Monday, May 3, 2010

Di Situ Kesuciannya Terpelihara...

22:30
Monday
3th May 2010


Semua orang islam di seluruh dunia mengetahui islam ini bermula dengan penurunan wahyu di Gua Hira...
Dan semua orang tahu step-step yang telah diambil oleh Rasulullah dalam menyampaikan ajaran islam pada masa itu...
Dengan strategi dakwah secara sembunyi dan secara terang-terangan di kota Mekah...
Namun kita tidak pernah terfikir tentang mengapa Allah SWT membangkitkan islam itu di tengah-tengah kota Mekah...





Jika dilihat pada peta dunia yang bertarikh pada 579 Masihi...
Kita dapat lihat dengan jelas bahawa Lembah Hijjaz yang terdiri daripada tiga buah kota, iaitu kota Mekah, Madinah dan Thaif terletak di antara Timur dan Barat...

Jika dilihat konsep tamadun yang wujud di sekitar Mekah pada tahun 610 Masihi, kita dapati Mekah telah dikelilingi oleh tamadun-tamadun yang begitu pesat membangun...

Kita dapat lihat dengan jelas bahawa sebelah barat Mekah pada masa itu telah sekian lama terbentuk tamadun Rom, Yunani dan Parsi. Dan jika diteliti di sebelah Timur, tamadun Hindu dan China juga sedang pesat membangun.

Rom dan Parsi ketika itu sedang kaya dengan ilmu falsafah bersifat pemikiran manusia. Fahaman-fahaman dan  ilmu falsafah telah lama dibentuk oleh tokoh-tokoh mereka seperti Plato, Stoik, Aristotle, dan banyak lagi...
Di sebelah Timur pula, konsep pemikiran yang berteraskan imaginasi yang melambung tinggi pula sudah lama sebati dalam kehidupan mereka...

Konsep 'orde kosmos' yang mengatakan bahawa kerajaan mereka adalah pusat pentadbiran alam semesta sudah lama berakar dalam minda mereka. dan konsep 'moksya' juga sudah lama sebati dalam rohani mereka. Mereka ini mempunyai falsafah yang cukup melambung tinggi.

Tapi...
Apabila dilihat pada kota Mekah dan kawasan sekitarnya...
Kota-kota ini tidak mempunyai mana-mana pengaruh kawasan yang terdapat di sekitarnya baik dari sebelah barat mahupun dari sebelah timur... Kawasan ini amatlah tandus kerana kawasan padang pasir dan tidak menarik minat mana-mana kuasa untuk menumpukan kuasa ke atas mereka. Jadi, penduduk di kota ini telah suci daripada mana pemikiran atau falsafah tamadun yang sedang mendominasi dunia...

Dan Muhammad bin Abdullah itu sendiri pula merupakan seorang yang buta huruf. dan dirinya sendiri merupakan anak yatim piatu, yang kematian kedua ibu bapanya sejak kecil lagi.

Andai islam itu dicedok daripada mana-mana konsep falsafah ini, mana mungkin Muhammad bin Abdullah yang buta huruf itu mampu menterjemah kitab-kitab kuno ini untuk diolah menjadi Al-Quran sebagaimana yang didakwa oleh Orientalis Barat. sedangkan kota Mekah itu sendiri tidak mendapat mana-mana pengaruh tamadun yang wujud di sekitarnya...

Muhammad bin Abdullah itu juga merupakan anak yatim piatu. Allah berbuat demikian kerana ingin membentuk jiwa seorang Rasul akhir zaman yang mempunyai jati diri yang cukup kuat. Yang tidak menangis apabila najis unta dan perutnya dilempar ke atas Baginda ketika sedang solat di Masjidil Haram. Yang tidak menyerah kalah apabila Bani Hasyim dipulau selama bertahun-tahun. Baginda juga yatim supaya segala ilmu pemikiran yang wujud dalam minda Baginda adalah suci dan terus daripada Allah, bukan daripada kedua orang tuanya andai seluruh hidupnya dijaga oleh kedua ibu bapanya...

Kesimpulannya...
Jika dilihat pada ancaman hari ini...
Para Orientalis barat yang terkenal seperti:

  1. Christian Snouck Hourgronje
  2. Goldziher
  3. Louis Massignon
  4. J. Schact
  5. Am Rosenthal
  6. dan pelbagai lagi...
Mereka ini mendakwa bahawa islam telah dibina daripada kitab-kitab kuno yang wujud daripada tamadun-tamadun yang pesat membangun seperti Greek, Yunani, Rom, Veda, dan pelbagai lagi...


******************************************************************



Terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang sudi membaca post ini...
Yang merupakan terpanjang setakat ini...

Idea di atas telah ana olah hasil gabungan mebaca buku:

  1. Fiqh Al-Sirah oleh Muahmmad Sa'id Ramadan Al-Buti
  2. Gerakan Orientalisme & Kristian oleh Hj. Nik Azran Muhamed
  3. Majalah I tahun 2008, menceritakan dgn teliti perihal Orientalisme yang terkenal.
Semoga perkongsian ini dapat membuka minda kita bersama...

InsyaALLAH...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...