat membangun.

Rom dan Parsi ketika itu sedang kaya dengan ilmu falsafah bersifat pemikiran manusia. Fahaman-fahaman dan  ilmu falsafah telah lama dibentuk oleh tokoh-tokoh mereka seperti Plato, Stoik, Aristotle, dan banyak lagi...
Di sebelah Timur pula, konsep pemikiran yang berteraskan imaginasi yang melambung tinggi pula sudah lama sebati dalam kehidupan mereka...

Konsep 'orde kosmos' yang mengatakan bahawa kerajaan mereka adalah pusat pentadbiran alam semesta sudah lama berakar dalam minda mereka. dan konsep 'moksya' juga sudah lama sebati dalam rohani mereka. Mereka ini mempunyai falsafah yang cukup melambung tinggi.

Tapi...
Apabila dilihat pada kota Mekah dan kawasan sekitarnya...
Kota-kota ini tidak mempunyai mana-mana pengaruh kawasan yang terdapat di sekitarnya baik dari sebelah barat mahupun dari sebelah timur... Kawasan ini amatlah tandus kerana kawasan padang pasir dan tidak menarik minat mana-mana kuasa untuk menumpukan kuasa ke atas mereka. Jadi, penduduk di kota ini telah suci daripada mana pemikiran atau falsafah tamadun yang sedang mendominasi dunia...

Dan Muhammad bin Abdullah itu sendiri pula merupakan seorang yang buta huruf. dan dirinya sendiri merupakan anak yatim piatu, yang kematian kedua ibu bapanya sejak kecil lagi.

Andai islam itu dicedok daripada mana-mana konsep falsafah ini, mana mungkin Muhammad bin Abdullah yang buta huruf itu mampu menterjemah kitab-kitab kuno ini untuk diolah menjadi Al-Quran sebagaimana yang didakwa oleh Orientalis Barat. sedangkan kota Mekah itu sendiri tidak mendapat mana-mana pengaruh tamadun yang wujud di sekitarnya...

Muhammad bin Abdullah itu juga merupakan anak yatim piatu. Allah berbuat demikian kerana ingin membentuk jiwa seorang Rasul akhir zaman yang mempunyai jati diri yang cukup kuat. Yang tidak menangis apabila najis unta dan perutnya dilempar ke atas Baginda ketika sedang solat di Masjidil Haram. Yang tidak menyerah kalah apabila Bani Hasyim dipulau selama bertahun-tahun. Baginda juga yatim supaya segala ilmu pemikiran yang wujud dalam minda Baginda adalah suci dan terus daripada Allah, bukan daripada kedua orang tuanya andai seluruh hidupnya dijaga oleh kedua ibu bapanya...

Kesimpulannya...
Jika dilihat pada ancaman hari ini...
Para Orientalis barat yang terkenal seperti:

  1. Christian Snouck Hourgronje
  2. Goldziher
  3. Louis Massignon
  4. J. Schact
  5. Am Rosenthal
  6. dan pelbagai lagi...
Mereka ini mendakwa bahawa islam telah dibina daripada kitab-kitab kuno yang wujud daripada tamadun-tamadun yang pesat membangun seperti Greek, Yunani, Rom, Veda, dan pelbagai lagi...


******************************************************************



Terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang sudi membaca post ini...
Yang merupakan terpanjang setakat ini...

Idea di atas telah ana olah hasil gabungan mebaca buku:

  1. Fiqh Al-Sirah oleh Muahmmad Sa'id Ramadan Al-Buti
  2. Gerakan Orientalisme & Kristian oleh Hj. Nik Azran Muhamed
  3. Majalah I tahun 2008, menceritakan dgn teliti perihal Orientalisme yang terkenal.
Semoga perkongsian ini dapat membuka minda kita bersama...

InsyaALLAH...

Mereka Berani Mempertahankannya...

17:55
Monday
3th May 2010

Berdasarkan pengalaman sendiri...
Biarlah ana ceritakan serba sedikit di sini..
Pernah dalam hidup ini sepanjang menjadi pelajar KMB...
Semua pelajar dikehendaki menjadi peserta kem unit beruniform...
Biarlah nama unit uniform itu menjadi rahsia...
Baru aje berlaku baru-baru ini...

Kem yang dijalankan selama 3 hari 2 malam itu amatlah menarik...
Penuh dengan pengisian dan aktiviti yang cukup mencabar fizikal dan mental...
"Night Walk" atas bukit pada pukul 2 pagi...
Kawad kaki, belajar cara-cara untuk menggunakan tali, stretcher dengan betul, dan banyak lagi...


************************************************************

Mereka Kaum Yang Berani Walaupun Lembut

Cuma dalam keghairahan pihak pengedali kem itu ingin membentuk jati diri dan disiplin peserta, ada benda yang terlepas pandang...

