Thursday, October 28, 2010

Entah Apa Mesejnya...

00:43
Khamis
28 Oktober 2010


"Am, cuba baca novel nih.", seorang sahabat menyerahkan sebuah novel kepada saya.

Dan saya?
Hanya merenung novel itu...
Biarlah saya rahsiakan novel itu...

Novel itu agak tebal...
Dan saya sudah menjangkakan plot ceritanya...
Dalam cuti hari raya haji itu saya habiskannya...

Apa yang menyebabkan saya membacanya?
Sebab si pemilik novel ini mengatakan bahawa penulisnya menyelitkan banyak kisah tentang International Baccalaureate (IB), program persediaan yang sedang saya lalui...
Dan saya sendiri...
Perghhh, mahu sesak nafas untuk saya habiskan...
Dan memang benar...
Jalan ceritanya tetap sama...

Dalam novel ini...
Kisah percintaan antara dua orang lulusan luar negara...
Mereka ini berkahwin...
Sememangnya mereka adalah pengantin baru...
Tapi hakikatnya mereka bukan suami isteri...
Sebab?
Si watak perempuan digambarkan tidak rela dirinya dikahwin paksa oleh abangnya...
Dan last2, mereka ini menjalani kehidupan bahagia setelah melalui pelbagai 'ujian', rintangan. mehnah, bla3..
Ditambah pula oleh strategi sang suami untuk menyerang hati si isteri yang digambarkan sebagai keras kepala...

**********************************

Berbalik kepada yang asal...
Bukannya saya menulis catatan kali ini untuk mempromosikan novel itu...
Bukan jua saya sekarang sedang menyiapkan satu novel...
Dan bukan jua saya ini seorang pengedar bagi mana-mana syarikat..
Tidak, tidak sama sekali...

Cuma untuk kali ini...
Sebagaimana yang telah saya nyatakan...
Sebelum membacanya saya sudah dapat mengagak bagaimana jalan ceritanya....
Sebab novel-novel jiwang memang jalan ceritanya takkan lari jauh sangat...

Contoh kisah-kisah yang biasa diutarakan:
  1. Kisah pengantin baru yang tidak mengalami hidup sebagai suami isteri kerana si isteri telah diarah kahwin paksa oleh keluarganya. 
  2. Kisah pasangan yang kahwin kontrak sekadar untuk melepaskan kemelut daripada dikahwin dengan pasangan yang dicadangkan oleh pihak keluarganya, akhirnya kahwin paksa menjadi kahwin hingga ke akhir hayat. 
  3. Kisah percintaan yang terbawa-bawa dari alam persekolahan, masuk ke universiti, pastu masuk ke alam pekerjaan dan akhirnya mula si lelaki tackle si wanita.
  4. Dan yang lain lagi, cuba jelaskan sendiri sebab saya rasa ramai yang pernah membaca novel sebegini.

Entah mengapa...
Masa di SMACH...
Saya agak layan novel sebegini...
Terutamanya selepas habis PMR...
Balik bercuti di kampung...
Sepupu saya sememangnya pula seorang yang gilakan novel...
Dan saya, apa lagi?
Seolah-olah tikus terjatuh ke dalam guni beras...

Namun...
Hari ini...
Setelah berada di 'arena' ini...
Saya mula menemui satu masalah dengan novel-novel ini...
Majoriti novel-novel jiwang melalui jalan cerita yang tidak logik...
Bukan sedikit logiknya dihilangkan...
Namun cukup berani untuk saya perkatakan...
Memang keseluruhannya, tak logik langsung...

Mengapa saya cukup berani perkatakan sedemikian?
Okies, cuba renung sejenak senarai jalan cerita yang telah saya sediakan di atas...
Tiga jalan cerita itu sudah cukup untuk membuktikan hilangnya logik akal pada sebuah novel jiwang yang kini berlambak di pasaran...
Membawa pembacanya hidup dalam dunia ilusi...
Dunia ilusi yang hilang terus daripada sifat realitinya...

Dan yang paling teruk...
Penulis novel sebegini amat berani menyelitkan unsur lucah dalam novel mereka...
Maaf tepaksa berterus-terang sedikit...
Ya, sememangnya benar...
Kalau kita pernah membaca novel...
Sememangnya kita akan menemui dengan babak-babak kelucahan sebegini...
Apa tidaknya?
Banyak sahaja novel yang membawa satu babak di mana si watak lelaki (suami) yang memeluk si watak wanita (isteri)...
Kadang-kadang ada yang cukup berani membawa pembaca ke alam rahsia rumah tangga...
Membawa pembaca merasai bagaimana perasaan si watak wanita tadi di saat tersentuh dengan tangan suaminya...
Astaghfirullah...

Yang lebih membimbangkan diri saya sendiri, mungkin juga diri sahabat-sahabat...
Seorang pembaca novel akan mengimaginasikan watak-watak dalam novel berdasarkan kenalannya...
Mungkin sahaja seorang sahabat lelaki yang membaca novel sebegini...
Akan meletakkan dirinya sebagai watak utama...
Manakala wanita yang mencuit hatinya sebagai watak perempuan ataupun kekasih atau isteri atau apa-apa sahaja dalam novel tersebut...
Dan tatkala tiba di babak yang terselit unsur-unsur lucah sebegini...
Si sahabat lelaki tadi yang membaca novel tersebut turut akan mengimaginasikan dengan detail setiap babak itu...
Nauzubillah...

