Wednesday, June 30, 2010

Serangan Ke Atas Surau KMB...

14:05
Wednesday
30th Jun 2010


Masuk hari ini dah genap seminggu dan mungkin lebih, berlakunya serangan ke atas Surau An-Nur iaitu surau KMB...
Rasanya masih segar dalam ingatan ini dengan serangan itu...
Serangan yang berlaku di saat pelajar-pelajar KMB ingin menunaikan solat Isyak...
Dan peristiwa ini adalah satu realiti yang telah berlaku, bukannya sebuah cerita rekaan...
Dan nasib baik tak masuk dalam surat khabar...
Kalau tak, naya...
Nama KMB akan tercemar...
Dan mungkin ibu bapa takkan lagi menghantar anak mereka ke KMB...


*******************************************


"InsyaALLAH, penuhkan saf,rapatkan saf..."
Azu (bukan nama sebenar) menjadi imam pada malam itu...

Dammm!!!
Dammm!!!

Ramai makmun yang sedang bersedia untuk menunaikan  solat Isyak terkejut dengan letupan itu...
Beberapa das letupan, tembakan barangkali, ada la dalam lima atau enam das telah berlaku di perkarangan surau...
Dan tidak semena-mena, beberapa lampu surau telah terpadam...
Namun nasib baik masih ada dalam 3 lampu yang tidak terpadam..
Kalau tak, mesti semua pelajar dah bergelap dalam surau...

Dan tiba-tiba...
Seorang lelaki bertopeng ala-ala 'terrorist' dalam 'Counter-Strike' masuk kedalam surau...
Lantas dia membaling bom asap..
Seorang lagi lelaki bertopeng masuk sambil menggalas senapang...
Asap yang dikeluarkan berwarna merah...
Dan semestinya asap tak dapat keluar mula menyelubungi bahagian dalam surau...
Diburukkan lagi dengan keadaan surau yang tertutup kerana pendingin udara sedang terpasang...
Sekali terasa cam main game 'Counter-Strike' pula, tapi ni realiti punya versi...
Rasakan Am, selama ni syok sangat pernah layan 'Counter-Strike', kan sekarang dah betul-betul kena serang...

Dan tak semena-mena...
Ada dalam 14 orang lagi lelaki bertopeng menyerbu masuk ke dalam surau...
Ada yang memakai baju celoreng ala-ala bomba...
Semuanya memakai topeng...
We are in a great trouble!

"Keluar!Keluar!", tempik salah seorang daripada mereka...

We are gasping for the air...
Yer la, dah la dalam surau penuh dengan asap...
Asap merah pulak tuh...

"Semua pelajar, pergi berkumpul kat padang! Sekarang!", jerkah salah seorang daripada mereka...

Hadoi, semua kena berkumpul kat padang mini berdekatan surau...
Mana pak guard  nih? 
Tak nak selamatkna kitorang ke?

Dan bila sampai ajer kat padang...
Dah ramai pelajar yang berasap..
Ape ni, nak buat lawak ke?
Sampai ada pelajar yang bertumbuk dengan salah seorang lelaki bertopeng tu...
Bertumbuk sebab dia mengherdik muslimat...
Dah la kena paksa berkumpul kat padang mini surau...
Kecik kot...
Satu batch kena duduk mencangkung kat situ...
Muslimin dan muslimat...
Ada la dalam 300 orang jugak...

"Sape ketua korang?", tanya si bertopeng itu...

"Saya!"
Presiden MPP mula tampil ke depan...
dalam samar-samar kegelapan cahaya bulan itu...
Dia terus diikat dan dibelasah sikit-sikit...
Eh, sikit ke? Kena tibai banyak la jugak...

Pastu, leader diorang kot, jerit kat kitorang...
"Kalo korang nak ketua korang selamat, korang dengar baik-baik tawaran aku. Nanti kita jumpa kat Pavillion!"

Dalam kegelapan malam itu...
Diorang heret presiden MPP...
Hanya beberapa orang sahaja yang tinggal bersama pelajar...
Yang lain ikut ketua diorang...
Bawa ke Pavilion kot...
Pavillion tu terletak dekat padang..
Bagi ex-Smachian, Pavilion tu cam astaka kat tepi padang Smach...

Nasib baik...
Pelajar dibenarkan bersolat di padang mini itu...
Solat dulu..
Doa banyak-banyak...
Tawaran dengan misi nak selamatkan presiden MPP tu lain cerita dulu...
Brader yang galas senapang tu duduk kat tepi padang sebelah muslimin...
Awasi pelajar barangkali...
Mana tau, ada lagi geng diorang yang kena tumbuk pasni...

