Saturday, August 7, 2010

Adakah Kami Begitu?

21:45
Jumaat
6 Ogos 2010

Alhamdulillah...
Hari terasa stabil sedikit emosi...
Semalam emosi amat terganggu...
Sebab?
Entahlah, saya rasa pelajar KMB lebih memahami apa yang yang ingin saya perkatakan...
Sebab kami mengalami masa kepahitan itu bersama-sama...
Di antara pukul 8.30 malam hingga pukul 10 malam...
Kepada yang bukan pelajar KMB...
Tak mengapa...
Biar saya perjelaskan satu persatu...
Tentang peristiwa sebenar yang telah berlaku...

Sebagai pendahuluan...
Izinkan saya memetik sepotong ayat daripada ensiklopedia terhebat dalam tamadun manusia...

"Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu
 adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila
orang-orang bodoh menyapa mereka 
(dengan kata-kata yang menghina), 
mereka mengucapkan ,salam."

(Surah al-Furqan 25:64)

Ayat di atas adalah petikan daripada al-Quran...
Dalm surah ke 25, iaitu surah al-Furqan...
Ayat ke 64, dan bagi al-Quran yang ada terjemahan, sila lihat pada page 365...(Untuk al-Quran yang kecil tu)

Apekah relationship antara ayat di atas dengan peristiwa yang berlaku semalam?
Okies....
Meh renung bersama...

Sebuah Kisah Benar

"Yer la, dalam sehari saya tau awak banyak baca buku tebal-tebal tu. Apalah sangat al-Quran tu. Hah, awak ni. Bila last sentuh al-Quran?!", kata seorang ustaz dalam kuliah maghribnya...

Yang dok kat depan pulak jadi mangsa dengan soalan itu...

"Hah! Mana ketua awak?"...
Pakat tunjuk kat presiden MPP...

"Ni esok kalau ketua awak baca al-Quran. Jangan tegur, sebab dia tengah insaf tu. Mungkin dia dah bertaubat..."

Ada yang tergelak...
Ada yang tarik muka...
Dan ada yang kepanasan...
Dan saya sendiri dalam kepanasan...
Er, saya mula tertanya...
Adakah ini kuliah maghrib?
Atau apekah ini?


"Saya tahu. Cikgu-cikgu awak pun sama ajer. Sama ajer dengan pelajar. Haa, mana Cikgu Afiq? Ha, tu.. tu.. Cikgu Afiq pun sama ajer kan?", kata lagi ustaz tersebut..

Hamboih, sir Afiq pun kena jugak...

"Awak ni dah nak terbang tahun depan. Saya tengok ramai yang pergi sebelah Eropah, balik-balik dah jadi lain. Awak kena mantapkan diri, kalau tak naya awak...",

Mungkin tu baru jumpa satu nasihat...
Slide presentation masih lagi tak bergerak...
Tajuk kuliah tentang "Kelebihan Membaca Al-Quran"...
Tapi masih lagi tak masuk ke dalam tajuk asal....
Semua dok merapu, dah lebih setengah jam berlalu...

"Ok, mari tengok sebentar tentang kelabihan membaca al-Quran", kata ustaz itu...

Dalam slide presentation tu..
Ada la jugak cerita tentang kelebihan membaca al-Quran...
Setiap ayat digandakan 10 kali...
Alif Laam Miim itu terdiri daripada 3 ayat...
Erm...
Ada la jugak...
Tapi penangan merapu 40 minit tadi menghilangkan minat untuk terus ikut bersama dalam kuliah itu...
Dan nasib baik ada Faiq Syuk untuk menenangkan jiwa ini...
Dah la kami duduk kat depan...

"Ok, sikit-sikit sudah laa.. Sebab kalau cerita panjang pun awak bukan faham!", kata dia lagi...

Eh, saya bersama sahabat-sahabat yang berada di depan pun dah mula pening...
Amende nih?
Dia datang nak bagi amenda?
Nak gelak-gelak ke?
Nak hina kami ke?
Astaghfirullah...
Beristighfarlah 10 kali kepada yang sedang membaca luahan hati ini...
Sebab saya sendiri terpaksa menahan kemarahan dalam diri...
Di saat menulis tentang ini...

Dan saya sendiri...
Terpaksa beristighfar sepanjang kuliah maghrib...
Entah kenapa...
Hati ini terasa terlalu panas...
Mahu sahaja kaki diangkat keluar dari masjid...
Sebab kalau diteruskan...
Seolah membuang masa sahaja...
Astaghfirullah....
Tapi, andai saya berbuat demikian...
Masalah yang sebenar akan tercampak ke atas muka saya sendiri...
Sebab kalau saya terus bangun dan keluar, maka saya telah menghilangkan hikmah dalam kunci dakwah ini...

