Sunday, September 26, 2010

Mereka Masih Lagi Keliru...

14:09
Ahad
26 September 2010


          "I'm doing this for sensationalism,"he insist. I'm doing research on my culture and on my dance. We cannot deny that a lot of our art forms have Hindu and Buddhist influences. But they have gone through many Islamic transformation over the past century."


          Being passionate about dance, he is frustrated that his home state of Kelantan has banned mak yong performances that it goes certain Islamic teachings. 

          "There's a lot of misconception about this dance form," Z****n says. "There should have been some kind of discussion before ant decision was taken to ban mak yong."

(Entertainment: September 21, 2010)

Hmmm....
Andai ada sesiapa yang belum baca lagi petikan di atas...
Sila baca dan cuba fahami..
Petikan tu saya ambil dari satu surat khabar keluaran Malaysia...
Dalam bahagian Entertainment...
Bertarikh 21 September 2010...
Surat khabar mana?
Biarlah saya rahsiakan...

Dalam bahagian ini...
Si wartawan telah menemu-ramah seorang pensyarah bahagian seni tarian di University of California...
Pensyarah tersebut merupakan anak jati Kelantan...
Dalam temu -ramah itu...
Dia telah menyatakan kekecewaannya yang melampau (sbb perkataan frust digunakan) sebab tarian Mak Yong telah diharamkan di Kelantan...

Dan saya sendiri mula tertanya-tanya...
Apa lagi yang masih tak jelas dengan Mak Yong?
Sememangnya asalnya tarian ini dibuat untuk menyeru semangat padi...
Dan penaria akan menari untuk menyeru semangat ini...
Dan andai dilihat pada penari...
Sememangnya majoriti penari adalah wanita...
Dan lihat pada pemakaiannya...
Sememangnya akan mendedahkan bahu...
Lengan terdedah...
Kain amat ketat...
Hingga nampak curve yang patut disembunyikan...
Nampak semua yang patut disembunyikan...
Dan saya tak hairan kenapa ia diharamkan di Kelantan...

"But they have gone through many Islamic transformation over past century.."

Aper yang transform...
Saya pun tak jelas dengan maksud statement itu...

***************************************

Andai sebuah tradisi itu bercanggah dengan islam...
Maka apakah ia perlu dipertahankan?
Kerna harga sebuah seni dan kebudayaan...
Maka kita gadaikan islam kerna seni yang 'tak ternilai' itu?
Apakah kerana bekalan seni itu yang kan dibawa menghadap Allah SWT?
"Aku cintakan seni..."
"Aku anak seni sejati..."
Itukah lesen yang akan dibentang pada Allah SWT untuk menebus penempatan yang baik di alam seterusnya?
Maka kerana harga seni itu kita gadaikan akidah kita?

Andai seni itu menyebabkan pergaulan bebas...
Andai seni itu menyebabkan manusia mendedahkan aurat...
Andai seni itu menyebabkan kita mensyirikkan Allah SWT...
Andai seni itu menyeru kuasa alam, bukannya kuasa hakiki...
Dan andai seni itu merosakkan akidah kita...
Maka apakah wajar ia dipertahankan???

Mengapa kita terlalu bimbangkan unsur seni yang akan hilang???
Mengapa tak bimbangkan akidah yang kan hancur kerna seni itu?

Sebagaimana kata Syed Qutb dalam Fi Zilalil Quran (Di Bawah Bayangan Al-Quran)
Mungkin kita sedang menyaksikan umat ini bergelumang dengan daki jahiliyah..
Dan kita selesa dengannya...
Cuba tanya diri kita...
Adakah kita turut bergelumang dengan daki itu??
Na'uzubillah...


***************************************

Dan saya sendiri turut merasa keperitan itu...
Mungkin sahabat-sahabat turut merasainya...

Dalam kita terlalu ingin mempertahankan nilai seni...
Maka kadang-kadang kita telah mengizinkan maksiat...
Saya tak kata semua seni adalah haram...
Tapi saya hanya rujuk pada sesetengahnya ajer...
Takkan melukis itu salah...
Batik itu salah...
Bukan itu maksud saya...

Yang saya maksudkan ialah seni yang 'itu'...
Kerana ingin mempertahankan seni lagu...
Maka ramailah wanita-wanita yang beraksi di pentas hari ini...
Bukan setakat artis...
Pelajar...
Dan saya rasa dah ada yang faham...
Mungkin faham apa saya maksudkan...

Renungi sejenak...
Sememangnya andai banyak program seni yang menjerumus ke arah maksiat...
Maka amat mudah untuk diluluskan...
Tak kiralah di manapun...

Seni tarian yang mendedahkan aurat itu...
Seni nyanyian yang mengizinkan wanita menyanyi...
Hingga bergegar hati ini yang sedia berbolak balik imannya...
Seni drama yang mengizinkan fesyen yang pelik-pelik...
Skrip yang merapu...
Dengan cuba menampilkan lawak bodoh yang murah...
Untuk menyebabkan penonton tergelak...
Dan mereka menyangka diri kita terhibur...
Maka adakah ini perkara yang baik?

Dan saya rasa tak perlu saya perincikan lagi...
Sebab masing-masing sudah menjengah dewasa...
Dah besar...
Bukan lagi kanak-kanak yang masih tak tahu apa-apa...
Bukan lagi usia remaja yang sedang bersekolah menengah...
Tapi masing-masing sudahpun melanjutkan bidang masing-masing...
Semua dah boleh berfikir mana baik mana buruk...
Andai diri rasa nak guna akal...

Astaghfirullahal azim...
Mungkin catatan kali ini agak kasar sedikit bunyinya...

Sememangnya saya sendiri sedang berasap...
Terbakar bukan kerana bersemangat...
Tapi terbakar dek entah apa-apa yang masih tak sepatutnya kita kurang jelas dalam hal itu...

Dah tiba masanya kita sucikan diri ini...
Sucikan pemikiran kita...
Sucikan pergaulan kita...
Sucikan segala apa yang kita minat...
Sebab andai terus menunggu...
Sehingga bila?
Sehingga umur tua?
Atau menanti selepas kahwin baru nak berubah?
Entah...
Cuba tanya diri kita sendiri...
Antara nak atau tak nak....
Jawab sendiri...
Tepuk dada, tanya diri sendiri...
InsyaALLAH....

Salam perjuangan...
Untuk diri ini...
Dan juga sahabat-sahabat yang lain...
Dalam usaha untuk menjernihkan hidup ini...
InsyaALLAH...
(^_^)V

1 comments:

GUESS MY NAME... said...

salam,
saya ingin bertanya, apakah jika persembahan tersebut dijalankan tanpa unsur pemujaan, maksudnye lebih kearah persembahan semata-mata dengan penari yang lebih menutup aurat, adakah tuan merasa pihak terlibat akan membenarkan tarian ini di malaysia? (bagaimana sekiranya penontonnya dihadkan kepada wanita sahaja?)
memandangkan saya ada membaca sebuah blog yg menyatakan persembahan ini mempunyai pengisian berbentuk pengajaran dengan menggunakan bhasa klasik kelantan ...
apa juga pendapat tuan , kalau kesenian melayu ituhilang maka hilang la bukti ketamadunan melayu yang kita bangga2 kan selama ini?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...