Saturday, May 14, 2011

Semalaman Di 'Resort'...

22:07
Sabtu
14 May 2011

*Based on a true story...
Latar Masa : Waktu malam sekitar 10 malam
Latar Tempat : Blok C, asrama KMB..
Latar Masyarakat : Mereka yang terlibat...


Buku Biology IB Guide yang ditulis oleh Andrew Allot itu sedang saya renung. Mengambil kira sebagai sebuah pecutan terakhir bagi menghadapi kertas Biology Higher Level yang bakal menjengah pada hari Rabu ini dalam siri terakhir sebagai paelajar International Baccalureate. Segalanya sebagai persiapan terakhir sebelum final exam IB yang akan habis pada hujung minggu ini.

Khusyuknya diri ini terhenti seketika...

Saya merenung seluar saya. Ada sesuatu.

Dalam hati terdetik. "Eh, ada air milo tumpah?"

Cairan itu saya sentuh dengan hujung jari. Berwarna coklat kehitaman. Pelik sejenak sebab malam itu saya tidak membancuh sebarang Nescafe panas mahupun Milo. Errr, berwarna merah pekat. Saya terhenti sejenak. Darahhhh!!!

Dan tatkala itu baru terperasan bahawa ada darah yang sedang keluar dari hidung saya. Menitis. Pekat. Dan agak banyak...

Segera saya keluar ke bilik sebelah, errr, kosong. Tiada sesiapa di situ. Dan room-mate saya juga tiada di bilik. Saya agak panik. Andai yang keluar itu adalah sedikit, tidak dirunsingkan sangat. Tapi hingga ke saat menitis dan seolah-olah tidak mahu berhenti, agak merunsingkan.

Alhamdulillah...

My usrah-mate lalu depan bilik. Mungkin sudah ditetapkan oleh Allah yang akan membantu saya adalah ikhwah sendiri.

"Poiq, tolong sikit. Jom jumpa warden. Tengah bleeding nih." Sedikit nada suara merayu di situ.

Berkejar ke bilik warden Blok C, kosong, tiada siapa di situ.
Berkejar ke bilik warden Blok B, kosong jua...
Berkejar ke bilik warden Blok A, pun kosong...

Call Cikgu Hafizi, bantuan akan tiba dalam masa beberapa minit sahaja lagi memandangkan Cikgu Hafizi sendiri tidak berada di kolej. Dan masih sempat berkejar ke rumah Ustaz Shiham andai bantuan lagi cepat dari situ. Pun Ustaz Shiham tiada di kolej kerana ada urusan di Bangi.

Saya ke surau sejenak, duduk untuk mengelakkan diri ini daripada pening. Dan saya sendiri tiba-tiba teringat, IC tiada dalam dompet. Sempat berlari ke bilik untuk mendapatkan IC. Datang balik ke surau, Cikgu Hafizi sedang menanti dengan kereta. Memandangkan Faiq Syuk sendiri ada urusan dengan Year 1 malam itu, Ikhwan Hafiz yang menemani saya.


********************************


Ke klinik Fuziah untuk mendapatkan rawatan. Namun Doktor Fuziah sendiri yang menyuruh saya merujuk kepada Hospital Putrajaya memandangkan darah yang keluar bukan sedikit. 

Usai surat dibuat sebagai rujukan di Hospital Putrajaya, terus bergerak ke sana...

Dalam hati ini sudah berkira-kira, adakah diri ini akan ditahan di wad atau akan pulang ke KMB malam itu juga.

Bimbang andai ditahan di wad sehingga hari Ahad, memandangkan hari Isnin ini akan menghadap kertas Malay SL Paper 2...


********************************


Terus dikejarkan ke unit kecemasan. Masih teringat semasa sesi pendaftaran di unit kecemasan, saya ditanya oleh petugas di situ...

"Tu adik ke?", tanya brader yang menguruskan pendaftaran saya.

"Eh, tak. Member sekolej."

Sedikit tergelak. Mungkin kerna saiz Ikhwan yang agak kecil, hingga disangka sebagai adik... Hoho.

