Wednesday, June 30, 2010

Serangan Ke Atas Surau KMB...

14:05
Wednesday
30th Jun 2010


Masuk hari ini dah genap seminggu dan mungkin lebih, berlakunya serangan ke atas Surau An-Nur iaitu surau KMB...
Rasanya masih segar dalam ingatan ini dengan serangan itu...
Serangan yang berlaku di saat pelajar-pelajar KMB ingin menunaikan solat Isyak...
Dan peristiwa ini adalah satu realiti yang telah berlaku, bukannya sebuah cerita rekaan...
Dan nasib baik tak masuk dalam surat khabar...
Kalau tak, naya...
Nama KMB akan tercemar...
Dan mungkin ibu bapa takkan lagi menghantar anak mereka ke KMB...


*******************************************


"InsyaALLAH, penuhkan saf,rapatkan saf..."
Azu (bukan nama sebenar) menjadi imam pada malam itu...

Dammm!!!
Dammm!!!

Ramai makmun yang sedang bersedia untuk menunaikan  solat Isyak terkejut dengan letupan itu...
Beberapa das letupan, tembakan barangkali, ada la dalam lima atau enam das telah berlaku di perkarangan surau...
Dan tidak semena-mena, beberapa lampu surau telah terpadam...
Namun nasib baik masih ada dalam 3 lampu yang tidak terpadam..
Kalau tak, mesti semua pelajar dah bergelap dalam surau...

Dan tiba-tiba...
Seorang lelaki bertopeng ala-ala 'terrorist' dalam 'Counter-Strike' masuk kedalam surau...
Lantas dia membaling bom asap..
Seorang lagi lelaki bertopeng masuk sambil menggalas senapang...
Asap yang dikeluarkan berwarna merah...
Dan semestinya asap tak dapat keluar mula menyelubungi bahagian dalam surau...
Diburukkan lagi dengan keadaan surau yang tertutup kerana pendingin udara sedang terpasang...
Sekali terasa cam main game 'Counter-Strike' pula, tapi ni realiti punya versi...
Rasakan Am, selama ni syok sangat pernah layan 'Counter-Strike', kan sekarang dah betul-betul kena serang...

Dan tak semena-mena...
Ada dalam 14 orang lagi lelaki bertopeng menyerbu masuk ke dalam surau...
Ada yang memakai baju celoreng ala-ala bomba...
Semuanya memakai topeng...
We are in a great trouble!

"Keluar!Keluar!", tempik salah seorang daripada mereka...

We are gasping for the air...
Yer la, dah la dalam surau penuh dengan asap...
Asap merah pulak tuh...

"Semua pelajar, pergi berkumpul kat padang! Sekarang!", jerkah salah seorang daripada mereka...

Hadoi, semua kena berkumpul kat padang mini berdekatan surau...
Mana pak guard  nih? 
Tak nak selamatkna kitorang ke?

Dan bila sampai ajer kat padang...
Dah ramai pelajar yang berasap..
Ape ni, nak buat lawak ke?
Sampai ada pelajar yang bertumbuk dengan salah seorang lelaki bertopeng tu...
Bertumbuk sebab dia mengherdik muslimat...
Dah la kena paksa berkumpul kat padang mini surau...
Kecik kot...
Satu batch kena duduk mencangkung kat situ...
Muslimin dan muslimat...
Ada la dalam 300 orang jugak...

"Sape ketua korang?", tanya si bertopeng itu...

"Saya!"
Presiden MPP mula tampil ke depan...
dalam samar-samar kegelapan cahaya bulan itu...
Dia terus diikat dan dibelasah sikit-sikit...
Eh, sikit ke? Kena tibai banyak la jugak...

Pastu, leader diorang kot, jerit kat kitorang...
"Kalo korang nak ketua korang selamat, korang dengar baik-baik tawaran aku. Nanti kita jumpa kat Pavillion!"

