Monday, December 20, 2010

PPOC Perak Version 1.0

Ahad
11 Disember 2010

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...
Buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Ipoh, Perak..
Dan saya sendiri tak pernah menjangkakan bahawa dalam hayat ini kan pernah pergi ke Ipoh...
Wohoho...
Backpack yang dihadiahkan oleh abah banyak membantu diri ini untuk siri pengembaraan..
Hehe...
Senang, hanya satu beg ajer..

Terima kasih lepada Abdullah Faqir kerana mengizinkan diri ini untuk mengikuti khidmat sosial di Persatuan Pemulihan Orang Cacat (PPOC) Perak selama seminggu untuk melengkapkan CAS (Creativity,Action,Service) yang masih berbaki mungkin...
Sebab 'big bos' yang handle aktiviti ni adalah Abdullah Faqir sendiri sebab dia menetap di sana...
Dan selama seminggu berada di sana...
Alhamdulillah...
Banyak suka duka yang menyedarkan diri ini tentang realiti sebenar sebuah kehidupan...

Wakil dari KMB yang mengikuti program ini seramai 5 orang...
Yakni Abdullah Faqir sebagai big bos...
Zakuan Hassan,Zaha, sebagai vice...
Arsyad Noordin,Acad, sebagai secretary...
Azli Omizi,Azli, sebagai bendahari...
Dan saya sendiri sebagai AJK Makanan...
0_o    Apekah?

First impression tentang Ipoh?
Suka, sangat-sangat suka...
Sebab baru saya tahu rupanya Ipoh dikelilingi oleh bukit-bukau yang sangat-sangat banyak..
Sesuai untuk saya yang cintakan kedamaian... (Bajet sikitttt...)

Dari Kelantan, saya, Azli dan Acad bergerak ke Ipoh dengan bas dari pukul 10 pagi...
Tiba di bandar Ipoh pada jam 5 petang...
Jauh jugak eh?
Ingatkan dekat ajerz...
Mengikut jadual asal, kami akan bergerak ke PPOC pada hari kedua iaitu hari Isnin...
Jadi cadangnya dalam perancangan asal satu malam akan tidur di homestay...
Wohoho, kaya nyer...
Tapi Pak Cik Eddi yang handle pengangkutan kitorang ada idea yang lebih baik untuk menjimatkan lagi kos...

"Camni, sebab awak semua nak tidur satu malam aje. Saya bawak awak pergi hotel bajet lagi murah. Senang esok pagi nak gerak ke PPOC."

Kami ok ajer...
Lagi murah lagi suka..
Hehe...

Yang paling nak tergelak...
Ingatkan gelarannya adalah hotel bajet sebab murah..
Rupa-rupanya memang nama hotel tu Hotel Bajet...
Hotel Bajet Medan Gopeng...
Haha...

Alhamdulillah...
Dapat RM100 untuk satu bilik...
Lebih kurang RM20 untuk setiap orang...
Malam tu sumber makanan sangat senang...
Sebab kat stesen bas Medan Gopeng ada pasar malam...
Dan saya sendiri baru teringat bahawa room-mate saya sendiri orang Ipoh..
Terus call Pali...
Boleh gak merasa lepak bersama room-mate malam tu...
Hehe...
Lepak ajer kat kedai capati sebelah pasar malam...

Balik ke hotal...

"Jom rapatkan katil malam ni, senang lima-lima boleh tidur atas katil...",cadang Abdullah...

Sekali katil jenis takleh nak rapat..
Sebab?
Katil jenis diperbuat daripada simen...
Wohoho...
Tengok sendiri la...

Maka yang terbesar gedabak ni tidur ajer atas tilam lebih yang disediakan...

Bergambar dalam bilik kami, cuba usha kat katil tu, katil daripada simen...


Kesan aircond kepada seorang student IB yang cekeding...

Dan malam itu..
Ramai yang 'syahid' awal sebab letih dengan perjalanan yang jauh..
Hehe..

p/s:sengaja catatan kali ini tidak saya nyatakan pukul berapa catatan ini ditulis sebab segalanya ditulis setelah sampai ke rumah kerana masalah internet di POCC...

(^_^)V

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...