Monday, September 20, 2010

Patriotisme Kah Ini???

06:45
Isnin
20 September 2010

"Kalau nak cari pasangan hidup, jangan cari orang Kemaman dengan Cukai!", kata seorang pakcik di sebuah rumah terbuka...

*banyak pengalaman dengan masyarakat di rumah terbuka tahun ini.. ^ ^


"Kenapa?", saya bertanya.

"Sebab orang Kemaman dengan orang Cukai nih, diorang ni jenis tak kedekut. Kalau rumah dekat, dikata rumah jauh, bimbang kita bertandang ke rumah mereka!", jelas pakcik tersebut.

"Sama juga dengan orang Perak. Kalau orang Perak dia asyik nampak mereka ajer yang betul. Kalau selisih pendapat dengan orang lain, diorang hanya ingat pendapat mereka ajer yang betul.", tambah lagi pakcik yang lain.

*******************************

"Kalau nak kahwin, jangan kahwin dengan orang Kedah. Mereka ni suka kebas duit kita. Asal mak bapak dengan adik mereka yang dapat duit sudah. Kalau sedara-mara kita, memang diorang tak nak bagi duit langsung!", jelas seorang lelaki kepada saya pada suatu hari, ketika sedang berbual-bual dengan mereka.

*******************************

"Nenek aku memang tak suka orang Kelantan, sebab dia kata orang Kelantan ni suka bergaul dengan sesama diorang ajer. Kalau dengan orang luar, huh, pandang sebelah mata ajer...", kata seorang kawan saya semasa saya Semester 1 dahulu...

*******************************

"Kalau berkawan dengan orang Johor, hati-hati. Sebab mereka ni suka mengapi-apikan orang lain. Kalau bab nak pecah-belahkan orang supaya bergaduh, memang serah kat mereka la!", 'nasihat' seorang jiran kepada saya suatu ketika dahulu...

*******************************

Dan andai ingin ditambah lagi statement itu, cukuplah sekadar di sini sahaja...
Dan saya amat yakin, bukan saya seorang yang pernah mengalami peristiwa sebegini...
Kita sering dinasihatkan supaya jangan mencari pasangan hidup dari negeri sekian-sekian...
Sebab mereka ini perangainya sekian-sekian...
Jangan berkawan dengan orang dari negeri itu...
Sebabnya perangai mereka ini sebegitu...

Terlebih dahulu...
Sebelum menyambung catatan kali ini dengan lebih jauh...
Saya memohon seribu kemaafan kepada sahabat-sahabat dari negeri yang telah saya sebutkan di atas...
Mohon maaf kepada sahabat-sahabat dari Terengganu...
Mohon maaf kepada sahabat-sahabat dari Perak...
Mohon maaf kepada sahabat-sahabat dari Johor...
Sahabat-sahabat senegeri...
Dan juga mana-mana sahaja...
Baik senegeri dengan saya atau tidak...
Sebab saya tidak pernah memegang 'teori' di atas dengan tangan saya...
Apatah lagi menggigitnya dengan gigi geraham...

Sesiapa yang tidak pernah mempunyai pengalaman sebagaimana yang telah saya catatkan di atas...
Bersyukurlah...
Kerana anda memang sangat beruntung...
Tidak pernah 'dicuci' dengan perkara pelik sebegini...
Namun bagi mana-mana sahabat yang pernah mempunyai pengalaman sebagaimana saya ini...
Jom!
Sama-sama kita menjernihkan fikrah(pemikiran) kita semua...

Bukan bermaksud segala nasihat yang kita terima daripada orang berpengalaman dalam hidupnya adalah betul...
Kadang-kadang ada benda yang kita perlu tapis dengan akal fikiran kita sendiri...

Dan saya cukup tak suka andai ada lagi mana-mana ahli 'veteran' yang masih lagi memberi nasihat sebegini kepada kami, orang-orang muda yang berdarah panas ini...
Sampai bila agaknya fahaman bodoh sebegini ingin dipertahankan...
Adakah memang perangai setiap individu itu disandarkan kepada dari mana asalnya mereka itu datang...

Adakah kita maksudkan bahawa kalau orang yang beriman itu datangnya dari negeri itu ajer...
Dan orang yang perangai buruk-buruk datangnya dari negeri yang di sebelah sana...

"Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara, 
kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah
kepada ALLAH agar kamu mendapat rahmat.
(Surah al-Hujurat 49:10)

Cuba telitikan dengan sebetulnya...
Maka apakah kita menganggap sebuah persaudaraan itu disandarkan pada sebuah negeri?
Atau kita sandarkan persaudaraan persahabatan itu pada akidah kita...
Atau kita masih belum jelas lagi dengan hidup ini mengapa kita sendiri bersahabat dengan sahabat-sahabat dari pelbagai latar belakang yang cukup berbeza?
Adakah kerana pangkatnya?
Adakah kerana hartanya?
Kehenseman/kecantikannya?
Kebijakan yang ada padanya?
Atau sebab apa?
Sebab mereka itu senegeri dengan kita?
Maka kita akan memusuhi sahabat-sahabat yang datang dari negeri yang berbeza?