Dalam kegelapan malam itu...
Diorang heret presiden MPP...
Hanya beberapa orang sahaja yang tinggal bersama pelajar...
Yang lain ikut ketua diorang...
Bawa ke Pavilion kot...
Pavillion tu terletak dekat padang..
Bagi ex-Smachian, Pavilion tu cam astaka kat tepi padang Smach...

Nasib baik...
Pelajar dibenarkan bersolat di padang mini itu...
Solat dulu..
Doa banyak-banyak...
Tawaran dengan misi nak selamatkan presiden MPP tu lain cerita dulu...
Brader yang galas senapang tu duduk kat tepi padang sebelah muslimin...
Awasi pelajar barangkali...
Mana tau, ada lagi geng diorang yang kena tumbuk pasni...

Lepas ajer solat...
Dalam keadaaan berhimpit itu...
Hehehe...
Geng bertopeng yang awasi pelajar ada dalam 7 orang...
Pelajar lelaki ada dalam 100 lebih...
Ehem...
5 vs 100?
Apekah?

Ape lagi...
Kena tibai la diorang tu...
Nasib tiada pelajar yang cedera...

Pas 'selesaikan' geng2 yang awasi student tadi..
Semua pelajar mara ke padang...
Dari jauh nampak van diorang...
Ah, ada dalam 8 orang ajer...
Sekali lagi...
8 vs 100?
Apekah?
Dengan menggunakan IB Learner Profile yg ter'famous', iaitu risk taker...
Pelajar menggunakan kegelapan malam untuk menyerang diorang...
Lari di atas padang...
Dengan pantas dan senyap...
Rasa cam tak caya pun ada...

Setelah ditibai secukup rasa...
Rupanya diorang ni takde senjata...
Laaa...
Ada jugak perompak camni...

"Takkan surut walau selangkah, takkan henti walau sejenak.."
(Gelombang Keadilan oleh Shoutul Harokah)

Dan malam itu...
Semua pelajar berjaya diselamatkan...
Tanpa bantuan polis...
Tiada pelajar yang tercedera...
Geng2 bertopeng yang menyerang kitorang pulak...
Selepas habis ditibai...
Diserahkan kepada pihak berkuasa...

*****************************************

Bila cerita ini dicoretkan di sini...
Mungkin ramai pembaca yang tidak percaya...
Namun seperti yang saya katakan...
Bahawa peristiwa pada malam itu adalah satu realiti...
Bukan ilusi...
Bukan mimpi...
Tapi ini betul-betul berlaku...

Tapi ingin diingatkan di sini...
Kepada semua pembaca sekalian...
Serangan ini adalah satu kisah benar...
Dan diharap jangan disebar kepada orang ramai...

Sebab?
Serangan ini adalah gimik Minggu Penghayatan Islam (MPI) 2010 Kolej MARA Banting...

Diulang...
Serangan ini adalah gimik Minggu Penghayatan Islam (MPI) 2010 Kolej MARA BAnting...

Serangan ini dilakukan...
Sebagai satu kejutan untuk pelajar...
Dirancang oleh Biro Kerohanian & Tarbiyah (BERKAT)...
Dibantu oleh Tarbiyatul Muslimah (TM)...
Untuk merasai bagaimana keperitan penduduk Palestin...

Penghargaan kepada semua yang terlibat...
Lebih-lebih lagi kepada pelajar-pelajar yang telah diupah untuk berlakon menjadi serius...
Bertumbuk...
Bertekak...

Semua lelaki bertopeng...
Terdiri daripada ahli BERKAT dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Hulu Langat...
Ahli BERKAT tibai baju buat topeng muka...
Brader JPAM guna topeng ori punyer...
Sebijik cam 'terrorist'...
Penghargaan utama kepada JPAM...
Kerana membekalkan bom asap...
Dan ahli-ahli untuk menyamar sebagai penyerang...
Dan juga membekalkal senapang...
Dan juga efek letupan...

Saya sendiri menjadi salah seorang penyerang bertopeng...
Tapi kantoi dengan pelajar...
Sebab mereka tengok saiz badan dah tahu sape...

