Tuesday, January 18, 2011

Siri-Siri Daripada-NYA...

18:55
Selasa
18 Januari 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhadulillah...
Setelah sekian lama tidak menulis akhirnya dapat saya cari selitan masa untuk tidak membiarkan catatan di sini hambar dan kosong tanpa sebarang makna...

Permulaan tahun ini kan memperlihatkan banyak 'hadiah' yang datang daripada-Nya untuk terus menguji ketabahan diri ini. Mungkin hanya sekadar mukaddimah untuk terus menguji para hamba-Nya agar terus komited di jalan ini. Tapi siri ujian kali ini sememangnya agak berlainan sedikit dan agak berat sedikit...

Dimulakan dengan sedikit masalah sehingga rekod saya selama ini tercalar sedikit. Hampir-hampir sahaja diri ini digolong dalam masalah disiplin. Tapi semangat yang diberikan oleh ikhwah sangat berharga bagi kami kerna kami daripada beberapa pihak ikhwah telah diuji sejenak. Diuji oleh satu masalah yang hampir membuatkan saya sedikit kecewa.Hampir sahaja hingga disalah ertikan oleh masyarakat sebagai terlibat dalam masalah disiplin...
Astaghfirullah...

Terima kasih kepada Akhi Aziz Ishak atas 'support' yang saya kira amat berharga. Atas satu nasihat bahawa Allah sedang berbicara melalui perkataan sabar. Terima kasih kerana mengingatkan saya kembali tentang bicara Allah pada hamba-hambaNya yang sedang diuji pada surah al-Baqarah dari ayat 142 hingga ayat 157...

Yang mana saya kira kemuncak bagi bicara si Dia pada ayat 155. Satu ayat yang tidak asing lagi bagi kita.

"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan 
sedikit KETAKUTAN, kelaparan, kekurangan harta,
JIWA, dan buah-buahan."
(Surah Al-Baqarah 2: 155)


Ya...

Diuji dengan ketakutan untuk terus berada di jalan ini. Namun terima kasih kepada 'pihak atasan' terutama buat diri seorang murabbi yang sanggup mengorbankan banyak benda saya kira dalam mentarbiyah diri kami. Mungkin ada yang kurang faham dengan maksud saya, tapi biarlah ini sebagai satu rahsia sebab kami perlu menjaga nama baik banyak pihak. Perkara yang berlaku ini pun sebagai satu 'jentikan' saya rasa untuk menguji sedikit keikhlasan mereka yang terlibat di jalan ini...



****************************************


Dan saya ingatkan semua itu hanya terhenti setakat di situ...

Namun siri cinta itu tidak pernah berhenti. 

Sakit kepala dalam seminggu lepas hanya diingatkan sebagai satu sakit biasa. Dan kemuncaknya adalah demam pada hari Ahad, sehingga sehari suntuk saya hanya mampu menghabiskan masa di atas katil. Terima kasih kepada Fadhli Hasin Basri, seorang room-mate yang saya kira adalah satu hadiah daripada ALLAH untuk berada di KMB.

Bercerita tentang sakit kepala. Saya hanya ingatkan satu sakit yang biasa. Mungkin kerana masalah jadual tidur yang agak berterabur pada permulaan Sem 4 dengan banyak benda yang perlu diedit sebelum final draf yang bakal menjengah dalam Februari nanti.

Hari Isnin, yang saya kira kali kedua dalam hidup saya sebagai pelajar KMB untuk mengorbankan kelas Chemistry HL dalam dua masa. Pergi ke klinik kerajaan Bukit Changgang, diambil suhu badan dan tekanan darah....Erk...               0_o

"Tekanan darah awak agak tinggi...", kata nurse yang amik blood pressure saya.

Saya hanya ingatkan satu perkara biasa. Angka giliran saya masih jauh dan saya kira ada dalam 20 orang sebelum saya.
Tapi tiba-tiba nama saya dipanggil...
Dan buat pertama kali, bukan menghadap Medical Assistant, tapi dibawa terus berjumpa dengan doktor...

"Parents awak ada darah tinggi?", soal tuan dokter sebaik saya duduk di kerusi...

"Ada, dua-dua sekali..."

"Okkkk...."

Terus dikeluarkan satu kertas kecil, ditulis tarikh dengan begitu banyak.

"Camni, awak kena buat ujian tekanan darah berkala selama 2 kali seminggu dalam sebulan. Lepas tu baru boleh decide adakah awak ni ada darah tinggi. Sebab both of your parents ada darah tingi. Kalau masalah genetik, memang bila umur dah menjangkau 20 tahun, tanda-tanda akan mula kelihatan.."

Erk....
Darah tinggi??????

Dan untuk jangka masa ini, saya hanya dibekalkan dengan satu jenis ubat. Kecik, sangat kecik, tapi sangat besar kesannya. Apa yang tidaknya, sekali telan, terus 'paralyzed'....

Balik dari klinik, terus saya telan. Kesannya? Bukan mengantuk, tapi mata saya celik cuma jadi high cam mat dadah. Halusinasi, mungkin tu yang paling tepat. 
Sebab? Hehe...
Sekejap saya balik ke rumah borak dengan adik-adik...
Sekejap rasa cam dok atas motor tengah merempit dengan Yamaha 125ZR merah kesayangan saya...
Tapi dalam masa yang sama saya masih sedar saya sedang terbaring dalam bilik...
Hesh, bahaya punya ubat...

"Mungkin sebab tak cukup tidur kot!", kata abah bila saya call pada sebelah malam...

Itu juga sedang saya harapkan. Semoga dalam masa sebulan ini saya berjaya turunkan tekanan darah supaya saya tak disahkan ada darah tinggi. 

Sebab bacaan pada hari itu 145/76.
Sepatutnya bacaan normal adalah 120/80...


Sebenarnya masalah tekanan darah naik dalam diri saya bukan benda baru. Masalah ni dah dikesan masa medical check up untuk masuk KMB. Dan masa tahun lepas, saya check sekali lagi, masih lagi tinggi melebihi paras normal...

Walau apa pun...
Doakan saya agar terus dalam keadaan baik..
Doakan juga ikhwah agar terus tsabat(setia) di jalan ini walau ape ujian yang melanda...
Doakan agar tunas-tunas di jalan ini yang sedang bertumbuh agar tidak tercantas dengan ujian-ujian kecil...
InsyaALLAH...

Doakan saya...
^^


p/s:cuba menukar cara menulis...^^

1 comments:

muhammad said...

nak nangis baca catatan ni (T_T)

am, sabar ye. bertahannnnn.

sekali lagi ana diingatkan bhw ada org lain yg lebih suffering dgn mslh yg dirinya hadapi.

jzkk am, jzkk for this reminder.

apa2pun, sakit mcm mana pun, try je utk senyum utk jd ceria mcm biasa. try je semampu yg boleh ye?

sbb kita ada misi yg jauh lbh besar dr mslh yg sdg kita hadapi.

syafakallah.

syafakallah.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...