Tuesday, March 9, 2010

Persepsi Kita...

Tuesday
00:55
9th March 2010


Alhamdulillah...
Gamaknya minggu ni boleh dikatakan tidak sekejam minggu lepas...
Orkestra untuk meeting student tajaan Mara di German-Malaysian Institute pun dah abes...
Masa meeting tu, ana sempat jumpa dengan Shafie Apdal, Menteri Pembangunan Luar Bandar...
Sempat gak salam, amek gambar...
Hehe...
Nanti ada masa ana upload kat sini...

0800...
Pergh! Baru teringat ada test Chemistry hari ni...
Hulamak! Camne boleh tak teringat nih...
Dengan hati tak tenang, terus serbu nota yang ada...
Mana nak masuk study last minute nih!
Tapi, lega...
Test ditunda...
Tak tau minggu ni jgak atau lepas cuti midsem...

Ada gak lesson yang boleh hari ni...
Sentiasa alert dengan jadual pada desktop...
Pelik gak, camne boleh terabai note yang paling penting kat 'Google Desktop' nih...

Sebenarnya banyak lagi kerja yang nak disiapkan malam ni...
Dengan lab report Chemistry yang belum siap...
Ditambah pulak dengan Math punyer Tutorial (nasib baik esok teacher kata nak siapkan Tutorial jer)...
Jadi ambil kesempatan untuk rehat jap...
Update blog...
Sebenarnya nak luah isi hati jugak...
Yer ke?
Jom baca cerita jap...


Orang Gila & Orang Kaya

Telah dikisahkan arakian wujudnya seorang lelaki yang teramat kaya. Rumahnya banglo 3 tingkat. Siap dengan kolam renang. Keretanya Mercedes. Isterinya satu. Anaknya lima. Beliau merupakan seorang pengasas sebuah syarikat ternama di kota.

Walau beliau mempunyai kereta Merc. Tetapi lebih tenang hatinya andai dia berjalan kaki ke pejabat. Guna bas, berhenti di stesen, pastu berjalan ke pejabat.

Setiap hari dalam perjalannya, dia akan melalui satu perkarangan hospital sakit jiwa. Senantiasa di pagar hospital itu ada seorang pesakit yang duduk termenung ke luar pagar.

Lelaki kaya ini sudah lama menyedari kewujudan pesakit itu. Dia buat-buat tak endah. Orang gila katakan. Lelaki kaya ini akan berjalan dengan megahnya di hadapan pesakit jiwa. Kadang-kadang dengan memegang IPhone, kadang-kadang dengan mp3 (at least ler tu)..
Haiiii, dengan orang sakit jiwa pun nak menunjuk jugak?

Tetapi, pada suatu hari. Lelaki kaya ini berjalan dengan memegang pen mahal yang baru dibelinya. Yang matanya tajam tahap pisau gitu. Baling kat dinding, terceracak tuh! Hamboi... Ni pun nak menunjuk jugak?

Jalan punyer jalan..
Lari anak sikit-sikit...

Sampai jer depan pagar hospital sakit jiwa. Lelaki kaya ini terus memusingkan pennya itu. Orang dah kemarau nak menunjuk ni, paham-paham la...

Pusing punyer pusing...
Baling sikit-sikit...
Alamak, pen terjatuh ke dalam longkang. Camne nak amek nih? Dah la ada jeriji ag.. Nasib baik longkang kering. Si lelaki terus ambil ranting kayu dan menjolokkan pada pen. Nak tarik naik ke atas katakan...

Pesakit jiwa tu 'usha' jer lelaki kaya tuh.

"Encik, apasal tak angkat je jeriji longkang tu? Kan lagi senang!" kata si pesakit jiwa...

Si lelaki kaya, tanpa banyak cakap terus angkat jeriji longkang. Dengan mudahnya, boleh ambil pen tu...

"Bijak juga awak ni yer? Awak tak gila ke?"puji si lelaki kaya. Sindir sikit-sikit. Kasar bebenor yer?

"Memang saya gila... Kalu tak saya tak berada kat hospital nih!"akui si pesakit.
"Tapi saya tak bodoh macam encik!" tambahnya lagi...

Si lelaki terkedu. Terus meninggalkan si pesaki jiwa....


Hmmm....
Apa nilai yang ada di sebalik cerita ni yer?

Cerita ni ana dapat masa ana umur 12 tahun. Sekarang dah umur 19 dah. Ana dapat masa tu pagi, ana bukak tv, ada ustaz tu tengah bagi talk...
Terus ana ingat cerita ni sampai sekarang...

Jadi tentang motif di sebalik cerita...
Jom fikirkan bersama...

InsyaAllah...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...