Rasanya cukuplah dengan pemikiran kuno ini...
Memang dah sampai masanya kita membina generasi baru...
Generasi yang menyucikan dirinya daripada pemikiran kenegerian seperti ini...
Takkan kita masih menunggu orang lain yang ingin menyucikannya?
Cukuplah dan secukupnya...
Jangan disambung lagi pemikiran sebegini...

Dan andai pemikiran ini masih wujud...
Memang saya tak hairan kenapa kita hari ini cukup membenci orang Indonesia...
Sebab kita terlupa...
Dalam kita membenci mereka...
Kita tetap berkiblatkan pada kiblat yang sama...
Tetap menyembah ALLAH SWT yang sama...
Masing-masing suka mencari kesalahan setiap orang...
Bukan cuba menyumbang agar perhubungan dua negara ini akan pulih...
Sebab kita seakidah...
Dan kita seagama...
Dan lebih dahsyat lagi, kita adalah berjiran...
Takkan kita mahu mengulangi kembali sejarah yang gila itu?
Sebuah sejarah pembunuhan sesama islam?
Perang antara Iran-Iraq?
Da banyak lagi...
Takkan kita sampai sebodoh itu...

Bukan bermaksud saya menyalahkan patriotisme...
Dan buka juga bermaksud saya menyalahkan semangat kenegerian ini...
Namun, andai ingin juga kita bersemangat dengan 'patriotisme' yang jelik ini...
Tunggulah...
Dan lihat sendiri...
Hidup takkan jadi tenang...
Kita akan lebih suka bersama dengan teman senegeri kita sendiri...
Daripada cuba berbaik sangka dan mula mencari sahabat yang lain...

Dan saya sendiri amat bersyukur...
Kerana walaupun masih ramai ahli 'veteran' dalam masyarakat saya yang berpendapat sedemikian...
Datang dari negeri itu perangainya begitu...
Datang dari negeri ini perangainya begini...
Namun ummi tetap sentiasa menjernihkan akal saya ini...
Dengan sebuah didikan bahawa 'iman' ini bukan dibina sebab dia ini datangnya dari negeri itu...
Tapi dibina atas dasar kefahaman masing-masing...

Adakh kita fikir bahawa kita datang dari negeri itu...
Kita sudah cukup alim...
Sudah cukup baik...

"Saya datang dari negeri itu!"
Mungkin ingin menggunakan lesen itu apabila berhadapan dengan ALLAH kelak...
Entahlah...
Masing-masing dari kita dah cukup besar...
Dah cukup matang untuk memikirkannya...

Andai ada mana-mana sahabat yang selepas ini mendapat 'nasihat' sebegini...
Baik dari orang 'veteran' mahupun orang muda sendiri...
Anggaplah kata-kata itu umpama angin yang lalu...
Sekadar sebuah kata-kata...
Yang mewakilkan bahawa masyarakat kita masih bermasalah...
Dan kita hanya memejamkan mata tanpa ingin menyumbang sedikitpun untuk sebuah perubahan yang besar...
Andai tidak mampu mengubah benda yang besar...
Cukuplah dengan sekadar menjernihkan diri kita dan orang sekeliling...
Perbetulkan segala-galanya...
InsyaALLAH...

Dan saya sedar...
Saya sendiri belum cukup baik untuk menulis sebegini rupa...
Sebab sebuah nasihat dan perkongsian ini...
Adalah untuk menyedarkan diri saya juga...
Agar tidak terlena di atas sebuah tilam yang empuk...
Yang masih lagi tak mahu bangun...
Na'uzubillah...

Dan suka untuk saya ingatkan kembali...
Janganlah jadikan catatan saya ini sebagai tempat untuk menyambung 'teori' yang pelik ini...
Jangan jadikan komen-komen yang kan ditulis untuk mengutuk teman-teman yang lain pula...
Bimbang ada yang terkecil hati...
Bimbang ada yang terguris...

InsyaALLAH...
Kita mampu mengubah segala yang ada ini...
Agar perhubungan kita ini takkan menjadi keruh...
Sangat bimbang andai generasi selepas ini kan turut mendapat 'teori' ini...
Dan mereka akan menjadi seperti kita...
Dan saya sendiri...
Menjadi amat keliru...

Salam perjuangan...
Untuk memperbetulkan apa yang sepatutnya...
Buat diri ini...
Dan juga buat sahabat-sahabat yang lain...
InsyaALLAH...
Segalanya mungkin...

Bi'iznillah...
Dengan izin Allah...
(^_^)V

2 comments:

ksyr said...

saya org penang. cmna tu abe am? xdak komen ka?

Abe Am said...

saya mula gusar, adekah pembaca memahami mesej yg ingin yg saya sampaikan???
:'(

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...