Sunday, June 26, 2011

Mukhayyam Sungai Tekala - Version 1.0

12:22
Ahad
26 Jun 2011

Malam itu sungguh aneh sedikit. Buat pertama kali dalam hidup saya sendiri, menyaksikan jalan raya di tengah-tengah bandar Kota Bharu sunyi. Lenggang. Kereta hanya sekadar satu dua. Kafe-kafe dan warung di tepi jalan dipenuhi dengan orang ramai. Abah terus memecut motor untuk ke stesen bas di Tesco.

"Bola punya pasal, sampai takde orang nak keluar dari rumah. Semua tengah menghadap TV kat rumah la nih..", kata abah.
Saya tergelak kecil. Agak ar. Mentang-mentang malam itu Kelantan lawan Terengganu semepena final, hingga tiada yang keluar rumah.

Sebaik tiba di stesen bas Tesco, saya ditinggalkan berseorangan. Sunyi sejenak. Skrin besar mula terpasang di pinggir jalan. Orang ramai mula memenuhi di hadapan skrin besar. Semata-mata Final FA punya pasal. Mengerling jam di tangan, baru pukul 8 malam, bas saya akan bertolak ke Kuala Lumpur dalam jam 9.30 tengah malam.

Terserempak dengan ikhwah KMB, Incik Aiman yang menghantar adiknya ke stesen bas. Borak-borak sejenak. Berlegar dalam ruang dakwah KMB. Sesi borak-borak yang agak susah untuk difahami bagi mereka yang tidak sealiran. 

Malam itu agak aneh. Bas bertolak lewat, dalam pukul 10 lebih. Semua kerana bola punya pasal. Dahsyat sungguh penangan piala FA. Nasib baik bas bertolak, buatnya semua nak tunggu hingga perlawanan habis naya saya. Dan buatnya semua merajuk, tak nak bertolak pergi kerna Kelantan dikalahkan oleh Terengganu di saat akhir malam itu, memang kan menjadi peristiwa bersejarah.
Hehe. Gurau jerk. Sekadar hiperbola yang agak melampau. 


**************************


Bas tiba di perkarangan stesen Putra, Kuala Lumpur agak awal. Seawal jam 4.30 pagi. Tidak disangka, saya akan terserempak dengan Incik Mole (Syahmi Dashilah) di situ. Member KMB. Terserempak hanya sejenak. Kerna saya mengheret kaki ini melangkah ke surau Stesen Putra kerana terlalu letih. 

Setelah rehat sejenak. Jam di tangan menunjukkan pukul 5.45 pagi. Surau stesen Putra agak sesak dengan penumpang bas yang baru tiba dari Pantai Timur. Sayup-sayup azan yang baru sahaja habis dari jauh membuatkan saya terfikir, "Takde sesape nak azan ke?"

Jiwa daie ini mula resah gelisah. Teringat pesan Incik Na'im Che Rahimi semasa borak-borak di KMB. Katanya,
"Nak cari ikhwah senang jer, pergi masjid, cari orang yang solat belakang imam, takpun orang yang solat di saf pertama. Kalau ikhwah kat situ tak solat kat saf pertama, baik tak payah jadi ikhwah."

Tersenyum bila mengingatkan perkataan itu. Saya berbisik kepada pakcik di sebelah saya. Sekali dijawabnya pada saya, "Awak azan, saya imamkan nanti."
Cantet. Masalah selesai. 

Usai solat subuh, saya merebahkan diri sejenak. Memanjakan diri untuk tidur sebentar. Kerna semalaman saya tidak tidur dalam bas. Entah, memang diri ini jenis susah untuk tidur dalam bas. Kalau tidur memang tak sampai sejam pun. Lainlah kalau terlalu letih. 

Terjaga jam 7.30 pagi. Beg Deuter berwarna hitam saya pikul di belakang. Melangkahkan kaki ini ke kedai makan di tingkat atas. Berkira-kira untuk ke perhentian seterusnya. Sebab mukhayyam yang kan berlangsung dalam masa beberapa jam. Semua ikhwah yang terlibat kan berkumpul di Serdang. Saya berseorangan. Masa untuk berkumpul di sebelah petang. dalam hati mula berkira-kira, untuk ke Alamanda sejenak. Sekadar melepaskan rindu tempat saya melepaskan lelah di KMB dengan berehat di bangku kayu yang terletak di situ sambil membaca buku non-akademik. 

Berseorangan di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, memang agak sunyi dalam keriuhan pagi itu. Kerna terasa diri ini asing seketika. 