Ada yang laung, "Am, aku tahu tu engko!"
Hadoi, susah gak bila tinggi sangat ni...
Orang terus dapat kesan...
Haha...

Walupapepun...
Terima kasih kepada semua yang terlibat...
Sebab berjaya menjayakan gimik ini...
Memang betul-betul 'layan'...
Hebat2...

Namun setakat manakah kita mampu menghayati gimik ini?
Setakat manakah kita mampu merasai keperitan saudara kita yang tertindas di sana?
Fikirkan...
Sebab masing-masing lebih memahami diri sendiri...

Kepada sahabat2 seBERKAT...
Terima kasih sebab memahami...
Saya sendiri takleh nak hadir gotong-royong surau pada keesokan hari...
Sebab demam... ^ ^
Surau dah jadi merah sikit, sebab asap merah dari bom asap...

InsyaALLAH...
Salam penghayatan islam untuk diri ini...
dan juga untuk sahabat-sahabat seperjuangan...

Sunday, June 6, 2010

Apa Yang Sepatutnya???

14:45
Sunday
6th June 2010

Dalam sehari dua ini, semua orang tahu apa yang telah berlaku ke atas konvoi LifeLine 4 Gaza di dalam perjuangan mereka untuk memberikan bantuan kepada sahabat-sahabat seakidah kita di Palestin...

Ramai yang mengutuk, mengecam keras tindakan Israel yang telah menyerang konvoi itu sehingga 20 orang telah syahid... Alhamdulillah...

"Kami mengutuk dan mengecam keras serangan Israel ke atas pihak konvoi yang datang secara aman!", kata seorang pemimpin sebuah negara...

"Minggu depan kita akan adakan satu demonstrasi secara aman di jalan raya sekian-sekian...", tambah seorang pencinta kedamaian...

"Kita akan mendesak PBB untuk mengambil tindakan ke atas Israel tentang hal ini!", kata seorang lagi pemimpin parti politik terkemuka tanah air...

"Gila betul la diorang nih. Pihak konvoi tak bawa senjata langsung, sekadar nak hantar bantuan ajer. Diorang dah mula takut dengan semangat umat islam sebenarnya...", luah seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain...

Dan pelbagai lagi reaksi yang dapat kita lihat melalui 'the stupid box'(televisyen), akhbar harian, blog, laman web, Facebook dan pelbagai lagi yang mengecam dasar Israel a.k.a Yahudi Laknatullah yang menyerang konvoi bantuan ini...

Namun adakah marah hanya sekadar marah?
Demonstrasi yang diadakan sehingga membakar bendera Israel, 'group' bencikan Israel melalui Facebook, kutukan melalui blog dan akhbar, akan menghentikan tindakan mereka ini?

Ana cuba bagi satu analogi...
Andaikan ada secawan kopi panas...
Dan kita mahu habiskan kopi itu supaya ianya takkan membazir...
Namun, dalam usaha kita untuk menghabiskan kopi itu..
Kita jerit kepada cawan, "Habis! Habis! Habislah engkau wahai kopi!"
Agak-agaklah kan, habis ke tak kopi dalam cawan itu?
Cuba kita ambil inisiatif lain...
Yakni, kita minum kopi panas itu dengan perlahan-lahan...
Mungkin ambil masa dalam 10 minit hingga 20 minit...
Namun, kopi itu akan habis jua akhirnya...

Samalah konsepnya dengan hal ini...
Adakah kemenangan akan berpihak pada kita?
Andai kita hanya mampu lancang mengutuk mereka?
Mengecam segala tindakan mereka?

Ada yang bertanya, "Nak isytiharkan perang kepada mereka ke?"
Ya, memang kita telah sekian lama berperang dengan mereka...
Sebab mereka merampas tanah suci Palestin itu...

Ada yang bagi idea globalisasi...
"Kita patut minta bantuan PBB untuk mendakwa Israel dalam hal ini!"
Ya, memang benar...
Tapi adakah PBB dikuasai oleh orang islam?
Ada yang terbuka mindanya, menentang idea tindakan melalui PBB...
"Apesal kita tak minta bantuan khalifah ajer?!"
Yes! That's it!
Tapi, adakah sekarang ini ada sistem khalifah?

