Wednesday, September 22, 2010

Dari Hati Naik Ke Bibir...

02:02
Rabu
22 September 2010

"&*^@#$%!",
Sumpah seranah seorang pemandu kereta tatkala laluan masuk ke rumahnya dihalang oleh sebuah motor yang parking secara 'merata-merata'...

"Ni masa dulu-dulu lesen beli ke?!", getus hati si pemandu lagi...

Hatinya panas...
Panas kerana si pemilik motor seolah-olah menjadikan simpang itu sebagai tempat parkingnya sesuka hati...
Padahal hanya sebuah motor kapcai yang dah sedia usang...
Bukannya motor Kawasaki Ninja yang dipasang dengan sistem komputer untuk beroperasi...
Dan bukannya motor Jaguh yang harganya mencecah ribuan ringgit..
Apatah lagi sebuah Modenas Elegan 200...
Hanya sebuah Honda 50 yang sudah usang dimamah usia...

*********************************************

"Holy %$#@*!@#!", sumpah seorang pelajar...

Berang kerana rakannya telah terlanggar kalkulatornya yang diletakkan di atas meja...
Kalkulatornya itu terhempas ke lantai...
Bukan kalkulator biasa...
Namun sebuah kalkulator yang digeruni ramai...
Sebuah Graphic Display Calculator (GDC) yang mantap...
Model Texas Instrument TI-84 Plus Red Version...
Harganya sahaja hampir mencecah RM500...
Dan ia amat bermakna bagi seorang IB student...
Seorang IB student tanpa TI-84 umpama burung helang yang buta matanya akibat terlanggar pokok...
Hidup menjadi tak tenang...
Malah kan hanyut entah ke mana...

Sumpah seranahnya itu bukan dalam versi volume yang perlahan...
Namun didengari ramai hingga ke kelas sebelah...

*********************************************

Rasanya ramai yang mempunyai pengalaman sebagaimana di atas...
Bukan saya maksudkan menyumpah seranah dengan suara sendiri...
Yang saya maksudkan ialah pengalaman melihat orang menyumpah seranah...
Kerana masalah yang kecil..
Kerana terkejut...
Kerana melatah...
Kerana bengang dengan sesuatu yang amat tidak dia sukai...
Kerana marah tatkala melihat orang lain melakukan kesalahan...
Atau kerana pelbagai sebab lagi...
Dan saya percaya...
Pembaca yang membaca catatan ini baik-baik orangnya... ^ ^
Mana mungkin pernah menyumpah seranah...
Dan andai masih ada lagi dalam diri kita...
Ayuh sucikannya...
Ke camane???

Andai diteliti balik...
Pernahkah kita terfikir kenapa kita sanggup mencaci orang yang melakukan kesilapan sedemikian rupa?
Sebagai contoh dalam peristiwa si pemandu lelaki itu...
Mancaci maki pemilik motor kerana parking motor dengan salah...
Sehingga menghalang laluannya untuk masuk ke rumah dengan keretanya...
Agak-agaknya mengapa?
Mengapa dia telah mengeluarkan kata-kata yang kesat itu?

Da andai diteliti lagi...
Pernahkah kita terfikir mengapa orang yang bijak pandai pun mencaci maki jugak...
Sebagaimana peristiwa seorang pelajar lelaki tersebut...
Mencaci maki kawannya yang telah melanggar GDC TI-84 Plus miliknya sehingga terhempas ke lantai...
Agak-agaknya mengapa?
Mengapa dia mengeluarkan kata-kata kesat?
Walaupun dia dicanangkan sebagai seorang pelajar yang hebat...
Kan menyambung pengajiannya ke luar negara...
Kan menjadi seorang doktor yang pakar lagi professional di masa kan datang...
Tapi tatkala hari ini...
Dia telah mengeluarkan kata-kata yang memang amat buruk untuk didengar?
Agak-agaknya mengapa?

Sebelum pergi lebih jauh...
Suka untuk saya kongsikan sesuatu...
Tentang hakikat luaran kita yang terbit memancar hasil dari janaan dari 'dalam'...

