Friday, January 28, 2011

Salahkah Kerna Ideanya Begini???

Jumaat
15:22
28 Januari 2010

Bismillahhirrahmanirrahim...

Astaghfirullahal azimmm...
Kadang-kadang saya ragu-ragu tentang apa yang saya fikirkan. Adekah sesuatu yang sedang bermain di fikiran saya merupakan sesuatu yang benar atau salah? 

Saya cukup benci pada perbomohan. Sangat-sangat benci. Sebab saya sendiri mempunyai banyak pengalaman dalam hal-hal sebegini....
Errr, bukan saya jadi pesakit eh...

Alhamdulillah...
Abah dan ummi sememangnya tidak percaya pada benda-benda begini. Tapi masalah terbesar ialah saya hidup dan membesar dalam suasana masyarakat di sekeliling saya sangat taksub pada benda ini. Seolah-olah abah menjadi titik di tengah-tengah orang yang percaya pada perkara karut-marut sebegini. Syukur kerna saya dilahirkan sebagai anak abah, lahir ke dalam keluarga ini, yang sememangnya tidak mempercayai benda-benda sebegini...

Mungkin ramai yang tak percaya bahawa masalah ini masih wujud dalam masyarakat ini, tapi saya telah menempuh hidup saya yang sudah zaman-berzaman (cam tua pulak bunyinya..) dengan melihat realiti ini. 

Pernah saya cuba mengikut saudara-mara saya pergi berubat kononnya terkena itu dan ini. Inkuiri yang ada dalam diri ini mencabar intelektual saya terhadap bidang perbomohan ini. Masih ingat masa tu selepas SPM. Tatkala masuk di rumah tok bomoh itu, perrggghhhhh, kain kuning merentangi siling rumah baiii...
Part paling best...
Tok bomoh tu berubat menggunakan telur ayam. Diambil telur ayam, diuli atas piring yang berisi cuka, kemudian diambil air mineral dalam botol, dituang air itu ke dalam besen, kemudian direndam telur tadi ke dalam besen yang mengandungi air mineral itu...
Kata bomoh itu,"Tunggu sehingga telur ni pecah baru boleh balik!"
Dalam 30 minit kemudian, telur itu pecah...
Dan saya? Hanya tersenyum... Terdetik di hati, "Hebat tok bomoh ni buat eksperimen biologi.."

Nah!!!
Saya boleh jawab satu persatu hujah kenapa telur itu pecah. Tapi sedih, mereka-mereka yang taksub dengan bomoh ini semua terpukau dengan kehebatan telur pecah dalam air yang menjadikan wakil bahawa sakit itu telah hilang...

Osmosis... 
Satu perkataan yang cukup untuk menerangkan segala-galanya. Kulit telur diperbuat daripada calcium carbonate, kan larut dalam asid yakni cuka itu sendiri, lantas mendedahkan semi-permeable membrane telur itu. Tatkala telur direndam dalam air, maka osmotic pressure yang tinggi dari air memaksa air masuk ke dalam telur sehingga satu tahap memecahkan selaput putih telur yang terdedah sedikit kerna bertindak-balas dengan asid (cuka) sebentar tadi...

Hmmm....

*********************************************************************

Dalam kes yang lain...

Saya sangat-sangat tidak bersetuju dengan kepercayaan bahawa kita perlu 'meminta izin' untuk melakukan sesuatu sesama dalam semak-samun atau dalam hutan....

Nak buang air, kena sebut, "Tok, cucu nak buang air nih..."

MasyaALLAH!
Di mana akidah kita bahawa ALLAH SWT sebagai sebaik-baik pelindung dan sebaik penolong di saat lafaz itu diucapkan??!!!
Cuma pernah ada hujah mengatakan bahawa boleh disebut begitu supaya andai 'mereka' berada di tempat kita ingin membuang air, supaya 'mereka' beralih tempat sekejap. Ayatnya lebih kurang, "Tepi sikit, nak buang air nih.."
Masuk akal juga, sebab kita memberitahu 'mereka' bimbang 'produk' kita terkena 'mereka', tapi bukan meminta perlindungan kepada mereka...

