Sunday, August 15, 2010

Yang Mana Satu???

13:02
Ahad
15 Ogos 2010

Pada suatu hari di bulan Ramadhan...
Seorang guru masuk ke kelas untuk mengajar seperti biasa...
Segala tanggungjawab untuk mendidik modal tamadun kepada guru ini...
Kerna sekolahnya pun bukan calang-calang pelajar...
Pelajar-pelajar yang terpilih...
Si guru sedar, bahawa setiap didikannya bukan untuk melepaskan dirinya supaya dapat gaji...
Tapi untuk menjana anak muridnya supaya berfikir...
Berfikir dan berfikir...
Bukan menjadi anak burung yang menunggu makanan di sarang...
Si ibu burung hanya memasukkan makanan ke dalam mulut si anak burung yang sedang ternganga...
Anak muridnya bukan begitu...

Dan anak muridnya sanggup berpisah dengan keluarga...
Beratus kilometer jarak dari keluarga...
Semata-mata sebuah perjuangan untuk mencari ilmu...
Kerna umat ini memerlukannya...

Berbalik ke kisah asal...

Si guru masuk ke kelas...
Direnung mata anak muridnya...
Disentuh dahinya  yang mula dihiasi kedut...
Diraba rambutnya yang sudah memutih...
Janggutnya juga memutih...
Satu tanda, bahawa kembara di dunia ini akan berakhir tak lama lagi...

Direnung lagi mata anak murid....
Matanya bercahaya...
Ada titisan manik suci di hujung matanya...
Suasana kelas pagi itu hening...
Hening seolah semuanya tiada di kelas...

Anak murid juga melihat ke dalam mata guru mereka...
Sedar bahawa setiap perkataan yang keluar adalah manik mutiara yang tak  terlihat di mata kasar...
Masing-masing sudah bersedia untuk mencatat segala ilmu yang akan dicurahkan pada pagi itu...

Si guru mula bersuara...
"Baiklah. Pagi ni saya nak tahu tahap kepekaan awak dalam membezakan dua perkataan yang sama, tapi lain maknanya."

Diambil pen marker dalam kocek kemejanya...
Pen yang tulisan jenamanya sudah lusuh...
Namun itulah yang mencoret sebuah pemikiran ke dalam insan yang bersemangat di hadapannya pagi itu...
Terus ditulis pada papan putih...

Saya makan...
Saya Makan...

Si anak murid terus mencatat...
Tidak mahu kehilangan ilmunya itu...
Sebagaimana ilmu-ilmu terdahulu pernah hilang daripada ingatannya...
Sebagaimana ilmu Geografi PMR pernah hilang dari kotak fikirannya...
Sebagaimana ilmu Sejarah PMR pernah hilang daripada mindanya...

Si guru bertanya...
"Siapa boleh bezakan antara maksud dua ayat ni, saya persilakan berbuka puasa di rumah saya petang ni."

Si guru memberi tawaran kepada anak muridnya...
Yang sanggup memberitahu maksud ayat di papan putih...
Sebab si guru faham...
Berbuka puasa bersama-sama di rumahnya mampu mengubati kerinduan anak muridnya terhadap keluarga masing-masing yang terceruk di hujung belantara sana...

Semua anak muridnya membisu...
Memandang satu sama lain...
Yang ada hanya terkebil-kebil...
Segan untuk bangun dan berkongsi idea barangkali...
Atau memang tiada idea langsung...
Hmmm...

Dalam kesunyian itu...
Bangunlah seorang anak muda dengan penuh bersemangat....

"Cikgu, izinkan saya menjawab persoalan itu.", pinta anak muda.

"Silakan.", si guru hanya tersenyum...

"Walaupun dua ayat di atas ada persamaan dari sudut ejaan, namun kedua-dua ayat itu memberi makna yang sangat berbeza...", si anak muda memulakan bicara...

"Saya makan, memberi maksud bahawa saya sedang melakukan satu perbuatan, yakni saya sedang makan. Contoh, saya makan nasi, saya makan roti, saya makan biskut."
Ujar anak muda dengan penuh berhati-hati...
Sengaja menggunakan analogi yang mudah...
Supaya gurunya dan sahabatnya faham...

"Ok, betul. Dan apa maksud ayat yang satu lagi?" tanya si guru...
Semakin berminat dengan gaya berfikir anak muridnya yang satu ini...

"Saya Makan, membawa maksud nama seorang individu. Contoh, saya Makan bin Ali, saya Makan bin Abu, saya Makan bin Razak."

Jawapan si anak muda membuatkan sahabat-sahabatnya kagum...
Kagum kerna mampu membezakan idea sebegitu...

Si guru tersenyum...
Puas kerna anak muridnya yang satu ini faham apa yang ingin disampaikan olehnya...

Si guru memadamkan dua ayat di papan putih itu...
Diambil pen marker...
Ditulis pula ayat yang lain...

Saya Islam...
Saya islam...

Si guru diam...
Membiarkan anak muridnya berfikir...

"Dan sekarang saya nak tanya, awak semua yang mana satu? Saya Islam atau Saya islam?"
Provok si guru...

"Andai kata awak adalah Saya Islam, maka keislaman awak tak lebih dari sekadar nama. Islam hanya pada kad IC, islam hanya pada ID kad, dan islamnya awak sebab keturunan. Sebab mak dan ayah awak orang islam!"
Si guru menekan sedikit suaranya...
Supaya anak muridnya faham hakikat sebuah kehidupan....

"Tapi andai kata awak adalah Saya islam, maka awak bukan hanya pada nama. Tapi pada setiap perbuatan, setiap percakapan, setiap sikap awak semua. Dan pada perbuatan, jangan hanya sandarkan pada ritual semata-mata!"
Jelas si guru...
Ingin anak muridnya faham apa yang ingin disampaikan...

"Apa maksud ritual, cikgu?", salah seorang anak muridnya bertanya...
Inginkan kepastian barangkali...

"Maksud saya, islam bukan hanya terletak pada ibadat. Bukan hanya pada solat, puasa, zakat, haji. Tapi merangkumi semuanya, mula celik mata, hingga nak tidur, bahkan dalam tidur. Bahkan islam turut merangkumi pada sebuah masyarakat, perniagaan, undang-undang dan banyak lagi..."
Panjang lebar terang si guru...


**************************************************************************


Rasanya cukup untuk satu kisah di atas...
Dan cuba kita renung balik diri kita...

Adakah kita Islam?
Atau adakah kita islam?

Ejaan sama...
Tapi sangat-sangat berbeza...
Maksudnya sangat besar...

Dan suka untuk saya tegaskan di sini...
Bahawa saya sendiri bukannya seorang yang sempurna...
Tulisan di sini adalah sebagai satu pesanan untuk diri ini sendiri...
Yang acapkali lupa....
Tentang hakikat sebauh kehidupan...

Dan catatan kali ini...
Akan menjadi satu jawapan utama...
Kepada sahabat-sahabat yang selalu singgah di sini...
Kepada persoalan mereka...
Kenapa saya tulis perkataan "Islam" sebagai 'islam' dalam blog ini...
Sebagai satu jawapan bahawa setiap perkataan 'islam' di blog ini ditulis dengan huruf kecil...
Hujahnya adalah sebagaimana kisah di atas...

Dan untuk diri ini yang kadang-kadang sering terlupa...
Semoga  catatan ini kan menjadi satu peringatan buat diri ini...

Salam perjuangan....
Dalam mencari kefahaman untuk islam...
Buat diri ini...
Dan juga sahabat-sahabat seperjuangan...
InsyaALLAH...
^ ^

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...