Menungu hampir setengah jam, baru saya dibenarkan masuk ke dalam Unit Kecemasan untuk rawatan.

Di'urut' sejenak oleh doktor untuk memeriksa ginjal saya pabila saya beritahunya bahawa tekanan darah saya pernah naik dengan dahsyat.

Alhamdulillah, 'kidney' saya ok. 

Tatkala sampel darah ingin diambil, baru tahu ada sesuatu. 

Lidah dan mata saya diperiksa, ternyata saya sedang mengalami dehydration.

Sebotol air dimasukkan ke dalam salur darah untuk mengembalikan diri ini ke normal. Merenung jam di tangan, baru pukul 1.05 pagi. Tempoh masa untuk menghabiskan satu botol air mungkin memakan masa selama 3 jam. Sempat saya call mereka (Cikgu Hafizi + Ikhwan Hafiz) yang menunggu saya di luar sana. 

"Kitorang balik dulu, dalam pukul 3 nanti awak call balik yer", suara Cikgu Hafizi di hujung talian. 

Dan saya?
Merehatkan diri di atas katil dalam wad kecemasan. Berkali-kali tekanan darah saya diambil. Sampel air kencing turut diambil sebanyak dua kali memandangkan wujud kehadiran darah yang sedikit dalam air kencing. 

Tak mampu untuk tidur lena dalam wad kecemasan memandangkan ada 'sedikit' riuh rendah di luar sana. Seorang pak cik terjatuh dari Tingkat 1. Kaki dan tangannya patah, dan dia sendiri dalam keadaan separa sedar. 
Berhadapan dengan saya seorang nenek tua yang sedang merintih kesakitan kerana masalah apendik.
Dan di penghujung wad, seorang bayi yang dimasukkan ke unit kecemasan kerana mengalami epilepsi (sawan) akibat demam panas. 

Dan saya kira saya yang agak bertuah kerana tidak mempunyai sebarang rasa sakit. Masih boleh tersenyum. Masih boleh berbual dengan nurse yang sentiasa memantau keadaan saya. 

Mendapat panggilan daripada seorang ikhwah, Incik Firdaus Mat Noh.

"Abe, ko kat ne?"

"Hospital Putrajaya. Takpe esok aku citer." Perlahan suara saya menjawab soalan di hujung talian.

Saya menyudahkan perbualan. Bukan kerna malas melayan, bimbang menzalimi mereka yang ditempatkan satu wad dengan saya. 

Dalam pukul 2.30 pagi, sebotol air dihabiskan. 

"Ada rasa nak terkencing?", tanya doktor.

"Takde." ringkas sahaja jawapan saya. 

Satu botol lagi air dimasukkan. Sudah saya faham di saat itu, saya kan menghabiskan satu malam di wad kecemasan. Satu botol lagi air dimasukkan, bermakna lagi 3 jam baru habis.
Objektifnya hanya satu, untuk mendapatkan sampel urin untuk mengesan sebarang darah dalam air kencing saya. 

Objektifnya tercapai dalam lingkungan pukul 3.30 pagi. Alhamdulillah, tiada lagi sebarang darah dalam sampel air kencing. 
Diarah untuk berehat dalam wad kecemasan hingga ke pagi memandangkan tekanan darah saya yang agak tinggi, 142/80 Hg mm.
*Seorang individu normal sepatutnya lingkungan 120/80 Hg mm.

Saya dibenarkan keluar dari wad dalam pukul 5 pagi. Ke farmasi untuk mengambil ubat. 

Ubatnya?
Sebotol Potassium citrate solution (3g/10ml) yang perlu dilarutkan dalam secawan air dan diambil 3 kali sehari selama 3 hari untuk mengembalikan kepekatan darah ini.

Cuaca yang agak panas di sekitar Banting seminggu dua ini menyebabkan saya mudah berpeluh. 2 hari yang lepas, bekalan air saya habis dan silap saya sendiri yang tidak mengambil peduli tentangnya, mungkin bajet sibuk dengan final exam yang sedang berlangsung. 

