Monday, June 20, 2011

Hadiah Terbaik Buat Abah...

10:14
Isnin
20 Jun 2011


Saya terjaga tengah malam itu dalam kegelapan malam yang menyelubungi keseluruhan ruang tamu rumah teres setingkat yang ala kadar itu. Terlihat di sebelah saya, abah sedang tidur...

Saya ambil bola besar yang terletak di penghujung ruang tamu itu. Bola yang dapat percuma dengan setiap pembelian susu, err, tak ingat susu jenama apa. Bola hitam putih itu, bukannya bola mahal yang berjenama Teimgeist mahupun keluaran Adidas, tapi hanya bola yang ditiup angin umpama belon.

Lantas saya mengejutkan abah...

"Abah, jom main bola!", saya mengejutkan abah...

"Heshhh, tengah malam nih. Main bola apernyer? Sambung tido balik...", abah berkata kepada saya. Lantas memeluk saya supaya baring dan menyambung tidur.

Entah apa yang saya mengigau, tiba-tiba mengajak abah bermain bola di tengah malam...


*******************


Walaupun kejadian yang saya coretkan diatas adalah satu peristiwa yang sudah cukup lama berlaku, berlaku pada tahun 1995, ketika saya berumur 4 tahun. Tapi entah, kenapa itu satu-satunya memori terawal yang saya ingat selain daripada kenangan berlari-lari dengan ummi ke kedai runcit semasa saya kecil. 

Dan memori mengajak abah bermain bola di tengah malam itu bukan saya yang reka, malah memori yang masih segar. Hinggakan abah pun tergelak bila bersembang balik bab ni..
Hehehe...

Sengaja saya menulis post kali ini. Mungkin bersempena dengan Hari Abah yang baru berlepas pergi barangkali. Entah...

Terbaca post-post sahabat-sahabat di Wall Facebook masing-masing, ada yang menggambarkan peribadi ayah masing-masing, ada yang melakar kenangan masing-masing, dan macam-macam lagi. 
Standarddd...
Benda baik perlu dikongsi. Lebih-lebih lagi kita sentiasa berpegang my father my hero..

Post kali ini bukan juga ingin membincangkan tentang hukum sambutan Hari Bapa. Malas saya mengulas tentang isu ini. Sikit-sikit hukum, sikit-sikit hukum, hukum yang dibincangkan kering tanpa erti berfikir. Masih terlalu banyak isu besar tentang anak muda hari ini yang perlu diselesaikan daripada membincangkan perkara remeh-temeh ini di Facebook dan men-tag saya sekali supaya turut berhujah. 
Lebih baik mendiamkan diri...
Tapi mendiamkan diri saya bukan bermakna saya statik dan tak berbuat apa-apa.
Berdiam diri dan 'do nothing' adalah dua benda yang berbeza...


*********************************


Hadiah Zahir

Hadiah itu dibalut dengan kertas berwarna-warni yang indah. Sebuah jam tangan berwarna keemasan dalam kotak itu siap-siaga untuk dijadikan hadiah dan sebagai satu kejutan buat ayahnya. Anak muda itu tersenyum. Tersenyum kerna pada tahun ini dia mampu menghadiahi ayahnya dengan hadiah yang cukup bermakna. Setelah hampir beberapa bulan menyimpan wang elaunnya sepanjang pengajian...

Nota kecil yang tertulis 'Happy Father's Day'  itu ditampal pada kotak hadiah....


Hadiah Sejati

Ada yang bertanya kepada saya,
"Tak bagi hadiah ke, Am?"

Sekali lagi, saya mendiamkan diri. Bukan kerana tidak menghargai perjuangan seorang insan yang bernama 'abah', tapi andai ditanya soalan sebegitu, saya akan menjawab,
"Tiap-tiap hari bagi hadiah kat abah. Tak menunggu hari lahir abah mahupun Hari Bapa.."

Amende Am? Tiap-tiap hari?

Iya, tiap-tiap hari dan tiap-tiap masa. 

Sentiasa saya pastikan 'hadiah' istimewa untuk abah sentiasa terjaga dalam keadaan baik. Sentiasa dalam keadaan yang cukup sempurna. Semoga abah kan senang menerima 'hadiah' daripada saya sendiri. Dan istimewanya 'hadiah' saya ini, sentiasa kan dalam keadaan sempurna. 

