Saturday, March 26, 2011

Dedikasi Khas Buat Mereka...

20:09
Sabtu
26 Mac 2011

Bismilahirrahmanirrahim...

Pesanan khas:
Post kali ini bukan menyentuh tentang sebarang pemikiran. Cuma, bagi yang tidak pernah mengalami sebuah erti kehidupan di bumi SMACH mungkin tidak akan faham langsung dengan perkara-perkara yang dicatatkan.
Sebab? Catatan kali ini menyentuh tentang sisi kehidupan di SMACH, menyentuh khas tentang kehidupan seorang pelajar yang menyertai SMACH Wind Orchestra...
Harap maaf, kesulitan amat dikesali...



*************************************************************

Saya tinggalkan bumi Labok itu dengan seribu satu kenangan yang mengungkap memori sebuah kehidupan. Bumi itu yang penuh dengan nostalgia, yang penuh dengan kelapa sawit, yang penuh dengan memori yang banyak mengajar erti sebuah kematangan bagi permulaan sebenar satu kehidupan. Segala pahit manis yang berlaku diterima dengan terbuka, sebab semua itu adalah satu permulaan dalam memahami realiti, bahawa segala yang berlaku itu bukan diminta, tapi telah disusun dan penuh dengan ibrah (pengajaran) di sebaliknya...

Dalam kenangan manis yang tak kenal henti itu, tak dinafikan saya sedikit kecewa. Sedikit? Entah, mungkin lebih baik saya katakan sedikit kecewa, walau kadang-kadang terlalu pahit untuk ditelan, walau kadang-kadang terpaksa memendam emosi itu dengan berat. Dan saya faham, bahawa bukan saya seorang yang mengalaminya, tapi ia adalah sebuah realiti kepahitan bagi yang pernah bersama dengan kami di bawah satu bumbung kelab yang teristimewa ini, bagi saya...

Dicemuh? Perkara biasa...
Dihina? Rilek ajer...
Dipandang rendah? Hmm, sabor jelah...

Berbumbungkan sebuah organisasi yang banyak membawa erti sebuah persahabatan dalam hidup saya ini bukan umpama berada di jalan yang manis. Sebab masing-masing tahu bahawa mereka perlu menghadapi risiko terbesar berada dalam organisasi ini. Banyak kata-kata dan benda yang tidak enak diperkatakan oleh komuniti pelajar itu sendiri, dan lebih menyedihkan kadang-kadang ia bukan setakat datang dari insan yang bernama pelajar, tapi dari pihak tertentu sendiri yang bukan bergelar seorang pelajar...


Dengan berpaksikan rangkai kata "Ready For Whatever Comes Next"...

Sudah bertahun saya tinggalkan bumi SMACH, mungkin dalam 3 tahun yang lepas. Namun, walaupun diri saya ini bukan lagi pelajar SMACH, tapi dari sudut yang lain, saya masih lagi ahli kepada organisasi ini. Tidak tergamak untuk meletakkan diri ini sebagai bekas ahli organisasi ini. Dan saya bukan berseorangan, malah berani saya katakan, kami semua...
Ya, KAMI SEMUA....
Yang pernah memegang alat muzik sepanjang berada dalam organisasi ini, mana mungkin kan menganggap dirinya telah keluar daripada organisasi ini. 

Ku Sangkakan Panas Hingga Ke Petang...

Ecece... Ala-ala 'Medley Lagu P Ramlee' yang dimainkan di pentas Wind Orchestra SBP pulak bunyinya...

Kenapa cukup berani saya nyatakan sedemikian?

Sebagaimana telah saya catatkan di atas, dihina, dicaci, dipandang rendah, baik dari golongan pelajar atau bukan pelajar, bukan satu benda yang ringan untuk ditanggung. Entah, saya tak faham punca apa yang menyebabkan itu berlaku.
Apa faktor yang menjadikan organisasi ini menjadi sedemikian rupa?
Hasad dengki? Entah, mengharapkan mereka yang membenci mempunyai hujah yang baik dalam tindakan mereka kerna bimbang jiwa-jiwa yang terguris kasar yang berjuang untuk organisasi ini kan menjadi sumber masalah utama di 'Mahkamah Sebenar' di sana kelak... Di hari tiada lagi bantuan akan diberikan (faham ke?)

