Sunday, May 16, 2010

Cubalah Kita Menjadi Mereka...

15:20
Suday
16th May 2010

Realiti 1
Suatu hari, seorang ayah membawa anaknya yang demam ke hospital. Setelah mengambil nombor giliran,maka si ayah menunggu nama anaknya dipanggil. Si ayah melihat keadaan di hospital sangat mendesak. Ada yang luka akibat terjatuh, masih sedang menunggu nama dipanggil. Ada yang terlalu letih menunggu, sampai tertidur...


Masa terus bergerak...
Minit mula bergerak ke puluhan minit...
Setengah jam mula bergerak...
Namun nama anaknya masih belum dipanggil...
Si ayah mula berasap!
Apekah doktor-doktor yang ada sedang borak-borak?
Sedang minum kopi?
Namun nama pesakit-pesakit lain terus dipanggil...
Kesabaran si ayah mula teruji...


"Doktor makan gaji buta!" 
Bentak hatinya...


Tanpa mengambil masa untuk terus menunggu, si ayah meluru ke dalam bilik rawatan...
Dammm!!!
Pintu dihempas sekeras-kerasnya...
Dilihat doktor sedang merawat pesakit yang dipanggil namanya sebentar tadi...


"Awak tengah buat ape? Ingat saya ni kayu ke nak menunggu di luar? Dasar makan gaji buta!", jerkah si ayah.
"Maaf, pak cik. Boleh pakcik tunggu giliran kat luar? Saya sedang merawat pesakit ni", kata si doktor. Cuba menjelaskan keadaan sebenar. Barangkali...
"Ah! Malas saya camni. Dah setengah jam saya menunggu!"...
Si ayah terus pergi. Pergi meninggalkan hospital. Hatinya panas, panas dek terlampau lama menunggu rawatan untuk anaknya...


*****************

Realiti 2
"Tak boleh! Saya tak setuju. Awak nak buat program kat luar, dah tu melibatkan pelajar perempuan. Saya tak bersetuju. Bahaya awak tahu tak? Nanti apa-apa berlaku, ibu bapa akan salahkan pihak pentadbiran", kata seorang guru kepada seorang pengarah projek, yang hanyalah seorang pelajar yang masih lagi belasan tahun...

Si pelajar mula berubah air mukanya...
Hatinya mula panas...
Terbakar...
Dek ideanya untuk mengadakan program merentas desa di kampung terdekat ditolak mentah-mentah...
Bahaya, kerna aktiviti melibatkan pelajar perempuan...
Itulah alasan gurunya...

"Tapi cikgu, kami dah besar. Takkan masing-masing masih tak boleh nak jaga diri?", si pengarah projek cuba membela dirinya...

"Kat luar sana, ada bermacam-macam jenis manusia. Awak nak buat program ni, awak kena fikir keselamatan tahu? Ada 'buaya',ada 'singa'. Karang kalau ada pelajar perempuan yang kena tarik, masuk dalam hutan tu. Kena rogol. Susah! Bahaya sangat-sangat. Dah la kampung tu 'famous' dengan kes samun!", si guru menjelaskan keadaan sebenar...

Keadaan semakin tegang...
Si pelajar terus meninggalkan gurunya...
Marah, kerana gurunya tak pernah memahami kehendaknya...
"Karenah birokrasi yang tak pernah habis!", detik hatinya...

***************

Cukup dengan dua realiti di atas, sudah cukup untuk mewakili keadaan hari ini...
Dalam realiti hidup kita sebagai manusia, saya percaya ramai yang pernah berhadapan dengan masalah seperti di atas...
Pergi ke klinik, menunggu hampir sejam semata-mata untuk mendapatkan rawatan...
Andai terlalu lama menunggu, kita akan tuduh pihak hospital makan gaji buta...
Andai mana-mana pernah menjadi 'project mnager', kita mungkin pernah dihidang dengan pengalaman kerenah birokrasi...

