Wednesday, March 3, 2010

Nasib Baik Solat...

13:28
Wednesday
3rd March 2010

Ermm...

Di tengah hari yang terik ini masih boleh update blog. Okay ajer.... Sebab petang ni sibuk dah. Mula dengan Chinese New Year Celebration peringkat KMB ag. Pastu petangnya dengan Orkestra untuk perhimpunan pelajar-pelajar MARA hari Sabtu ni lagi. Malam ada kelas CHEMISTRY HL lagi. Pastu tengah malam mula nak siapkan tutorial Math lagi. Dengan Research Question EE yang perlu consultation lagi.

Perghhh... Ada yang kata, IB ni kejam. Internationally Busy la, itu la, ini la...

Tapi kalau bab busy nih, "Kita tak akan sibuk selagi mana kita tidak menganggap bahawa diri kita ini sibuk..." Uuuu, dalam maknanya tuh.


HAMKA & Pelajarnya

Balik pada tujuan asal. Perkongsian ilmu.

Suatu hari, Hamka telah ditanya oleh salah seorang pelajarnya.

"Ya Buya Hamka, saya ada masalah dengan dua jiran saya,"kata anak muridnya.

"Ceritakanlah serba sedikit agar dapat aku dengar permasalahan itu,"jawab Hamka.

"Sebenarnya di rumah, saya berjiran dengan seorang doktor dan seorang kiai. Si doktor ini amat kaya. Hartanya banyak, wangnya bertimbun. Hinggakan kalau orang miskin atau jiran-jiran yang datang mendapatkan rawatan, percuma saja. Tiada satu sen pun yang diambil.
Perihal kiai itu pula, solatnya baik. Bacaan al-Qurannya baik. Budinya baik. Suka menderma. Malamnya sentiasa dipenuhi dengan tahajjud. Solat lima waktunya sentiasa di masjid...", jelas orang muda dengan panjang lebar.

Hamka bertanya,"Jadi, apa lagi yang menimbulkan masalah dengan mereka berdua ini?"

"Si doktor ini, walaupun amalan jariahnya banyak. Suka menderma. Rawatannya percuma. Baik hatinya. Tetapi, dia tidak pernah menunaikan solat lima waktu. Subuh, zohor, asar, maghrib apatah lagi isya', tidak pernah ditunaikan.

Perihal dengan kiai itu pula, walaupun dia banyak amalannya sama ada sunat apatah lagi wajib. Tetapi dia cukup anti dengan anjing. Jika ada anjing yang lalu di hadapannya, nescaya dia akan mengambil kayu dan memukul anjing itu. Jika anjing itu tidak luka, pasti jalannya tetap akan terhincut-hincut. Jadi,pada kemusykilan saya, apa pendapat Buya tentang masalah ini?..." jelas si anak murid dengan penuh panjang lebar.

Hamka termenung seketika. Mengambil nafas untuk memulakan percakapannya.

"Anakku, perihal doktor itu. Andai kata dia menunaikan solat lima waktu yang merupakan tiang agama, nescaya segala amalannya diterima. Dan berkenaan si kiai itu pula, nasib baiklan dia kuat solat. Jika dia tidak solat, nescaya anjing yang dipukulnya itu akan mati. Bukan lagi sekadar cedera." hujah Hamka. Dengan hujah yang penuh dengan maksud tersirat untuk difikirkan.


Itulah solat!

Berapa ramai yang solat pada hari ini tetapi masih lagi tidak terkesan solatnya itu dalam hatinya.

Kita cukup heboh apabila surat khabar menggemburkan isu sejadah solat di Kelantan baru-baru ini! Ada yang berkata kiamat sudah dekat. Bala Allah akan menimpa. Dan pelbagai hujah lagi...

Tapi, pernah tak kita risau dengan kewujudan sebilangan besar masyarakat pada hari ini yang tak pernah 'berdiri atas sejadah'...

Kiblat pun tidak tahu arah mana.

Alif ba ta pun masih tergagap.

Walau bagaimanapun, bukanlah bermaksud ana sendiri seorang yang perfect. Tidak sama sekali. Tapi begitulah, satu hakikat yang perlu difikirkan bersama...

Letakkan Islam di hati, bukan di IC...

InsyaALLAH...

1 comments:

sayaBerd said...

kere!!
start bloggin doh ko.
ak lamin

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...