Tuesday, November 16, 2010

Dalam Gelombang Itu, Terselit Sesuatu...

15:13
Selasa
16 November 2010

Agak lama saya tidak mencatat sesuatu di sini...
Sibuk barangkali...
Dengan IA ITGS...
IOC Malay yang cukup menyeramkan...
Nasib baik fokus betul-betul pada gaya bahasa...
Sebab saya dapat soalan tentang sajak Kuala Sedili oleh Usman Awang...
Soalan pertama membahaskan tentang harapan dan kekecewaan Usman Awang terhadap pembangunan di tanah kelahirannya, iaitu di Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor...
Soalan kedua agak menyeramkan...
Diarah supaya menghuraikan maksud perlambangan, imejan dan metafora dalam sajak Kuala Sedili dan juga unsur penggunaan oleh Usman Awang tentang gaya bahasa tersebut dalam sajak ini...
Semalam sebelum itu..
Saya cukup fokus pada gaya bahasa ini...
Dan alhamdulillah, Allah SWT banyak membantu kerana apa yang difokuskan, itu yang disoal...
Andai tak rujuk balik gaya bahasa aneh yang pernah dipelajari...
Mungkin agak menangis semasa sesi rakaman itu...
Tapi semuanya berjalan agak lancar...

Sebagaimana catatan sebelum ini...
Sememangnya kita rasakan diri kita sibuk...
Dan saya turut sedang merasainya..
Tapi betul ke saya sibuk?
Entah...
Mungkin hanya perasaan atau anggapan yang lahir dari hati ini...

Selama lebih kurang dua minggu atau lebih...
Catatan ini terabai...
Bukan tidak mahu menulis...
Idea untuk menulis sentiasa ada...
Cuma saya bimbang menulis tanpa fokus...
Akan menyebabkan diri saya merapu dalam menyampaikan sesuatu benda yang perlu berfokus...
Bimbang juga...

Dan dalam dua minggu ini juga...
Saya lebih banyak menjadi pemerhati...
Melawat ke blog sahabat-sahabat seperjuangan...
Melawat blog ikhwah...
Dan adakalanya melawat blog orang lain secara rambang...
Dan memang tidak dapat dinafikan...
Sebab saya suka memerhati...
Membuat analisis barangkali...
Hmmm...
Entah...
Atau apa entah...

Selama dua minggu menjadi pemerhati ini...
Saya mula sedar sesuatu benda...
Mungkin pembaca yang lain turut sedar apa yang saya akan perkatakan sebentar lagi...

Melalui pemerhatian saya...
Seolah-olah sekarang ini...
Wujud satu gelombang...
Gelombang daripada anak muda...
Yang inginkan perubahan...
Yang inginkan perubahan yang baik...
Ke arah inginkan islam...
Mungkin...

Tak percaya?
Lihat blog anak muda hari ini...
Blog remaja-remaja...
Yang cukup berlambak...
Sangat-sangat berlambak...
Cara mudah mungkin boleh dilawat melalui berkumpulnya blogger-blogger ini di portal islamik seperti ILuvIslam.Com dan juga Halaqah.net...

Lihat pada bentuk tulisan mereka...
Lihat pada gaya bahasa yang digunakan...

Saya bukan pukul sama rata...
Maaf...
Bukan saya ingin perkatakan benda ini salah...
Jauh sama sekali...
Malah saya menyambutnya dengan penuh rasa syukur...
Bahawa ada sesuatu yang sedang berlaku...

Mereka ini mula bersemangat untuk memperjuangkan islam...
Betul ke?
Atau saya seorang yang perasan benda ini sedang berlaku...

Dalam terbakarnya semangat-semangat ini...
Saya terlihat satu masalah di sebaliknya...
Masalah yang seperti kebiasaannya sering saya perkatakan...
Masalah hikmah...

Ramai yang menulis...
Ingin membetulkan keadaan...
Tetapi seolah-olah sedikit mencacatkan keadaan...
Sebarang rasa tidak puas di hati...
Terus ditulis...

Contoh?
Biar saya ambil satu keadaan...
Tentang kisah Economic Transformation Programme...
Ramai yang mengutuk kerana pihak berkenaan ingin mengaktifkan kegiatan kelab malam, kegiatan hiburan...
Ramai blogger yang bersemangat tadi mula menulis...
Cuma dalam tulisan itu...
Saya faham kita sememangnya ingin benda itu diubah...
Tapi apakah keadaan akan semakin baik andai kutukan dan kejian yang dilemparkan?
Gaya bahasa sarkasme menghiasi blog..
Adeihhhh...

Ramai yang ingin memperkatakan sesuatu tentang isu aurat wanita yang tak pernah kehabisan..
Tapi kutukan dan kejian yang menghiasi ayat-ayat dalam blog...
Ditambah lagi dengan post yang ingin membetulkan masyarakat dalam pemahaman terhadap isu aurat...
Tapi gambar-gambar yang terselit amat 'dahsyat'...
Mampu mengghairahkan seorang lelaki yang membaca tulisannya di blog...
Nauzubillah...

