Friday, February 4, 2011

Yang Mana Lebih Penting???

12:02
Jumaat
4 Februari 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah dah masuk 4 semester...
Dan hampir 2 semester mempunyai tanggungjawab sebagai 'ayah'...
Yer la, sebab ada 'anak usrah'... Hehe

Saya terfikir dan termenung seketika. Ada yang berkata bahawa mereka mempunyai masalah dengan usrah masing-masing. Masalah apa?
Rata masalah adalah ahli usrah tidak mahu datang usrah..
Ada yang masih belum 'sampai level'...
Ada yang masih tak nampak setakat mana pentingnya usrah itu dalam membentuk individu muslim...
Dan macam-macam lagi masalah...

Dan sejenak saya merenung...
Teringat pesan sang murabbi, "Membina manusia tak semudah membina kilang!"

Memang...
Manusia hidup dalam dunia mereka masing-maing. 'Barrier' pertama yang perlu dipecahkan adalah 'Kenapa saya memerlukan usrah??!!"...
Andai kita berjaya semai kepada mereka benda ini, mungkin ini adalah langkah pertama yang sangat membantu...
Kadang-kadang kita terlupa bahawa ahli usrah yang dibawah tanggungjawab kita itu datang dari background yang berbeza...
Cuba duduk sejenak dan renungkan diri kita sendiri. Camne dengan nilai kehidupan kita sebelum kenal erti usrah. Camne dengan diri kita sebelum terlibat dalam 'arena' ini?
Begitulah juga mereka...

Benda yang terpenting dalam usrah bagi saya...
Bukan pada kemantapan pengisian hasil sobekan buku-buku fikrah yang mantap...
Bukan terletak pada tahap betapa best-nyer pengisian yang mampu kita bagi...
Bukan terletak pada sedapnya makanan yang mampu kita belanja semasa sesi usrah..
Tapi yang terpenting adalah hubungan hati...

Sekejap...
Pengisian yang kita sampaikan memang cukup penting dalam membina pemikiran mereka...
Menariknya pengisian kita juga penting untuk membuatkan mereka terus fokus masa sesi usrah...
Makanan yang dibelanja juga penting untuk, errr, untuk apa yer? Hehehehe...
Tapi benda yang paling utama ialah hubungan hati itu sendiri...

Teringat pesan seorang ikhwah Australia dari Monash University...
"Di sebalik pengisian, hubungan hati paling penting. Sebab nanti di sebalik hubungan hati mereka akan berubah.."

Apa itu hubungan hati?
Hmmm, perlu saya terangkan ke? Ala, hubungan hati ni hubungan kasih sayang ajerz. Hubungan yang lebih daripada sebagai seorang kawan, sahabat, saudara... Tapi satu feeling bahawa kita sayangkan seseorang itu dan kita tak mahu mereka itu hanyut dalam kesesatan...
Ni pendapat saya la...

Rasanya...
Dah sampai masa untuk kita renung sejenak tentang hakikat diri kita. Berapa kerap kita bertanya khabar sesama anak usrah kita? Adakah sekadar seminggu sekali semasa usrah?
Bila last kita lawat mereka bilik ke bilik? Adekah memang tak pernah langsung?
Apa yang kita buat tatkala bertembung dengan mereka di mana-mana? Adekah sekadar senyum dan bagi salam?
Bila kali terakhir kita bertanya khabar keluarga mereka, tentang kesihatan diri mereka? Bila? Jawab dalam hati sendiri, bila?

Kesimpulannya...
Bagi diri saya, hubungan hati dengan anak usrah adalah benda yang terpenting mengalahkan benda-benda lain...InsyaALLAH, andai masalah ini mampu diselesaikan, masalah-masalah lain kan mampu dikurangkan...
Satu lagi, mereka ini manusia... Mana ada yang sempurna...
Kita sendiri sebagai murabbi/naqib sendiri masih belum sempurna...
Dalam sesetengah benda, mutarabbi kita yang lebih sempurna daripada diri kita...

Jangan pernah untuk berasa lemah dan lesu..
Sebab tujuan dan matlamat kita lebih daripada sekadar sebuah usrah yang terdiri daripada beberapa orang...
InsyaALLAH, check juga hubungan kita dengan ALLAH... Baik atau tidak?
Sebab Allah yang memegang hati kita dan hati mereka...

Tatkala saya menulis catatan ini, bukan bermaksud usrah saya sendiri sudah sangat sempurna...
Tidak sama sekali... Hanya sekadar sebuah perkongsian, yang saya amat harapkan agar kita semua kan bangkit.. Kerna masalah kita terlalu kecil nak dibandingkan dengan ikhwah kita di tempat lain...
Ada yang ditekan oleh golongan-golongan tertentu..
Ada yang masalahnya lebih berat dari kita semua...

Saya amat mengharapkan agar kita tak pernah lesu dan jemu...
Sebab misi ini bukan benda kecil...
InsyaALLAH, ikhwah yang sedia membantu sentiasa ada tatkala kita mula lemah + lesu + jemu...
Sebab hubungan hati sesama kita pun sudah mula kukuh...InsyaALLAH...

Salam perjuangan untuk diri...
Untuk sahabat-sahabat...
Untuk ikhwah seperjuangan...
Semoga tak pernah kenal erti lesu, jemu dan lemah...
Kerna niat dan tujuan itu amat jelas...
InsyaALLAH...

Doakan kejayaan bersama...

Semoga terus setia...
^^

4 comments:

kms said...

Assalamualaikum brother.
Saya ada masalah sebab naqib saya kebelakangan nie moody time usrah. X tau asal =.=

Kitorg rase kitorg xde la buat masalah besar sgt. Yela, kdg2 anak2 usrah ni sibuk, terlambat sikit dtg usrah. tapi kami cuba yg terbaik ntuk dtg jugak. X boleh la nk batalkan meeting/ perjumpaan mcm tu aje sbb dah janji. Mengingkari janji tu kan ciri2 org munafik.

Hmm, tu je la kot. cuma nk pesan semua org agar bersabar dlm membentuk anak2 usrah. Jgn kita nk moody tiba2 sbb bnde tu mungkin boleh buat anak usrah menyampah dengan kita dan menjauhkan diri dengan kita. Rata2 anak usrah ni org yg baru nk 'faham' Islam yg sebenar, jadi pendekatan pon kena la lembut sikit. hehe :)

"Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang2 yang benar2 berjihad dan sabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu" (47:31)

wallahualam >.<

Abe Am said...

kms::::alhamdulillah, bertembung dgn ikhwah di sini...
sal naqib tu, mungkin dia ader big problem skrg, dgn dateline tak henti2, lebih2 ag student IB (racist jap, hehe)...

doakan dia...

mungkin cara terbaik cakap kat naqib lain yg paling kamceng dgn dia.. suruh member dia tegur sikit2... sbb kdg2 kami di pihak naqib ni terlepas pandang benda2 kecil...

moga terus setia dengan usrah...
^^

Afiq Khalid said...

yeah~ pabila naqibku berkata2~

Abe Am said...

incik apiq koled:::sape naqibmu?
hihihihi...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...