Sunday, April 10, 2011

Variasikan Ia, Jangan Sempitkannya...

09:30
Ahad
10 April 2010

Bismillahirrahmanirrahim...

Petang 18 Mac itu, lebih kurang pukul 4.00 petang, henset saya bergetar. Satu mesej diterima.

"Am, aku tunggu ko kat LCCT."
~Kamal~

Dan saya, hanya tersenyum. Sebab flight pada petang itu delay selama 40 minit. Sepatutnya sudah berlepas ke Kuala Lumpur dalam jam 5.10 petang, tapi ditunda sehingga pukul 6 petang seingat saya baru berlepas. 

Dan teringat sejenak. Siapa sangka, saya ingatkan penerbangan pada petang itu kan berseorangan, sekali satu flight dengan pengetua saya ketika berada di SMACH, Cikgu Kamaruddin Jaafar, sekarang bertugas di Faris Petra..

Menunggu flight yang delay, memang bukan satu kegemaran. Heheh. Buku 'Tau Tak Apa' yang ditulis oleh HM Tuah Iskandar yang saya beli semasa cuti raya cina mengubat masa daripada terus terbuang. Dan di sebelah, seorang brader dari Vietnam mula menegur saya. Mungkin dia sendiri sudah merasa kebosanan dengan masa menunggu yang masih lama sebelum penerbangan. 

Di hadapan saya, 2 orang mak cik yang sedang berbual sesama sendiri. Tatkala saya tanya mereka, filght mereka delay 4 jam! Sepatutnya berlepas pada jam 3.00 petang, tapi delay sehingga 7.00 malam. 
Fuhh, nasib baik tak terbeli yang pukul 3 petang... Kalau tak, mungkin ada gangguan emosi kelak. 

Alhamdulillah, walaupun penerbangan agak lewat tapi segalanya ok.


Segalanya Baru Bermula...

Pendaratan pada petang itu agak lewat. Merenung jam Seiko 5 di tangan, dah menjengah masuk pukul 7 petang. Dan saya masih tertanya-tanya, bagaimanakah dengan sahabat yang seorang ini,Kamal, menunggu ketibaan saya sejak pukul 3 petang lagi di LCCT. 

Jaulah yang dirancang sebelum cuti baru sahaja bermula sebaik saya memijakkan kaki ke LCCT. Keesokan hari akan bertolak ke Batu Maloi, Negeri Sembilan untuk bergabung dengan ikhwah dari tempat lain bagi meneruskan satu aktiviti yang agak mencabar...

Fuhhh...

Cuti seminggu mula menimbulkan bait-bait kerinduan terhadap ikhwah seperjuangan di KMB. Usai berjumpa dengan Kamal, kami menuju ke Food Court untuk sebuah bekalan bagi perjalanan malam itu yang agak mencabar mungkin. 

Selepas solat maghrib, berkira-kira untuk mendapatkan teksi untuk pulang ke KMB, namun segalanya lebur tatkala memikirkan tambang yang menanti!

Mengambil free shuttle ke KLIA, dan dari sana akan ke KMB dengan bas Banting-KLIA. Solat isyak di KLIA. Dan sempat bergambar di KLIA sebagai kenangan dan sebagai sebuah pendorong. Hehe. 

Bersama backpack Deuter yang menemani sebuah perjalanan panjang.

Travelmate malam itu, Incik Kamal.

Bas yang dijangka tiba jam 9.45 malam masih belum muncul. Hingga pukul 10.00 malam, masih juga belum muncul. Dan kami mula berkira-kira untuk bermalam di KLIA dan mengambil bas seawal 6.30 pagi untuk ke kolej. Namun, pastinya Khai akan keseorangan di kolej malam itu. 

Alhamdulillah, bas tiba tepat jam 10.30 malam. Nampaknya Khai tidak akan keseorangan di KMB malam itu....