Mungkin ada yang bertanya, apa yang istimewa sangat dengan hadiah saya ini?

Saya hiasi dalamannya dengan erti soleh. Dan akan saya jadikan 'hadiah' untuk abah ini sebagai satu 'hadiah' yang mampu membuatkan abah sendiri tersenyum di akhirat kelak. Saya tidak bazirkan masa yang 'hadiah' ini ada, sentiasa saya jadikan dirinya sebagai salah satu daripada bata-bata yang berjuang mempertahankan kedudukan islam ini. Semoga lelah penat dan nilai perjuangan yang ada ada 'hadiah' ini akan sentiasa tempias pada abah, semoga hatinya tenang dan bangga menerima hadiah ini.

Saya tidak jadikan 'hadiah' ini sebagai hadiah yang berabuk andai disimpan. Sentiasa bersinar walau 'hadiah' ini tercampak di mana-mana. "Hadiah' untuk abah ini tidak akan berhabuk dan berdebu kerna tersimpan lama, kerna 'hadiah' yang satu ini sibuk dengan landasan perjuangan yang jelas, walau sentiasa disekat oleh saudara-mara dan suara-suara sinis di tepi landasan. 'Hadiah' untuk abah ini tidak pernah sempat untuk berdebu, kerna sentiasa bergerak ke sana ke mari atas dasar sebuah perjuangan yang tidak difahami oleh sesetengah orang...

Dan ramai akan bertanya saya, apakah 'hadiah' ini?
Jawapan saya cukup mudah, 'hadiah' untuk abah ini adalah DIRI SAYA SENDIRI...

Ya, itulah hadiah terbaik untuk abah. 


Merenung sejenak surah al-Furqan, ayat 74:
furqan74.jpg

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”



Itulah hadiah terbaik untuk abah. Seorang anak yang mampu menyejukkan mata dan mampu menjadi penawar hati di kala abah penat lelah. 

Apa guna membalut hadiah mahal-mahal untuk abah, tapi pada masa yang sama asyik meminta duit dari abah untuk membeli barang-barang berjenama yang tidak punya sebarang erti andai tidak dimiliki. Sibuk bergaya dengan seluar jeans original yang berharga hampir RM400, tapi menggunakan duit abah untuk membelinya sedangkan wang yang mengalir itu boleh dimanfaatkan kepada jalan yang lagi baik...

Apa guna berbicara soal hadiah untuk abah, tapi masih ada lompang-lompang tanggungjawab pada abah yang masih belum tertunai. Hak untuk abah bagi memilik anak yang soleh/solehah masih belum tertunai. Hak abah untuk menjadikan anak soleh ini sebagai bekalan untuk perhentian seterusnya masih belum tercapai. Tapi kita anak yang seorang ini masih belum sepenuhnya taat pada abah. Masih ada perkara-perkara yang kita lakukan  kan menyinggung hati abah.

Sekadar menjadi anak soleh/solehah untuk abah dengan menjadi ahli masjid?
Sekadar membelek al-Quran dan membacanya?
Sekadar kopiah pelengkap kepala?
Sekadar janggut yang sejemput menghiasi dagu?
Masih belum cukup. 
Kerna hidup ini adalah sebuah perjuangan. Jom memperbaiki diri dan pada masa yang sama membaiki orang lain. Jom, jom. Siyes2...
Andai tak mampu mengubah seramai 10 orang, cukup dengan 2 orang. Andai susah jugak? Ehem, check adik-adik kita? Camne dengan status mereka? Dah soleh ke belum? Andai belum, huhu, tanggungjawab kita la tuh...

Bukan cukup bermakna lagi diri kita buat abah andai kita cukup cemerlang dalam bidang akademik, menyusun deretan A+ dalam SPM, A dalam UPSR dan PMR, selagi mana akhlak kita masih belum menjadi anak soleh...

So nak wat pe sekarang?
Jom solehkan diri dan solehkan juga diri mereka yang berada di sekeliling kita. Kerna itulah hadiah paling terbaik yang abah kita akan ada sepanjang hayatnya...
Jom...


Jom kita bersama...
^^-



Abe Am @ Ikram Mohd Noor

2 comments:

faez said...

(^_^)

Anonymous said...

terbaik ~_~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...