Dan terlebih bimbang andai seorang ikhwah seperjuangan yang membaca novel sebegini...
Maka tatkala tiba kepada babak sedemikian...
Si ikhwah tadi kan ter-imaginasikan mana-mana akhawat yang selama ini telah menyentuh hatinya dalam diam-diam...
Astaghfirullah...
Dan nafsu yang selama ini dikekang untuk sekian lama tewas dengan hanya sebuah novel yang mengarut....
Dan apa yang bakal berlaku pada ikhwah tadi...
Tak dapat saya bayangkan...
Mungkin jiwanya akan futur...
Semangat untuk terus memperjuangkan apa yang sepatutnya dia perjuangkan kan hilang...
Mungkin dirinya hanyut sedikit demi sedikit...

Hari ini...
Seorang sahabat telah memperkenalkan kepada diri saya sebuah website yang meletakkan karya-karya sebegini ke daam laman web mereka...
Dan ini?
Akan terus merunsingkan diri ini...

Teringat kepada pesan sang murabbi:
"Tinggalkan bacaan yang mengarut, banyakkan membaca bahan-bahan yang membina diri."

Mungkin inilah yang dimaksudkan sebagai 'bacaan mengarut'...
Semasa mendapat nasihat itu...
Saya ingatkan hanya merujuk kepada majalah-majalah artis, lawak jenaka dan sebagainya...
Terlepas pandang bahawa bacaan sebegini turut termasuk ke dalam senarai bahan bacaan mengarut...

Dan untuk yang masih lagi membaca novel-novel sebegini...
Mungkin sudah tiba masanya untuk beralih kepada bahan bacaan yang lebih baik...

Ada yang tertanya-tanya...
Bagaimana dengan novel cinta islamik?
Adusss...
Yang ini pun satu masalah...
Lambakan cinta versi islamik di pasaran, termasuk juga di portal-portal terkenal seperti ILuvIslam.com turut meresahkan hati ini...

Namun, saya tertanya-tanya tatkala ada yang mengatakan sesuatu seperti ini...

"Wah, sweetnyer Umar nak tackle balik Asiah Yusra dalam novel Tautan Hati..."

"Best giler jadi Fahri cam dalam Ayat-Ayat Cinta. Soleh sampai tahap boleh kahwin dengan Aisya yang begitu hebat..."

"Nak bina keperibadian cam Khairul Azzam ah! Boleh cari wanita sehebat Anna seperti dalam buku Ketika Cinta Bertasbih"

"Hehe, aku ambik medik. Boleh la jadi cam Doktor Muslih dalam novel Denyut Kasih Medik yang kahwin dengan Qaniah..."

Dan saya menyambut kata-kata ini dengan satu kerunsingan...
Hati mula tertanya-tanya...
Adakah benar Akak Fatimah Syarha Mohd. Noordin menulis novel Tautan Hati setebal 785 muka surat hanya ingin membentangkan sebuah kisah cinta?
Yang kisah kahwin hanya secebis tak sampai satu bab pun...
Adakah pak Habiburrahman El-Shirazy mengarang satu demi satu hanya untuk membentangkan kisah cinta?
Adakah Dr. Farhan Hadi meluangkan masa-masa yang ada sebagai seorang doktor dalam kesibukannya untuk menulis sebuah kisah cinta?
Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Puan Azlinda masa kelas Information & Technology in a Global Society(ITGS) sebagai "What you see is what you get..."

Andai membaca untuk melihat cinta, maka cinta yang kita dapat...
Andai membaca untuk melihat konsep usrah, usrah yang kita dapat...
Andai membaca untuk apa, itulah yang kita dapat...

Jadi...
Jom...
Kita perbetulkan balik bahan bacaan kita...
Selama mana kita hidup...
Kita telah banyak dipengaruhi oleh bahan bacaan kita...
Dah sampai rasanya masa untuk membaca sesuatu yang boleh menjana minda...
Kalau izin saya cadangkan, majalah Solusi yang dikeluarkan di pasaran setiap bulan dengan harga RM9.00 satu mungkin boleh menjadi bahan bacaan ringan yang amat baik...
Sebab segala isu yang dibincangkan dilihat dalam sudut yang berbeza...
Sekadar cadangan...
Bukannya saya mendapat upah untuk mempromosikannya...
Tetapi sebagai satu alternatif untuk kita bersama...
Untuk membuka ruang perubahan bagi kita semua...
Yang tinggal hanya mahu atau tidak...
Selepas itu, segalanya akan menjadi...
Bi iznillah...
Dengan izin Allah SWT...

Salam perjuangan menjana fikir...
Untuk diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat...
Semoga bahan bacaan kita kan mendekatkan diri kita dengan fitrah yang asal...
Bukannya yang mencampakkan diri kita ke lembah maksiat dalam diam-diam...
Bukan yang menyebabkan zina hati dalam diri kita...
InsyaALLAH....

p/s:andai ada sesuatu yang salah, sila perbetulkan saya. terima kasih... ^^

p/ss:bace buku. study2.. jangan kerna sibuk sangat membaca buku2 fikrah, hingga tak study langsung.. bahagi mase baik2 yerrr...
(^_^)V

Sinari hati dengan bahan bacaan kita..


Abe Am @ Ikram Mohd Noor

1 comments:

adilah said...

bacalah buku2 hilal...more on ukhwah...

baco buku2 fikrah

btw...layan jerh love story...but that's not the main...mungkin tu 1 cara nk tarik mnt remaja...
have u read 'versus' by hlovate?
sesuai utk BERUBAH!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...