Bagaimana jika cuba teliti seseorang yang mempunyai akhlak yang baik...
Cuba lihat keperibadiannya...
Semestinya dia mempunyai perasaan yang cukup baik...
Dirinya sentiasa tenang...
Dan semestinya jua...
Dia mempunyai akidah yang cukup mantap....

Hmmm....
Sekali lagi...

Akhlak yang baik lahir dari perasaan yang tenang....
Perasaan yang tenang terbit dari akidah yang kukuh...
Akidah yang cukup mantap...

Tak percaya?
Okies, jum renung sejenak...

Apekah seorang mat rempit itu beriman di saat dia merempit?
Apekah kita boleh jamin bahawa seorang kaki disko itu adalah seorang yang menjaga solatnya?
Adekah seorang yang menghampiri zina dengan berkapel itu adalah seorang yang cukup tertib dalam menepati waktu untuk solat?
Dan sambunglah lagi statement ini dengan pelbagai lagi masalah sosial yang sedia ada...
Dan cuba persoalkan...
Adekah individu itu cukup mantap dari sudut akidahnya?
Bagaimana dengan imannya walaupun tahap pendidikan hingga ke PhD...
Walaupun hartanya banyak bertimbun-timbun...

Jadi...
Andai cuba kaitkan dengan masalah utama dalam catatan kali ini...
Sememangnya masalah yang berlaku di sekeliling kita...
Yakni melihat masyarakat di sekeliling kita mencaci maki orang lain...
Mengeluarkan kata-kata kesat...
Sumpah seranah yang perlbagai lagi 'kreatif'...
Adalah masalah akidah...
Sebagaimana dari hati naik ke bibir...
Segala perkataan yang terluah menggambarkan tahap hatinya...
Hatinya tenat?
Hatinya suci?
Atau apa?
Tak kiralah sama ada latar masyarakat dalam masalah ini adalah Kolej Musim Brotherhood...
Atau Kolej MARA Banting...
Atau kolej XxX...
Atau sebuah syarikat yang besar...
Mahupun hanya sebuah desa di pinggir bandar...
Sememangnya ini adalah masalah akidah...
Ke tak setuju??? 
Silakan andai mahu perkatakan di sini... (di ruangan komen la...) (^_^)V

Jadi untuk banterasnya camne ni?
Hmm...
Perbetulkan akidah?
Didik semua masyarakat di sekeliling kita menjadi individu muslim?

Tapi...
Sememangnya...
Terlebih dahulu bentuklah diri kita menjadi individu muslim yang unggul keperibadiannya...
Yang terjaga akhlaknya...
Yang terjaga pergaulannya...
Yang menjaga segala tutur bicaranya...
Yang menjaga gelak tawanya...
Yang menjaga sosialnya dengan 'opposite sex'...
Kerna akidah yang cukup mantap....

Tapi nak jadi baik takleh sorang diri...
Ajaklah juga sahabat-sahabat di sekeliling kita...
Sebab seorang sahabat yang baik akan sentiasa membaiki sahabat-sahabatnya yang lain...
Jom jadi sahabat yang baik...
Dengan memperbetulkan diri kita...
Dan diri sahabat-sahabat kita...
(^_^)V

Hmmm...
Untuk yang masih lagi mencarut...
Menggunakan kata-kata kesat...
Baik dalam keadaan biasa atau marah....
Carilah 'pause' button di saat itu...
*Idea pause button diambil dari Ustaz Hasrizal Abd Jamil (SaifulIslam.com)...
Kawallah diri kita sendiri...
Tiada guna andai ada ilmu yang hebat...
Belajar hingga merantau jauh...
Namun lemah dalam mengawal diri di saat marah...
Lemah dalam mengawal diri dalam tutur bicara...

Dan saya juga bukanlah seorang yang sempurna...
Menjadikan catatan ini sebagai satu peringatan untuk diri ini...
Sebab apa guna ada hidup yang hebat...
Jika tidak mampu mencari sebarang ibrah(pengajaran) dari hidup ini...
(^_^)V

Akhir catatan....
Salam membina akidah yang mantap...
Untuk diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat...
Supaya dengannya kita kan punya akhlak yang baik...
Ke camne?
Hehe...
Siyes siyes, ni bukan main-main....
InsyaALLAH....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...