Sunday, May 9, 2010

Di Sebalik Soalan Yang Dilontar Itu...

12:01
Sunday
9th May 2010


Al-Kisah 1


Pada suatu hari, seorang gadis pergi mendapatkan seorang ustaz, ingin bertanya tentang persoalan yang membelenggu dirinya selama ini.


"Assalamu'alaikum, ustaz. Boleh saya bertanya satu soalan?", ujar si gadis.


"Wa'alaikumusslam. InsyaALLAH ustaz sedia membantu..."


"Sebenarnya begini ustaz. Saya ada bercadang ingin mewarnakan rambut. Lagipun  saya bukan warnakan rambut untuk ditayangkan kepada orang ramai. Tambahan pula, saya pakai tudung. Cuma saya nak warnakan untuk sentiasa kelihatan cantik di hadapan suami saya... Bolehkah? Ape hukumnya ustaz?", tanya si gadis dengan penuh panjang lebar....


Si ustaz terdiam...
Berfikir apakah jawapan yang terbaik buat si gadis ini...
Mewarnakan rambutnya untuk suami tercinta....


Si ustaz menarik nafas panjang...


"Sebenarnya, kalau bertanya bab hukum, harus aje. Sebab untuk suami. Tetapi, izinkan saya bertanya. Mengapa ingin diwarnakan rambut itu? Adakah warna hitam yang selama ini tidak cantik? Atau kita sudah terpengaruh dengan agenda Barat yang ingin merosakkan Islam? Yang menyuntik jarum mereka secara halus???", tanya si ustaz...


Menjawab soalan dengan soalan...




Al-kisah 2


Seorang sahabat bertanya kepada seorang sahabat yang lain...


"Salam, akh. Nak tanya sikit. Apa hukumnya kalau kita pergi ke karaoke? Ala, bukan lagu jiwang-jiwang pun. Bukan lagu cinta. Tapi karaoke lagu nasyid..."


Terdiam si sahabatnya itu kerana memikirkan apakah ada maksud yang ada disebalik soalan itu...
Masalahnya bukan pada karaoke lagu nasyid, tapi kenapa ingin berkaraoke?






******************************************************************************


Jika direnung kisah di atas...
Kita dapat lihat satu realiti hari ini...
Sentiasa ingin berbuat sesuatu...
Tetapi bertanya tentang hukumnya...

Bolehkah warnakan rambut?
Bolehkah berjumpa seorang gadis/lelaki untuk berbincang pasal isi usrah?
Bolehkah berkaraoke, tapi menggunakan nasyid sebagai ganti lagu dangdut?
Bolehkah itu, bolehkah ini?

Dan kita cukup berpuas hati apabila mendapat tahu bahawa hukumnya harus...
Berbunganya hati pabila mendapat tahu bahawa hukumnya adalah sunat...

Namun di sebalik soalan-soalan yang sentiasa meniti di bibir itu...
Ada persoalan yang lebih penting di sebalik semua itu...
Tentang tujuan perkara yang kita minta hukum itu...
Atau dalam bahasa lebih 'standard', tentang objektif semua benda yang ingin kita lakukan itu...

Kita meminta hukum...
Sekadar nak dapatkan keputusan...
Sama ada boleh atau tidak...
Tapi kita tak pula menjana minda ini untuk berfikir...
Mengapa?
Kenapa? 
Untuk apa?

Kalau rujuk dua kisah di atas...
Yang pertama ingin mewarnakan warnakan rambut...
Adakah kita telah terpengaruh dengan media yang sering mencanangkan bahawa jadilah penampilan seperti seorang model untuk memastikan diri ini kelihatan cantik...
Walaupun untuk suami tercinta...
Tanpa sedar, diri si gadis itu telah terpengaruh dengan agenda Barat yang sentiasa ingin menghancurkan Islam...
Sepatutnya soalan ditukar...
"Kenapa saya nak warnakan rambut?"

Dan kalau dilihat pada kisah kedua...
Ingin berkaraoke...
Tetapi lagu dangdut, lagu bertemakan cinta...
Diganti dengan nasyid...
Apakah hukumnya?
Tapi sepatutnya soalan ditukar...
"Kenapa saya nak berkaraoke?"

Sama ada nak tahu apa yang kita buat itu benar atau salah...
Fahamilah hadis ke-27 dalam Hadis 40 Imam an-Nawawi...

Nawwas bin Sam'an berkata, Nabi SAW bersabda:
"Kebajikan adalah adalah akhlak terpuji, sedangkan dosa adalah apa meresahkan jiwamu serta engkau tidak suka apabila masalah itu diketahui orang lain."
                                                                                                        (Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang diterangkan oleh Wabishah bin Ma'bad r.a, ia berkata, Aku mendatangi Rasulullah SAW, beliau bertanya:

"Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"

Aku menjawab, "Ya, benar."

Beliau berkata:
"Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski berulang kali manusia telah memberi fatwa kepadamu."


Jika diteliti pada hadis di atas...
Rasulullah SAW sendiri telah meminta kita berfikir tentang apa yang kita ingin lakukan itu...
Andai kata benda itu salah...
Maka kita akan rasa malu andai perkara itu diketahui oleh orang ramai...
Tak perlulah sampai jumpa beratus-ratus orang ustaz sekadar ingin bertanya tentang hukum...
Tetapi tidak menjana fikir dalam diri kita...

Namun, ada yang bertanya...
"Kalau kita buat kesalahan, tapi tak rasa resah pun?"

Ehem...
Tu kena 'check' balik...
Adakah hati kita telah mati?

Kesimpulan?
Berfikirlah dalam apa jua yang ingin kita lakukan...
Walau hati ini puas ketika mendapat tahu bahawa apa yang kita ingin lakukan adalah tak haram di sisi Islam...
Fikir!
Apa objektif kita nak lakukan benda tu...

Salam menjana fikiran...
Untuk diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat tercinta...

InsyaALLAH!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...