Wednesday, March 17, 2010

Mereka Sudah Tidak Sabar...

16:26
Wednesday
17th March 2010


Salam...
Hmmm....
Semalam ana duduk di rumah dengan ayah ana...
Umi ana tak balik lagi dari kampung.
Abah ana buka Astro, History Channel...
Sekali tengah siar "Nostradamus : 2012"...
Hadui, boringnyer...
Dah takde benda lain kot diorang ni...
Dok pakat bincang apa akan berlaku tahun 2012...
Kiamat la kononnyerrr...

"Sek dio doh tok sobar ko nok raso kiamat?", abah ana kata...
"Diorang dah tak sabar ke nak rasa kiamat?", gitu la maksudnya dalam bahasa standard...

Ana pun terfikir...
"Ha'ah, diorang ni dah tak sabar kot"...

Kalau tengok melalui movie mat salleh pun, kiter dapat tengok idea 2012 ni dengan jelas...
Mereka gambarkan kiamat akan berlaku, sekitar tahun 2012 gitu...
Mula dengan Resident Evil, manusia digambarkan akan bertukar menjadi zombie...
Filem 2012 yang versi lama, bukan yang latest erk, dah mula menjelaskan teori ni...
Masuk pulak filem 2012, yang latest sekali nih...
Patu filek "Knowing", pun pasal kiamat jgak...
Yang tengah nak tayang sekarang ni plak, "The Book of Eli"...

Memang jelas diorang ni dah tak sabar nak tunggu hari kiamat berlaku...
Yang cukup menyedihkan, ada umat Islam di Malaysia sendiri percaya pasal benda nih!
Ish ish ish, mau rosak akidah camni...

Kadang-kadang, nak tergelak gak...
Mereka menggambarkan kiamat berlaku dengan kemusnahan Bumi semata-mata...
So? Cara nak selamatkan diri ialah lari ke planet lain seperti yang digambarkan dalam filem "Knowing"...
Sedangkan pada hakikatnya dalam Islam, kiamat itu berlaku dengan seluruh alam ini, bintang, bumi, planet, bla bla bla... Semua akan dimusnahkan....
Sebagaimana dalam surah-surah dalam al-Quran...

Jom tengok surah Al-Qari'ah:
"Hari kiamat. Apakah hari kiamat itu? Pada hari itu manusia seperti kalkatu yang berterbangan. Dan gunung-gunung seperti bulu-bulu yang dihamburkan..."

(Al-Qari'ah 101:1-5)

Kalau lihat dalam surah Al-Insyiqaq:
"Apabila langit terbelah. Dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh. Dan apabila bumi dirtakan. Dan memuntahkan apa yang ada di dalamanya menjadi kosong..."

(Al-Insyiqaq 84 : 1-4)

Dapat diteliti, bahawa kiamat bukan melibatkan kemusnahan Bumi semata-mata...


Ajinomoto Di Sebalik Sup

Kadang-kadang ana terfikir, mengapa mereka mempercayai teori orang Maya dalam mengatakan bahawa kiamat akan berlaku pada tahun 2012...
Atau mereka ini, orang-orang Barat ini, yang juga merupakan orang Yahudi dan Kristian...
Merangkap juga musuh Islam...
Akan melakukan sesuatu dalam agenda mereka untuk terus menghancurkan Islam...

Hmmm...
Mungkin...

Tapi andai kata sememangya mereka akan melancarkan agenda seterusnya terhadap kita..
Maka adakah kita ini masih mampu menggoyangkan kaki?
Relax?

"Mereka tuli, bisu dan buta, sehingga mereka tidak dapat kembali."

(Al-Baqarah 2 : 18)

Mungkin kita akan terus menyalahkan sesetengah orang...
Mungkin kita akan menyalahkan orang 'atasan'...
Mungkin jua kita akan menyalahkan JAKIM & NGO Islam di Malaysia...
Mungkin jua kita akan menyalahkan para pendakwah & ustaz-ustaz...

Namun pada hakikatnya, semua itu akan berbalik kepada kita jua...
Sebab?
Kita masih tidak mampu menjadi rijal yang berguna untuk Islam....

Tepuk dada, tanya iman dan akidah...
Usah ditanya pada selera, kelak kamu akan binasa....

Salam perjuangan menegakkan Islam untuk diriku dan sahabat2...
InsyaALLAH...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...