Dehydration dan tekanan darah yang sedikit meningkat. Satu pakej lengkap untuk menyebabkan saya meluangkan masa di Wad Kecemasan selama satu malam. Heheh.
Mungkin juga sebagai kifarah dosa ini disebabkan hati ini yang mudah sangat berbolak-balik.


***************************


Sekitar 7.00 pagi, mendapat panggilan daripada ikhwah veteran, Pak Cik Zul.

"Ikram kena tahan dalam wad ke? Makcik (doktor Fuziah) cakap awak tak sihat semalam sampai kena pergi ke hospital?", tanya pakcik.

"Tak, dah boleh balik.", pintas saya..

Mendapat beberapa nasihat daripada pak cik, yang sememangnya agak mengambil berat dengan keadaan ikhwah KMB.  Terasa segan seketika.
Peti mesej sudah penuh dengan mesej dari ikhwah KMB yang mendapat tahu keadaan saya.
Maaf, tak terbalas kerna bateri henset yang kian lemah, dan kredit yang sudah kehabisan... ^^


*******************************

Sekitar jam 8.00 pagi, Cikgu Hafizi mengambil saya di hospital. 

"Dah makan?"

"Dah, cikgu. Kat kafe tadi. "

"Kata pukul 3.00 pagi settle?", tanya Cikgu Hafizi yang sejak semalam banyak membantu saya.

"Owh, sebab dua botol air masuk dalam badan semalam." jelas saya.

Tiba di KMB dalam jam 8.30 pagi. Terserempak dengan Incik Adam yang sedang menguruskan 'bulatan gembiranya' di surau KMB. Sempat memberi penjelasan ringan-ringan kerna keadaan diri ini yang ditanya. Hehe...

Dapat sebungkus kismis, dan sekotak air susu. Rezeki. Hehe. 

Usai mandi pagi, terus saya bancuh air garam yang diberi dan menenangkan diri ini. Kerna semalaman saya tidak dapat tidur dengan yang sebenarnya, disebabkan oleh kekalutan di ruang Wad Kecemasan yang turut mengheret saya secara tidak langsung. 
Baru sedar betapa sibuknya ruangan itu...


*****************************

Menulis sebuah catatan panjang ini, kerna ingin memberikan setinggi penghargaan buat mereka yang terlibat dalam membantu diri saya ini, baik secara langsung atau secara tidak langsung...

Terima kasih kepada Incik Faiq Syuk yang sanggup berkerjar ke Blok A, B dan C semata-mata ingin mencari warden bagi membawa saya ke hospital...
Terima kasih kepada Incik Ikhwan Hafiz yang sanggup menemani saya ke hospital...
Setinggi penghargaan kepada Cikgu Hafizi yang sanggup menghantar saya ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya, sanggup pulang lewat tengah malam merangkap juga awal pagi, dan mengambil saya pagi tadi di hospital, walapun sebenarnya bukan dia yang bertugas pada masa kejadian...

Setinggi penghargaan juga kepada PakCik Zul yang mengambil berat dengan diri ini...
Dan juga tidak dilupakan juga kepada Incik Solo yang sanggup meminjamkan hensetnya kepada saya selama satu malam, sempat juga merasa Experia Sony Ericsson, kerna bateri henset saya yang sudah lemah semasa  ingin berkejar ke hospital...

Terima kasih kepada semua yang mengambil berat. Jasa kalian tidak akan dilupa.. Hoho.

(^_^)V


Sempat bergambar di ruangan Wad Kecemasan.
(0.9% NaCl solution sedang dimasukkan ke dalam badan)



p/s : Kepada mereka seramai 11 orang, u know the reason... Ihik3. (Hanya mereka yang faham mesej ini, dan mereka sendiri yang tahu andai mereka termasuk dalam senarai 11 orang itu)

p/ss : Maaf buat pembaca yang tidak faham mesej dalam 'p/s'...

1 comments:

Ammar Adnan said...

AM, SEMOGA TERUS MENJAGA KESIHATAN. LEPAS NIE DAH JAUH DARI IKHWAH NAK TGK :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...