Memang pahit untuk menelan hakikat bergelar sebagai ahli SMACH Wind Orchestra, sebab ujian mendatang bukan sedikit. Sekali join organisasi ini, kan terus 'dipandang pelik' hingga ke hujung waktu berada di SMACH. 

Cuma kadang-kadang saya cukup kecewa...
Sangat-sangat kecewa...

Andai yang membenci organisasi ini adalah pelajar, saya tak kisah, Saya faham bahawa mereka telah terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya. Bahawa memang ideologi azali pelajar akan memandang gelap terhadap organisasi ini. Tapi, andai persepsi negatif ini datang dari golongan profesional, maka saya kan merasa aneh dengan segala yang berlaku...

Bagi para pelajar, mereka membenci organisasi ini atas sebab-sebab tertentu...
Katanya, ramai ahli-ahli organisasi ini yang berperwatakan lembut...
[Sighhhhh.....]
Biarkan apa mereka kata, sebab bagi kami yang berada dalam organisasi ini, tidak pernah rasa menyesal menyertainya..
Sebab bukan semua ahli yang begitu...
Saya ulang, BUKAN SEMUA.....

Tapi bagi para profesional yang membenci organisasi ini, saya tidak faham apa yang menyebabkan mereka berbuat demikian...

Dan saya tinggalkan jawatan separuh masa sebagai ahli setelah keluar dari SMACH (Separuh lagi sebagai pelajar). Sungguh, hari ini saya mendapat tahu masalah yang sama. Masalah golongan profesional yang tidak bertindak dengan profesional dalam menilai organisasi ini.  Sedih!Sebab mereka yang berada dalam organisasi ini adalah pelajar, bukan pekerja, bukan majikan mana-mana syarikat, bukan juga wakil rakyat parti politik.
Tapi mereka adalah pelajar, remaja-remaja yang sedang membangun jiwanya dalam membentuk peribadi mereka sebagai persiapan menghadapi realiti hidup yang sebenar...

Sudah bertahun-tahun dengan masalah yang sama! Dibenci oleh golongan beberapa golongan profesional. Mengharapkan bila perkara itu akan berhenti, demi kebaikan ahli yang berada dalam organisasi ini...


Dari Sisi Cahaya...

Kepada adik-adik terchenta yang masih lagi memperjuangkan organisasi ini, syabas saya ucapkan sebab anda memang mempunyai emotional management yang agak mantap!

Secara peribadi bagi saya, saya tidak pernah menyesal berada dalam organisasi ini. Banyak mengajar saya erti sebenar kasih sayang antara junior dan senior. Tanpa kuasa seniority melampau sebagaimana kelab-kelab dan persatuan lain di bumi hijau SMACH. Tatkala meeting, adik Form 1 duduk lepak sebelah abang Form 5. Siap boleh bergurau senda tanpa mengira erti "Aku senior engko! Respect la sikit!".



Cuma bagi Form 1 yang baru menyertai, mungkin agak terkejut kerna senior-senior ini menjadi 'sedikit brutal' masa latihan. Denda sebegitu sebegini andai tidak mampu melaksanakan task yang diberi. Itu biasa! Saya masih ingat, 'Pak Su Amin' (hehe...), soh 'ketuk ketampi' dengan angkat trombone atas kepala, sebab masih tak reti-reti nak main beberapa line dalam skor muzik Alvamar Overture, lagu Wind O tahun 2005. Tapi itu yang menyebabkan saya sempat kejar mereka yang seusia dengan saya tatkala itu. Hakikatnya, saya join SMACH Band hampir penghujung tahun masa Form 1, bukan masa bulan Januari, tapi selepas berakhirnya Wind O bulan Julai....


Penyelesaian Masalah???