Pada suatu petang, kami dikehendaki berbaris dalam skuad masing-masing...
Kawad ler tu...

Tiba-tiba, seorang pegawai memberi arahan...
Dengan suara yang cukup lantang...
"Saya nak, semua perempuan yang bertudung, masukkan tudung ke dalam baju. Sekarang jugak!"

Apa lagi, kecut gak ah perut diri ini yang mendengar...
Apa yang ana cukup respek, tiada seorang pun muslimat yang berbuat demikian...
Suasana dah mula tegang...
Semua diam...

"Saya cakap, semua pelajar perempuan yang bertudung, masukkan ke dalam baju!"

"Tak boleh tuan!", jawab seorang muslimat...
Perghhh, cukup berani. 
Ana dah mula kagum...

"Kalau tak, camne awak nak buat rawatan cemas. Nak bagi CPR dengan tudung yang berjuntai aje!"

"Baju uniform ni dah cukup jarang, tuan!"

Perghhh...
Seorang muslimat yang lain mempertahankan pendirian mereka...
Alhamdulillah...

Masih ingat, seorang sahabat yang kat sebelah ana dah mula nak menunjukkan simptom-simptom nerasap dengan arahan yang tak logik tu...

"Bro, engko back-up aku kalau aku bercakap pasni boleh?", Bapak(bukan nama sebenar) mula pesan kat aku...
"Okay okay..", aku jawab...

"Okay! Kamu tak nak ikut takpe. Tapi kalau esok saya handle mana-mana program, saya nak semua tudung masuk dalam baju! Kalau tak, siap!",ugut pegawai tersebut...

Fuhhh!!!!
Lega...

Masa kat dewan untuk aktiviti seterusnya, muslimin dah mula berbincang...
Andai kata mereka nak teruskan agenda tudung masuk ke dalam baju, terpaksalah kami berbincang dengan cikgu-cikgu yang mengiringi kami...

Ana masih ingat, ada seorang sahabat pass short note kat ana...
Dia tulis...
"Abe, kalo hang nak tegur, kita kena jumpa cikgu atau cakap kat dia secara personal. Kalau tak, dia akan rasa maruahnya dijatuhkan..."

Alhamdulillah...
Tak sia-sia program usrah kat KMB selama ini...
Serba sedikit menunjukkan kebersanannya...


******************************************************************************


Tentang isu memasukkan tudung ke dalam baju...
Memang la menutup aurat...
Tapi ia tak akan selamnya melindungi maruah seorang muslimat yang terpelihara lagi suci ini...
Sebab segala 'perhiasan' yang ada pada jasad mereka akan terbentuk mengikut baju...
Maaf sebab ana terpaksa berterus-terang sedikit...

Kepada semua lelaki dan perempuan...
Fahamilah, kita menutup aurat bukan sebab ia perlu ditutup...
Tapi untuk mempertahankan maruah kita...

Kerana tak faham tentang kewajipan menutup aurat inilah...
Lahirnya wanita yang bertudung tapi berpakaian ketat...
Bertudung sekejap buka, sekejap tutup...

Kerana tak faham kewajiapan memakai pakaian yang menutup pusat hingga lutut inilah...
Lahirnya lelaki yang sentiasa berkopiah, tetapi ber'couple'...
Yang janggutnya menghiasi dagu, namun buruk akhlaknya...

Ingatlah sahabat...
Kita menutup aurat untuk mempertahankan maruah...
Bukan sekadar menutup rambut(wanita) sebab ia adalah fesyen...
Bukan tak pakai seluar pendek pabila bersukan sebab ia adalah undang-undang kolej/sekolah/universiti...

Dan kepada muslimat yang terlibat dalam peristiwa ini...
Syabas ana ucapkan...
Sengaja ana coretkan di blog ini...
Sebagai kenangan perjuangan muslimat sekalian...
Yang pernah hadir dalam hidup ana ini...
Dalam mempertahankan maruah dirimu...

Syabas ana ucapkan...

Kita mahu melahirkan lebih ramai golonagn sebegini...
Yang lembut keperibadiannya...
Namun tegas dengan pendiriannya dalam mempertahankan maruah...
InsyaALLAH...

Salam perjuangan untuk akhawat dalam mempertahankan dirimu...
Jadilah mawar yang berduri...
Agar tidak dirosakkan oleh tangan-tangan yang cemar itu...
Selamanya...
Sampai bila-bila...
Walau di mana jua dirimu berada....

Alhamdulillah...
Ku panjatkan kesyukuran ini...
Lindungilah mereka Ya Allah...
Agar terus suci...

Salam perjuangan juga untuk sahabat-sahabat muslim...
Agar kamu sentiasa mempertahankan wanita di bawah jagaanmu...

Takbirrr!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...