Akhirnya, kita telah jumpa jawapannya..
Kita perlukan khalifah untuk menyelesaikan hal ini...
Kerana khalifah adalah lambang kesatuan umat islam yang sebenarnya...
Tapi kalau diselidik balik, camne nak realisasikan hal ini?
Sedangkan khalifah yang terakhir telah digulingkan pada tahun 1924...
Khalifah Turki Uthmaniyah yang terakhir telah dijatuhkan oleh Mustapha Kamal Laknatullah...

Sebenarnya...
Khalifah bukan dibina dalam masa satu miggu sahaja...

Kalau kita rujuk Maratib Amal;
INDIVIDU MUSLIM akan melahirkan KELUARGA MUSLIM...
KELUARGA MUSLIM akan melahirkan MASYARAKAT MUSLIM...
MASYARAKAT MUSLIM akan melahirkan SUASANA ISLAM...
SUASANA ISLAM akan melahirkan KERAJAAN ISLAM...
KERAJAAN ISLAM akan melahirkan EMPAYAR ISLAM...
EMPAYAR ISLAM akan melahirkan USTAZIYATUL ALAM (PUSAT RUJUKAN DUNIA)...


Syakib Arsalan berkata...
"Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan tersendiri dan tidak mempu melaksanakan walaupun satu resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Apakah kamu mahu kami mengumpulkan angka-angka kosong?
Kita WAJIB memulakan usaha ini dari BAWAH. Kita perlu mendidik INDIVIDU."

Kalau diteliti...
Khalifah hanya akan terbina setelah individu muslim itu wujud...
Kalau difikir pun logik jugak...
Sebagaimana sebuah syarikat perniagaan besar lagi berjaya...
Mana mungkin syarikat itu boleh mencapai tahap itu andai kata pekerjanya adalah golongan yang tidur semasa bekerja?

Tapi...
Di sini ana ingin tekankan...
Ana bukan mengatakan demonstrasi, 'group' melalui Facebook, kutukan, kecaman, akhbar dan lain-lain lagi sebagai satu benda yang salah...
Apa yang ana maksudkan ialah, kita mesti ambil langkah seterusnya...
Sebab yang join semua benda nih, sama ada kelab, atau sebagainya, mereka adalah orang yang bersemangat...

Jadi?
Jom bina modal insan yang ada di sekeliling kita...
Buat sahabat di KMB...
Sistem usrah kita dah cukup tersusun...
Jom imarahkannya...
Bagi setiap individu pula...
Jom kita bina hati ini...
Bina diri kita agar mencapai standard piawaian individu muslim...
Memang tak dinafikan...
Cakap guna air liur lebih mudah daripada merealisasikannya ke dalam hidup yang sebenar...
Sebab nafsu itu ada...
Dan sebab itulah...
Usrah itu diwujudkan...
Agar ada sahabat yang akan membimbing kita di saat iman ini rendah...

InsyaALLAH...

Salam menegakkan hati...
Bagi diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat seperjuangan...
Tiada yang tak mungkin...
Kerna Allah itu ada...

Dan Dia Pergi Jua...

14:30
Saturday
5th June 2010

Malam Khamis yang lepas, ana tengah lepak dengan  sahabat-sahabat sekampung di rumah, berkongsi idea tentang segala persiapan mereka untuk sambung pengajian selepas ini...

Tiba-tiba enset ini vibrate, ada mesej masuk.

"Batch kita, jannah sani vice ISAC Club baru meninggal dunia.sama2 kita sedekahkan al-fatihah buatnya."

-Kamal-

Ana baca mesej itu berulang kali...
Eh, datuk dia ke yang meninggal?
Ke ayah dia? 
Tapi ana cuba amati sekali lagi...
I'm speechless, terkedu, stunned....
Apekah?
Betulkah?