Kadang-kadang sememangnya tidak dapat saya nafikan...
Dalam cara kita untuk menyampaikan benda baik kepada masyarakat kita...
Menyampaikan islam kepada masyarakat kita...
Tidak kiralah masyarakat yang kan membaca blog kita adalah orang kampung...
Warga kampus...
Warga sekolej...
Teman sekelas...
Atau sesiapa sahaja...
Kenapa tidak dijaga bahasa yang kita gunakan...
Apekah 'dakwah' yang kita maksudkan tercapai dengan kutukan dan kejian ke atas insan yang bersalah?
Sehingga dengan terangan melabelkan orang lain sebagai jahil, kafir dan pelbagai lagi...
Sehingga sanggup kita meluangkan masa hampir sejam untuk menulis di blog semata-mata untuk mengutuk mereka yang kita anggap sebagai 'bersalah'?
Dalam kes yang lebih berat, hingga sanggup kita keluarkan catatan mahupun artikel khas untuk mengutuk mereka yang kita anggap bersalah?

Dan mesti saya akui...
Siapalah diri ini untuk terus menilai sesuatu sebegini...
Sebab saya sendiri pun masih mentah...
Cuma yang ingin saya sampaikan di sini...
Kepada sahabat-sahabat blogger...
Adakah belum sampai lagi masanya untuk kita perbaiki bahasa kita dalam blog?
Kan ada di antara kita menulis blog untuk menyampaikan isi hati kita...
Untuk mengkritik sesuatu yang sedang berlaku...
Tentang nasib umat islam...
Nasib apa-apa sahaja...
Tulislah apa sahaja yang ingin ditulis...

Cuma perlu diingat kembali...
Jagalah gaya bahasa yang kita gunakan...
Jangan sampai ingin membetulkan keadaan...
Kita pula yang memburukkan keadaan...
Jangan kerana nak mengkritik sesuatu...
Sehingga hilang budi bahasa yang wujud dalam diri kita selama ini...

"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah
dan pengajaran yang baik. dan berdebatlah dengan mereka
dengan cara yang baik.
Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat
dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih 
mengetahui siapa yang mendapat petunjuk."
(An-Nahl 16 : 125)



Teringat kembali catatan Akhi Amar Roslizar...
Blog ini hanya sebagai satu medium sampingan...
Peringatan untuk ikhwah...
Arena yang sebenar ialah...
Terjun ke dalam realiti...
Turun menghadapi masyarakat...
Sebab setakat mana sahaja efisien blog dalam menjana kesedaran yang sebenar..

Bagi yang kurang faham...
Biarlah saya jelaskan sebetulnya...
Andai masih lagi yang mencari-cari medium sebenar...
Bagi saya, usrah adalah medium sebenar...
Sebab elemen penting untuk sebarang perubahan dibina dengan jelas...
Elemen individu untuk menggerakkan apa jua perubahan dibina dengan sangat detail...
Blog hanya sebagai medium sampingan...
Untuk mendekati pembaca-pembaca yang sentiasa menjalankan blogwalking...

Sebab?
Mana mungkin tulisan-tulisan yang hanya sebagai sampingan melalui kaedah ini kan mampu membangkitkan gergasi yang sedang tidur...
Buku-buku dan sebarang catatan hanya untuk membaikkan lagi sebarang ruang kosong yang masih ada...
Tapi medium yang sebenar adalah turun menghadapi realiti masyarakat...
Berdasarkan pengalaman berbincang dengan sahabat-sahabat dari tempat lain...
Bukan suatu benda yang susah buat masa sekarang untuk mencari usrah...
Berlambak sahaja usrah di universiti-universiti dan kolej-kolej persediaan...
Cuma yang tinggal hanya diri kita...
Sama ada mahu atau tidak...
Yang itu jawab pada hati kecil diri sendiri...
Sebab diri sendiri lebih mehamami...

Dan saya...
Hanyalah seorang insan yang kerdil...
Yang masih mentah dalam menghadapi realiti sebenar...
Sebab jalan itu masih jauh untuk diterokai...
Tapi segalanya mungkin...
Bi iznillah...
Dengan izin Allah...

Bagi sahabat-sahabat seperjuangan...
Jom, turun ke arena sebenar..
Tinggalkan arena ilusi yang akan menyebabkan syok sendiri ini...
Sebab realiti yang perlu ditempuhi..
Bukan hanya melihat dari jauh...
Komen...
Kutuk...
Tak...
Itu bukan yang sebenarnya...

Salam perjuangan menghadapi realiti untuk diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat seperjuangan...
InsyaALLAH...
(^^)V

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...