Monday, April 5, 2010

Warkah Untuk Pemuda...

21:40
Monday
5th April 2010

Cuba bayangkan...

Andai kata pada suatu hari, kerajaan Malaysia ingin menukar undang-undang lampu isyarat di seluruh Malaysia, maka semestinya pihak kerajaan akan menguar-uarkannya melalui media tempatan...

Undang-undang yang akan ditukar mungkin berkenaan dengan lampu isyarat.

"Kenderaan dikehendaki bergerak pabila lampu merah dan berhenti semasa lampu hijau..."

Pihak media diberi tugas yang besar untuk menggalas tanggungjawaab ini bagi menyampaikan maklumat ini kepada orang ramai...

Malangnya, andai pihak media memandang remeh tentang perkara ini...
Mereka tidak memberitahu kepada orang ramai...
Maka, sudah tentu masalah yang besar akan berlaku...
Semestinya, pabila undang2 ini dikuatkuasakan, tetapi dalam keadaan masyarakat masih tidak tahu akan hakikat sebenar...

Hanya segelintir yang tahu...

Cuba bayangkan, sudah tentu hari pertama sahaja, beratus malah mungkin beribu kemalangan dilaporkan...

Maka, rakyat dan kerajaan akan menyalahkan puhak media kerana tidak menyampaikan maklumat tentang perihal ini....


Realitinya Dengan Hakikat Sebenar...

Mungkin kisah tentang penggubalan undang2 berkenaan lampu isyarat itu hanyalah satu analogi...

Jom, renung sejenak relevan cerita di atas dengan hakikat hari ini...

Kita adalah golongan yang tahu tentang hakikat sebenar Islam...
Walaupun mungkin keimanan kita tidak setanding sahabat Rasulullah...
Tetapi kita adalah golongan 'asing' yang meneruskan Islam ini di saat Islam dalam keadaan 'asing'...
Maka adakah kita akan terus duduk goyang kaki?
Terus dalam tidur?

Mungkin, katanya dakwah itu adalah fardhu kifayah...
Hanya disandarkan kepada 'golongan tertentu' yang akan menyebabkan semua yang lain selamat dari kemurkaan Allah?
Siapa yang berkata demikian?

Kenapa kita masih menyempitkan dakwah itu kepada masjid?
Mesti memakai serban/songkok/kopiah untuk meneruskan kerja dakwah?

Mungkin itulah yang menyebabkan Islam dalam keadaan 'begini' pada hari ini...

Jadi?
Kita adalah golongan yang akan memisahkan pemikiran ini daripada masyarakat di masa hadapan...
InsyaALLAH..
Segalanya bukan suatu yang mustahil...

Salam perjuangan untuk diri ini....
Dan jua untuk para sahabat...

InsyaALLAH....

1 comments:

adilah said...

dakwah kpd org bukan islam
daulah sesama islam
tanggungjawab SAYA
kalau tanggungjawab KITA, mst ada yg kata, aku x wt x pe, org laen wt...
nice entry btw

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...