Renung satu ayat dari surah Al-Jin sejenak...

"...Dan sesungguhnya ada beberapa orang daripada laki-laki
dari kalangan manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa
lelaki dari kalangan jin, tetapi mereka(jin) menjadikan 
mereka(lelaki) bertambah sesat."
(Surah Al-Jin 72:6)

Penjelasan pada ayat ini, ada di antara orang Arab jahiliyah apabila mereka melintasi tempat yang sunyi, mereka meminta perlindungan pada jin yang dianggap berkuasa di situ.
Na'uzubillah...

*Kalau ada hujah atau pandangan lagi kukuh, mohon nyatakan...

*****************************************************************************

Histeria dan rasuk camne,Am???

Saya terima.. Tapi ubatnya bukan sehingga bawa pergi jumpa bomoh. Semasa saya Form 2, masih teringat pesan Ustaz Aziz, ni mesti geng2 SMACHianz kenal..
Katanya, "Kalau berlaku azan atau histeria atau apa-apa sahaja berkaitan dengan jin, azan 12 kali, atau azan sehingga masalah itu selesai..."
Dan alhamdulillah, pernah saya praktikkan semasa lepas SPM tatkala seorang saudara-mara dirasuk, dan memang masih ingat azan ketujuh terus hilang rasukan itu...

******************************************************************

Sedih dan pedih...
Apa lagi mampu saya ungkapkan tatkala mendengar sahabat-sahabat di sekeliling saya yang berbicara tentang cara untuk melihat makhluk halus adalah dengan membaca Surah al-Jin setiap malam selama 40 malam tanpa henti. Dan dikatakan bahawa mereka kan mampu melihat jin pada malam ke empat puluh...
Entah, saya tak pasti tentang kesahihan ini...
Cuma kalau diteliti surah al-Jin yang mempunyai 28 ayat ini, semuanya berkisar tentang kisah para jin yang turut menerima islam, bahawa mereka juga turut menerima dan membenarkan islam yang dibawa oleh Muhammad bin Abdullah...
Semua 28 ayat ini tentang kisah dakwah Rasulullah, mana yang cerita pasal seruan supaya jin menjelmakan diri?Entah....

Dan saya hanya mencoretkan segalanya di sini...
Pernah ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa saya sudah tak mempercayai benda-benda sebegini...
Astaghfirullah, andai saya tidak mempercayai jin dan syaitan itu wujud, maka tidak lengkaplah keimanan seseorang manusia kerna tidak mempercayai wujudnya alam ghaib...

Saya percaya jin & syaitan itu wujud...
Cuma saya tidak percaya pada perbomohan...
Saya ulang, saya cuma tidak percaya pada perbomohan....

Untuk sahabat-sahabat yang setia membaca...
Saya seru jom kita semua selamatkan masyarakat ini. Rasanya bukan saya seorang yang mengalami masalah bertembung dengan masyarakat yang mempercayai dan taksub pada perbomohan. Andai kita yang sedang membaca ini percaya pada perbomohan, cukup. Cukup!
Dah tiba masa untuk berubah...

Untuk ikhwah seperjuangan...
Masalah kepercayaan kepada perbomohan ini bukan masalah sebenar. Ia hanyalah satu simpton tentang rapuhnya akidah masyarakat kita. Saya bukan menuduh, tapi ini yang terlintas sebab saya percaya dan telah dididik bahawa segala akhlak dan perbuatan yang terzahir adalah impak yang datang daripada sebuah akidah...
Jadi, maksudnya kerja kita masih banyak untuk dilakukan...

Salam perjuangan menyucikan akidah...
Untuk diri ini...
Untuk sahabat-sahabat...
Untuk ikhwah seperjuangan...
Dan untuk sesiapa sahaja...
InsyaALLAH...
Segalanya mungkin!!!
Bi iznillah...

???


p/s:apa yang dicatat bukan sesuatu yang mutlak. bukan untuk mengeluarkan fatwa sendiri, cuma untuk menyatakan idea. andai ada hujah yang lebih kukuh disertakan dengan sumber al-Quran dan HADIS SAHIH,silakan berkongsi kerna saya sendiri masih seorang pencari...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...