Lepas ajer solat...
Dalam keadaaan berhimpit itu...
Hehehe...
Geng bertopeng yang awasi pelajar ada dalam 7 orang...
Pelajar lelaki ada dalam 100 lebih...
Ehem...
5 vs 100?
Apekah?

Ape lagi...
Kena tibai la diorang tu...
Nasib tiada pelajar yang cedera...

Pas 'selesaikan' geng2 yang awasi student tadi..
Semua pelajar mara ke padang...
Dari jauh nampak van diorang...
Ah, ada dalam 8 orang ajer...
Sekali lagi...
8 vs 100?
Apekah?
Dengan menggunakan IB Learner Profile yg ter'famous', iaitu risk taker...
Pelajar menggunakan kegelapan malam untuk menyerang diorang...
Lari di atas padang...
Dengan pantas dan senyap...
Rasa cam tak caya pun ada...

Setelah ditibai secukup rasa...
Rupanya diorang ni takde senjata...
Laaa...
Ada jugak perompak camni...

"Takkan surut walau selangkah, takkan henti walau sejenak.."
(Gelombang Keadilan oleh Shoutul Harokah)

Dan malam itu...
Semua pelajar berjaya diselamatkan...
Tanpa bantuan polis...
Tiada pelajar yang tercedera...
Geng2 bertopeng yang menyerang kitorang pulak...
Selepas habis ditibai...
Diserahkan kepada pihak berkuasa...

*****************************************

Bila cerita ini dicoretkan di sini...
Mungkin ramai pembaca yang tidak percaya...
Namun seperti yang saya katakan...
Bahawa peristiwa pada malam itu adalah satu realiti...
Bukan ilusi...
Bukan mimpi...
Tapi ini betul-betul berlaku...

Tapi ingin diingatkan di sini...
Kepada semua pembaca sekalian...
Serangan ini adalah satu kisah benar...
Dan diharap jangan disebar kepada orang ramai...

Sebab?
Serangan ini adalah gimik Minggu Penghayatan Islam (MPI) 2010 Kolej MARA Banting...

Diulang...
Serangan ini adalah gimik Minggu Penghayatan Islam (MPI) 2010 Kolej MARA BAnting...

Serangan ini dilakukan...
Sebagai satu kejutan untuk pelajar...
Dirancang oleh Biro Kerohanian & Tarbiyah (BERKAT)...
Dibantu oleh Tarbiyatul Muslimah (TM)...
Untuk merasai bagaimana keperitan penduduk Palestin...

Penghargaan kepada semua yang terlibat...
Lebih-lebih lagi kepada pelajar-pelajar yang telah diupah untuk berlakon menjadi serius...
Bertumbuk...
Bertekak...

Semua lelaki bertopeng...
Terdiri daripada ahli BERKAT dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Hulu Langat...
Ahli BERKAT tibai baju buat topeng muka...
Brader JPAM guna topeng ori punyer...
Sebijik cam 'terrorist'...
Penghargaan utama kepada JPAM...
Kerana membekalkan bom asap...
Dan ahli-ahli untuk menyamar sebagai penyerang...
Dan juga membekalkal senapang...
Dan juga efek letupan...

Saya sendiri menjadi salah seorang penyerang bertopeng...
Tapi kantoi dengan pelajar...
Sebab mereka tengok saiz badan dah tahu sape...

Ada yang laung, "Am, aku tahu tu engko!"
Hadoi, susah gak bila tinggi sangat ni...
Orang terus dapat kesan...
Haha...

Walupapepun...
Terima kasih kepada semua yang terlibat...
Sebab berjaya menjayakan gimik ini...
Memang betul-betul 'layan'...
Hebat2...

Namun setakat manakah kita mampu menghayati gimik ini?
Setakat manakah kita mampu merasai keperitan saudara kita yang tertindas di sana?
Fikirkan...
Sebab masing-masing lebih memahami diri sendiri...

Kepada sahabat2 seBERKAT...
Terima kasih sebab memahami...
Saya sendiri takleh nak hadir gotong-royong surau pada keesokan hari...
Sebab demam... ^ ^
Surau dah jadi merah sikit, sebab asap merah dari bom asap...

InsyaALLAH...
Salam penghayatan islam untuk diri ini...
dan juga untuk sahabat-sahabat seperjuangan...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...