Ana call Kamal untuk dapatkan kesahihan...
Rasa cam masih tak percaya...
Ana cuma dapat tahu arwah meninggal semasa ikut program dengan rakan sekelas kat Langkawi...
Ana terus call room-mate kat KMB...
Sebab room-mate ana pun ikut jugak program tu...
Melalui call, ana dapat dengar keriuhan yang semacam...

"Li, betul ke berita yang aku dapat?", ana bertanya...
"Ha'ah, sahih. Aku kat hospital sekarang.", jawab sahabat ana...

Ana terus letak panggilan... 
Masih rasa semacam...

"Ada kawan kolej meninggal ke?", tanya sahabat ana yang tengah berada di rumah tu...
"Ha'ah. Aku balik dulu, nak check dalam Facebook jap..."

Dan ternyata, memang benar...
Satu kepahitan yang mesti ana terima pada malam itu...
Bertambahnya lagi seorang kenalan ana yang pergi dulu menemui-Nya...
Termasuk dia, maka sudah 8 orang sahabat-sahabat ana yang pergi dijemput Ilahi...
Al-fatihah untuk dirinya...

*************************************************

Setahun ana hidup di KMB...
Ana akui ana tak berapa kenal sangat dengan arwah...
Tapi ana cukup kenal dengan semangatnya...
Dengan keperibadiannya...
Dengan ilmu yang ada pada dirinya...

Dia seorang yang cukup hebat...
Akhlaknya terjaga...
Akidahnya terjaga...
Pergaulannya cukup terjaga...
Hinggakan ana cuma ada satu pengalaman sahaja bercakap dengannya...
Itupun kerana keadaan yang mendesak...
Semasa memegang amanah untuk menyediakan kelengkapan Majlis Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini..
That's the first time, and that's the last time...

Dan hari ini, walaupun dua hari telah berlalu...
Ana tersedar, bahawa KMB telah kehilangan seorang muslimah yang sejati...
Tarbiyatul Muslimah (TM) telah kehilangan seorang ahli yang sangat berdedikasi...
Islamic Arts Club (ISAC) KMB kehilangan seorang Vice President yang cukup hebat...
Meeting ISAC selepas ini, tidak akan terdengar lagi suara itu...
Yang sentiasa memberi idea, membetulkan, dan mengkritik perjalanan pertabiyahan ahli kelab...

Walaupun dia seorang akhawat...
Tapi ana turut terasa dengan kehilangan ini...
Kerana dialah wanita pertama yang cukup hebat pernah ana kenal dalam perjuangan ini...
Ramai yang menangisi pemergiannya...
Dan mula terfikir...
Andai kata diri ini berada di tempatnya...
Adakah diri ini akan ditangisi sebagaimana dia?
Atau mereka hanya akan mendengar berita itu tanpa merasa apa-apa?

Pemergian ini...
Mungkin ada hikmahnya walaupun tersangat pahit untuk diterima...
Satu peringatan daripada Allah SWT untuk diri ini...
Bahawa maut itu tak pernah mengenal usia...

Dalam menjalani hidup ini sejak ana masih kecil...
Ana telah kehilangan 8 orang sahabat yang telah pergi...
Perginya mereka tanpa kembali lagi...
Kenangan bersama mereka tak mungkin diri ini dapat melupakan...
Kerana wajah-wajah yang telah pergi ini akan sentiasa subur dalam ingatan...
Dan InsyaALLAH akan terus subur dalam doaku...

Dan hari ini, ku utus doa ini...
"Ya ALLAH, tempatkanlah dia di JannahMU, sebagaimana namanya....
Redhailah dirinya...
Redhailah perjuangannya menegakkan kalimah ALLAH sepanjang hayatnya...
Jadikanlah dia bidadari syurga yang pernah aku tatap wajahnya...
Namun siapalah diri ini untuk memohon permintaan sebegini terhadapmu ya Rabbi..."

Dan ana tak tahu apa akan berlaku untuk meeting pertama Minggu Penghayatan Islam sebaik sahaja selepas cuti semester ini...
Semestinya Tarbiyatul Muslimah (TM) dan Biro Kerohanian & Tarbiyah (BERKAT) akan terasa kehilangan wanita ini...