Dan malam itu...
Saya sendiri tercari-cari apakah yang ingin disampaikan oleh penceramah pada malam itu?




Teringat kepada quotation majalah Solusi...

"Penyakit ilmuwan adalah berbangga dengan ilmunya."

Dan malam itu...
Emosi sangat terganngu...
Sebab?
Sebelum ceramah bermula...
Saya sendiri telah meletakkan diri ini dalam satu semangat...
Untuk mendapatkan ilmu...
Setelah seharian sibuk dengan jadual masa yang sangat padat...
Sebab jadual pelajar KMB hari Khamis sangatlah padat...
Namun, pengisian yang diimpikan mampu menenangkan jiwa...
Lain pula jadinya...
Astaghfirullah...

Sehinggakan kepanasan itu terbawa-bawa ke dalam meeting BERKAT pada sebelah malam...
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memahami diri ini...


Dan hakikatnya...
Saya sendiri kurang menyenangi dengan ceramah-ceramah ilmu yang terlalu banyak lawak jenakanya...
Ya, saya faham...
Penceramah ingin 'menyegarkan' pendengar daripada tertidur...
Lawak jenaka yang saya maksudkan ialah...
Ketawa yang terlalu banyak dalam ceramah itu...
Sedikit-sedikit mungkin boleh dianggap biasa..
Diburukkan lagi dengan lawak jenaka oleh penceramah yang berbaur lucah...
Menceritakan lawak antara suami isteri..
Apekah ini?!
Astaghfirullah...

Cuma saya tertanya-tanya...

Apekah kerana kami pelajar medik, engineering, biotechnology, geology dan dentist...
Maka kami ini amatlah jahil dalam segalanya?
Maka kami ini tidak pernah membaca al-Quran dalam hidup kami?
Maka kami ini tidak selayaknya masuk syurga sekalipun?
Astaghfirullah...

Dan saya tertanya lagi...
Adakah untuk menjadi orang yang beragama...
Maka diwajibkan ke atas semua manusia untuk menjadi orang agama?

Dan biarkanlah kami di sini...
Memperjuangkan maruah islam dari sudut yang berbeza...
Memperjuangkan islam dari sudut ilmu aqli(akal)...
Sebab islam itu bukan hanya terletak pada Pendidikan Agama Islam...
islam itu bukan hanya terletak pada hadis...
Al-Quran...
Perubatan islam...

Tapi..
Islam itu terletak pada semuanya sekali...
Ilmu perlembagaan undang-undang...
Perniagaan...
Perubatan...
Kimia...
Fizik...
Dan segalanya...

Dan izinkan saya huraikan kembali ayat yang saya petik dari al-Quran...


"Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu
 adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila
orang-orang bodoh menyapa mereka 
(dengan kata-kata yang menghina), 
mereka mengucapkan ,salam."

(Surah al-Furqan 25:64)

Kalau dilihat dengan teliti...
Allah meletakkan hamba-hambaNya Yang Maha Pengasih...
Kepada hamba-hambaNya yang kaya dengan sifat kasih sayang...
Mereka ini apabila dihina oleh orang 'bodoh'...
Maka mereka akan mengucapkan salam...
Yakni mendoakan kesejahteraan mereka...
Bukannya menghina balik...
Apatah lagi menghina mereka yang tidak pula menghina kepada hambaNya tadi...

Hmmm...
Satu renungan untuk diri ini...
Dan juga satu peringatan kepada diri ini...
Bahawa masih banyak lagi kepincangan dalam masyarakat ini...
Yang diri ini sendiri perlu perbetulkan mereka...
Dan tak lupa jua...
Sebagai satu ujian daripada Allah...
Untuk menguji kesabaran diri ini...

Dan kepada pembaca yang membaca entri ini...
Beristighfarlah 10 kali selepas membaca entri ini...
Astaghfirullah...
Sebab mungkin entri kali ini terkasar sedikit...

............
...........
............
..........
...........
...........
..........

Ehem...
Dah istighfar ke?
Kalau belum, diminta untuk berbuat demikian...
10 kali pun cukup...
Saksi?
Allah sendiri akn menjadi saksi bagi kamu...
Sebab bimbang ada yang panas hatinya selepas membaca entri kali ini....

Dan untuk diri ini...
Maafkanlah atas segaanya yang telah berlaku...

Salam perjuangan mengawal kemarahan untuk diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat yang lain...
InsyaALLAH...
^ ^

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...