Pagi itu, saya habiskan masa di Alamanda, Putrajaya. Sekadar melepaskan rindu pada bangku 'rahsia' tempat saya melarikan diri. Buku "Beduk Diketuk' yang baru saya beli di MPH saya baca dan terus baca. Memang saya antara penggemar tulisan Pahrol Mohd Juoi. Ideanya agak lain dan berbeza. Objektif untuk menulis yang jelas barangkali. Walaupun buku itu memuatkan segala penulisannya yang dikumpul dari majalah Solusi, namun masih tidak menjemukan saya yang membacanya buat kali ke berapa. 


**************************

Usai solat zohor di surau Stesen Bandar Tasik Selatan, saya melangkahkan kaki ini. Teringat hari terakhir saya di KMB, surau itu membawa saya kepada satu kenangan. Pernah solat zohor di situ bersama dengan Incik Aiman Mukri semasa hari terakhir sebagai KMBianz sebelum pulang ke Kelantan. 

Hanya roti yang menjadi alas perut saya tengah hari itu. Diri ini jenis susah nak makan berat-berat kalau tengah travel, sebab saya kan jadi sangat teruja hingga terasa kenyang. (Mungkin kalau nak cepat kurus kena banyak travel la saya nih..) 

Saya kira petang itu salah satu benda ajaib yang berlaku pada saya. Satu bukti tentang perancangan Allah yang Maha Mantap di situ. 

Di Stesen TBS sebelum keajaiban itu berlaku...
Dalam mendung mentari itu, saya langkahkan kaki ini menuruni tangga untuk mengambil LRT ke Serdang untuk berkumpul dengan ikhwah. 

Tiba-tiba...

"AMMARIKANOOO!!!!"

Serabut sungguh! Hesh. Tapi hanya seorang sahaja dalam hidup ini yang memanggil saya dengan nama itu, dengan nada itu, dengan suara itu, dengan cara itu.

"Weyh! FAIQUNNN!!"

Balas saya.

Siapa sangka, malah tiada dalam perancangan saya, bahawa petang itu Allah telah menyusun hidup saya kan bertembung dengan ikhwah seperjuangan, seusrah, sefahaman, se-sengal dan se-apa2 lagi. 

Saya tidak lagi keseorangan. Berjalan bersama al-akh itu, Incik Poiq Syuk, adalah satu nikmat. Yang tak mampu diungkap dengan kata-kata. Hanya yang punya pengalaman sahaja yang memahami. Beratur membeli tiket LRT ke Serdang. Banyak ibrah(pengajaran) yang saya dapat pada petang itu. 

Semasa menunggu LRT, seorang 'amoi' tua duduk di sebelah kami. Tangannya penuh dengan plastik yang berisi daun-daun yang menjulur keluar, beli anak pokok barangkali. Sebuah komuter berhenti di perhentian sebelah sana.

"Apasal sekarang ini ada koc wanita?", nenek cina itu bertanya kepada kami.

"Kenapa? Auntie tak setuju ke?"tanya Poiq.

"Ni sebab ada sesetengah wanita yang tak selesa bercampur dengan lelaki, duduk rapat-rapat dan bersesak dalam komuter dengan lelaki.", tambah kami.

"Abes tu, diorang ni tanak kahwin ke?", pelik saya dengan soalan ini.

"Sebab ada kes orang lelaki raba orang wanita daam koc yang tengah sesak."

"La, apa yang salahnya?", tanya lagi si auntie.

"Auntie faham ke raba camne? Dia raba sini, dia raba situ..", Poiq Syuk mula buat sengalnya. 

"OOoooo, abes tu apa susah?"

Pening lagi nak jawab berhujah memberi jawapan. Baik diam. Haha. 

Tiba-tiba semua orang bangun menandakan komuter akan sampai. Tapi hampa, sebab komuter yang tiba adalah yang ke sebelah KL Sentral, bukan untuk ke Serdang. Tergelak. 

"Ko tahu ni maksudnya apa? Maksudnya, kalau majoriti buat sesuatu, tak semestinya kita perlu ikut sebab majoriti bukan bermaksud benda tu benar...", seloroh Poiq Syuk.

Saya tergelak bersama. Ada-ada aje akh yang seorang ini. Haha. 

Malam itu, berkumpul di Surau Ittihad, Semenyih, merangkap tempat yang sama bagi mana-mana pihak yang ingin ke Bukit Broga. Sesi berkenalan dengan ikhwah yang dari datang dari pelusuk Malaysia. Walau baru kenal, tapi rasa cam dah lama kenal. Itu la yang hebat dengan ikhwah, kerna persaudaraan ini dihubungkan dengan tali Allah...

Tidur awal pada malam itu, kerna hari esok kan bertolak awal pagi ke tempat mukhayyam yang dirahsiakan namanya daripada kami semua. 

Abe Am @ Ikram Mohd Noor

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...