Tapi...
Dalam kita menggunakan perasaan, emosi kita untuk menilai situasi ini...
Kita sering berfikir hanya menggunakan kepentingan kita...
Hanya menggunakan situasi kita...
Tanpa mengambil kira situasi orang yang terlibat sama...

Contoh...
Si ayah rasa dirinya terhina...
Kerna terlampau lama menunggu rawatan untuk anaknya...
Lantas dirinya meradang...
Terlalu ikutkan emosional...
Menganggap doktor tak menjalankan tugas...
Tapi hakikat sebenar...
Si ayah terlupa statistik negara...
Bilangan doktor di Malaysia amatlah sedikit...
Nisbah yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO), setiap negara mesti mempunyai nisbah seorang doktor dengan seorang penduduk ialah 1:600...
Tapi di Malaysia, nisbah ini masih jauh ketinggalan...
Nisbah di Malaysia, seorang doktor ialah 905 penduduk, yakni 1:905...
Bilangan doktor masih lagi sedikit...
Maka, tidak hairanlah sampai ada yang doktor terpaksa tidur di hospital selama 3 hari, kerana jadual 'on call' yang menuntut sebuah perjuangan...
Cubalah si ayah berada di tempat doktor itu, nescaya dia akan faham situasi sebenar...

Dan jika dilihat situasi kedua pula...
Idea untuk mengadakan program merentas desa di kampung terdekat ditolak mentah-mentah...
Si pelajar hanya nampak keseronokan program itu...
Dapat keluar di waktu pagi, menikmati pemandangan desa...
Namun, seorang guru yang dah terdidik dek pengalaman lampau...
Melihat program itu dari sudut perspektif yang berbeza...
Guru itu nampak bahaya yang terlindung dalam keseronokan itu...
Pengalamannya berada di kampung itu selama belasan tahun...
Nampak bahaya yang sedang menanti...
Kampung yang tersohor dengan masalah dadah...
Masalah samun dan rompak yang berleluasa...
Tak sanggup membiarkan gadis-gadis di bawah tanggungjawabnya berada dalam situasi itu...
Si pelajar meradang...
Kerana menganggap si guru tak memahaminya...
Tapi, dirinya tak pernah rasa untuk bertukar posisi buat sementara waktu...
Cuba dirinya berada di tempat gurunya itu...
Nescaya dia sendiri juga tak akan bersetuju dengan idea untuk program itu...

Itulah hakikatnya...
Kita terlampau mudah menuduh orang sebegitu dan sebegini...
Bertindak dengan emosional...
Sehingga nilai rasional itu sudah ketinggalan...
Tatkala kita melihat guru kita marah-marah...
Kita katakan guru kita tak patut buat sebegitu...
Tapi kita terlepas pandang...
Kita sebagai pelajar hanya mempunayi tanggungjawab sebagai pelajar dan seorang anak...
Sedangkan guru itu mempunyai tanggungjawab sebagai seorang guru, seorang ibu/bapa, sebagai pekerja dan sebagai pendidik...

Andai suatu hari kita melihat seseorang itu bertindak di luar batasannya...
Mungkin pada hari itu sahabat itu marah-marah...
Janganlah terus kita lemparkan tuduhan melulu...
Cubalah diri kita berada di tempatnya...
Mungkin ada sesuatu yang sedang berserabut di fikirannya...
Cubalah untuk bersangka baik...
Kerana masalah yang menimpa kita tak sama dengan masalah yang menimpa orang lain...

Fikir dan terus berfikir...
Kenapa sahabat kita menjadi sebegitu...
Barulah kita akan menjadi tenang...
Semuanya adalah mungkin...
Tiada yang tidak mungkin...
Cuma nak atau tak nak ajer yang tinggal...

InsyaALLAH...

Salam perjuangan untuk diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat yang terus sabar untuk berada di jalan yang betul ini...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...