Saturday, February 12, 2011

Demi TuhanMu, Bersabarlah...

16:22
Sabtu
12 Februari 2011

Bismillahirrahmanirrahim....


"Darah awak pekat sangat! Darah awak kurang air. Sebab awak sering mengalami dehydration..."

Doktor India itu merenung tepat ke mata ini. Saya mendengar penjelasannya rasa nak tergelak. Bukan sebab cara dia menyatakan masalah kesihatan saya, tapi sebab reason yang menyebabkan masalah kesihatan ini...
Hahaha....

"Tapi saya memang dah minum banyak air. Tak cukup lagi eh?", boleh pulak saya tersebut ayat tu.. Terasa cam semacam escapism sejenak...

"Memang saya dah kenal awak camne sejak awak masih kecil lagi. Tapi masalah sekarang water replacement masih belum mencukupi sebab metabolism rate awak terlalu tinggi, kuat sangat berpeluh. Tambah lagi dengan probability awak untuk dapat hypertension agak tinggi sebab kedua-dua parents awak pun ada darah tinggi..."
(Kalau exSMACHianz terbaca part ni mesti tergelak sebab mereka lebih tahu bagaimana hebatnya air  yang hilang kalau melihat saya berpeluh)...


************************************************

Selesai sejenak masalah tekanan darah tinggi saya...
Balik cuti raya cina yang lepas, terus abah bawa saya ke klinik Jega di Kota Bharu untuk check blood pressure saya yang melambung tinggi sebulan dua ini sebagaimana yang pernah dicatatkan di sini.. Dan masalah ini bukan pertama kali berlaku, sebab pernah berlaku semasa lepas SPM, cuma tidak sebagaimana kali ini...
Kerna yang tertinggi bacaan tekanan darah saya naik hingga mencecah 160mmHg bagi systole!

Diambil sample darah pada hari Khamis dan keputusan analisa pada pagi Ahad, petang itu kan balik ke KMB terchenta kerna penuh dengan ikhwah yang dirindui...

Dan saya diletakkan dalam kategori prehypertension...
Maksudnya tekanan darah saya tinggi daripada normal blood pressure tapi tidaklah hingga ke tahap penyakit hypertension....

Saya mengalami masalah dehydration sebab terlalu kuat berpeluh, dan hasilnya terpaksa saya minum air dengan banyak, sangat-sangat banyak sehingga setiap hari saya terpaksa menghabiskan RM3.20 semata-mata untuk mendapatkan bekalan air bersih daripada koperasi dan air itu kan dihabiskan dalam masa setiap hari...
Perghhh...
Tapi, memang dahsyat. Sebab saya tidak menghadapi masalah kekerapan untuk ke tandas kerna air kan hilang melalui kulit!
Apekah?             0_o

Ditambah lagi dengan masalah genetik sebab arwah nenek sebelah ummi ada darah tinggi, nenek dari sebelah abah pun ada darah tinggi, dan ummi sendiri ada darah tinggi... 
Dan saya? Prehypertension....

Diberi 'booster' yang terpaksa ditelan selama 20 hari dalam selang masa 2 hari sekali pengambilan ubatnya. Semoga selepas ini blood pressure ini tidak akan melebihi 140mmHg untuk systole... Sebab diastole saya normal, tak melebihi 90mmHg....
Sepatutnya bagi seorang individu yang normal, bacaan tekanan darah adalah sekitar 120mmHg/ 80mmHg...
Tapi normal bagi saya adalah 135mmHg/85mmHg....

Hmmm....
Nasib baik hidup di KMB penuh dengan aktif, berlari, berjalan, dan semua sekali ada semoga kan mampu sedikit sebanyak membantu diri ini...
Berpantang makan, ermmm, dah tak boleh nak sentuh daging kambing dan daging lembu...
Nasib baik ada alternati food court untuk membantu tatkala Dewan Selera menghidangkan daging untuk makan malam...

***************************

"You sering tidur lewat ke?", si doktor bertanya...

"Ha'ah."

"Tau la IB student pun, tapi jangan sampai melampau.. Cuba tukar corak, tidur awal dan bangun awal pagi lagi untuk study atau pape...", nasihat si doktor...

Wohoho...

"Ermmm, tu maksudnya kena banyak solat tahajud la..."celah ummi semasa saya menceritakan nasihat doktor...

Erkk, semoga nasihat ummi kan mampu menusuk hati ini dan kekal selamanya...

*Agak lucu kerna doktor banyak menggunakan istilah medik seumpama hypertension bagi menggantikan darah tinggi dan blood pressure, systole, diastole... Mentang-mentang dia tahu saya sedang buat preparation untuk medik...

Semoga hati ini kan terus tabah walau apa yang melintang di sepanjang jalan tarbiyah...
Semoga diri ini tak pernah kenal erti lesu dan jemu di jalan ini...

Salam perjuangan...
Untuk diri ini...
Untuk sahabat-sahabat...
Dan untuk ikhwah seperjuangan...
Doakan saya...     ^^

p/s: errrr, segala dialog asal dengan Dr Jega adalah dalam 'bahasa kelantan', dan terpaksa saya alih bahasa demi kefahaman dialog yang ingin disampaikan...hehe.
*doktor India cakap kelantan? apekah?

(^_^)V

Sayangi tekanan darah anda... ^^

1 comments:

Faridul said...

Bersabarlah. Allah bersama orang-orang yang bersabar..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...