Sabtu
14 Ogos 2010
Semakin hari diri ini terasa makin dewasa....
Daripada dulu hanya seorang pelajar sekolah rendah...
Masuk ke sekolah menengah...
Dan sekarang masih lagi pelajar dan belajar...
Erm, masih juga di sekolah...
Di IB World School..
Ngeh2... ^ ^
Dan rupa-rupanya dah ramai teman senior satu sekolah dulu yang sudah masuk ke alam baru...
Mula menjengah ke alam untuk berdua...
Bukan lagi solo keseorangan...
Dalam erti kata mudah...
Dah ramai yang mula berkahwin....
Alhamdulillah....
Dan kalau nak ikut mereka...
Memang masih jauh lagi...
Angka pertama untuk umur pun masih '1' lagi...
Dan suka untuk meninjau Facebook mereka...
Melihat album2 'walimatul urus'....
Cuma dalam seminggu dua ini...
Saya terserempak dengan satu masalah baru...
Adeihhh...
Masalah ape?
Masalah tentang album majlis perkahwinan tadi...
Seram...
Sangat seram...
Malah kadang-kadang beristighfar panjang....
Sebab?
Bukan seorang dua yang sudah saya sendiri jumpa...
Bahkan dah banyak yang gambar majlis kahwinnyer ada something wrong...
Ada apa?
Okies, biarlah saya teruskan sahaja...
Dengan direct to the point...
Tanpa membungakan lagi ayat...
Hmmm....
Saya berjumpa dengan masalah gambar majlis perkahwinan yang kadang kala tidak patut diletakkan dalam album Facebook...
Yang sangat-sangat privacy....
Bagi saya, mungkin juga bagi orang lain...
Terasa sedih...
Ada gambar yang berpeluk sakan....
Ada gambar yang pasangannya mencium pipi...
Malah ada gambar yang saling bercium....
Adeihhh....
Yang bagi saya...
Gambar-gambar sebegini tak perlu diletakkan di Facebook untuk tatapan umum...
Sepatutnya....
Bimbang ianya hanya akan membuka aib kita...
Malah berkemungkinan besar akan menyebabkan penyakit hati dalam hati sesetangah anak muda yang melihat gambar itu...
Ya Allah, lindungilah diri ini...
Dan untuk mana-mana teman yang masih lagi menyimpan gambar sebegitu...
Suka untuk saya cadangkan gambar sebegitu dibuang dari album tatapan umum....
Kerna ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan....
Tak bermakna bila akad sudah termeterai...
Maka boleh sesuka hati berpeluk sakan di depan orang ramai...
Boleh buat itu dan ini...
Peliharalah diri ini dengan satu sifat malu...
Yang sangat mahal harganya...
Suka untuk saya petik sebuah hadis Baginda SAW...
"Abu Mas'ud Uqbah bin Amr al-Anshari r.a berkata:
Rasulullah bersabda,
Sesungguhnya sebahagian dari apa yang telah dikenal orang dari
perkataan kenabian yang pertama ialah,
'Bila engkau tidak malu, maka berbuatlah sekehendak hatimu'."
(Riwayat Bukhari)
Hmmm....
Semoga teman-teman yang beraya 'berdua' pada tahun ini...
Kan terus bahagia...
Semoga sebuah keluarga muslim itu terbina....
Namun luahan di sini hanyalah sebuah kepekaan seorang junior terhadap senior yang pernah bersama ketika dahulu....
Yang tak ingin melihat saban hari seorang demi seorang tumbang....
Seorang demi seorang mula hilang dan larut semangatnya yang pernah berjuang bersama suatu ketika dahulu...
Nau'zubillah...
Salam perjuangan...
Untuk diri ini...
Dan juga teman-teman...
Tak lupa kepada sahabat-sahabat...
Yang sentiasa setia di jalan ini...
Yang masih lagi single...
Ataupun dah I'm not single... ^ ^
0 comments:
Post a Comment