Lewat jam 11.00 malam, baru tiba di persimpangan masuk ke KMB. Dengan malam yang cukup gelap. Mungkin bagi KMBianz akan faham tahap kegelapan jalan yang saya maksudkan itu. Tanpa kewujudan lampu jalan untuk memberikan sedikit sinar, torchlight LED dalam beg sedikit membantu untuk memberikan cahaya kepada perjalanan kami. Kerna malam itu terpaksa berjalan dalam gelap tanpa cahaya bulan dengan hujan renyai-renyai...
Kisah benar nih, bukan sekadar 'buhung' semata-mata...

"Pandai-pandailah kamu jaga diri eh.", kata pak guard tatkala kami tiba di KMB. Diberi keizinan untuk masuk ke bilik walaupun kami datang 2 hari lebih awal. Hehe. 

Dan malam itu, sebuah keletihan menjadi pemangkin untuk terus tidur sebaik pintu bilik dan beg diletak...


***********************************


Sebuah Perjalanan Yang Panjang...

Pagi itu baru bersua dengan Khai yang tiba ke KMB lewat malam semalam yang datang dari Johor...

Borak-borak sejenak di bilik Incik Kamal sebelum sang murabbi datang untuk memulakan perjalanan.

Bila lelaki berbicara...

Bajet briefing sebelum jaulah...


Sang murabbi datang dalam jam 8.00 pagi dan terus meneruskan perjalanan untuk tidak membuang masa. Dan saya ingatkan ia sebuah perjalanan yang singkat. Rupanya lewat tengah hari baru tiba di Batu Maloi. 

Namun, sempat jua melepaskan lelah sejenak dan untuk 'refuel' di R&R Seremban. Dengan sedikit pengisian ringan-ringan selepas solat dhuha. Semuanya berkisar tentang sirah yang sahih. Kisah mengenai para Sahabat. Dan sudah lama saya merasakan sesuatu, pemahaman diri ini terhadap sejarah-sejarah silam  para Sahabat menjadi lebih jelas sejak berkecimpung dalam arena usrah.
So, sape-sape yang nak faham kisah Baginda dan para Sahabat dengan best dan lagi jelas, jom join usrah! Hehe...

'Penceramah' jemputan yang datang dari 'Newcastle'...
(^_^)V


Buat Pertama Kalinya...

Dan hari itu, menjadi sejarah buat diri saya untuk terus meneroka jauh ke dalam Negeri Sembilan. Jika selama ini hanya berlegar sekitar Seremban sahaja. 

Singgah di bandar Tampin pada jam 10.30 pagi untuk mencari bekalan jaulah.

1st time di Tampin...

Incik Kamal...

Bandar Tampin, luas jugak...

Bajet kereta sendiri jap...


Batu Maloi, N9...

Tiba di Batu Maloi dalam jam 12.30 tengah hari. 

Bergabung dengan ikhwah dari UNIKL yang sedang mengambil course engineering, ada chemical engineering, ada itu, ada ini. Tak tahu nak sebut sebab enginerring, kalau medik senang barangkali. Heheh.
Dan mereka ini akan sambung 2nd year pada tahun depan di Australia dan mengakhiri study di sana... 

Caving akan bermula pada pukul 3.00 petang. Dan agak risau sebenarnya, kerna hujan mula turun dengan lebat. Andai hujan tidak berhenti, maka perokaan gua akan ditangguhkan keesokan hari kerna caving dalam hujan amat berbahaya, selain licin, paras air dalam gua akan naik!

Buat pertama kalinya dalam hidup saya sendiri, malah kami semua mungkin, solat dalam hujan. Dalam titis air yang jatuh itu, kami menunaikan solat zohor di tengah-tengah padang. Hanya kanopi plastik dihampar sebagai alas untuk digunakan sebagai ruang solat. 
Feeling solat dalam hujan lebat dengan basah kuyup?
Errr, cuba rasakan sendiri...
Sebab agak susah untuk dijelaskan....                       (^^,)V

Seribu kali sayang...

Tiada sebarang gambar yang dapat diambil semasa caving sebab hanya air minuman dan torchlight dibenar masuk sebab kebarangkalian untuk hilang amat tinggi...

