Saturday, August 28, 2010

Sekadar Lawak Jenaka Atau Satu Realiti...

12:12
Sabtu
28 Ogos 2010

Alhamdulillah...
Setelah dua minggu mencari masa untuk meng'update' catatan ini..
Akhirnya masih punya ketenangan untuk menulis...
Alhamdulillah....
Mungkin kesibukan seminggu dua ini dengan lambakan assignment untuk dihantar selepas raya...
Dengan Extended Essay yang masih perlukan perhatian besar...
Dengan World Literature yang sudah sampai ke final draf...
Dengan Theory of Knowledge, TOK essay yang masih memerlukan sumber untuk berkarya...
Dengan Internal Assessment ITGS, Biology, Chemistry, yang masih memerlukan banyak sentuhan...
Akhirnya sempat jua mendapat kelapangan hati ini....
Alhamdulillah...

Dan pagi tadi masih mempunyai sekejap kesempatan masa untuk mendengar radio...
Sekadar untuk merehatkan diri di pagi hari...
Dalam gurau senda dua DJ radio, seorang lelaki dan seorang perempuan...
Saya amat tertarik dengan perbualan mereka ini....
Gurauan dan realiti tentang berpuasa di bulan Ramadhan ini....

"Ya, bagi mana-mana pendengar yang masih setia di saluran ini. Diharapkan agar dapat  berpuasa penuh di bulan ini. Sebab datangnya pun hanya setahun sekaliii...", kata DJ yang pertama, seorang wanita....

"Ha'ah, betul tu! Jangan jadi bak kata orang, puasa yang yang yok, bangun pagi bukak periuk. Hahaha...", sampuk si DJ yang lelaki...

Dalam gurau senda itu...
Saya amat tertarik dengan kata-kata itu...
Sudah lama tak dengar istilah itu...
Puasa yang yang yok, bangun pagi bukak periuk....

Hmm...
Bagi yang mana-mana masih lagi ingat...
Mungkin pernah dengar perkataan ini semasa kita masih kanak-kanak lagi....

Tapi....
Cuma dari situ saya dapat lihat satu isu...
Kita berfikir bahawa puasa yang tak berpuasa itu adalah sebagai satu masalah besar....
Dan bagi hakikat realiti yang sebenar....
Tidak berpuasa itu lebih jelas...
Maksud saya, terus kita tahu bahawa seseorang itu tidak berpuasa kerna dia makan...

Mungkin...
Jalan-jalan di siang hari...
Terserempak dengan seorang lelaki muslim sedang makan di sebuah warung cina...
Oh, terus kita tahu bahawa dia tidak berpuasa...
Sedang mencari buku di MPH Bookstore Mid Valley...
Ternampak seorang wanita muslim sedang makan di McD atau KFC...
Terus kita tahu...
Bahawa dia ini tidak berpuasa...
Jelas....
Bukan satu tuduhan mahupun fitnah...

Tapi...
Kita kurang bimbang pada satu hakikat realiti...
Yang sememangnya wujud dalam diri kita...
Dalam diri saya...
Dalam diri kamu juga...
Dalam erti kata yang lebih senang, wujudnya dalam diri kita...

Realiti apa?
Satu realiti bahawa kita berpuasa tetapi kita tidak berpuasa...

Wah wah wah...
Berfalsafah pulak yer, Am?

Maksud saya...
Kita berpuasa, tetapi kita hanya dapat lapar dan dahaga...
Hanya dapat letih dan penat...
Tenaga terbazir...
Nau'zubillah...

Sebab?
Dalam kita sedang berpuasa...
Kita masih nak memperli saudara-mara kita...
Hati-hati dengan setiap perkataan yang keluar dari lidah kita...
Pesanan untuk diri sendiri....

Dalam kita sedang berpuasa...
Kita masih tak mampu nak menundukkan pandangan daripada melihat kepada perempuan...
Masih tak mampu nak mengalihkan mata di saat bertembung di tengah jalan...
Sebaliknya kita nikmati pula 'keindahan' itu...
Astaghfirullah...
Pesanan untuk diri sendiri juga...

Dalam kita sedang berpuasa...
Masih tak mampu nak menutup aurat dengan sempurna...
Kalau di pihak lelaki, masih turun ke padang bersukan dengan seluar pendek...
Terdedah auratnya...
Dan kalau yang wanita, masih lagi tak mampu menghijabkan mahkota yang terindah itu...
Ditayang kepada semua orang...
Ataghfirullah...
Pesanan untuk diri sendiri juga...

Dalam kita sedang berpuasa...
Kita masih lagi tak mampu nak menjaga batas-batas pergaulan kita...
Kalau bersosial dengan lelaki perempuan...
Masih tak tahu nak bataskan tahap pergaulan...
Bertempuk bertampar sesama lelaki dan perempuan...
Degup jantung jadi laju...
Mahu menikmati kelancaran darah barangkali...
Astaghfirullah...
Pesanan untuk diri sendiri....

Dalam kita sedang berpuasa...
Masih suka buat meeting merapu...
Bukan nak kata tak boleh meeting...
Cuma masih lagi tak menjaga pergaulan dalam meeting...
Lelaki perempuan duduk sebelah menyebelah...
Sehingga hampir sahaja lutut berlaga...
Malah dah ada yang berlaga, barangkali...
Dan buat pula di tempat-tempat 'islam'...
Barangkali supaya mendapat 'keberkatan' pergaulan ini...
Entahlah...
Pesanan juga untuk diri sendiri...

Mungkin ada yang berkata macam-macam...
Tapi, entah...
Hati saya sudah terlalu sebak...
Sedih...
Jiwa jadi kacau...
Tak tahu ke mana ingin membawa diri ini lari sebentar...
Dan mungkin hanya dengan terperap di bilik dan study, ececehhh... ^ ^

Dan saya sendiri masih cuba untuk berubah...
Doakan...
Sebab perubahan yang besar ini perlukan perubahan dari sudut inside-out...
Masih lagi cuba membina hati ini...
Masih lagi cuba meneruskan perjuangan ini...

Penghargaan untuk sahabat-sahabat...
Yang tak jemu menasihati diri ini...
Yang tak jemu menegur diri ini andai melakukan kesilapan...
Yang sanggup menjadi tempat mendengar luahan hati ini...
Yang masih lagi sanggup menarik tangan ini untuk meneruskan perjuangan ini...
Sebab andai tiada mereka ini...
Mungkin saya sendiri sudah kecundang, barangkali...
Astaghfirullah...

Catatan ini sekadar untuk luahan hati...
Catatan untuk muhasabah diri saya sendiri...
Sebab perkara-perkara di atas sendiri adalah salah satu environment  dalam hidup saya sendiri...
Maafkan andai terkasar bahasa...
Tapi andai terasa, maka bolehlah sama-sama kita renung balik apa yang sedang kita lakukan..
Jom!

Akhir kata seperti biasa...
Salam perjuangan untuk diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat...
Agar puasa kali ini mampu mendidik hati ini supaya bertakwa...
Supaya ada improvement untuk diri ini...
Bukan hanya sekadar puasa yang statik...
Tak mampu menjana apa-apa...
InsyaALLAH...
Antara nak atau tidak ajer yang tinggal...
^ ^

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...