Dan untuk kepada keluarganya...
Ana berharap agar mereka tabah dengan pemergian puteri mereka yang solehah ini...
Kerana ana sedar...
Puteri yang solehah ini tercipta hasil didikan keluarganya yang cukup hebat...
InsyaALLAH, doakanlah dia yang telah pergi...

Untuk TM & BERKAT...
Tangisilah pemergiannya...
Tetapi bukan untuk selamanya...
Gunakanlah semangatnya yang pernah kita lihat...
Untuk terus menegakkan kalimah ALLAH di dunia ini...
Dan perjuangan kita masih terlalu panjang...

Untuk Islamic Arts Club (ISAC)...
Mereka telah kehilangan salah satu tunjang utama mereka...
Tunjang ini yang terus memastikan proses mentarbiyah ahli kelab sentiasa berjalan...
Namun tunjang ini telah pergi meninggalkan kita...
Teruskanlah perjuangan kita...
Gunakalah semangat dia...
Supaya tarbiyah untuk memahami islam itu akan terus berjalan dalam diri kita...

Dan walaupun junior yang akan mendaftarkan diri di KMB semestinya tidak akan mengenalinya...
Tapi ana amat mengharapkan agar mereka dapat merasai semangat dia...
Semangat yang tidak pernah luntur...
Dan dapat merasai keperibadiannya yang unggul itu...

Dan buat dia yang telah pergi...
Diri ini akan sentiasa mendoakan...
Agar dirinya diredhai Allah...
Kerna keredhaan itulah yang membawa kita ke syurga...
InsyaALLAH...

Walaupun diri ini tidaklah mengenali dirinya dengan rapat...
Izinkanlah diri ini menggunakan semangat dirimu...

In memoir of NURUL JANNAH BINTI AHMAD SANI...

Wednesday, June 2, 2010

Buat Sahabat Sejak Kecil....

15:51
Wednesday
2th June 2010

Masihkah kita ingat?
Di saat itu, hujan lebat...
Kita bersama-sama bermain dalam hujan...
Semuanya basah..
Yang paling best, kita main dalam lumpur...
Selipar yang nipis menjadi tebal dek lumpur yang terpalit...
Balik rumah, kita kena marah sebab badan habis kotor2...
Tapi itulah kenangan kita...

Masihkah kita ingat?
Di waktu banjir itu, kita bersuka ria...
Kita tebang pokok pisang dalam belukar itu...
Betapa usahanya kita...
Kita ambil batang kayu dan tali...
Kita ikat buat rakit...
Kita main sama-sama...
Ada yang bergaduh sebab ada yang naik lama sangat atas rakit...
Gaduh, tapi lepas tu berbaik balik...
Tapi itulah kenangan kita....

Masihkah kita ingat?
Petang itu kita main bola...
Sepak punya sepak...
Tapi asal main...
Sampai ada yang gaduh-gaduh...
Sebab asyik orang sama yang jaga gol dan orang sama ajer yang jadi 'defender'...
Tapi lepas main kita berbaik balik...
Itulah kenangan kita...

Masihkah kita ingat?
Kita kumpul perca-perca kain...
Kita bina khemah atas pokok...
Kita panjat pokok...
Siap ajer khemah, kita tambah dengan tangga...
Kreatif jugak, siap ada khemah atas pokok...
Pastu ada yang siap gaduh...
Sebab ada yang nak buat sistem 'cukai'..
Tapi lepas tu semuanya naik...
Itulah kenangan kita...

Masihkah kita ingat?
Apabila kita mula menjengah ke alam remaja...
Mula masuk ke sekolah menengah...
Aku terpaksa tinggal kat asrama...
Terpisah sekejap dari korang..
Tapi bila balik, kita tetap bermesra...

Masihkah kita ingat?
Masa bila dah remaja...
Duit raya kita mula sedikit...
Sebab semua dah mula besar...
Dah tak sama dengan kanak-kanak...
Itulah kenangan kita...

