Sunday, June 6, 2010

Apa Yang Sepatutnya???

14:45
Sunday
6th June 2010

Dalam sehari dua ini, semua orang tahu apa yang telah berlaku ke atas konvoi LifeLine 4 Gaza di dalam perjuangan mereka untuk memberikan bantuan kepada sahabat-sahabat seakidah kita di Palestin...

Ramai yang mengutuk, mengecam keras tindakan Israel yang telah menyerang konvoi itu sehingga 20 orang telah syahid... Alhamdulillah...

"Kami mengutuk dan mengecam keras serangan Israel ke atas pihak konvoi yang datang secara aman!", kata seorang pemimpin sebuah negara...

"Minggu depan kita akan adakan satu demonstrasi secara aman di jalan raya sekian-sekian...", tambah seorang pencinta kedamaian...

"Kita akan mendesak PBB untuk mengambil tindakan ke atas Israel tentang hal ini!", kata seorang lagi pemimpin parti politik terkemuka tanah air...

"Gila betul la diorang nih. Pihak konvoi tak bawa senjata langsung, sekadar nak hantar bantuan ajer. Diorang dah mula takut dengan semangat umat islam sebenarnya...", luah seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain...

Dan pelbagai lagi reaksi yang dapat kita lihat melalui 'the stupid box'(televisyen), akhbar harian, blog, laman web, Facebook dan pelbagai lagi yang mengecam dasar Israel a.k.a Yahudi Laknatullah yang menyerang konvoi bantuan ini...

Namun adakah marah hanya sekadar marah?
Demonstrasi yang diadakan sehingga membakar bendera Israel, 'group' bencikan Israel melalui Facebook, kutukan melalui blog dan akhbar, akan menghentikan tindakan mereka ini?

Ana cuba bagi satu analogi...
Andaikan ada secawan kopi panas...
Dan kita mahu habiskan kopi itu supaya ianya takkan membazir...
Namun, dalam usaha kita untuk menghabiskan kopi itu..
Kita jerit kepada cawan, "Habis! Habis! Habislah engkau wahai kopi!"
Agak-agaklah kan, habis ke tak kopi dalam cawan itu?
Cuba kita ambil inisiatif lain...
Yakni, kita minum kopi panas itu dengan perlahan-lahan...
Mungkin ambil masa dalam 10 minit hingga 20 minit...
Namun, kopi itu akan habis jua akhirnya...

Samalah konsepnya dengan hal ini...
Adakah kemenangan akan berpihak pada kita?
Andai kita hanya mampu lancang mengutuk mereka?
Mengecam segala tindakan mereka?

Ada yang bertanya, "Nak isytiharkan perang kepada mereka ke?"
Ya, memang kita telah sekian lama berperang dengan mereka...
Sebab mereka merampas tanah suci Palestin itu...

Ada yang bagi idea globalisasi...
"Kita patut minta bantuan PBB untuk mendakwa Israel dalam hal ini!"
Ya, memang benar...
Tapi adakah PBB dikuasai oleh orang islam?
Ada yang terbuka mindanya, menentang idea tindakan melalui PBB...
"Apesal kita tak minta bantuan khalifah ajer?!"
Yes! That's it!
Tapi, adakah sekarang ini ada sistem khalifah?

Akhirnya, kita telah jumpa jawapannya..
Kita perlukan khalifah untuk menyelesaikan hal ini...
Kerana khalifah adalah lambang kesatuan umat islam yang sebenarnya...
Tapi kalau diselidik balik, camne nak realisasikan hal ini?
Sedangkan khalifah yang terakhir telah digulingkan pada tahun 1924...
Khalifah Turki Uthmaniyah yang terakhir telah dijatuhkan oleh Mustapha Kamal Laknatullah...

Sebenarnya...
Khalifah bukan dibina dalam masa satu miggu sahaja...

Kalau kita rujuk Maratib Amal;
INDIVIDU MUSLIM akan melahirkan KELUARGA MUSLIM...
KELUARGA MUSLIM akan melahirkan MASYARAKAT MUSLIM...
MASYARAKAT MUSLIM akan melahirkan SUASANA ISLAM...
SUASANA ISLAM akan melahirkan KERAJAAN ISLAM...
KERAJAAN ISLAM akan melahirkan EMPAYAR ISLAM...
EMPAYAR ISLAM akan melahirkan USTAZIYATUL ALAM (PUSAT RUJUKAN DUNIA)...


Syakib Arsalan berkata...
"Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan tersendiri dan tidak mempu melaksanakan walaupun satu resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Apakah kamu mahu kami mengumpulkan angka-angka kosong?
Kita WAJIB memulakan usaha ini dari BAWAH. Kita perlu mendidik INDIVIDU."

Kalau diteliti...
Khalifah hanya akan terbina setelah individu muslim itu wujud...
Kalau difikir pun logik jugak...
Sebagaimana sebuah syarikat perniagaan besar lagi berjaya...
Mana mungkin syarikat itu boleh mencapai tahap itu andai kata pekerjanya adalah golongan yang tidur semasa bekerja?

Tapi...
Di sini ana ingin tekankan...
Ana bukan mengatakan demonstrasi, 'group' melalui Facebook, kutukan, kecaman, akhbar dan lain-lain lagi sebagai satu benda yang salah...
Apa yang ana maksudkan ialah, kita mesti ambil langkah seterusnya...
Sebab yang join semua benda nih, sama ada kelab, atau sebagainya, mereka adalah orang yang bersemangat...

Jadi?
Jom bina modal insan yang ada di sekeliling kita...
Buat sahabat di KMB...
Sistem usrah kita dah cukup tersusun...
Jom imarahkannya...
Bagi setiap individu pula...
Jom kita bina hati ini...
Bina diri kita agar mencapai standard piawaian individu muslim...
Memang tak dinafikan...
Cakap guna air liur lebih mudah daripada merealisasikannya ke dalam hidup yang sebenar...
Sebab nafsu itu ada...
Dan sebab itulah...
Usrah itu diwujudkan...
Agar ada sahabat yang akan membimbing kita di saat iman ini rendah...

InsyaALLAH...

Salam menegakkan hati...
Bagi diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat seperjuangan...
Tiada yang tak mungkin...
Kerna Allah itu ada...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...