Aktiviti caving agak mencabar, dan sangat mencabar sebenarnya. Sebab tiada sedikit pun ruang untuk saya berdiri. Yang ada hanya meniarap, baring atau merangkak. Dan yang tinggi-tinggi dan 'lebar' macam saya, usah diimpi untuk berdiri dalam gua itu...

Selama 3 jam berada dalam gua. Sungguh membakar kalori...

Dan keluar dari gua lewat jam 5 petang. Sebenarnya masih ada laluan yang perlu diambil, tetapi terpaksa keluar kerana paras air dalam gua mula meningkat naik dengan mendadak dan keadaan ini amat membahayakan. Ditambah lagi dengan arus air dalam gua yang sangat-sangat laju, sehinggakan saya sediri boleh terhanyut beberapa ketika.

Usai aktiviti caving, terus solat asar dan membantu ikhwah UNIKL memasang khemah kerna mereka akan bermalam di situ manakala kami dari KMB akan meneruskan jaulah ke tempat lain. Terasa seperti brader JPAM seketika kerna saya bertugas untuk memasang khemah bersama dengan beberapa orang ikhwah UNIKL...


Tak abih2 dengan bergambar eh?


Bergabung dengan ikhwah UNIKL...


Sebelum pemasangan khemah...

^^



Meredah Kegelapan Malam...


Malam itu, selepas makan malam dengan hasil BBQ. Mula bergerak keluar dari Batu Maloi untuk ke tempat lain (yang dirahsiakan)..

Namun, kami merancang, tapi Allah yang menentukan segala detik perjalanan ini.

Terpaksa pulang ke KMB kerna program di tempat tersebut dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...

Dan malam itu, masuk ke KMB dalam jam 1.00 pagi, dengan semua orang dah keletihan yang amat. Masuk bili, terus ajer tidur...

Alhamdulillah... Hari ahad yang kosong itu dimanfaatkan untuk study pulak.. (Poyo..)

Segalanya menjadi sebuah kenangan yang amat berharga. Objektif jaulah tercapai. Dilangsungkan dengan jayanya walaupun tanpa kehadiran 5 orang ikhwah seusrah dalam perjuangan ini kerna mereka sendiri mempunyai komitmen yang lain...
Dengan keluarga barangkali...

Semoga jaulah ini menjadi objective-oriented, bukan program-oriented...
InsyaALLAH...



***********************************


Sebuah Kesimpulan..

Mungkin ada yang tertanya-tanya atas sebab apa saya menulis kisah jaulah ini...

Semuanya dicatat dengan bersebab....

Segala aktiviti ini dibuat dengan teman seusrah. 
Dan ingin saya sedarkan, bahawa usrah itu bukan dilimitkan pada sebuah pengisian di surau semata-mata...
Bukan dibataskan hanya dengan sitting di surau semata-mata...
Bukan hanya dibataskan dengan pemikiran bahawa usrah itu dihadiri dengan kopiah di kepala, jubah di badan...
Bukan dibataskan dengan duduk dan mencatat semata-mata...

Tapi...
Usrah itu boleh juga dijalankan dalam apa cara...
Berkhemah...
Berkayak...
Travelling...
Makan-makan...
Dan apa cara sekalipun...

Kerna semua itu hanya wadah...
Hanya sebuah medium...
Dan objektifnya itu yang lagi penting...

Usrah itu bukan sekadar duduk mendengar...
Tapi duduk, mendengar, mencatat...
Ingat segala yang disampaikan...
Dan yang penting...
Berfikir, dan laksanakan...
Secara beramai-ramai...
Apa yang ada pada sebuah perubahan andai hanya dinikmati seorang diri...
Walaupun perubahan itu melibatkan perubahan setiap individu...

InsyaALLAH...
Jom ubah orang sekeliling...

Dengan apa?
Dengan usrah...

Jom jom...
Secara beramai-ramai...
Jangan berubah seorang diri eh?
Hehe...

Peaceee.....


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...