Friday, August 12, 2011

Kesalahan Tatabahasa...

20:06
Khamis
11 Ogos 2011


"Nanti selepas SPM, bila awak masuk ke universiti atau mana-mana kolej akan ada lambakan usrah. Kalau nak ikut usrah, ikut jer la, tapi hati-hati sebab ada yang sesat!"

Seorang senior, bekas pelajar sekolah menengah yang kini menghuni sebuah universiti, yang peka dengan masalah ummah ini sedang berbicara di hadapan junior-junior sekolahnya. Adik-adik Form 4 dan Form 5 sedang khusyuk mendengar, menghadam segala nasihat daripada bekas senior mereka, yang mereka telah hormat padanya buat sekian lama.

Dan bila si adik-adik ini meningkat besar, dirinya mula menjejakkan kaki ke universiti-universiti terkemuka dan kolej-kolej yang tersohor. Jika selama ini dia hanya mendengar dari jauh tentang dakwah kampus yang hebat mencanak di Malaysia, sekarang dia sendiri menjumpainya. Mula sedar bahawa 'abang-abang' itu atau 'akak-akak' ini mula mendekatinya dengan agenda tersembunyi di sebalik ramah mesra hari pertama di kampus, di sebalik makanan yang dibelanja itu terselit umpan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Berbekalkan nasihat dari abang senior yang pulang kembali ke sekolahnya 2 3 tahun yang lalu, terasa masih terngiang-ngiang lagi nasihat itu.

"Nanti selepas SPM, bila awak masuk ke universiti atau mana-mana kolej 
akan ada lambakan usrah. 
Kalau nak ikut usrah, ikut jer la, tapi hati-hati sebab ada yang sesat!"


Dan hasilnya, si adik yang pernah mendengar nasihat itu mengambil keputusan paling selamat. Dirinya membenci golongan-golongan penggerak ini. Membenci kerna yakin bahawa dia akan sesat andai dirinya dibimbing masuk ke dalam usrah, ke dalam dakwah kampus itu sendiri. 

Umpama kes air tuak, akan memabukkan andai berbuih dan diperam pada hari sekian-sekian, tapi akan manis dan nikmat pada lidah andai diminum bukan di saat tuak itu tidak berbuih. Tetapi ada segolongan yang mengambil tindakan drastik, meninggalkan terus air tuak kerna bimbang minum arak kerna tidak tahu bila di saat ianya menjadi arak dan haram diminum. 


**************************************


[Sighhh]

Izinkan saya mengambil nafas dalam-dalam sejenak sebelum mengupas isu ini. Kerna mungkin agak berat. Kerna hanya mereka yang sudah membawa diri ke dalam dunia DnT ini yang akan faham dengan sebenarnya tentang catatan ini. 


Bismillahirrahmanirrahim...


Menggunakan gaya bahasa sebegini dalam memperkenalkan usrah cam agak tak sesuai. Cuba bayangkan tatkala mereka yang tidak pernah mendengar apa itu usrah dan ditambah lagi dengan mereka yang pernah mengalami kisah-kisah seram dengan usrah mungkin SMACHian lagi faham tentang kisah seram dengan usrah .

Masalah utama yang berlaku adalah salah faham. Adik-adik yang mendengar bukan lagi mendengar "tapi hati-hati sebab ada yang sesat!", mereka dengar "hati-hati sebab sesat".

Lantas, yang nasihat yang terbina dalam memori mereka adalah;


"Nanti selepas SPM, bila awak masuk ke universiti atau mana-mana kolej 
akan ada lambakan usrah. 
Hati-hati sebab sesat!!"

Atas masalah inilah yang berlaku, ramai yang tak mahu mengikuti dunia peng-usrah-an ini kerana dibimbangi akan sesat. Dan mereka yang pernah mendengar semestinya akan ragu-ragu untuk join usrah disebabkan nasihat ini. Dan sekali lagi, mungkin kita akan kehilangan modal yang terbesar untuk islam ini sendiri, individu itu sendiri. 

Pandangan saya, perkenalkanlah usrah itu kepada adik-adik di sekolah dengan penuh bergaya, dengan penuh best-best. Jangan perkenalkan dunia dakwah itu penuh dengan liku-liku yang serabut, seolah-olah hanya menanggung tanggungjawab memikirkan masalah umat tanpa mendapat sebarang elaun mahupun bayaran apatah lagi upah. 

Sedangkan dunia DnT (Dakwan n Tarbiyah) ini penuh dengan makna ukhuwah yang sebenar, bersatu atas dasar yang tak dapat diungkapkan dan tak dapat dibayangkan, malah tak dapat dinukilkan atas sekeping kertas andai ada mana-mana pihak mengarahkan kita supaya menggambarkan nikmatnya bersaudara atas landasan DnT. 
[Sobbing..]

****************************

Bab isu meng'kafir'kan orang lain pun satu hal yang bukan ringan untuk dipandang. Mengapa kita sanggup kata jangan ikut badan persatuan itu, sebab yang itu sesat. Sedangkan semua matlamat hanya sama, cuma jalan sahaja yang berbeza. Umpama dari Kota Bharu ke Machang, nak guna 'jalan atas' ke, 'jalan bawah' ke, terpulang, sebab dua-dua destinasi akhir adalah Machang itu sendiri. (Nak tahu tentang istilah ni, rujuk mereka yang asyik ulang-alik Kota Bharu-Machang..Haha)

So, perkenalkanlah dakwah kepada mereka yang tidak tahu dengan penuh bergaya dan dengan penuh best. Masih banyak benda manis yang boleh digubakan untuk memperkenalkan usrah itu sendiri. Mungkin keypoint yang agak penting adalah memperkenalkan bahawa usrah itu bukan hanya 'berbulatan gembira' di dalam surau dan menelaah buku-buku berat. Itu hanya salah satu daripada aktiviti usrah. 

Jangan biarkan kesalahan tatabahasa kita dalam menjawap persoalan adik-adik di sekolah menengah (adik-adik ke? ke nak guna istilah lain?) kan menyebabkan mereka salah faham terhadap sistem usrah tu sendiri lantas membina kebencian dalam diri mereka terhadap usrah itu sendiri. Cukuplah dengan sejarah hitam mereka ditampar dan diterajang dalam perjumpaan mingguan oleh abang-abang senior Form 4, Form 5, kononnya dalam perjumpaan yang dipanggil sebagai usrah, untuk memperbaiki diri mereka. (Hmm..)

Kesimpulan, jaga tatabahasa anda dalam berbicara tentang memperkenalkan dakwah kepada mereka yang mungkin suatu hari nanti akan menjadi pejuang yang tak kenal henti.
Doakan...
Kerna setiap insan itu mempunyai potensi besar dalam menyumbang untuk islam itu sendiri...
Ke camne?

Menggunakan tatabahasa yang betul itu penting,
bukan sekadar di atas kertas peperiksaan.

P/s:: maaf kepada abang itu, kerna saya hanya memperbetulkan kesalahannya. Andai tak setuju, tolong tegur dan perbetulkan saya sendiri. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...