Wednesday, March 16, 2011

Hanya Sebuah Semangat...

16:05
Rabu
16 Mac 2010

Bismillahhirrahmanirrahim....

Kadang-kadang saya mula terfikir...
Di manakah diri saya sekarang ini?
Maksud saya, ape yang mendorong saya bergerak selama ini?
Adekah kerana sebuah kefahaman yang mantap?
Atau hanya sekadar sebuah semangat?

Memang saya bimbang...
Sangat-sangat bimbang...
Sebab bila direnung balik pada diri ini...
Masih terlalu banyak kekurangan...
Bukan sedikit kekurangannya, tapi masih berlambak...

Bimbang dengan diri sendiri...
Bimbang andai saya bergerak selama ini adalah disebabkan 'trend' sekeliling saya di KMB...
Hanya sekadar sebuah semangat....
Yang hambar, kosong, tanpa sebuah makna kefahaman yang sebenar...

Teringat kata seorang sahabat seperjuangan,
"Antara sebab golongan-golongan yang berjuang yang menjadi futur dan hilang tanpa dapat dikesan tatkala menjengah ke arena kerjaya adalah disebabkan mereka berjuang disebabkan oleh semangat, bukan  kefahaman..."

Bicaranya merujuk kepada geng-geng ikhwah pemula di bumi Malaysia...
Yang satu ketika dahulu bergerak aktif dalam lapangan dakwah di kampus...
Aktif menggerakkan usrah-usrah...
Tapi, hilang tanpa dapat dikesan tatkala mula menjengah masuk ke dunia yang bernama 'kerjaya'...
Seolah-olah segalanya berlaku di luar batasan akal...
Sebab selama ini individu-individu ini sangat-sangat bersemangat....

[Sighhhh]

Merenung balik diri ini...
Adakah saya sendiri kan menjadi begitu?
Nauzubillah....

Hmmmm....
Perlu difikir dan direnung balik...
Check balik niat kot...

Teringat nasihat Akhi Qayyum dari UNITEN...
"Check balik diri kita, bimbang nafas pertama telah tersalah..."

Betul..
Bimbang nafas pertama salah...
Mengikut perjalanan ini disebabkan telah ditarik masuk semasa menyertai kelab sukan...
Atau mengikut disebabkan segan dengan sahabat yang mengajak kita menyertai arena ini...
Bimbang segala gerak kerja ini hanya sebuah ikutan...
Bukan atas kesedaran...

Betulkan balik, Am!!!
InsyaALLAH...
Doakan kami semua....

Bimbang teori hanya tinggal teori,
tanpa makna sebuah praktikal...
(^^,)V

2 comments:

Ammar Adnan said...

betul tu Am..
Hmm, mintak2 kita dijauhkan dari semua ni.
dan harapnya kita mendapat kefahaman yang sepatutnya sebelum kita melangkah keluar kmb. Bukan hanya sekadar persekitaran islamik kmb yg menggerakkan kita. InsyaAllah >.~

Abe Am said...

seorang yang dah berpengalaman bukan seorang insan yang maksum, suci tanpa dosa...

so, tegur2lah walau dia seorang senior, sbb neraka tak kenal senior junior...

saling mengingatkan satu sama lain, agar semua terus basah...

(^^,)V

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...