Monday, April 12, 2010

Mana Satu Susah???

15:26
Monday
12th April 2010

Salam...
Hmmm, dah beberapa hari x update blog, masa yang cukup tidak mengizinkan...

Entah kenapa, sehari dua ni cukup banyak soalan yang hampir-hampir sama diajukan kepada ana...
Semuanya berkisar dengan interview MARA & JPA...
Alhamdulillah, cukup bersemangat mereka itu mencari tips2 interview...
Kita mampu merancang, hanya Allah menentukan...

Namun dalam keghairahan untuk temu duga ini...
Entah mengapa ana turut terbabit dalam dilema yang tidak berkesudahan...
Entah bagaimana soalan-soalan yang tak sepatutnya timbul boleh menjadi satu persoalan besar...

"Bang, nak tanya sikit... International Baccalaureate(IB) ni susah ke?"

"A-Level ni susah ke?"

"Matrikulasi dengan PASUM, mana 1 lagi senang?"

Lebih kurang begitulah soalan-soalan yang diajukan kepada ana...
Lantas diri ini mula tertanya-tanya...
Siapakah diri ini untuk menentukan mana satu course yang lebih senang untuk sambung pangajian lepas SPM???

Namun, mungkin persoalan ini timbul kerana kita sering dimomokkan dengan bidang sekian-sekian itu sangat susah untuk dipelajari...
Kalau masuk bidang sekian-sekian, maka kepala boleh pecah...

Bagi ana, hanya ada satu jawapan andai selepas ini soalan ini masih ditanya....

"Kalau nak senang, senang jerrr. Tak payah nak menggatal nak isi borang MARA & JPA. Tak payah nak menggatal nak isi borang Pusat Asasi. Tak payah nak menggatal nak cari biasiswa. Jangan dilayan tawaran yang mendatang. Duduk rumah, tidur, makan, tidur, makan... Habiskan beras. 


Pastu, kalau yang perempuan, nanti umur masuk 19 sikit, terus terima pinangan orang. 
Kalau yang lelaki, pergi kerja kat mana-mana. Umur 20, terus kawen!"


Kahwin?
Kalau ada yang mahukan akhi untuk dibuat menantu, silakan...

Mungkin kasar sikit bunyinya...
Tapi tu la hakikat sebenarnya...
Mana ada yang senang... Antum semua ingat nak berjaya ni boleh dibina dalam satu malam?

Tapi kadang-kadang ana tak boleh nak persalahkan mereka ini seratus peratus...
Sebab ana sendiri pun ada pengalaman ni...
Pernah satu ketika dahulu sebelum masuk KMB, ada seorang makhluk berbincang dengan ana...

"Am, sambung ngaji kat mana?"
Alhamdulillah, boleh sambung kat Selangor untuk persediaan medik..."
"Laaa... Kenapa ambil medik? Nanti bernanah otak!"

Astaghfirullahhhh...
Ummi ana mengucap bila ana cerita pasal ni...

Fikirkanlah bagaimana perasaan ana masa tu...
Di saat kita perlukan sokongan, masih ada yang berfikiran jumud(sempit) sebegini...


**************************************************

Andai kata yang memomokkan mereka ini adalah masyarakat sekeliling yang berada kat kampung boleh tahan sikit...
Tapi, yang menjadi masalah terbesar ialah yang menakut-nakutkan mereka ini adalah golongan 'bijak pandai' itu sendiri...

Pernah suatu ketika dahulu ada satu program yang dianjurkan oleh segolongan 'pelajar2 cemerlang' dari U tempatan memomokkan sahabat2 yang lain...

"Jangan ambil IB, susah giler...."

MasyaALLAH...
Apakah program untuk mencari arah tuju masing2 selepas SPM diselitkan dengan unsur2 sebegini?
Entah...
Ana pun dah mula konfius...

Camni la abang-abang dan kakak-kakak tercenta...
Andai buat program dan nak selitkan unsur2 nak memomokkan orang lain agar jangan ambil course yang sekian-sekian kerana terlampau susah...
Baik tak payah buat program...
Wat tambah dosa jer...
Nanti ada hati lain yang terkecil pulak...


Jadi...
Pesanan untuk adik2, ehem, adik2 ke?
Takpe2, tukar sikit...

Pesanan untuk sahabat2 yang sedang mencari tempat untuk sambung pengajian...
Teruskan...
Usah dipeduli pada kata-kata orang yang tak pernah nak memahami nak bagi kejayaan kat orang lain...
Kurang-kurang nyer share la sikit...

InsayALLAH...
Andai ada soalan berkaitan dengan program untuk sambung pengajian... 
Ana sentiasa sedia membantu andai mampu...

Salam perjuangan untuk diri ini...
Juga untuk sahabat2...
Sama ada yang sedang berada di Malaysia...
Atau yang sudah fly...

Alhamdulillah...

2 comments:

zakirin said...

dalam dunia ni ada byk pintu yg terbuka utk kita, tp kadang kala kita trpaku kat satu pintu yg trttp ni, menunggu n berharap stu hri nnti pintu ni akn terbuka, sampai xsedar ttg pintu2 lain yg terbuka utk kita...

jd, try la semua pintu....jgn try 1 je, rugi...

Rais Al Attas said...

Better ambik A-Level sebab laku di mana mana pun

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...