Sunday, April 25, 2010

Basuh Tangan Atau Basuh Pinggan?

16:17
Sunday
25th April 2010

Salammm...
Hmmm, dah seminggu juga tak update blog ni...
Ada yang bertanya, dah hilang idea ke?
Tapi hakikat sebenar, pernah ana sendiri cuba update di waktu petang semasa hari-hari biasa. Tetapi yang menghalang untuk berbuat demikian adalah fokus. Bimbang apa yang ditulis tak dapat menyampaikan idea asal...
Bimbang juga andai kerja tak dibuat dengan fokus, maka maksud asal yang ingin disampaikan tak dapat dicapai...
Jadi, lebih baik diam...


**********************************

Mungkin ramai yang tertanya-tanya dengan tajuk ni...
Apa ke benda relate antara basuh tangan dengan basuh pinggan?

Dalam satu perbincangan dengan naqib ana beberapa hari yang lepas...
Ana ada menyuarakan tentang masalah yang sedang ana hadapi...
Ramai yang datang berjumpa dengan ana...
Meluahkan perasaan...
Berkenaan dengan usrah di KMB...

"Am, aku tak layak la nak bawa usrah. Ilmu masih belum cukup..", luah seorang hati sahabat...

"Aku rasa tak layak la jadi 'naqib'. Sebab aku sendiri pun tak betul lagi...", kata seorang yang lain pula...

Apabila ana luahkan masalah ini dalam usrah ana sendiri pun...
Akhirnya ana dapat satu buah fikiran untuk menjelas hakikat ini....

**************************************

"Selepas kita makan, apa kita akan buat? Kita akan basuh tangan kan?"
Naqib ana cuba menjawab persoalan ini dengan persoalan yang lain...

"Agak-agak cuci tak tangan kita?"
"InsyaALLAH... 'Konpem' cuci...", jawab seorang sahabat ana yang lain...

"Tapi, cuba bayangkan. Kalau kita basuh tangan sahaja selepas makan, mungkin masih ada bau belacannya. Mungkin masih ada bau sambalnya..."

"Cuba kalau lepas makan, kita basuh pinggan yang kita guna sekali.. Rasa-rasanya, mana satu yang lebih cuci tangan kita?"

Hmmm...
Terfikir sejenak... 
Andai ditanya pada budak Darjah 1 pun mesti jawab basuh pinggan sekali...

"Tu la maksud asalnya... Kalau kita rasa kita tak layak nak jadi naqib, nak bawa usrah. Rasa tak layak nak bawa tarbiyah, usrah akan mampu buat 'improvement' pada diri kita..."

***************************************

Nah!
Akhirnya terjawab la juga persoalan yang sering ditanya oleh sahabat-sahabat selama ini...

Jadikan usrah sebagai medium untuk mentarbiyah diri ini...
Sebab kita bukan hanya hidup untuk memenuhi statistik penduduk negara dan dunia...
Tapi cukup jelas, kita ada agenda lain yang lebih penting...

Tentang perihal yang sering mengatakan bahawa dirinya tak cukup ilmu...
Ana pun rasa tertanya-tanya...
Sampai bila nak tunggu diri ini akan cukup ilmunya?
Nak tunggu dapat sarjana dari Al-Azhar?
Nak tunggu dapat apa lagi?
Lesen dari menteri-menteri Malaysia?

'Saya tak nak join usrah!"...
Mungkin tu persoalan sebenar yang ingin disampaikan di sebalik soalan-soalan yang bertalu-talu itu...

Hmmm...
Ada yang berkata,"Usrah saya tak best la..."
MasyaALLAH...
Nampaknya masih ada kekurangan pada diri ana sendiri...
Masih tak mampu nak mertarbiyah sahabat-sahabat di sekeliling...
Kelemahan diri ini yang masih tak mampu nak membimbing sahabat-sahabat ini...

Ampunkan daku Ya ALLAH...
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati ini, tetapkanlah hati ini dijalan Rasul-Mu. 
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus...
Jadikanlah diri-Mu sebagai tujuan hidup kami...
Jadikanlah Rasullullah sebagai qudwatul hasanah kami...
Jadikanlah Al-Quran sebagai pedoman hidup kami...
Jadikanlah jihad sebagai jalan juang kami...
Dan jadikanlah syahid di jalan-Mu sebagai cita-cita tertinggi kami...

InsyaALLAH...
Salam membina iman untuk diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat...
Sama ada yang sedang ber'usrah'...
Atau yang 'tidak'...


1 comments:

E.y.n.a said...

salam

menariknye artikel ni
kdg2 sy pn rse nak handle usrah sndri
tp msti akan d halang oleh sbuah monolog "ilmu ak x ckup lg ni nk handle usrah..kang xpsl2 trbagi ajaran sesat"~

huhu..thnks utk prkongsian :) truskn prjuangan!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...