Paling sedih...
Aku masih ingat...
Masa exam tengah tahun...
Pagi tu aku dapat call...
Seorang dari kita dah tinggalkan kita...
Buat selamanya, dan takkan kembali lagi...
Sahabat kita itu kemalangan...
Aku masih ingat...
Balik ajer rumah seminggu selepas itu...
Kita mula rasa pelik, dah tak cukup ahli kita...
Perginya seolah-olah meninggalkan satu bata yang kosong dalam satu bangunan persahabatan..
Namun hanya doa ini yang dapat diutus, kerna kita dan dia sudah berbeza alam...
Dan itulah hanya kenangan kita dan dia yang tinggal...
Wahai sahabat yang telah pergi, walaupun kami tiada sekeping gambar pun saat bersamamu..
Tapi kami sentiasa mengingatimu...

Lepas ajer result SPM keluar..
Aku terpaksa tinggalkan korang semua...
Memburu ilmu di Banting...
Terpaksa berhijrah ke Selangor...
Tapi yang paling manis..
Korang semua sanggup datang ke rumah aku sehari sebelum tu...
Bertemu sebelum aku pergi...
Sebab kepulangan aku selepas ini hanya sekali dalam beberapa bulan..
Tapi korang masih lagi di kampung...
Meneruskan hidup untuk SPM yang mendatang...
Yer la, aku tua setahun dari korang semua... ^^

Dan beberapa bulan yang lepas...
Result SPM korang pula keluar...
Alhamdulillah...
Korang memang membanggakan aku...
Dan masing-masing mula sibuk mencari tempat untuk meneruskan pengajian...
Ada yang dapat tawaran 'business & management'...
Ada yang akan ke Cheras untuk perakaunan...
Itulah yang membuatkan aku bangga...
Sahabat-sahabat aku bukannya manusia yang rosak...

Dua malam yang lepas...
Kita keluar beramai-ramai...
Lepak tepi kat restoran di tebing Sungai Kelantan...
Lepas Isyak hingga ke pukul 12 tengah malam...
Kita borak-borak pasal hala tuju kita selepas ini...
Itulah kenangan kita bersama...

Dan petang semalam...
Kita hantar seorang sahabat kita ke stesen kereta api Wakaf Bharu...
Sahabat kita yang seorang ni dah nak masuk KUIS...
Dan yang lain akan terus menyusul selepas ini...

Hari ini...
Aku mula terfikir...
Selepas hari ini...
Mungkin susah untuk kita berkumpul semua sekali...
Sebab mungkin di saat aku cuti...
Ada yang masih belum cuti...
Mungkin kita hanya boleh berkumpul semua sekali semasa hari raya ajer...
Tu pun hanya setahun sekali...

Dan petang ini...
Izinkan aku coretkan segala-galanya di sini...
Walaupun asalnya blog ini aku bina untuk perkongsian dan pengisian...
Tapi biarlah aku jadikan blog ini sebagai satu kenangan aku...
Bahawa kita pernah bersama...
Sejak kita masih memakai pampers..
Hingga kita sudah mula besar panjang...

Dan...
Izinkan aku berhenti di sini...
Kerna aku dah tak berdaya lagi untuk meneruskan warkah ini...
Hati aku dah sebak sejak dari tadi...
Aku sangat berharap agar wajah korang tak pernah luput dari ingatan ini...
Dan wajah aku tak luput dari ingatan korang...

Walau selepas ini tercampak di mana jua kita...
Izinkanlah diri ini untuk terus bersama...
Manfaatkan enset & Facebook...
Kerna itulah medium kita...

Persahabatan kita yang sudah berbelas tahun ini...
Jadikanlah ianya kerana Allah...
Supaya kita berpisah tidak resah...
Bertemu tidak jemu...

Salam perjuangan...
Untuk sahabat-sahabatku ini....
Yang sentiasa menemani aku...
Sejak aku masih lagi bergelar kanak-kanak...
Hingga aku sudahpun dewasa...

Maafkan diri ini....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...