Ingin perkatakan satu benda buat adik-adik di sana yang masih berada dalam organisasi ini, tolong jaga hati Cikgu Noriman! Tolong sangat-sangat!

Di mana lagi boleh di cari insan sebegini? Sanggup pulang ke rumah lewat malam semata-mata mengajar anak didik? Sanggup stay di sekolah waktu cuti walau hakikat guru-guru lain sedang berehat.. Di mana boleh dicari ganti ini?

Tolong sangat-sangat! Jangan dikecewakan hati insan yang seorang ini!

Tak pernah kenal letih+jemu...
Timo kasih, cikgu...^^-


Tentang masalah dengan komuniti pelajar yang anti-SMACH Band? Biarkan ajer mereka. Mereka kutuk, yang dapat sijil kita, yang dapat maruah sebab saban tahun menigkatnya kualiti hingga berjaya masuk final pada tahun lepas (2010) dan mula merasa emas bermula tahun 2009, adalah kita...
Biarkan mereka dengan masalah mereka...

Tentang masalah dengan golongan profesional yang 'pelik' ini, biarkan ajer mereka. Bukan mereka yang membeli alatan beribu-ribu ringgit itu, bukan mereka yang bersengkang mata mengajar kita, bukan kita menyusahkan mereka dalam segala gerak kerja kita, dan mereka ini hanya tahu mengkritik, biarkan mereka dengan dunia mereka sendiri. Usah dipeduli dengan orang yang menyibuk pada urusan apa ini...
Biarkan...
Biarkan...

Teruskan kita dengan diri kita, sebab mulut manusia tidak boleh ditutup. Teruskan buat adek-adek terchenta, kami ex-SMACH Band kan terus menyokong dari belakang...
Dan walau dari jauh...


Untuk Ex-SMACH Band...

Buat kita...
Kerna faham erti sayang, kita masih sanggup mengambil berat pada mereka...
Kerna faham erti sayang, sanggup meredah hujan  lebat semata-mata pergi ke sekolah untuk bersama mereka anda tahu adai Band Camp...
Kerna faham erti sayang, sanggup menaiki bas dan berpanas dalam bas lamanya untuk menemui mereka di SMACH...
Kerna faham erti sayang, sanggup turun padang masa Wind O walau masing-masing bukan lagi SMACHianz...
Kerna faham erti sayang, sanggup call adik-adik yang masih berjuang di sana...
Semuanya kerna erti sebuah kasih sayang yang sebenar...
Yang kita rasa bersama...

Dan semestinya...
Kerna faham erti hormat, kita masih contact Cgu Noriman, walau masing-masing dah bersepah di mana-mana...

Teruskan dengan begini...
Sebab kita pernah bersama mainkan lagu yang sama...
Saling melengkapi satu sama lain...
Dalam semibrif Alvamar Overture...
Dalam krocet Rasa Sayang...
Dalam remangan bulu roma Ulik Mayang...
Dalam bass line Ross Roy...
Dalam hampir-hampir menyentuh emas masa Flight of Valor...
Dalam lucu-lucu semasa di pentas sebelum perform lagu Handerson Overture...
Dan dalam ape-ape lagi yang berkenaan lagu yang pernah dimain bersama...
Dalam kelelahan marching di function2 yang dijemput...

Dan paling terharu, dalam titisan air mata setiap kali keputusan Wind Orchestra diumumkan...
Dalam pelukan kesedihan dengan cikgu...
Dalam segala itu..
Ada kemanisan yang tak mampu diungkap dengan kata-kata...

Cewahhhh...Bermadah bersemi, you!

Rindu sek mung belako! Sero nok kumpul sumo sekali, tapi tahu tu tokkey jadi pah bilo2...
(^_^)V

Merindui zaman kegiloan dulu-dulu, kadang-kadang...

Maap andai semasa zaman pemerintahan ada terguris hati,
terkata tang mano2...

Dok UTP, gano nok contact Ir Zakirin nih???
Ado sesapo tahu?



1 comments:

Anonymous said...

kurt> xdop no tepon z ko?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...